Tafsir Surah Ahzab Ayat 23 – 26 (Bani Quraizah)

Ayat 23: Sambungan tentang sifat orang mukmin.

مِّنَ المُؤمِنينَ رِجالٌ صَدَقوا ما عٰهَدُوا اللهَ عَلَيهِ ۖ فَمِنهُم مَّن قَضىٰ نَحبَهُ وَمِنهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَما بَدَّلوا تَبديلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Among the believers are men true to what they promised Allāh. Among them is he who has fulfilled his vow [to the death], and among them is he who awaits [his chance]. And they did not alter [the terms of their commitment] by any alteration –

(MELAYU)

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),

 

مِّنَ المُؤمِنينَ رِجالٌ صَدَقوا ما عٰهَدُوا اللهَ عَلَيهِ

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah;

Ada yang pegang janji yang mereka telah ikat dengan Allah. Iaitu mereka beriman dengan Allah dan juga Rasulullah dan semua perkara yang perlu diimani. Mereka amalkan amalan yang baik dalam kehidupan mereka.

Dan untuk tahu semua itu memerlukan ilmu. Kerana bahaya kalau kata taat, tapi tidak tahu apa yang perlu ditaati. Ramai orang kita pandai cakap sahaja mereka taat tapi mereka jauh dari wahyu. Maka apa yang mereka taati pun kita tak tahu.

Kerana itulah kita mementingkan budaya ilmu dalam masyarakat kita. Kalau ramai ada ilmu agama, maka senanglah kehidupan manusia. Bila ada ramai yang jahil itulah yang menyebabkan masalah yang banyak. Malangnya lebih banyak yang jahil dari mereka yang berilmu.

 

فَمِنهُم مَّن قَضىٰ نَحبَهُ

maka di antara mereka ada yang gugur. 

Kalimah نحب  itu macam nazar. Iaitu mewajibkan sesuatu ke atas diri. Mereka telah bayar dengan diri mereka untuk masuk ke syurga. Mereka sudah berjanji untuk menjalankan jihad dan mereka telah melakukannya.

Maka ada antara mereka yang telah mati syahid. Ini adalah satu nikmat yang amat besar sekali. Mati syahid adalah satu jalan singkat ke syurga. Mereka terus masuk syurga tanpa hisab. Dan ini memang kelebihan. Bayangkan kalau zaman sekarang, sudah tidak ada jihad perang lagi. Maka kita tidak ada kelebihan ini walaupun kita sanggup berperang.

Nak perang macam mana kerana sekarang tidak ada jihad perang pun? Kerana untuk menjalankan perang kena ada penuhi syarat-syaratnya. Salah satunya perang itu kenalah diarahkan oleh khalifah. Dan sekarang pemerintahan kita bukannya pemerintahan berkhalifah.

 

وَمِنهُم مَّن يَنتَظِرُ

Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu

Kerana jihad perang sudah tidak ada, maka kita pun menunggu juga.

Dan pada zaman dahulu pun ada yang belum lagi dapat mati syahid walaupun mereka berjihad. Ini adalah kerana mati syahid dalam perang adalah rezeki dari Allah dan bukan semua dapat rezeki ini. Ramai yang berharap tapi mereka hanya dapat berharap aahaja. Mereka menunggu-nunggu peluang mereka untuk bersama dengan sahabat-sahabat mereka yang telah mati syahid sebelum mereka.

 

وَما بَدَّلوا تَبديلًا

dan mereka tidak merubah (janjinya)

Dalam masa menunggu-nunggu peluang mereka itu, hati mereka tetap dalam iman. Mereka takkan tukar iman mereka dengan apa pun.

Mereka tidak akan tukar dengan benda yang lebih rendah seperti dunia. Dunia pada mereka tidak sama untuk dibandingkan dengan akhirat. Tidaklah mereka itu seperti golongan munafik yang pandai cakap sahaja, tapi apabila sampai masa perang, mereka mula cari alasan untuk balik ke rumah.

Mereka amat berharap supaya nyawa mereka diambil semasa mereka sedang memperjuangkan agama Allah. Sementara itu, mereka tetap jalankan tugas mereka semasa dalam dunia ini. Mereka tetap taat kepada Allah.

