Tafsir Surah Ahzab Ayat 34 – 35 (Jadikan majlis ilmu)

Ayat 34: Telah disebut yang wanita itu tempatnya di rumah. Tapi apa buat dalam rumah? Bukan duduk-duduk melepak sahaja.

وَاذكُرنَ ما يُتلىٰ في بُيوتِكُنَّ مِن ءآيٰتِ اللهِ وَالحِكمَةِ ۚ إِنَّ اللهَ كانَ لَطيفًا خَبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And remember what is recited in your houses of the verses of Allāh and wisdom.¹ Indeed, Allāh is ever Subtle and Acquainted [with all things].

  • The teachings of the Prophet (ṣ) or his sunnah.

(MELAYU)

Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.

 

وَاذكُرنَ ما يُتلىٰ في بُيوتِكُنَّ

Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu

Dan bacakanlah ayat-ayat Qur’an yang telah diwahyukan kepada manusia di. Inilah aktiviti yang perlu dijalankan di rumah. Kena wujudkan suasana ilmu di rumah. Kalimah اذكُرنَ dari segi bahasa bermaksud ‘ingatlah’ dan ‘sampaikanlah’. Maka para isteri Nabi kena ingat ajaran Qur’an itu dan kena sampaikannya kepada manusia yang lain.

 

مِن ءآيٰتِ اللهِ

dari ayat-ayat Allah

Tadabburlah ayat-ayat Allah. Lalukannya samada bersendirian ataupun dalam bentuk perbincangan.

Dan satu kelebihan kepada para isteri Rasulullah, ayat-ayat Qur’an itu diturunkan kepada Nabi kadangkala ketika baginda di rumah bersama mereka. Malah pernah satu ayat diturunkan kepada Rasulullah ketika baginda bersama dengan Aisyah di dalam satu selimut.

 

وَالحِكمَةِ

dan hikmah

Hikmah bermaksud hadis Nabi iaitu bagaimana cara Nabi mempraktikkan ayat-ayat Allah. Ini dari segi hadis baginda ataupun perbuatan dan akhlak baginda. Semua itu boleh menjadi ikutan kepada manusia seluruhnya. Dalam surah ini juga telah disebut bagaimana Rasulullah itu menjadi uswah (contoh ikutan) bagi manusia. Maka kenalah tahu bagaimana baginda menjalani kehidupan baginda supaya kita boleh ikut.

Memang para isteri Nabi menjadi guru kepada golongan umat Islam kerana mereka sahaja yang tahu apa yang baginda lakukan di dalam rumah.  Kelebihan ini hanya ada pada mereka dan kerana itu para sahabat dan Tabiin datang berjumpa dengan para isteri Nabi untuk bertanyakan kepada mereka apakah amalan Nabi di rumah.

 

إِنَّ اللهَ كانَ لَطيفًا خَبيرًا

Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.

Allah sedar kesusahan yang mereka. Dan allah maha tahu apa yang mereka lakukan.


 

Ayat 35: Surah Ahzab datang sebelum Surah Nur. Ada kaitan rapat antara dua surah ini. Dalam kedua surah ini Allah mengajar akhlak wanita. Jadi ini adalah ayat yang amat penting.

Ayat ini memberi isyarat bahawa mudah sahaja nak masuk syurga. Sama sahaja kedudukan lelaki dan wanita dalam Islam. Tidak ada lebihnya kedudukan lelaki kalau dibandingkan dengan wanita. Dua-dua ada peluang untuk masuk syurga.

Dan ayat ini akan banyak menyebut tentang orang lelaki mukmin dan wanita mukmin. Ini menunjukkan yang ayat-ayat dalam Surah Ahzab ini untuk semua orang, bukannya untuk Nabi dan untuk para isteri Nabi sahaja. Semua sekali disampaikan dengan ayat-ayat Qur’an ini. Semua sekali kena ikut ajaran yang disampaikan.

