Tafsir Surah Saba’ Ayat 49 – 54 (Haq akan mengalahkan batil)

Ayat 49: Kelebihan kebenaran kalau dibandingkan dengan kebatilan.

قُل جاءَ الحَقُّ وَما يُبدِئُ البٰطِلُ وَما يُعيدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “The truth has come, and falsehood can neither begin [anything] nor repeat [it].”¹

  • This expression alludes to complete inability, meaning that falsehood was abolished.

(MELAYU)

Katakanlah: “Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi”.

 

قُل جاءَ الحَقُّ

Katakanlah: “Kebenaran telah datang

Beritahu lah bahawa kebenaran wahyu sudah datang dan dibawa oleh Nabi Muhammad. Iaitu Qur’an yang disampaikan oleh baginda.

 

وَما يُبدِئُ البٰطِلُ وَما يُعيدُ

dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi”.

Penipuan tidak pernah memulakan sesuatu. Yang memulakan sesuatu adalah kebenaran dan kemudian penipuan yang merosakkannya. Maknanya kebatilan datang selepas adanya kebenaran.

Kebatilan tidak akan kekal apabila adanya kebenaran. Apabila kebenaran ada, maka kebatilan akan lari dan senyap. Maka pastilah kebatilan itu akan pudar, surut dan menghilang. Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهُ [فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ ] }

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. (Al-Anbiya: 18)

Ketika Rasulullah Saw. memasuki Masjidil Haram pada hari jatuhnya kota Mekah, dan beliau melihat banyak berhala yang dipasang di sekeliling Ka’bah, lalu baginda mendorong sebahagian dari berhala itu dengan busurnya seraya membaca firman-Nya:

{وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا}

Dan katakanlah, “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.” Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (Al-Isra: 81)

Dan kehidupan tidak akan berulang semula apabila telah berlakunya kiamat. Maka memang kebatilan tidak akan memulakan kehidupan ini semula. Qatadah dan As-Saddi menduga bahwa makna yang dimaksud dengan batil dalam ayat ini adalah iblis. Dengan kata lain, dapat disebutkan bahawa iblis itu tidak dapat menciptakan satu orang pun dan tidak dapat menghidupkannya kembali, serta tidak akan mampu melakukan semuanya itu.


 

Ayat 50: Allah ajar lagi cara untuk berhujah faham dakwah. Ini kepada mereka yang menentang apabila wahyu disampaikan kepada mereka.

قُل إِن ضَلَلتُ فَإِنَّما أَضِلُّ عَلىٰ نَفسي ۖ وَإِنِ اهتَدَيتُ فَبِما يوحي إِلَيَّ رَبّي ۚ إِنَّهُ سَميعٌ قَريبٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “If I should err, I would only err against myself. But if I am guided, it is by what my Lord reveals to me. Indeed, He is Hearing and near.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat atas kemudharatan diriku sendiri; dan jika aku mendapat petunjuk maka itu adalah disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat”.

 

قُل إِن ضَلَلتُ فَإِنَّما أَضِلُّ عَلىٰ نَفسي

Katakanlah: “Jika aku sesat maka sesungguhnya aku sesat atas kemudharatan diriku sendiri;

Suruh mereka fikirkan masak-masak. Kalaulah baginda sesat dan membawa ajaran yang salah, maka baginda sahaja yang akan menerima kesesatan itu dan menerima kesannya.

Tapi bagaimana pula  kalau apa yang baginda sampaikan itu memang benar? Macam mana dengan mereka yang menolak baginda dan tidak mahu menerimanya?

Nota: ayat ini bukanlah hujah untuk mengatakan yang Nabi Muhammad pernah sesat. Ini adalah tafsir dan pemahaman yang salah.

 

وَإِنِ اهتَدَيتُ فَبِما يوحي إِلَيَّ رَبّي

dan jika aku mendapat petunjuk maka itu adalah disebabkan apa yang diwahyukan Tuhanku kepadaku.

Dan baginda tidak mengatakan yang kebenaran itu dari baginda tetapi ianya datang daripada Allah yang sentiasa memerhatikan apa yang dilakukan oleh kita semua.

 

إِنَّهُ سَميعٌ قَريبٌ

Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat”.

Allah tahu segala apa yang makhluk-Nya lakukan. Ini adalah kerana Allah dekat dari segi ilmu. Bukanlah Allah dekat dari segi fizikal pula. Allah tidak berada di mana-mana seperti akidah golongan sesat.

Sehubungan dengan hal ini Imam Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Musa r.a. yang terdapat di dalam kitab Sahihain pula, disebutkan bahawa Rasulullah Saw. bersabda (kepada para sahabatnya yang berzikir terlalu keras):

“إِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا، إِنَّمَا تَدْعُونَ سميعا قريبا مجيبا”.

Sesungguhnya kalian berseru (berdoa) bukan kepada Tuhan yang tuli dan bukan pula kepada Tuhan yang ghaib, sesungguhnya kalian sedang berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar, Maha dekat, lagi Maha Memperkenankan (doa).