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Yaman, telah menceritakan kepada kami Syu’aib, dari Az-Zuhri, telah menceritakan kepadaku Kharijah ibnu Zaid ibnu Sabit, dari ayahnya yang menceritakan, “Ketika kami menyalin Mus­haf, kami kehilangan suatu ayat dari surat Ahzab, padahal aku pernah mendengarnya dari Rasulullah Saw. ketika baginda membacanya. Ayat itu tiada pada seorang pun kecuali ada pada (hafalan) Khuzaimah ibnu Sabit Al-Ansari r.a. yang kesaksiannya dijadikan oleh Rasulullah Saw. sebanding dengan kesaksian dua orang laki-laki.” Ayat tersebut adalah firman Allah Swt.: Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. (Al-Ahzab: 23) Ditinjau dari jalurnya Imam Bukhari meriwayatkan hadis ini secara munfarid, tetapi hadis ini mempunyai banyak syahid (bukti) yang menguatkannya melalui berbagai jalur.


 

Ayat 24: Inilah akibatnya.

لِّيَجزِيَ اللهُ الصّٰدِقينَ بِصِدقِهِم وَيُعَذِّبَ المُنٰفِقينَ إِن شاءَ أَو يَتوبَ عَلَيهِم ۚ إِنَّ اللهَ كانَ غَفورًا رَّحيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That Allāh may reward the truthful for their truth and punish the hypocrites if He wills or accept their repentance. Indeed, Allāh is ever Forgiving and Merciful.

(MELAYU)

Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, dan menyeksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

لِّيَجزِيَ اللهُ الصّٰدِقينَ بِصِدقِهِم

Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya, 

Allah akan beri balasan yang baik kepada orang-orang yang beriman. Samada dapat mati syahid atau tidak, balasan Allah tetap akan diberikan setimpal dengan amalan seseorang itu.

Macam kita sekarang, walaupun tidak ada jihad perang, kita masih ada ‘jihad mulut’ lagi. Iaitu menyampaikan dakwah kepada manusia dalam bentuk percakapan atau penulisan. Kita teruskan buat apa yang kita boleh buat. Jangan tangisi apa yang kita tidak ada, tapi berusahalah dengan apa yang kita ada.

Dengan adanya perang sebegini, Allah menguji hamba-hamba-Nya dengan rasa takut dan keguncangan (gentar) agar Dia membezakan mana yang berhati buruk dan mana yang berhati baik, sehingga apa yang ada di dalam hati mereka menjadi kelihatan dalam bentuk sikap dan perbuatan. Hal ini sama sekali tidak bertentangan dengan kenyataan bahawa Allah Swt. mengetahui sesuatu sebelum penciptaannya. Dan sesungguhnya Allah tidak mengazab makhluk-Nya hanya berdasarkan pengetahuan Allah tentang mereka, melainkan mereka pun harus mengetahui dahulu apa yang Dia ketahui tentang diri mereka, sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ}

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ikhwalmu. (Muhammad: 31)

Hal ini menyangkut pengetahuan terhadap sesuatu setelah keberadaannya, sekalipun pengetahuan mengenainya telah diketahui oleh Allah sebelum keberadaannya dalam ilmu-Nya yang terdahulu. Hal yang senada disebutkan pula oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{مَا كَانَ اللهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ حَتَّى يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ}

Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib. (Ali-Imran: 179)

 

وَيُعَذِّبَ المُنٰفِقينَ إِن شاءَ

dan menyeksa orang munafik jika dikehendaki-Nya,

Dan kepada orang munafik Allah mungkin beri balasan azab kepada mereka semasa di dunia ataupun tidak kerana ia terpulang kepada Allah. Kerana itu ada kalimah إِن شاءَ itu. Terpulang kepada Allah.

Maksudnya orang munafik kena takut dan jangan sangka yang mereka akan selamat. Dan orang-orang mukmin juga jangan yakin sangat yang orang-orang munafik itu akan kena balasan semasa di dunia. Kerana mungkin mereka tidak mendapat apa-apa balasan buruk pun.

