About

Tafsir ini adalah penulisan semula dari kelas-kelas tafsir yang dipelajari oleh saya. Sila baca dengan hati terbuka. Semoga kita semua mendapat pengajaran darinya.

Ini bukanlah koleksi tafsir ustaz Rosman / Ayah Aji dari Tok Bali, Kelantan. Ada sedikit ilmu beliau kerana saya pernah belajar dengan dia. Tidaklah banyak dan yang pasti Blog ini bukanlah tulisan dari beliau. Saya tidak mahu beliau dipersalahkan jikalau ada kesilapan yang datangnya dari saya.

Blog ini juga tidak ada kena mengena dengan Madrasah Tafsirsunnah di Subang. Nama sahaja sama, tapi tidak ada kaitan.

Saya cuba untuk menulis dengan bahasa yang mudah dan santai supaya dapat memberi kefahaman tentang apakah yang hendak disampaikan oleh Allah. Tentulah saya tidak dapat merangkumi semua sekali. Semoga penulisan ini dapat menarik minat pembaca untuk mendalami lagi tafsir-tafsir lain.

Tentulah sebagai manusia biasa, ada sahaja kekurangan dan kesalahan saya di dalam penulisan ini. Jikalau ada pertanyaan atau teguran, sila komen di ruangan yang telah tersedia. Saya bersedia untuk membetulkan mana-mana kesalahan dan kesilapan.

67 Responses to About

  1. they call me Muhammad says:

    Salam, terima kasih buatkan tafsir online seperti ini. Boleh juga saya baca sekiranya ada hari tak dapat ke kelas tafsir di masjid. Cuma saya rasa saya perlu tahu; adakah saudara/saudari masih belajar tafsir dengan Ustaz Tok Ayah? Apakah nama madrasah ustaz tersebut? Boleh saya tahu serba sedikit dengan Ustaz Tok Ayah Man tu? boleh reply di email saya; eleinzigartig@gmail.com

  2. Abd Shomad says:

    Assalaamu’alaikum,

    Salam kenal dari Indonesia. Boleh bagi ke email profile Ustaz Tok Ayah? Saya tertarik dengan pembahasan tafsirnya, apakah ada rekaman video/audio yang bisa didownload?

    Salaam, Abd Shomad

    • tafsirsunnah says:

      Waalaikum salam. Ayah haji Man boleh dihubungi dengan emel. Hjmantokbali@gmail.com
      Kalau FB, boleh cari Hj Man.
      Semua kuliah beliau boleh dilihat di youtube.com/tafsirsunnah
      Kuliah disusun mengikut surah. Sila lihat di playlist.
      Syukran.

      • abdshomad says:

        Jazakallahu khair, semoga Ayah Hj Man dalam keadaan sehat sehingga bisa mengajarkan ilmunya. Link tafsirsunnah WordPress dan Youtube sudah disimpan.

        ~ Abd Shomad

      • tafsirsunnah says:

        Alhamdulillah, ianya bermanfaat untuk anda. Kata-kata semangat dari pembaca seperti anda lah yang memberikan semangat untuk saya terus meneruskan usaha ini.

        Satu permintaan dari saya. Jikalau ada mana-mana bahagian yang kurang jelas, harap diberitahu kepada saya supaya boleh diberitakan penjelasan yang lebih. Boleh?

      • tafsirsunnah says:

        Untuk makluman, Ustaz Rosman bukan penulis blog ini. Cuma saya pernah belajar dengan beliau, itu sahaja.

  3. sifulan says:

    Assalamualaikum,

    pertama kali membaca tafsir susunan tuan, saya jatuh hati dengan penerangan yang santai dan pecahan2 ayat berserta maksudnya. Mohon bertanya kalau tuan ada membukukan keseluruhan tafsir tsb, kerana saya teringin untuk memilikinya. Sekiranya tiada, mohon tuan cadangkan kitab tafsir yang tuan rasakan sesuai.

    terima kasih & wassalam

    • tafsirsunnah says:

      Waalaikum salam,

      Alhamdulillah anda suka membacanya. Diharap ianya bermanfaat untuk anda.
      Tafsir ini belum dibukukan lagi. Ust Man sedang dalam proses menulis buku untuk dikeluarkan. Saya akan umumkan dalam blog ini apabila ada.
      Penulisan blog ini juga mengambil masa kerana perlu merujuk kepada banyak sumber.
      Kitab tafsir yang saya rasa senang didapati di Malaysia adalah Tafsir ibn Kathir.
      Untuk kelas-kelas yang lain, anda boleh layari http://www.youtube.com/tafsirsunnah untuk kelas-kelas yang belum dituliskan lagi.

      harap ini dapat membantu.