إِنَّ المُسلِمينَ وَالمُسلِمٰتِ وَالمُؤمِنينَ وَالمُؤمِنٰتِ وَالقٰنِتينَ وَالقٰنِتٰتِ وَالصّٰدِقينَ وَالصّٰدِقٰتِ وَالصّٰبِرينَ وَالصّٰبِرٰتِ وَالخٰشِعينَ وَالخٰشِعٰتِ وَالمُتَصَدِّقينَ وَالمُتَصَدِّقٰتِ وَالصّٰئِمينَ وَالصّٰئِمٰتِ وَالحٰفِظينَ فُروجَهُم وَالحٰفِظٰتِ وَالذّٰكِرينَ اللهَ كَثيرًا وَالذّٰكِرٰتِ أَعَدَّ اللهُ لَهُم مَّغفِرَةً وَأَجرًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the Muslim men and Muslim women, the believing men and believing women, the obedient men and obedient women, the truthful men and truthful women, the patient men and patient women, the humble men and humble women, the charitable men and charitable women, the fasting men and fasting women, the men who guard their private parts and the women who do so, and the men who remember Allāh often and the women who do so – for them Allāh has prepared forgiveness and a great reward.

(MELAYU)

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

 

إِنَّ المُسلِمينَ وَالمُسلِمٰتِ

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim,

Selalunya apabila Allah menyebut ‘muslimin’, maka ia sudah termasuk golongan ‘muslimat’ sekali. Jadi Allah tidak perlu sebut golongan Muslimat. Tetapi di dalam ayat ini Allah sebut khusus untuk mereka juga, jadi para wanita kena memerhatikan perkara ini dengan tawajjuh (fokus).

Muslim adalah orang yang menyerahkan sepenuhnya diri mereka kepada Allah. Mereka tahu tentang wahyu dan taat kepada wahyu seperti yang dikehendaki oleh Allah. Mereka telah buat keputusan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim sejati. Bukan setakat nama sahaja dan bukan setakat ditulis ‘Islam’ sebagai agama dalam Kad Pengenalan sahaja.

 

وَالمُؤمِنينَ وَالمُؤمِنٰتِ

laki-laki dan perempuan yang mukmin, 

Mukmin pula adalah mereka yang mempunyai ‘iman yang sempurna’ kepada perkara-perkara yang perlu diimani. Iman yang sempurna adalah iman yang tidak ada syirik di dalamnya. Kerana ada kalangan orang kita yang kata mereka beriman dengan itu dan ini, tapi dalam masa yang sama, mereka ada juga kepercayaan kepada fahaman syirik dan mereka itu bukanlah ‘orang mukmin’.

Dan untuk tahu apakah ‘iman sempurna’ itu, memerlukan kemahiran ajaran wahyu dan kenalah belajar. Dan pelajaran utama yang kena ketahui adalah tafsir Qur’an. Kerana kalau tidak ada hubungan dengan Qur’an ini, tidak faham apakah yang Allah hendak sampaikan dalam Qur’an ini, maka sia-sialah segala ilmu dan segala amalan. Kerana mereka itu adalah orang yang masuk ke dalam neraka.

 

وَالقٰنِتينَ وَالقٰنِتٰتِ

laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya,

Qanit adalah orang yang bersedia untuk ikut arahan. Kalau diberi arahan, mereka tidak mempersoalkan arahan itu. Mungkin mereka tidak faham apakah hikmah dari sesuatu hukum dan arahan Allah, tapi itu tidak menghalang mereka untuk taat kepadanya.

Maksudnya mereka bukanlah orang yang setakat ‘percaya’ sahaja, tapi mereka sanggup untuk membuktikan kepercayaan iman mereka itu dengan melakukan ketaatan. Bukanlah mereka pandai sahaja bercakap tentang agama, tapi mereka sendiri mengamalkannya. Ada ramai orang yang kononnya beriman, tapi mereka tidak pun beramal ibadat. Itu hanya mereka yang pandai cakap di mulut sahaja dan iman mereka tidak benar.

 

وَالصّٰدِقينَ وَالصّٰدِقٰتِ

laki-laki dan perempuan yang benar,

Sidiq adalah ‘yang benar’. Maka saadiq adalah mereka yang ‘membenarkan agama’. Apabila kebenaran datang kepada mereka, mereka membenarkan dan mereka menerimanya.