 

أَو يَتوبَ عَلَيهِم

atau menerima taubat mereka. 

Kerana mungkin Allah ampunkan mereka kerana mereka telah bertaubat. Orang-orang munafik itu ada peluang lagi untuk bertaubat dan memperbetulkan diri mereka. Dan jikalau mereka buat begitu maka Allah boleh mengampuni mereka.

Terpulang kepada Allah jika Dia hendak memberi taufik kepada orang-orang munafik itu untuk beriman akhirnya.

Zaman Nabi Muhammad memang ramai yang munafik. Tapi ramai juga yang kemudiannya beriman. Ini adalah kerana mereka tetap duduk dalam majlis Nabi dan lama kelamaan Allah beri hidayah kepada mereka. Mereka tidak tutup terus hati mereka kepada iman.

 

إِنَّ اللهَ كانَ غَفورًا رَّحيمًا

Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ini adalah kerana Allah Maha Pengampun. Allah sanggup beri ampun kepada manusia. Maka jangan putus harap dengan Allah.

Dan Allah sanggup beri ampun itu kerana Allah sayang kepada hambaNya. Allah nak lihat hambaNya masuk syurga.


 

Ayat 25: Ini adalah kesan jikalau umat Islam beriman kepada Allah. Dan apabila hidup ikut cara Nabi. Pasti kesudahannya baik.

وَرَدَّ اللهُ الَّذينَ كَفَروا بِغَيظِهِم لَم يَنالوا خَيرًا ۚ وَكَفَى اللهُ المُؤمِنينَ القِتالَ ۚ وَكانَ اللهُ قَوِيًّا عَزيزًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh repelled those who disbelieved, in their rage, not having obtained any good. And sufficient was Allāh for the believers in battle, and ever is Allāh Powerful and Exalted in Might.

(MELAYU)

Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, (lagi) mereka tidak memperoleh keuntungan apapun. Dan Allah cukup bagi orang-orang mukmin dalam peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

 

وَرَدَّ اللهُ الَّذينَ كَفَروا بِغَيظِهِم

Dan Allah menghalau orang-orang yang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, 

Orang-orang kafir itu dikalahkan dan dipulangkan ke tempat asal mereka dengan rasa tidak puashati kerana mereka tidak dapat melepaskan kemarahan mereka kepada umat Islam. Mereka datang ke Madinah itu untuk menghancurkan umat Islam kerana kebencian mereka, tetapi mereka tidak dapat menunaikannya.

 

لَم يَنالوا خَيرًا

mereka tidak memperoleh keuntungan apapun.

Mereka langsung tidak mendapat kebaikan ataupun apa-apa keuntungan pun dari usaha mereka. Mereka telah bersusah payah untuk mengumpulkan segala tenaga dan bantuan daripada orang-orang kafir yang lain untuk menyerang Madinah, tetapi tidak ada pulangan yang baik untuk mereka.

Mereka juga telah memalukan diri mereka kerana walaupun mereka telah bergabung tetapi tidak dapat juga hendak mengalahkan umat Islam. Usaha mereka gagal dan nama baik mereka pun jatuh merudum.

Kita akan lihat nanti bagaimana kesan ini membawa kepada kemenangan umat Islam di Mekah kelak. Kesan dari kekalahan mereka tidak berakhir di sini sahaja tapi membawa kesan jangka panjang. Ini bersambung dalam Surah al-Fath.

 

وَكَفَى اللهُ المُؤمِنينَ القِتالَ

Dan Allah cukup bagi orang-orang mukmin dalam peperangan. 

Cukuplah Allah sahaja yang memusnahkan mereka. Ia seolah-olah Allah sahaja yang berperang dengan mereka dan mengalahkan mereka. Kerana seperti kita telah belajar, para sahabat hampir tidak ada pertempuran langsung dengan pihak musuh mereka mereka tidak dapat masuk ke dalam kota. Allah kalahkan mereka dengan hantar angin sahaja.