  4. MAS says:

    Assalamualikum,
    Alhamdulillah,tafsir online tuan memang saya ikuti dan binding untuk rujukan saya (minta izin ya).
    Saya bersyukur sangat di ketemukan blog ni.Jutaan terimakasih untuk pihak tuan.
    Semuga Allah swt merahmati dan memberkati hasil usaha tuan.AMIN

    • tafsirsunnah says:

      Alhamdulillah, ianya bermanfaat untuk anda. Kata-kata semangat dari pembaca seperti anda lah yang memberikan semangat untuk saya terus meneruskan usaha ini.
      Silakan untuk binding untuk rujukan. Cuma dari masa ke semasa ada penambahan atau pembetulan kuliah yang ada. Sesungguhnya ilmu itu bertambah, pemahaman bertambah, jadi saya akan update.

      Cuma satu permintaan dari saya. Jikalau ada mana-mana tulisan yang tidak jelas, harap beritahu. Mungkin dari segi bahasa yang kurang jelas, atau penerangan yang terlalu ringkas. Kadang-kadang memang ayat-ayat Quran berulang, maka saya sudah jelaskan dengan panjang lebar di tafsir ayat yang lain. Tapi kalau perlukan penjelasan, harap beritahu saya. Kerana kalau anda tidak faham, mungkin orang lain pun tidak faham. Boleh?

      Wassalam.

  5. nasiha says:

    Assalammualaikum. Terima Kasih di atas perkongsian. Saya merupakan seorang pelajar, teringin nak mengikuti kelas tafsir tapi tiada kemudahan lagi (tiada transport, tiada teman). Alhamdulillah terjumpa dengan website ini.

    • tafsirsunnah says:

      Alhamdulillah. Semoga anda dapat memanfaatkan blog ini. Sekurang-kurangnya anda mahu mempelajari ayat-ayat Allah.
      Tidaklah sama dengan menghadiri kelas dengan membaca dalam blog sahaja. Tapi itu adalah langkah pertama.

      Harap anda dapat meluangkan masa juga untuk melihat kelas dalam Youtube sekali. Ada banyak lagi kuliah yang tidak dimasukkan dalam blog tapi ada dalam youtube.

  6. fadzlina says:

    Assalamualaikum
    Saya ingin ucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi berkongsi ilmu tafsir di blog saudara..saya sgt suka tgk tafsir oleh Ayah Haji Man di Youtube,,dan mmg suka baca balik di blog saudara..betul2 buatkan saya ingin terus memahami is Al-Quran dengan penerangan saudara..saya juga syorkan pada kawan2 saya yg lain utk kunjungi blog saudara dan membaca isi tafsir dlm blog ini..kalau dapat dibukukan memang lebih baik dan saya nak beli kalau ada:)

    • tafsirsunnah says:

      Waalaikum salam,

      Terima kasih saudari atas kata-kata semangat itu. Menguatkan lagi semangat saya untuk terus menulis. Terima kasih juga kerana memanjangkan tulisan ini kepada kenalan dan keluarga. Semoga bermanfaat untuk semua.
      Semua saudari berpeluang untuk mengikuti sendiri kelas tafsir secara bertalaqqi hendaknya.

      In Sha Allah, kalau diizinkan olehNya, semoga penulisan ini dapat dibukukan. Entah bila, kerana rasa banyak lagi perlu dilakukan dan diperbaiki. Tafsir yang telah telah ditullis pun selalu ditambah dengan maklumat tambahan dari masa ke semasa.

      Terima kasih sekali lagi. Maas salaamah. Ilal liqaa’.

  7. Asyraf Mustaffa says:

    Salam . Boleh emailkan serba sedikit mengenai Ustaz Tok Ayah Man ? Saya memeang mengikuti kuliah tafsir dalam youtube . Dimanakah lokasi kuliah tersebut ? Adakah berbayar ?

    Terima kasih kepada bolg tafsirsunnah atas usaha dakwah yang dilakukan . Semoga dapat ganjaran yang besar daripada ALLAH . inshaALLAH

    • tafsirsunnah says:

      Ayah ji berasal dari Kelantan. Beliau dan anak beliau telah membuka madrasah di Tok Bali, Kelantan. Madrasah itu mengajar tafsir Quran dan kitab hadis-hadis muktabar. Pengajaran dan yuran semua percuma, termasuk tempat tinggal dan makan. Pelajar datang percuma sahaja.