Ini penting kerana ada sahaja manusia yang menolak kebenaran apabila sampai kepada mereka. Ini berlaku apabila ia berlawanan dengan nafsu mereka dan pemahaman asal mereka.

Sebagai contoh, ada kalangan orang kita yang sudah belajar agama di pondok atau madrasah atau di universiti. Dan apabila dibawa ajaran Sunnah kepada mereka, mereka tidak terima sedangkan apa yang disampaikan dalam ajaran Sunnah adalah ajaran dari Qur’an dan Hadis. Tapi kerana berlainan dengan fahaman yang mereka telah belajar, maka mereka menolak. Ini amat bahaya.

Orang siddiq juga bermaksud orang yang benar dalam kehidupan mereka. Apa yang dalam hati mereka dan perlakuan mereka adalah sama. Mereka melakukan perbuatan yang sepertimana mereka bercakap perkara yang baik. Mereka tidak menipu dalam kehidupan mereka dan mereka tidak hipokrit.

 

وَالصّٰبِرينَ وَالصّٰبِرٰتِ

laki-laki dan perempuan yang sabar,

Orang yang sabar mendapat kedudukan yang tinggi. Ini adalah kerana susah untuk bersabar sebenarnya. Kerana kita ada banyak kehendak dan apabila perkara yang terjadi tidak seperti yang kita ingini, maka ada kalanya kita memberontak.

Maka Allah sebutkan kelebihan mereka yang sanggup sabar. Sabar dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita dan sabar mengerjakan amal ibadat. Sabar dengan kata-kata manusia yang melawan kita apabila kita sampaikan ajaran yang benar.

Mereka sabar dalam taat. Mereka tidak terpesona dengan keduniaan dan tidak tertipu dengan kehendak nafsu. Kerana untuk mendapat kenikmatan di akhirat kelak, kena bersabar dengan dugaan-dugaan di dunia ini.

 

وَالخٰشِعينَ وَالخٰشِعٰتِ

laki-laki dan perempuan yang khusyu’, 

Iaitu mereka yang takut untuk menderhaka kepada Allah. Kerana mereka takut kepada Allah. Dan kerana itu mereka akan buat amalan seperti yang dikehendaki oleh Allah. Dan kerana itu mereka boleh khusyuk dalam solat kerana mereka sedar yang mereka sedang mengadap Allah. Ada kemungkinan besar yang khusyuk di dalam potongan ayat ini berkenaan dengan solat kerana sedekah dan puasa pula akan disebut selepas ini.

Sepertimana mereka tunduk kepada Allah dalam solat, maka dalam kehidupan dunia mereka pun mereka tunduk kepada Allah. Mereka kenal siapakah diri mereka yang rendah di sisi Allah.

 

وَالمُتَصَدِّقينَ وَالمُتَصَدِّقٰتِ

laki-laki dan perempuan yang bersedekah,

Mereka juga banyak beri sedekah. Bukan hanya mengeluarkan zakat yang wajib sahaja, tapi mereka mengeluarkan sedeqah yang sunat juga.

Jangan kita fikir nak minta lebih tapi kena fikirkan apa yang kita nak beri kepada orang lain. Iaitu kita kena fikirkan jalan bagaimana nak beri dari apa yang kita dapat dari Allah.

Ktta sudah tahu bahawa sadiq bermaksud ‘benar’. Maka sedeqah adalah perbuatan ‘membenarkan’b janji balasan yang Allah berikan kepada mereka yang bersedeqah. Allah janjikan berbagai-bagai balasan besar kepada mereka yang bersedekah. Sesiapa yang percaya dan yakin dengan janji-janji itu, mereka akan ringan tangan untuk keluarkan sedeqah.

 

وَالصّٰئِمينَ وَالصّٰئِمٰتِ

laki-laki dan perempuan yang berpuasa,

Mereka juga banyak melakukan puasa. Samada Puasa Fardhu atau Puasa Sunat. Kalimah saum asalnya bermaksud menahan diri. Maka puasa adalah menahan diri dari makan sepanjang waktu yang disyariatkan.