 

Ayat 51:

وَلَو تَرىٰ إِذ فَزِعوا فَلا فَوتَ وَأُخِذوا مِن مَّكانٍ قَريبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if you could see¹ when they are terrified but there is no escape, and they will be seized from a place nearby.

  • i.e., have a glimpse of the Hereafter.

(MELAYU)

Dan (alangkah hebatnya) jikalau kamu melihat ketika mereka (orang-orang kafir) terperanjat ketakutan (pada hari kiamat); maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat (untuk dibawa ke neraka),

 

وَلَو تَرىٰ إِذ فَزِعوا

Dan (alangkah hebatnya) jikalau kamu melihat ketika mereka (orang-orang kafir) terperanjat ketakutan (pada hari kiamat);

Kalaulah kamu boleh tengok keadaan mereka yang menentang itu, apabila mereka berada di dalam ketakutan yang amat sangat sampai mereka tidak boleh berfikir. Ini apabila mereka sudah melihat azab neraka di hadapan mereka.

 

فَلا فَوتَ

maka mereka tidak dapat melepaskan diri

Mereka amat takut pada waktu itu tetapi tidak ada tempat untuk berlindung Dan tidak ada tempat untuk melarikan diri lagi.

 

وَأُخِذوا مِن مَّكانٍ قَريبٍ

dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat

Yang akan menangkap mereka itu adalah para malaikat. Mudah sahaja bagi para malaikat untuk menangkap mereka kerana mereka itu dekat sahaja yang senang untuk dicapai untuk ditangkap dan dihumbankan ke dalam azab neraka. Kalau cuba melarikan diri, maka akan ditangkap oleh malaikat dengan mudah sahaja.


 

Ayat 52:

وَقالوا ءآمَنّا بِهِ وَأَنّىٰ لَهُمُ التَّناوُشُ مِن مَّكانٍ بَعيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they will [then] say, “We believe in it!” But how for them will be the taking¹ [of faith] from a place far away?²

  • Literally, “taking of something within easy reach,” in other words, “How can they expect to obtain faith at this point?”
  • i.e., their former life on earth, wherein they had every opportunity but which is now gone, never to return.

(MELAYU)

dan (di waktu itu) mereka berkata: “Kami beriman kepada Allah”, bagaimanakah mereka dapat mencapai (keimanan) dari tempat yang jauh itu.

 

وَقالوا ءآمَنّا بِهِ

dan (di waktu itu) mereka berkata: “Kami beriman kepada Allah”,

Apabila mereka sudah melihat azab memang benar dan hari akhirat itu sudah benar-benar berlaku depan mata mereka,maka waktu itu barulah mereka hendak beriman. Iman mereka waktu itu memang ikhlas sungguh dan kuat sungguh dah. Kalau dah nampak azab, memang semua akan beriman. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَلَوْ تَرَى إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ}

Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.” (As-Sajdah: 12)

 

وَأَنّىٰ لَهُمُ التَّناوُشُ مِن مَّكانٍ بَعيدٍ

bagaimanakah mereka dapat mencapai (keimanan) dari tempat yang jauh itu.

Tanawush bermaksud hendak mencapai sesuatu yang jauh. Waktu itu iman mereka sudah tidak bernilai lagi. Iman yang tidak laku lagi. Kalau dah nampak azab baru nak beriman, maka ia tidak diterima lagi.

Sepatutnya mereka kena beriman semasa mereka hidup di dunia tetapi waktu itu mereka sudah ada di akhirat dan dunia dan akhirat itu adalah tempat yang amat jauh.

Ertinya, mana mungkin mereka dapat beriman, sedangkan mereka telah dijauhkan dari tempat yang padanya iman dapat diterima dari mereka; dan kini mereka telah berada di kampung akhirat, yaitu negeri pembalasan, bukan lagi negeri ujian. Seandainya mereka dahulu sewaktu di dunia beriman, tentulah hal itu bermanfaat bagi mereka. Tetapi sesudah mereka berada di negeri akhirat, maka tiada jalan lagi bagi mereka untuk dapat diterima imannya, sebagaimana halnya tiada jalan untuk meraih sesuatu yang dijangkau dari tempat yang jauh di luar jangkauannya.


 

Ayat 53:

وَقَد كَفَروا بِهِ مِن قَبلُ ۖ وَيَقذِفونَ بِالغَيبِ مِن مَّكانٍ بَعيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they had already disbelieved in it before and would assault¹ the unseen from a place far away.²

  • Verbally, by conjecture and denial.
  • i.e., a position far from truth.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya mereka telah mengingkari Allah sebelum itu; dan mereka menduga-duga tentang yang ghaib dari tempat yang jauh.