      Dalam masa yang sama, ayah Ji berdakwah luar Kelantan. Beliau ada kuliah mingguan di Kelantan, Ipoh dam KL. Kalau di Ipoh dan KL, dua minggu sekali. Kelas tetap di KL dijalankan di Paya Jaras sungai buloh. Sabtu malam Jumaat selepas waktu maghrib. Kelas-kelas lain bergantung kepada keadaan. Boleh hubungi saya untuk jadual kelas di tafsirsunnah@gmail.com.

      Kelas percuma. Tidak perlu bayar apa-apa. Cuma bawa terjemah Quran sendiri. Boleh pakai mana yang ada sebagai rujukan.

      Kami mengalu-ngalukan kedatangan saudara. Memang belajar tafsir Quran kena duduk bertalaqqi. Bacaan dalam blog ini sebagai rujukan sahaja.

  8. KAMARUDZAMAN BIN DAUD says:

    Saya merupakan pelajar yang sedang mengkaji surah Maryam.. mohon Tok Guru Hj Man membenarkan tafsran surah ini untuk rujukan saya..Untuk makluman tok guru…tafsiran mudah difahami dan membantu sesi kajian saya..

  9. Pn Ros says:

    Asslammualikum tuan,
    Saya ada email tuan untuk minta profile Tuan Haji. Saya mencari-cari nama madrasah ini ternyata tuan letak di page lain. Saya cadangkan tuan ubah page ini sebagai page About: https://tafsirsunnah.wordpress.com/2014/05/07/madrasah-ahsanul-ulum-tok-bali-kelantan/

    • tafsirsunnah says:

      Saya tidak letakkan di bahagian About kerana bukanlah blog ini mewakili Madrasah itu. Madrasah adalah kelas pengajian alim dan blog ini adalah kelas pengajian untuk umum. Tapi kerana ada pertalian, saya masukkan dalam salah satu posting dalam blog ini.
      Terima kasih puan kerana prihatin puan. Diharap dapat memanjangkan blog ini kepada kawan-kawan. Semoga kita semua mendapat kebaikan. In sha Allah.

  10. zack says:

    as salam,mohon kongsi latar belakang tok ayah man,sy ada bbrapa soalan utk tok ayah,apakah maksud syahadah tiada tuhan selain Allah,Muhammad utusan Allah?perawi yg meriwayatkan hadis ade berapa?betul ke cuma ade 6 kitab hadis?boleh tok ayat terangkan selawat ke atas Rasulullah?bole tok ayah listkan perkara bidaah yg ramai masyarakat hari ini lakukan?

  11. D'madt says:

    as salam…terima kasih kerana adakan blog seperti ini..mohon dapatkan kebenaran copy dan share..atas tujuan diri sendiri dan saudara/saudari islam yang lain.InsyaAllah..

  12. Huszaini says:

    Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, saya amat tertarik dengan cara penyampaian di blog ini. Maka dari itu saya memohon kebenaran untuk copy dan share untuk kegunaan dalam blog saya.. Terima kasih.

    • tafsirsunnah says:

      walaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, anda berminat dengan penulisan ini dan tafsir ayat-ayat Allah. Silakan untuk menyalin dan menyampaikannya kepada orang lain.

      Kepada mereka yang membaca, anda amat dialu-alukan untuk menyampaikannya kepada orang lain. Semoga mesej ini berterusan disampaikan. Memang tugas kita menyampaikan.

      • Huszaini says:

        Semoga Allah memberkati usaha ustaz dan juga membantu saya istiqamah dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.. Ameen

  13. tafsirsunnah says:

    Semoga Allah dosa kita semua dalam apa sahaja perbuatan kita. Termasuklah kalau Ustaz Rosman pun terlebih mengata orang lain. Ustaz Rosman adalah manusia biasa sahaja, yang berusaha dengan caranya, dengan kekurangannya. Kita sepatutnya menyokong. Kalau ada salah dan silap, kita jangan ikut. Kita ambil yang baik sahaja.

