Tafsir Surah Ahzab Ayat 20 – 22 (Ujian dapat menambah iman)

Ayat 20: Satu lagi sifat munafik itu adalah mereka mempunyai sifat pengecut pula. Orang munafik Allah tak bagi sifat keberanian kepada mereka.

يَحسَبونَ الأَحزابَ لَم يَذهَبوا ۖ وَإِن يَأتِ الأَحزابُ يَوَدّوا لَو أَنَّهُم بادونَ فِي الأَعرابِ يَسئلونَ عَن أَنبائِكُم ۖ وَلَو كانوا فيكُم مّا قٰتَلوا إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They think the companies have not [yet] withdrawn.¹ And if the companies should come [again], they would wish they were in the desert among the bedouins, inquiring [from afar] about your news. And if they should be among you, they would not fight except for a little.

  • In their excessive fear the cowardly hypocrites could not believe the enemy forces had been defeated.

(MELAYU)

Mereka mengira (bahawa) golongan-golongan yang bersekutu itu belum pergi; dan jika golongan-golongan yang bersekutu itu datang kembali, nescaya mereka ingin berada di dusun-dusun bersama-sama orang Arab Badwi, sambil menanya-nanyakan tentang berita-beritamu. Dan sekiranya mereka berada bersama kamu, mereka tidak akan berperang, melainkan sebentar saja.

 

يَحسَبونَ الأَحزابَ لَم يَذهَبوا

Mereka mengira (bahawa) golongan-golongan yang bersekutu itu belum pergi;

Walaupun tentera bersekutu itu telah meninggalkan Madinah, tetapi puak-puak munafik itu masih lagi di dalam ketakutan. Seolah-olah tentera musuh boleh datang lagi. Maka mereka memang penakut sungguh.

Tentera-tentera itu dipanggil الأَحزابَ kerana mereka adalah gabungan daripada banyak kumpulan. Mereka bersekutu untuk menyerang Madinah dan untuk menghancurkan Islam. Ini adalah hasil daripada idea orang Yahudi.

 

وَإِن يَأتِ الأَحزابُ يَوَدّوا لَو أَنَّهُم بادونَ فِي الأَعرابِ

dan jika golongan-golongan yang bersekutu itu datang kembali, nescaya mereka ingin berada di dusun-dusun bersama-sama orang Arab Badwi, 

Dan kalaulah tentera bersekutu itu dapat masuk ke dalam Madinah dan menyerang mereka, tentu orang-orang munafik itu berharap supaya mereka itu tidak ada di dalam kota Madinah tetapi berada di luar kota bersama-sama dengan puak-puak Badwi.

Mereka rasa mereka akan selamat kali duduk di luar sahaja. Mereka nak duduk menyorok di kawasan dusun. Supaya jauh dari peperangan itu.

 

يَسئلونَ عَن أَنبائِكُم

sambil menanya-nanyakan tentang berita-beritamu.

Mereka kalau berada di luar bersama dengan orang-orang Badwi  itu, mereka hanya nak ambil tahu apa yang terjadi dengan bertanya-tanya sahaja.

Maknanya mereka tidak mahu terlibat tetapi masih juga mahu sibuk untuk tahu apa yang terjadi. Tapi mereka tanya dari tempat yang selamat sahaja. Nak datang dekat tengok sendiri pun mereka tak mahu.

 

وَلَو كانوا فيكُم مّا قٰتَلوا إِلّا قَليلًا

Dan sekiranya mereka berada bersama kamu, mereka tidak akan berperang, melainkan sebentar saja.

Dan kalau dah perang terjadi dan orang munafik itu ada dikalangan tentera Islam maka mereka itu tidak akan berperang melainkan sedikit sahaja yang bermaksud mereka itu tidak ada guna.


 

Ayat 21: Ini adalah ayat yang popular dan selalu disebut. Mari kita lihat apakah maksudnya dan bagaimana kita boleh aplikasi ayat ini dalam kehidupan kita.

لَّقَد كانَ لَكُم في رَسولِ اللهِ أُسوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كانَ يَرجُو اللهَ وَاليَومَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

There has certainly been for you in the Messenger of Allāh an excellent pattern1 for anyone whose hope is in Allāh and the Last Day and [who] remembers Allāh often.

  • An example to be followed.