Kerana itulah Rasulullah Saw. selalu mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وأعزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، فَلَا شَيْءَ بَعْدَهُ”

Tidak ada Tuhan selain Allah semata, Dia telah membenarkan janji-Nya, menolong hamba-Nya, memenangkan bala tentara-Nya, dan mengalahkan golongan-golongan yang bersekutu sendirian, maka tiada bahaya lagi sesudahnya. Diketengahkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim melalui hadis Abu Hurairah r.a.

Tentulah jikalau berperang dengan Allah maka tidak ada harapan kepada sesiapa pun. Ini kerana Allah hantar angin sejuk untuk menghalau tentera-tentera itu dan Allah menghindarkan orang-orang mukmin dari perlu berperang dengan mereka.

 

وَكانَ اللهُ قَوِيًّا عَزيزًا

Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Allah Maha Kuat dan dapat mengalahkan sesiapa sahaja. Allah Maha Gagah Perkasa dan tidak ada yang dapat mengalahkanNya.

Allah boleh buat apa sahaja yang Dia ingini. Kalau Allah nak menangkan orang mukmin, senang sahaja bagi Allah. Dan Allah juga ada beri kekalahan kepada org mukmin. Maka semuanya di tangan Tuhan.


 

Ayat 26: Ini pula adalah musuh jenis lain. Ini adalah musuh dalam Kota Madinah sendiri.

وَأَنزَلَ الَّذينَ ظٰهَروهُم مِّن أَهلِ الكِتٰبِ مِن صَياصيهِم وَقَذَفَ في قُلوبِهِمُ الرُّعبَ فَريقًا تَقتُلونَ وَتَأسِرونَ فَريقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He brought down those who supported them among the People of the Scripture¹ from their fortresses and cast terror into their hearts [so that] a party [i.e., their men] you killed, and you took captive a party [i.e., the women and children].

  • The Jews of Banū Quraythah, who had violated their treaty with the Muslims.

(MELAYU)

Dan Dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan.

 

وَأَنزَلَ الَّذينَ ظٰهَروهُم مِّن أَهلِ الكِتٰبِ مِن صَياصيهِم

Dan Dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, 

Salah satu daripada musuh umat Islam adalah bangsa Yahudi. Dan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Yahudi daripada Bani Quraizah.

Mereka sepatutnya membantu umat Islam mempertahankan Madinah apabila diserang oleh pihak luar tetapi mereka tidak berbuat begitu. Malahan mereka telah bersekongkol dengan tentera musuh. Ini adalah satu pembelotan dan hukumannya adalah bunuh.

Peristiwa itu terjadi melalui duta golongan-golongan yang bersekutu, yaitu Huyay ibnu Akhtab An-Nadri la’natullah ‘alaih. Dia memasuki benteng Bani Quraizah dan terus-menerus memmujuk pemimpin mereka (yaitu Ka’b ibnu Asad) untuk bergabung dengan golongan bersekutu. Pada akhirnya dia mahu merosak perjanjian gencatan senjata mereka dengan kaum muslim.

Di antara ucapan yang dikatakan oleh Huyay ibnu Akhtab ketika memmujuk Ka’b ibnu Asad ialah, “Celakalah kamu, sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa kejayaan masa, aku datang kepadamu dengan membawa kaum Quraisy bersama tentara Habsyahnya, kabilah Gatafan, dan para pengikutnya. Mereka masih bermarkas di sini sebelum mereka membinasakan Muhammad dan para sahabatnya.”

Maka Ka’b menjawab, “Tidak, demi Allah, bahkan engkau datang kepadaku dengan membawa kehinaan masa. Celakalah engkau, hai Huyay, sesungguhnya engkau membawa kesialan.” Dan Huyay terus memmujuknya dengan segala cara sehingga pada akhirnya Ka’b ibnu Asad mahu mengikutinya. Huyay mensyaratkan kepada Ka’b bahawa jika golongan-golongan yang bersekutu telah pergi dan sudah tidak ada lagi urusan mereka, maka Ka’b harus membawanya serta masuk ke dalam bentengnya dan menjadi salah seorang di antara mereka (Bani Quraizah).