    Kalau anda maksudkan, beliau menyebut kesalahan mana-mana pihak, itu adalah atas dasar menyebarkan kebenaran dengan menyebut kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain, supaya masyarakat tahu. Kalau masyarakat tidak tahu, mana yang salah, itulah sebabnya banyak masyarakat yang terkeliru sampai termasuk ke dalam golongan yang salah – Habib, Tarekat, dan sebagainya. Ini tidaklah salah. Sehinggakan pernah dikatakan kepada Ahmad bin Hanbal: “Manakah yang lebih engkau suka, seseorang yang berpuasa, solat, dan melakukan iktikaf atau orang yang berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah?” Beliau menjawab: “Apabila dia berdiri dan solat serta beriktikaf, maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk dirinya sendiri. Namun apabila dia berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk kaum muslimin, inilah yang lebih utama.”

    Allahu a’lam.

  14. Jusoh Said says:

    Assalamualaikum,
    Blog ini sangat berguna dan penyampaian tafsirnya mudah difahami. Saya minta kebenaran untuk copy dan cetak untuk pembacaan dan rujukan saya secara off-line.

    Terima kasih

  15. Hamid bin Ahmad says:

    Assalamualaikum…boleh tolong jelaskan kembali petikan tentang pemberi syafaat ysng berkaitan Nabi Muhammad.

    • tafsirsunnah says:

      Salam saudara Hamid. Terima kasih atas soalan anda.

      Kalau dibaca dalam blog ini, sudah ada dijelaskan dengan panjang lebar tentang Nabi sebagai pemberi syafaat. Kalau hendak diringkaskan, Nabi hanya sebagai ‘penyampai’ sahaja. Iaitu Allah yang menetapkan siapakah yang layak menerima syafaat dan Nabi Muhammad diberi penghormatan menyampaikan syafaat itu kepada penerima syafaat itu. Bukanlah Nabi yang menentukan siapakah yang layak menerimanya. Jadi, tidaklah boleh kita meminta syafaat dari Nabi kerana baginda tidak boleh menentukan siapakah yang boleh menerimanya.

      Allahu a’lam.

  16. MFT says:

    Assalamualaikum. Saya ada merujuk pada vidoe Youtube Tafsir Surah Al Waqiah ayat 65-75 Doa Mustajab oleh Tuan Guru Haji Man, cuma saya tak berapa tangkap sangat diayat mana nak berdoa tu? Maksud saya daripada 10 ayat itu kita minta doa dimana mana saja atau sesudah habis baca 10 ayat itu? Atau bagaimana?

    Saya ada juga cuba mencari FB Tuan Guru tapi tak berjumpa. Minta kalau ada FB Tuan Guru beritahulah saya kalau boleh. Ada hajat.

  17. Ismail Hj. Gulam says:

    Assalamualaikum warahmatulLah wabarakatuh…..terima kasih sahabat….blog yang sangat bermanfaat……dengannya kita mencedok ilmu, dengannya kita menambah ke’aliman, dengannya kita dapat memahami kekurangan, dengannya kita merasa diri sentiasa kurang…….usaha ini sangat dihargai, syiar ini harus diteladani, perjuangan ini harus kita telusuri, ketakwaan ini harus menjadi amalan diri dan hati……..mohon izin tuan untuk berkongsi mengenai diri tuan guru…..email saya arrazzak11@gmail.com….

    mohon izin juga untuk mengambil, mencetak ulang, meng….(segala yang perlu untuk sama-sama mendalami ilmu tafsir) sekian, terima kasih. wassalam

    “JAZAKUMULLAH KHAIRAN JAZA’ “

    • tafsirsunnah says:

      Alhamdulillah ianya bermanfaat. Silakan untuk share. Semoga masyarakat kita celik Quran dan celik agama.
      Tentang diri saya, hanya insan biasa yang masih banyak perlu belajar lagi. Ini adalah nota nota saya dan saya share kepada yang lain. Harap perbetulkan mana yang salah.

      Cuma nota nota ini akan sentiasa penambahan dan pembaikan.

  18. AlFaqir says:

    Assalamualaikum Tuan;
    Alhamdulillah syukur, kini baru saja saya berjumpa Blog Tafsir tuan yg. sangat menarik penyampaianya serta mudah difahami.
    Izinkan Saya copy, tazkiahkan melalui dakwah serta cetak untuk pengetahuan saya & rakan2 sekelian…… Harap maklum, TK

  19. Azlyla says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdulillah syukur saya panjatkan kerana terjumpa blog tuan. Saya memang bertalaqqi tafsir dengan guru di Kuching.. dan apa yang guru saya sampaikan persis seperti apa yang tuan sampaikan di blog ini..jadi jika tiada kelas saya suka merujuk dalam blog tuan untuk menambah pemahaman untuk diri ini…Semoga Allah sentiasa merahmati tuan untuk meneruskan usaha dakwah ini..