(MELAYU)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

 

لَّقَد كانَ لَكُم في رَسولِ اللهِ أُسوَةٌ حَسَنَةٌ

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu

Seperti yang kita tahu pada diri Rasulullah itu ada contoh tauladan yang baik. Dalam semua keadaan kerana baginda pakai banyak topi. Kita boleh jadikan baginda contoh sebagai bapa, pemimpin, panglima perang, kawan, suami dan lain-lain lagi.

Kalimah أُسوَةٌ adalah istimewa kerana ia ada elemen kasih sayang, menjaga, belas kasihan dan juga prihatin. Sebagai contoh, Nabi Muhammad bukanlah seorang ketua yang hanya beri arahan sahaja kepada sahabat untuk gali parit tetapi baginda juga sama-sama berada di dalam parit dan menggali bersama-sama. Begitulah sifat yang pemimpin kena ikut. Jangan beri arahan dan tengok sahaja.

Baginda bersama para sahabat yang lain di barisan hadapan. Baginda mengalami kesusahan sama seperti kaum baginda yang lain, malah lebih lagi. Keluarga baginda tidak mendapat layanan istimewa – mereka sama juga dalam bahaya seperti keluarga-keluarga yang lain. Baginda tidak duduk di belakang sambil memberi arahan sahaja, tapi sama-sama bergembleng tenaga.

Baginda tidak kisah diri baginda tapi prihatin lebih kepada umatnya. Jadi tidak patut sama sekali jika ada orang yang menuduh Nabi Muhammad berperang kerana hendak mendapatkan harta untuk diri baginda. Ini tidak mungkin sama sekali kerana ada hadis yang mengatakan bagaimana anaknya Fatimah datang untuk meminta bantuan daripada harta perang. Tetapi Nabi Muhammad tidak memberinya kepada Fatimah dan sebaliknya baginda ajar zikir kepada anaknya itu.

Padahal kalaulah baginda berperang kerana hendakkan harta untuk baginda dan keluarga baginda, maka tentulah anak beranaknya yang kaya dahulu.

Ayat ini selalu dibaca orang apabila hendak mengatakan kita kena ikut sunah Nabi. Ya benar kita kena ikut sunah Nabi dalam cara makan baginda, cara baginda berpakaian, cara baginda beribadat dan sebagainya.

Tapi kita jangan lupa konteks ayat ini di dalam surah dan ayat yang mana. Kerana ayat ini di dalam surah yang menceritakan bagaimana umat Islam sedang berada di dalam keadaan yang payah kerana diserang. Dan Allah memberitahu bahawa Nabi Muhammad itu contoh tauladan di dalam situasi itu. Di mana baginda bersusah payah bersama umatnya dan turun bersama sama ke padang untuk berusaha.

Maka contoh ini lebih banyak kepada para pemimpin. Mereka kena pandang lebih tentang ayat ini. Kena tetapkan dalam kepimpinan mereka. Tapi tidak dinafikan kalau kita baca ayat ini sahaja, ia berbentuk umum. Maka bolehlah juga kita katakan, secara umumnya, baginda kenalah dijadikan sebagai ikutan dalam segenap kehidupan kita. Dari

 

لِّمَن كانَ يَرجُو اللهَ وَاليَومَ الآخِرَ

bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat 

Mereka yang boleh jadikan akhlak dan amalan Rasulullah adalah mereka yang mengharap redha Allah. Mereka nak buat Allah sukakan mereka.

Mereka itu ada hubungan dengan Allah. Ada hubungan rapat dengan Allah. Allah sentiasa di hati mereka. Macam kalau kita ada hubungan rapat dengan pasangan hidup kita, tentu kita tidak mahu pasangan hidup kita itu marah dan tidak redha dengan kita, bukan? Maka dengan Allah kena lebih lagilah.

Dan ini hanya dapat dipenuhi oleh mereka yang ada takut kepada Kiamat. Mereka takut mereka akan disoal nanti atas kesalahan mereka semasa di dunia, terutama sekali kesalahan dalam memimpin.

 

وَذَكَرَ اللهَ كَثيرًا

dan dia banyak menyebut Allah.

Dan tanda mereka itu rapat dan ada hubungan dengan Allah adalah mereka itu selalu sebut nama Allah dalam kehidupan dia. Ia boleh jadi dalam bentuk zikir atau percakapan harian. Dalam segenap kehidupan dia, dia selalu kaitkan dengan Allah.

Dia tidak canggung sebut nama Allah. Malangnya ramai dari kalangan kita yang jarang sebut Allah dalam kehidupannya. Seolah-olah Allah tidak ada kena mengena langsung.


