Tafsir Surah Rum Ayat 10 – 15 (sikit-sikit Qur’an, sikit-sikit Qur’an)

Ayat 10:

ثُمَّ كانَ عٰقِبَةَ الَّذينَ أَسٰئوا السّوأىٰ أَن كَذَّبوا بِئآيٰتِ اللهِ وَكانوا بِها يَستَهزِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then the end of those who did evil was the worst [consequence] because they denied the signs of Allāh and used to ridicule them.

(MELAYU)

Kemudian, akibat orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah (azab) yang lebih buruk, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-oloknya.

 

ثُمَّ كانَ عٰقِبَةَ الَّذينَ أَسٰئوا السّوأىٰ

Kemudian, akibat orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah (azab) yang lebih buruk,

Mereka dikenakan dengan kehancuran itu kerana mereka telah melakukan kejahatan yang paling buruk dan apakah kesalahan mereka itu?

 

أَن كَذَّبوا بِئآيٰتِ اللهِ

kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah

Iaitu mendustakan ayat-ayat Allah dimana mereka kata ayat-ayat itu dusta sahaja, sebab itu mereka tak ikut. Mungkin mereka tidak cakap wahyu itu dusta, tapi apabila mereka tak pakai, seolah-olah mereka kata Qur’an itu dusta sahaja.

 

وَكانوا بِها يَستَهزِئونَ

dan mereka selalu memperolok-oloknya.

Dan lebih teruk lagi, mereka buat olok-olok dengan ayat-ayat Qur’an itu. Sebagai contoh, apabila Nabi Muhammad beritahu kepada Quraisy Mekah yang ahli neraka akan diberikan makanan dengan Zaqqum, mereka buat ejek-ejek: “owh ada juga makanan di neraka. Kawan-kawan, mari kita makan Zaqqum semua….”

Tapi itu orang jahiliah. Kalau orang kita yang memperolokkan Qur’an, maka lagi lah teruk. Kerana ada juga orang Islam yang tidak suka dengan Qur’an. Apabila kita sampaikan maksud Qur’an kepada mereka, ada yang kata: “sikit-sikit Qur’an, sikit-sikit Qur’an, benda lain takde ke?”.


 

Ayat 11: Ayat dalil aqli sebagai tsabit adanya kiamat. Maka orang yang menolak dan memperolokkan Qur’an itu, kena sedar sikit.

اللهُ يَبدَؤا الخَلقَ ثُمَّ يُعيدُهُ ثُمَّ إِلَيهِ تُرجَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh begins creation; then He will repeat it; then to Him you will be returned.

(MELAYU)

Allah menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali; kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan

 

اللهُ يَبدَؤا الخَلقَ

Allah menciptakan (manusia) dari permulaan

Allah yang mula-mula menjadikan makhluk dari tiada kepada ada. Allah cipta makhluk tidak memerlukan contoh atau plan. Allah terus buat sahaja.

Beza kalau manusia menciptakan sesuatu. Kita pakai contoh perkara yang sudah ada. Macam kenderaan, kita cipta ikut contoh kenderaan yang ada, cuma kita ubah sikit-sikit sahaja.

 

ثُمَّ يُعيدُهُ

kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali; 

Dan kemudian Allah lah yang mengembalikan kehidupan itu kembali kepada mereka. Dengan kudrat yang sama yang menjadikan alam ini pada asalnya. Jadi jangan hairan sangat bagaimana Allah nak jadikan Kiamat dan akhirat itu. Kerana Allah dah pernah jadikan alam ini dari tiada kepada ada. Maka apa susahnya Allah nak jadikan alam lain pula?

 

ثُمَّ إِلَيهِ تُرجَعونَ

kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan

Allah kembalikan kehidupan itu ada sebabnya. Bukan nak hidupkan balik sahaja. Semua akan dikembalikan untuk dihadapkan kepadaNya dan tidak akan ada yang terkecuali.

Dikembalikan itu bukanlah sahaja-sahaja tetapi untuk dihisab dan diberi balasan.


 

Ayat 12: Takhwif Ukhrawi. Apa akan jadi kepada mereka yang menolak Qur’an itu?

وَيَومَ تَقومُ السّاعَةُ يُبلِسُ المُجرِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the Day the Hour appears the criminals will be in despair.

(MELAYU)

Dan pada hari terjadinya kiamat, orang-orang yang berdosa terdiam berputus asa.

 

Pada hari kiamat itu nanti maka orang-orang yang berdosa akan berputus asa kerana mereka tidak akan dapat peluang untuk perbaiki amalan dan akidah mereka lagi. Dan dosa yang disebut sebelum ini adalah dosa mendustakan Qur’an dan memperolokkan Qur’an.

Ibnu Abbas mengatakan bahwa makna yublisu ialah berputus asa, sedangkan menurut Mujahid artinya dipermalukan, dan menurut riwayat yang lain bersedih hati.

Mereka akan berputus asa untuk menyelamatkan diri mereka. Nak pujuk dan mengadu kepada Allah pun tidak dilayan. Nak minta tolong kepada malaikat penjaga neraka pun tidak dilayan. Nak minta tolong kepada guru-guru dan yang mereka ikut dulu semasa di dunia pun sia-sia sahaja kerana mereka pun tidak dapat menolong. Nak bergantung kepada ilah-ilah seperti Nabi, wali dan malaikat yang diseru dan dipuja dulu pun, mereka yang diseru itu pun tidak mengaku dan tidak akan tolong.