  20. Noor says:

    Assalamualaikum

    Nak bertanya sikit..ada tak kuliah tafsir tok ayah Man di Madrasah Tafsir Sunnah bawah kelolaan Ustaz Arif yg di Selangor tu? Sedang mencari tempat mengaji untuk anak buah. Jzklh

  21. zamzida says:

    Asskm wbt. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan kupasan yang diberi. Semuga Allah merahmati dan memberkati penulis serta guru-gurunya. Mohon halalkan ilmu yang diterima dan doakan kami jadi mukmin dan mukminah sejati. Jazakumullahukhair

  22. Wendy Hidayat says:

    Assalamualaikum

    Penjelasan yang sangat menarik bagi saya, mohon izin untuk share kajian ini.

    Jazakallah Khoir

  23. Eny says:

    Assalamualaikum, terima kasih saudara sebab buat blog ini. Boleh saya jadikan sebagai rujukan. Ada pertanyaan, saya agak kurang jelas dalam post ini

    https://tafsirsunnah.me/2013/05/30/tafsir-surah-mulk-ayat-1-15/

    bahagian
    “…Sebab ada hadis yang mengatakan Allah akan panggil ‘mati’ pada hari akhirat nanti dan Allah akan sembelih ‘mati’ itu menunjukkan bahawa selepas itu tidak ada lagi kematian. Maka, bergembiralah ahli syurga kerana mereka tahu mereka akan kekal dalam syurga, dan bersedihlah dan berputus asalah ahli neraka kerana mereka tahu bahawa akan kekal dalam neraka sampai bila-bila kerana mereka tidak akan mati-mati….”
    (maaf saya ambil sedikit saja daripada artikel tersebut)

    Harap dapat dijelaskan mengenai hadis tersebut kerana cetek ilmu saya belum pernah dengar. Saya benar-benar ingin tahu.

    Terima kasih. Mohon maaf menyusahkan dan sekiranya tersilap dan terkasar bahasa. Terima kasih sekali lagi. 😀

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih. boleh sahaja gunakan apa sahaja dalam penulisan ini untuk rujukan saudara/i.

      Maksud hadis itu: Allah yang menjadikan mati dan hidup. ‘Mati’ dan ‘hidup’ adalah juga makhluk Allah. Bukannya mati itu terjadi sendiri dan tidaklah hidup itu terjadi sendiri. Semua selain Allah tidak terjadi sendiri.

      Keduanya, hadis itu dalam bahasa yang mudah, maksudnya tidak ada kematian lagi selepas akhirat dibangkitkan. Yang dalam neraka, akan terus diseksa sampai bila-bila (kalau dia kekal dalam neraka). Dan mereka yang dalam syurga akan terus hidup sampai bila-bila menikmati nikmat. Jadi, ini adalah satu peringatan yang amat besar kepada kita. Kita kena sedar yang kesan dari perbuatan kita di dunia ini akan kekal selama-lamanya. Sanggupkah kita tinggal dalam neraka selama-lamanya? Atau tidak mahukah kita menikmati nikmat selama-lamanya? Maka, kalau kita kenangkan perkara ini, maka berhati-hatilah dengan apa sahaja yang kita lakukan selama di dunia ini.

  24. fizry says:

    Assalamualaikum…bila baca blog ini saya rasa nak pergi kelas daurah tahun depan..insyaAllah azam tahun depan..tapi nk ty sikit..maulana hadi tahu ke tuan sebarkan ilmu yg di ajar beliau ke alam maya ini?

    • tafsirsunnah says:

      Alhamdulillah, semoga dipermudahkan kepada saudara. Semoga dapat menyebarkan lagi pengajian tafsir ini.

      Tentang blog ini, secara khusus, saya tidak rasa MH mengetahuinya secara khusus. Tapi telah diberitahu kepada beliau tentang ada beberapa media yang menggunakan nama beliau dalam berdakwah dan beliau telah memberikan restunya. Semenjak beliau membenarkan MP3 daurah disebarkan, saya lihat banyak sekali merebak mereka yang mahu belajar tafsir Quran ini. Ini adalah sesuatu yang memberansangkan.

