Glosari Blog

Terma yang digunakan dalam blog

Andada: أنداد tandingan. Sesuatu yang sama kedudukan yang bertanding dengan sesuatu. Digunakan dalam ayat 2:165 dimana ada manusia yang menjadikan tandingan kepada Allah. Sedangkan Allah tiada tanding.

Balaghah: Bermaksud ‘bahasa’. Ini merujuk penggunaan bahasa dan kedudukan susunan perkataan dan lafaz dalam Qur’an yang indah. Ada yang hendak disampaikan secara halus dari pemilihan perkataan dan susunan ayat-ayat itu. Ini adalah satu ilmu yang khusus dalam ilmu tafsir. Dengan menggunakan balaghah, bahasa yang digunakan adalah ringkas, tapi mengandungi banyak makna yang tersirat.

Bathil: setiap perkara yang tidak diberi keizinan oleh syariat.

Dakwa Surah/Da’wa Surah: Pokok utama perbincangan satu-satu surah itu. Setiap surah akan ada satu Dakwa Surah.

Dalil: ayat-ayat sokongan kepada Dakwa Surah.

Diayah: Propaganda. Selalunya bukan dengan tujuan yang baik.

Fasik: tidak taat kepada arahan dan hukum Allah. Sengaja tidak taat. Silat lihat Baqarah:27

ibrah: pengajaran. Ianya dari katadasar yang bermaksud menyeberangi air (sungai atau laut dan sebagainya). Digunakan kerana apabila sesuatu kisah itu memberi kesan kepada hati kita, sampai mengalirkan air mata kita (air menyeberangi dari mata meleleh ke pipi).

Jamak: plural; lebih dari dua.

Jibti: asalnya adalah nama satu berhala di Mekah. Kemudiannya digunakan untuk apa sahaja ilah palsu. Ia juga digunakan untuk merujuk kepada penggunaan sihir. Rujuk Nisa:51 untuk penerangan lanjut.

Khatmul Qalbi: Ayat-ayat tentang penutupan hati manusia dari terima hidayah. Mereka yang telah ditakdirkan dikenakan dengan Khatmul Qalbi, tidak akan dapat terima hidayah sampai bila-bila.

Khauf: Takut. Tapi ada banyak jenis takut. Lihat perbincangan dalam Naaziat:8.

Khulasah: kesimpulan

Hazaf/hazf: apabila ada huruf atau perkataan dibuang. Ada sebab kerana ini terjadi, dibincangkan dalam ilmu balaghah. Perkataan yang dihazafkan, dinamakan mahzuf.

Hissi: Sesuatu yang boleh dirasai dengan pancaindera

I’aadah: Pengulangan semula sesuatu perkara yang telah disebut sebelum itu.

Idkhal Ilahi: Ayat-ayat Quran yang Allah letak di celah-celah cerita yang panjang untuk memberi penekanan kepada sesuatu perkara.

Idmaj: Kisah yang tidak ada dalam teks Quran, tapi perlu dimasukkan dan diperjelaskan dalam tafsir untuk memahami sesuatu ayat itu. Selalunya ayat Qur’an hanya menceritakan dengan ringkas sahaja; terus melompat kepada kejadian baru tanpa menjelaskan apakah yang berlaku antara dua ayat itu. Kisah-kisah itu ada disebut dalam ayat-ayat yang lain.

Ilhad: memesongkan; digunakan apabila memesongkan makna ayat Quran dari makna yang sepatutnya.

Iiltifad: perubahan percakapan. Kadang-kadang bercakap kepada satu pihak, kemudian bertukar bercakap dengan orang lain pula.

Inabah: mahu mencari kebenaran; condong kepada kebenaran

Infak: mengeluarkan harta. Infak fi sabilillah adalah mengeluarkan harta untuk jalan Allah.

Iradah: kehendak

Isti’anah: permohonan doa.

Istinbat: ambil hukum. Iaitu ambil hukum dari ayat Qur’an atau hadis. Ini dilakukan oleh ulama.

Istirja’: lafaz inna lillahi wa inna ilaihi roojiun.

Lagha: lalai leka

Khitab: ditujukan kepada. Kadang-kadang ayat Quran ditujukan (khitab) kepada Nabi Muhammad. Dan ayat Quran ini ditujukan (khitab) pertama kali kepada Arab Mekah.

Mahzuf: tersembunyi, tidak ditulis dalam matan Qur’an. Perkataan yang dihazafkan. Tetapi ianya perlu dijelaskan, kalau tidak, kita tidak faham apakah maksud yang hendak disampaikan. Ulama tafsir akan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dari ayat itu.

Mawla: yang boleh membantu dan memberi pertolongan. Kalau wali, mereka mahu membantu, tapi belum tentu boleh membantu lagi.

Matan: teks asal. Teks asal ayat Quran atau hadis. Yang dalam bahasa Arab.

Mubahalah: Al-Mubahalah (المباهلة) membawa maksud al-Mula’anah (الملاعنة) iaitu saling laknat melaknati. Dalam ertikata lain, saling berdoa diturunkan laknat ke atas individu yang berbohong

Mubalaghah / isim mubalaghah: Extreme, bersangatan.