Maka ia bermaksud ‘memberi’ sebahagian dari diri kita. Sebelum ini disebut sedekah dalam bentuk benda dan sekarang sedekah dalam bentuk diri pula.

 

وَالحٰفِظينَ فُروجَهُم وَالحٰفِظٰتِ

laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya,

Mereka menjaga kemaluan mereka dari melakukan dosa. Kalimah حافظ adalah dalam bentuk kata nama. Apabila ianya di dalam bentuk kata nama, ia bermaksud mereka itu ‘sentiasa’ menjaga kemaluan mereka.

Kerana perkara ini sentiasa berlaku untuk menguji kita dan kita kena sentiasa berjaga-jaga. Maka antara langkah berjaga-jaga adalah dengan menjaga pergaulan dan juga pakaian kita. Jangan pakai pakaian yang menjolok mata sampai dapat menarik perhatian orang lain terutama sekali yang berlawanan jantina dengan kita. Perkara sebeginilah yang penting untuk diperhatikan supaya tidak terjerumus ke lembah kehinaan. Kerana itulah dalam ayat Qur’an disebut ‘jangan hampiri zina’ kerana menghampiri itu sendiri sudah bahaya.

 

وَالذّٰكِرينَ اللهَ كَثيرًا وَالذّٰكِرٰتِ

laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, 

Mereka sentiaaa ingat kepada Allah. Mereka sebut nama Allah dengan lidah dan ingat dengan hati. Dan ini tidak dapat dicapai melainkan oleh mereka yang sudah kenal Allah dan sudah ada hubungan dengan Allah. Mereka sudah ada perasaan cinta kepada Allah dan kerana itu lebih senang untuk mereka ingat kepada Allah.

Salah satu cara mudah untuk sentiasa ingat dan sebut nama Allah adalah dengan memperbanyakkan doa. Hati dan mulut kita sentiasalah berdoa kepada Allah. Sentiasalah berharap pertolongan kepada Allah dan jangan putus pengharapan kita itu. Kerana memang dalam setiap perkara dan masa kita memerlukan pertolongan Allah, bukan?

Tadi kita disuruh jaga kemaluan kita. Maka untuk jaga kemaluan adalah dengan ingat Allah. Kalau hati kita sudah paut kepada Allah, kita akan takut untuk buat perkara-perkara yang keji. Mana mungkin kita nak buat satu dosa, sedangkan kita sedang ingat kepada Allah dan sedar yang Allah sedang memandang?

Jadi mengingati Allah adalah lebih lagi dari ibadah. Kerana kalau ibadah seperti solat itu, ia tertakluk kepada satu-satu masa sahaja. Tapi mengingati Allah itu sepanjang masa.

Dan kita pun patut tahu yang ibadah-ibadah yang dilakukan dengan hati lalai dari Allah, ibadat itu tidaklah bernilai mana.

 

أَعَدَّ اللهُ لَهُم مَّغفِرَةً

Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan

Allah janjikan pengampunan dan pahala yang banyak. Allah dah sediakan syurga untuk tunggu mereka masuk sahaja.

Ini adalah apabila perkara-perkara yang telah disebut di atas tadi sudah jadi sebagai tabiat. Maka tentulah tidak lekat dosa.

 

وَأَجرًا عَظيمًا

dan pahala yang besar.

Dan di syurga nanti, mereka yang bersifat begitu akan mendapat balasan yang amat besar. Ini kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka seorang seorang muslim sejati.

Jadi, ayat ini menyebut lelaki dan wanita bersebelahan. Ini bermaksud yang disebut-sebut di atas adalah sama sahaja bagi lelaki dan wanita. Dalam kehidupan mereka, mungkin mereka tidak sama kerana lelaki di luar dan wanita di rumah. Lelaki jadi pemimpin dan berperang sedangkan wanita di rumah sahaja menjaga anak dan memasak. Tapi perkara-perkara asas telah disebut di atas. Apa pekerjaan dan tugas mereka tidak membezakan mereka dari segi taqwa. Dari segi taqwa, kita sama sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 6 Disember 2017


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 033: Ahzab. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s