  25. Ghaz says:

    salam, saya dapat banyak manfaat daripada blog ni.. cuma nak tanya, kenapa tak habiskan tafsir juz 30 je dulu.. 🙂

  26. Ghaz says:

    Dan lagi satu, saya memang minat dengan tafsir Ustaz Nouman Ali Khan, cuma ada beberapa ayat daripada tafsirnya tu saya kurang faham.. Saya ada subscribe juga dengan Bayyinah, kalau nak acc saya boleh juga.. moga membantu.. ^^

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih. Salah satu rujukan saya adalah dari Nouman Ali Khan (Bayyinah Institute). Memang setiap tulisan akan ada rujukan kepada kuliah beliau (Cover to cover). Saya suka penjelasan beliau kepada situasi semasa zaman ini dan juga penjelasan tentang bahasa. Tidak bahagian mana yang saudara tidak faham. Boleh rujuk kepada tulisan saya berkenaan ayat tersebut sebab saya akan cuba sampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. Cuma saya tidaklah tulis word by word.

  27. Amer says:

    Assalam tuan . Saya org awam . Dan berhajat nak belajar tafsir Quran .boleh minta kerjasama tuan untuk kongsikan jadual pembelajaran tuan ?

    Terima kasih .

    • tafsirsunnah says:

      Waalaikum salam,

      Anda boleh datang ke Al Furqan Transit, Pertubuhan Pembangunan GMC Malaysia, di alamat
      No 4, Jln SS7/7, Seksyen 7, 47301, Kelana Jaya, Selangor.
      Kelas tafsir akan diadakan setiap hari Sabtu pukul 5 – 7 petang. Terus sahaja datang, tiada bayaran.

  28. Fathie Ramli says:

    assalamualaikum tuan, alhamdulillah Allah gerakkan hati ke laman blog ini bila nak mencari nama ustaz rosman. Cantik penyusunan yang tuan buat dengan bahasa yang santai lagi mudah difahami. Semoga Allah membalas kebaikan keatas usaha tuan. Namun begitu, saya ingin kenali benar profil tuan empunya blog. Saranan sarjana yang mengatakan “lihatlah kepada siapa yang kamu ambil ilmu agama daripadanya” memaksa saya untuk lebih mengenali diri tuan. boleh emailkan kepada fathieramli@gmail.com terima kasih. semoga Allah membalas segala kebaikanmu.

    • tafsirsunnah says:

      Waalaikum salam, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya memang sengaja tidak memperkenalkan diri saya kerana beberapa sebab. Antaranya seperti kata Imam Syafie r.h.

      Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ar-Rabi’b.Sulaiman beliau mendengar As-Syafii berkata ketika disebut berkenaan ilmunya dan kitab-kitabnya dan ketika itu beliau sedang sakit:

      وددت لو أن الخلق تعلموه،ولا ينسب إلي منه شيء

      “Aku suka kalau semua makhluk mengetahuinya (ilmu dan tulisan yang aku sampaikan) namun tidak dinisbahkan kepadaku darinya walau suatu apa pun”

      Yang lebih penting adalah rujukan-rujukan saya yang saya letakkan di bawah setiap posting.

      Asal blog ini adalah nota untuk saya dan anak saya, dan saya sampaikan kepada umum supaya boleh dikongsi bersama.

  29. Zura says:

    Assalamualaikum tuan..

    Syukur kepada Allah kerana saya dapat berjumpa dengan blog tuan ini. Saya harap Tuan dapat meneruskan usaha tuan ini. Terima kasih kerana sekarang saya dapat mendalami Al Quran dengan lebih dalam lagi. Bukan sekadar hanya membaca tafsiran.

  30. Muhammad Nazarulah says:

    Assalamualaikum…syukran atas perkongsian…boleh sye tahu email tuan?? Tuan boleh email kpd sye di muhammadnazarulah@gmail.com .Allah yuftah ‘alaika..aamiin..

  31. nuhairi sumarman says:

    Assalamualaikum tuan.. bolehkah saya perolehi tafsir dalam bentuk offline contoh word, PDF, winzip atau sebagainya. email suya storage9867@gmail.com. JazakAllahu khairan.

    • tafsirsunnah says:

      Maaf, tidak ada dalam bentuk pdf. Memang boleh dilakukan, tapi ia memerlukan penukaran setiap posting dan terlalu banyak. Lagipun, saya selalu update penulisan ini, maka ada eloknya bagi online sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s