Setelah Bani Quraizah merosak perjanjiannya dan berita itu sampai kepada Rasulullah Saw., hati baginda resah dan sangat risau tentang keselamatan kaum muslim. Tetapi setelah Allah Swt. menolong Rasul-Nya dan mengalahkan musuh-musuhnya serta mengembalikan mereka dalam keadaan kecewa dan merugi, maka baginda kembali ke Madinah, dalam keadaan menang dan kemudian para sahabat mulai meletakkan senjata mereka.

Dan ketika Rasulullah Saw. sedang mandi membersihkan dirinya dari kotoran yang melekat pada tubuhnya akibat perang itu di rumah Ummu Salamah r.a., tiba-tiba Jibril a.s. menampakkan dirinya memakai serban dari kain sutera tebal dengan mengendarai haiwan yang berpelanakan kain permadani terbuat dari kain sutera. Lalu Jibril berkata, “Hai Rasulullah, apakah engkau letakkan senjatamu?” Rasulullah Saw. menjawab, “Ya.” Jibril berkata, “Tetapi para malaikat masih belum meletakkan senjatanya, dan sekarang kami (para malaikat) baru saja kembali setelah melakukan pengejaran terhadap mereka (golongan-golongan yang bersekutu).” Kemudian Jibril berkata: Sesungguhnya Allah Swt. telah memerintahkan kepadamu agar bangkit menuju ke tempat orang-orang Bani Quraizah.

Menurut riwayat yang lain, Jibril a.s. berkata kepada Rasulullah, “Aku memaklumimu sebagai orang yang habis perang, tetapi apakah engkau sekarang telah meletakkan senjatamu?” Rasulullah Saw. menjawab, “Ya.” Jibril berkata, “Tetapi kami (para malaikat) masih belum meletakkan senjata kami. Sekarang bangkitlah untuk menyerang mereka.” Rasulullah Saw. bertanya, “Ke mana?” Jibril menjawab, “Ke tempat Bani Quraizah, kerana sesungguhnya Allah Swt. telah memerintahkan kepadaku untuk menggoncangkan mereka.”

Allah telah mengalahkan tentera yang datang dari luar Madinah, maka sekarang umat Islam sendiri yang kena berperang dengan musuh yang berada di dalam. Maka pada saat itu juga Rasulullah Saw. bangkit dan memerintahkan kepada kaum muslim untuk bergerak menuju tempat Bani Quraizah. Tempat orang-orang Bani Quraizah terletak beberapa batu dari kota Madinah. Hal itu terjadi sesudah Solat Zuhur, lalu Rasulullah Saw. bersabda:

“لَا يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمُ الْعَصْرَ إِلَّا فِي بَنِي قُرَيْظَةَ”

Jangan sekali-kali seseorang di antara kalian melakukan salat Asar kecuali di tempat Bani Quraizah.

Maka kaum muslim bergerak dan berangkat, dan waktu Solat Asar telah masuk ketika mereka berada di tengah jalan. Maka sebahagian dari mereka ada yang solat Asar di tengah jalan, mereka beralasan bahawa tiada yang dimaksudkan oleh Rasulullah Saw. dari mereka kecuali untuk cepat dalam melakukan perjalanan (kalau sempat solat, boleh).

Sedangkan sebahagian yang lain mengatakan, “Kami tidak mahu melakukannya kecuali di tempat orang-orang Bani Quraizah.” Ternyata Rasulullah Saw. tidak menegur salah satu pihak dari kedua belah pihak yang berbeza pendapat itu. Di dalam kejadian ini terdapat banyak hukum feqah yang boleh diambil perhatian. Tapi kita tidak mahu bincangkannya di sini. Cuma anda boleh ingat kisah ini dan boleh fahami kalau ada perbincangan hukum-hukum nanti di dalam pelajaran feqah.

Bani Quraizah telah bertahan di dalam benteng kota mereka selama 20 hari dan umat Islam terus mengepung mereka. Akhirnya mereka mengaku kalah. Walaupun mereka duduk dalam benteng kuat tapi Allah boleh paksa mereka turun. Benteng mereka tidak dapat menyelamatkan mereka. Akhirnya Bani Quraizah berkata, “Kami mahu turun dengan syarat menyerah di bawah hukum Sa’d ibnu Mu’az.”