Mufrad: singular

Mujahidin: mereka yang berjihad

Mujahid: Mujahid bin Jabir, seorang tabein. id.wikipedia.org/wiki/Mujahid_bin_Jabir

Musytarak: bergabung banyak makna dalam satu kalimah.

Mutakallim: orang yang bercakap; membahasakan dirinya

Qasad: maksud dalam hati

Qat’ie: menunjukkan sesuatu yang jelas. Jadi, dalil qat’ie adalah dalil yang jelas, seperti dalil dari Quran. “qat’i al-dalalah ialah suatu (nash) yang menunjukkan atas suatu hukum dan tidak mengandung kemungkinan makna yang lain”

Qital: perang – jihad dalam bentuk peperangan

Rabtul Qalbi: Penetapan hati manusia atas iman. Mereka yang mendapat Rabtul Qalbi, hati mereka akan tetap di atas iman dan tidak akan goyang lagi walau apa pun yang terjadi.

Sakinah: ketenteraman

Salafussoleh: Golongan-golongan awal. Selalunya merujuk kepada tiga kurun pertama (300 tahun selepas Hijrah): golongan sahabat, tabein dan tabi’ tebein.

Shikayah/Syikayah/Shakwa: Ayat-ayat rungutan dari Allah tentang sikap degil manusia.

Soori: sebagai contoh tauladan.

Sorof: ilmu pertukaran bahasa dalam bahasa arab. Perubahan tanda baris menjadikan maksud berlainan. Sebagai contoh, ‘wuduk’ adalah perbuatan ambil air sembahyang dan ‘waduk’ adalah air sembahyang.

Tabarruk: Mengambil berkat. Pemberi berkat hanyalah Allah sahaja dan kalau sesuatu perkara itu dikatakan ada berkat, maka kena ada dalil. Jangan pula tabarruk dengan capal Nabi kerana itu tidak ada dalil.

Tabshir Duniawi: Berita baik yang dijanjikan untuk diberikan di dunia lagi.

Tabshir Ukhrawi: Berita baik yang dijanjikan di akhirat kelak.

Tabut: Peti yang mengandungi peninggalan Nabi Musa dan Nabi Harun

Taghut: apa sahaja yang disembah selain Allah. Rujuk Nisa:51

Tahkik: penekanan. Menekankan sesuatu perkara yang dikatakan.

Tahnik: perbuatan memasukkan bahan manis seperti kurma ke lelangit bayi yang baru lahir.

Tahliah: suruhan untuk memasukkan sesuatu. Sebagai contoh, memasukkan iman ke dalam hati.

Takdim: didahulukan, diawalkan.

Ta’khir: dikemudiankan, diakhirkan.

Takhliah: suruhan untuk mengeluarkan sesuatu. Sebagai contoh, mengeluarkan sifat nifak dari dalam hati.

Takhwif Duniawi: Ayat-ayat yang menakutkan tentang perkara yang boleh berlaku di dunia.

Takhwif Ukhrawi: Ayat-ayat yang menakutkan yang akan berlaku di akhirat.

Ta’liliyah: Ayat dimana Allah hendak memberitahu ‘kenapa’.

Targhib: Dorongan untuk menggalakkan.

Tarhib: Dorongan untuk menghalang

Tasliah: Ayat-ayat pujukan dari Allah.

Taswif: melengah dan menangguhkan untuk melakukan amal kebaikan

Taufik: kekuatan yang diberikan oleh Allah untuk menjalankan atau mengamalkan hidayah yang mereka telah terima.

Ta’yin: menjelaskan sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila dikatakan seseorang akan dikenakan dengan azab, ayat ta’yin akan memberitahu apakah azab itu.

Umur Munazimah: Ayat-ayat hukum dari Allah yang mengajar manusia manusia bagaimana hidup bermasyarakat.

Umur Muslihah: Ayat-ayat dalam Quran dimana Allah mengajar manusia untuk melakukan amal untuk memperbaiki diri – dalam bentuk ibadat khusus.

Usluubul haakim: gaya bahasa yang keras

Usluubul hakeem: gaya bahasa yang lembut

Wali / awliya’: pembantu, penolong. Mereka yang mahu membantu dan menolong. Bandingkan dengan maksud ‘mawla’. Lihat penjelasan dalam Syura:6

Wazan: morfologi bahasa Arab. Dari katadasar yang asas, kalimah bahasa Arab boleh diubah-ubah yang membawa maksud berlainan.

Zajrun: Ayat-ayat teguran dari Allah dalam Quran. Ada yang diberikan kepada yang taat dan ada yang diberikan kepada yang degil.

Zalim: tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Zalim yang paling tinggi adalah ‘syirik’.

Zanni: Lebih tinggi dari wahm tapi tidak sampai ke tahap qat’ie. nash yang menunjukkan suatu makna yang dapat ditakwil atau nash yang mempunyai makna lebih dari satu, baik kerena lafazhnya musytarak ataupun karena susunan kata-katanya dapat dipahami dengan berbagai cara