 

Ayat 22: Selepas disebut disebut mereka yang ikut contoh Nabi itu adalah mereka yang beriman, maka sekarang Allah sebut sifat orang mukmin. Orang mukmin diberi kekuatan iman dan juga keberanian oleh Allah. Nanti Allah bezakan dengan sifat orang munafik pula. Sama-sama solat di belakang Nabi, tapi iman dan fikiran mereka tidak sama.

وَلَمّا رَءَا المُؤمِنونَ الأَحزابَ قالوا هٰذا ما وَعَدَنَا اللهُ وَرَسولُهُ وَصَدَقَ اللهُ وَرَسولُهُ ۚ وَما زادَهُم إِلّا إيمٰنًا وَتَسليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the believers saw the companies, they said, “This is what Allāh and His Messenger had promised us, and Allāh and His Messenger spoke the truth.” And it increased them only in faith and acceptance.

(MELAYU)

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

 

وَلَمّا رَءَا المُؤمِنونَ الأَحزابَ

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu,

Sekarang Allah menceritakan pula bagaimana sikap orang-orang yang benar-benar beriman. Ini dibandingkan dengan orang-orang munafik sebelum ini. Telah disebut bagaimana golongan munafik itu takut dan resah gelisah dengan kedatangan tentera kufar itu.

Orang beriman juga nampak tentera bersekutu itu datang menyerang. Tapi apa kata mereka?

 

قالوا هٰذا ما وَعَدَنَا اللهُ وَرَسولُهُ

mereka berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”.

Mereka kata kedatangan tentera-tentera yang hendak menyerang mereka itu memang seperti yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul. Tapi janji di mana? Bukankah Allah dan Rasul telah memberitahu bahawa umat Islam akan diuji? Inilah dia salah satu dari ujian dari Allah. Ini disebut dalam beberapa ayat Qur’an, antaranya dalam Baqarah:214

أَم حَسِبتُم أَن تَدخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمّا يَأتِكُم مَثَلُ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?

Bandingkan ayat ini dengan ayat 12 dari surah ini juga. Dalam ayat itu, telah disebut bagaimana puak munafik kata Allah dan Rasul tidak tepati janji. Tapi lihat sekarang bagaimana beza fahaman antara orang munafik dan orang mukmin. Orang mukmin tengok janji lain dan orang munafik tengok janji lain. Orang munafik nak tagih janji yang mereka akan menang. Sedangkan orang mukmin nampak janji yang orang mukmin akan diuji.

Lihat lagi Ankabut:2 tentang perkara ini:

أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا آمَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

 

وَصَدَقَ اللهُ وَرَسولُهُ

Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya.

Mereka percaya benar-benar dengan Allah dan juga Rasul kerana apa yang dikatakan oleh Allah dan baginda itu benar-benar terjadi di hadapan mata mereka.

Mereka nampak bahaya di depan mata tapi mereka melihatnya dengan positif. Ini adalah kerana mereka sendiri telah membenarkan iman dalam hati mereka. Maka apa-apa yang terjadi, mereka redha.

Walaupun asbabun nuzul ayat ini tentang Perang Ahzab, tapi ianya bukanlah ayat tentang perang sahaja. Kerana kita sekarang tidak ada peperangan, tapi tetap ada sahaja ujian di dalam kehidupan kita. Kita kena sedar yang ini juga telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul kepada kita. Kerana dunia ini adalah tempat ujian dan kita tetap akan diuji setiap masa.

 

وَما زادَهُم إِلّا إيمٰنًا وَتَسليمًا

Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

Jadi kejadian itu menambah iman mereka terhadap wahyu dan menjadikan mereka lebih berserah kepada Allah.

Kalau dibandingkan dengan orang-orang munafik itu, mereka semakin benci kepada Nabi dan agama tetapi sebaliknya kejadian perang ini telah menyebabkan orang beriman semakin tinggi imannya. Kejadian yang sama, tapi memberi kesan berbeza kepada dua golongan yang berbeza.

Ayat ini adalah salah satu daripada tiga ayat yang menceritakan sifat tokoh orang mukmin. Iaitu sifat-sifat orang mukmin yang boleh dijadikan sebagai contoh ikutan. Dua lagi ayat ada di dalam Surah Nur dan juga Surah Taubah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 3 Disember 2017


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 033: Ahzab. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s