 

وَقَذَفَ في قُلوبِهِمُ الرُّعبَ

dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka.

Allah telah memasukkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka. Ini adalah jenis ketakutan yang amat sangat sampai menyebabkan mereka tidak boleh berfikir dengan lancar.

 

فَريقًا تَقتُلونَ

Sebahagian mereka kamu bunuh

Mereka terpaksa menerima hukuman di atas pembelotan mereka. Dalam negosiasi mereka sebagai syarat untuk menyerah kalah, mereka mahu seorang sahabat yang bernama Saad ibn Muaz untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka. Dan mereka mahu hukuman itu daripada Taurat.

Ini adalah kerana bani ini dulu telah lama berbaik dengan Suku Aus dan ketua mereka adalah Saad bin Muaz. Waktu itu Saad telah cedera teruk kerana ditembak dengan panah. Darah tidak berhenti mengalir kerana beliau dipanah di pembuluh utama darah. Beliau sedang nazak menunggu kematian di Masjid Nabi waktu itu tetapi apabila dengar mereka mahukan keputusan da mahukan juga, maka dia sanggup untuk dibawa ke penempatan Bani Quraizah.

Puak Yahudi itu sangka yang mereka akan dapat hukuman yang lembut. Kerana mereka telah lama kenal Saad itu. Orang-orang Bani Quraizah menduga bahawa cara tersebut dapat melindungi diri mereka, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Abdullah ibnu Ubay ibnu Salul terhadap para mawalinya dari kalangan Bani Qainuqa’ ketika dia meminta kepada Rasulullah Saw. agar sudi mem­bebaskan mereka.

Mereka tidak mahu hukuman daripada Qur’an. Mereka mahu hukuman dari Taurat sahaja. Akan tetapi mereka telah tersalah pilih kerana jikalau diambil hukuman daripada Qur’a, maka hukuman mereka mungkin dijadikan sebagai tawanan ataupun yang dibunuh hanyalah mereka yang benar-benar berperang sahaja.

Sedangkan hukuman daripada Taurat adalah lebih keras lagi. Mana-mana lelaki yang boleh berperang kena dibunuh (Bukan yang berperang sahaja) dan selain daripada itu akan dijadikan sebagai hamba. Mereka tidak tahu itulah hukuman yang dikenakan kepada pembelot kerana mereka sendiri tidak tahu kitab mereka sendiri. Sama jugalah dengan masyarakat kita yang tidak tahu Qur’an. Maka mereka pun begitulah juga.

Maka sebahagian besar daripada mereka telah dibunuh. Dan ini adalah hukuman yang berat kepada pembelot di dalam perang. Rasulullah Saw. memerintahkan agar dibuatkan parit yang cukup dalam, lalu mereka (para tawanan perang) didatangkan dalam keadaan tangan terikat, selanjutnya mereka dihukum pancung. Jumlah mereka antara tujuh sampai lapan ratus orang, sedangkan mereka yang bulu kemaluannya masih belum tumbuh menjadi tawanan bersama kaum wanita, juga semua harta mereka dirampas.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim ibnu Basyir, telah menceritakan kepada kami Abdul Malik ibnu Umair, dari Atiyyah Al-Qurazi yang menceritakan bahawa selepas perang dengan Bani Quraizah dia dihadapkan kepada Nabi Saw. (untuk dihukum bunuh). Tetapi mereka (kaum muslim) meragukan tentang kedewasaannya. Maka Nabi Saw. memerintahkan kepada mereka untuk memeriksa apakah dia telah tumbuh rambut kemaluannya ataukah belum? Lalu mereka memeriksanya, ternyata mereka melihat dirinya masih belum berambut kemaluan. Akhirnya dia dilepaskan dan digabungkan bersama tawanan lainnya.

 

وَتَأسِرونَ فَريقًا

dan sebahagian yang lain kamu tawan.

Dan selebihnya iaitu wanita dan kanak-kanak yang tidak boleh berperang telah dijadikan sebagai hamba kepada umat-umat Islam.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 4 Disember 2017


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 033: Ahzab. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s