 

وَقَد كَفَروا بِهِ مِن قَبلُ

Dan sesungguhnya mereka telah mengingkari Allah sebelum itu;

Semasa mereka di dunia, mereka telah membaling ke arah yang lain; iaitu ke arah perkara-perkara ghaib. Maksudnya mereka mengutuk dan buat lawak tentang perkara-perkara itu. Apabila diceritakan tentang perkara ghaib, mereka tidak mahu terima.

 

وَيَقذِفونَ بِالغَيبِ مِن مَّكانٍ بَعيدٍ

dan mereka menduga-duga tentang yang ghaib dari tempat yang jauh.

Mereka buat perbuatan mereka itu semasa mereka di dunia. Ia dikira sebagai tempat yang jauh kerana ayat ini tentang keadaan di akhirat.

Waktu mereka di dunia mereka hanya menduga-duga sahaja tentang perkara ghaib. Mereka kata begitu dan begini, macamlah mereka tahu sedangkan mereka tak nampak pun perkara-perkara ghaib itu. Ini seperti disebut dalam surah yang lain:

{رَجْمًا بِالْغَيْبِ}

sebagai terkaan terhadap barang yang gaib. (Al-Kahfi: 22)

Qatadah dan Mujahid mengatakan bahawa mereka mengira tidak ada hari berbangkit, tidak ada syurga, dan tidak ada pula neraka.


 

Ayat 54:

وَحيلَ بَينَهُم وَبَينَ ما يَشتَهونَ كَما فُعِلَ بِأَشياعِهِم مِّن قَبلُ ۚ إِنَّهُم كانوا في شَكٍّ مُّريبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And prevention will be placed between them and what they desire,¹ as was done with their kind before. Indeed, they were in disquieting doubt [i.e., denial].

  • Meaning the attainment of faith and its benefits or entrance into Paradise.

(MELAYU)

Dan dihalangi antara mereka dengan apa yang mereka ingini sebagaimana yang dilakukan terhadap orang-orang yang serupa dengan mereka pada masa dahulu. Sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) dalam keraguan yang mendalam.

 

وَحيلَ بَينَهُم وَبَينَ ما يَشتَهونَ

Dan dihalangi antara mereka dengan apa yang mereka ingini 

Akan ada penghalang di antara kehidupan baru dan kehidupan lama di dunia dahulu. Tidak ada amalan yang mereka boleh lakukan lagi untuk mendapatkan pahala.

Iaitu dihalang mereka untuk diterima taubat mereka. Kalau mereka mahu bertaubat pun ianya sudah dihalang.

Al-Hasan Al-Basri Ad-Dahhak, dan lain-lainnya mengatakan bahwa yang dimaksud ialah iman.

Mujahid mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Dan dihalangi antara mereka dengan apa yang mereka ingini. (Saba: 54) Yakni dari dunia ini berupa harta benda, perhiasan duniawi, dan keluarga (anak-anak).

Dan ada penghalang di antara mereka dan apa sahaja yang mereka kehendaki sangat. Iaitu keselamatan di syurga. Tapi mereka telah dihalang dari syurga.

 

كَما فُعِلَ بِأَشياعِهِم مِّن قَبلُ

sebagaimana yang dilakukan terhadap orang-orang yang serupa dengan mereka pada masa dahulu.

Sama seperti yang akan dikenakan kepada orang-orang yang sejenis dengan mereka. Mereka itu juga akan mengalami nasib yang sama.

 

إِنَّهُم كانوا في شَكٍّ مُّريبٍ

Sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) dalam keraguan yang mendalam.

Mereka ragu-ragu dengan wahyu yang Allah berikan. Bila ragu, sepatutnya mereka lakukan sesuatu untuk mendapatkan kepastian, tetapi mereka tidak lakukan. Kerana ragu-ragu pada peringkat awal adalah biasa sahaja tapi kenalah dapatkan kepastian.

Qatadah pernah mengatakan, “Janganlah kamu ragu dan bimbang. Kerana sesungguhnya orang yang mati dalam keadaan bimbang dan ragu, maka ia dibangkitkan dalam keadaan seperti waktu ia mati. Dan barang siapa yang mati dalam keadaan yakin, maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan yakin pula.

Mereka itu bukan sahaja ragu-ragu terhadap agama Islam tetapi mereka juga menyebabkan orang lain juga ragu-ragu dengan kata-kata mereka. Kerana mereka tidak simpan perasaan ragu mereka itu di dalam hati mereka sahaja tetapi mereka menceritakan kepada orang lain juga. Jadi ini telah menyebabkan orang lain pun termakan dengan kata-kata mereka. Kerana mungkin mereka pandai bercakap dan menyebabkan ramai yang sekali ragu-ragu dengan mereka.

Ini kerana mereka akan menimbulkan persoalan yang mereka tidak tahu jawap kerana mereka jahil. Dan apabila mereka sampaikan persoalan itu kepada orang lain, mereka pun jadi ragu-ragu sekali.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Saba’ ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah Fatir.

Tarikh: 10 Januari 2018


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 034: Saba. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s