 

Ayat 13: Ayat Nafi Syafaat Qahriyyah. Memang ada manusia yang berharap kepada ilah-ilah pujaan mereka seperti Nabi, wali dan malaikat. Maka Allah sebut apakah yang akan terjadi.

وَلَم يَكُن لَّهُم مِّن شُرَكائِهِم شُفَعٰؤا وَكانوا بِشُرَكائِهِم كافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there will not be for them among their [alleged] partners any intercessors, and they will [then] be disbelievers in their partners.

(MELAYU)

Dan sekali-kali tidak ada pemberi syafa’at bagi mereka dari syarik-syarik mereka dan adalah mereka mengingkari syarik-syarik mereka itu.

 

وَلَم يَكُن لَّهُم مِّن شُرَكائِهِم شُفَعٰؤا

Dan sekali-kali tidak ada pemberi syafa’at bagi mereka dari syarik-syarik mereka

Tidak ada sesiapa pun yang mereka puja dari kalangan roh Nabi, wali ataupun malaikat yang menjadi pemberi syafaat kepada mereka, iaitu yang boleh beri rekomendasi kepada mereka untuk menyelamatkan mereka dari azab neraka.

Tidak ada Nabi, wali ataupun malaikat yang bangkit dan kata: “orang itu walaupun dia berdosa tetapi dulu semasa dia hidup, dia selalu sembah aku, puji aku, sembelih korban untuk aku, sedekah Fatihah untuk aku dan sebagainya, maka ampunkan lah dia ya Allah.” Tidak ada orang yang akan buat begitu.

Mereka yang dijadikan sebagai pemberi syafaat itu dijadikan syarik – maksudnya tandingan kepada Allah, yang berkongsi sifat dengan Allah. Sepatutnya Allah sahaja tempat sembahan dan pujaan, tapi ada juga makhluk yang menyembah dan memuja mereka.

 

وَكانوا بِشُرَكائِهِم كافِرينَ

dan mereka mengingkari syarik-syarik mereka itu.

Nabi wali dan malaikat yang disembah dan dipuja dahulu tidak akan mengaku penyembahan puak-puak syirik kepada mereka kerana mereka memang tidak tahu menahu pun benda itu. Dan mereka tidak pernah pun suruh mereka disembah dan dipuja.

Dan apabila pemuja-pemuja dan penyembah-penyembah Nabi, wali dan malaikat itu lihat yang Nabi, wali dan malaikat itu tidak akan menolong mereka, maka waktu itu mereka akan tukar cerita. Mereka akan kata yang mereka tidak pernah sembah dan puja kepada Nabi, wali dan malaikat itu. Mereka dah tak mengaku yang mereka pernah melakukan amalan syirik itu. Di akhirat nanti mereka tidak akan mengaku yang mereka seru roh Nabi, wali dan malaikat semasa di dunia.


 

Ayat 14: Dan mereka akan dipisahkan.

وَيَومَ تَقومُ السّاعَةُ يَومَئِذٍ يَتَفَرَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the Day the Hour appears – that Day they will become separated.

(MELAYU)

Dan pada hari terjadinya kiamat, di hari itu mereka akan dipisah-pisahkan.

 

Di akhirat nanti mereka akan dipisahkan antara yang menyeru dan yang diseru kerana tidak ada kaitan antara mereka walaupun yang menyeru dahulu bersunguh-sungguh melakukan pemujaan kepada ilah-ilah sembahan dan pujaan mereka seperti Nabi, wali dan malaikat.

Manusia akan dibahagikan kepada berbagai-bagai puak mengikut hukuman yang Allah akan bagi. Mereka juga akan dipisahkan dari golongan yang beriman. Kerana walaupun sama-sama muslim, tapi iman tidak sama. Ada manusia yang mengaku sahaja beriman, tapi mereka sebenarnya mengamalkan amalan syirik.

Makhluk akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar: ahli neraka dan ahli syurga. Qatadah mengatakan, “Demi Allah, itu adalah perpisahan yang tiada pertemuan lagi sesudahnya.” Yakni apabila golongan yang ini diangkat masuk ke dalam syurga yang tinggi dan golongan yang itu direndahkan di dalam neraka yang terbawah, maka itulah akhir pertemuan di antara kedua golongan tersebut.


 

Ayat 15: Allah beri penjelasan bagi maksud ‘puak’. Orang beriman dan orang syirik tidak akan duduk sama.

فَأَمَّا الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَهُم في رَوضَةٍ يُحبَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And as for those who had believed and done righteous deeds, they will be in a garden [of Paradise], delighted.

(MELAYU)

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, maka mereka di dalam taman (syurga) bergembira.

 

فَأَمَّا الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh,

Maksud iman yang diterima mestilah ‘iman yang sempurna’. Iaitu iman tanpa syirik. Ini penting untuk difahami kerana ada manusia yang beriman dengan Allah tapi iman mereka tidak sempurna kerana mereka ada fahaman syirik. Kerana mereka tidak belajar tafsir Qur’an.

Dan amal soleh mestilah amal sunnah. Iaitu amal yang ada contohnya dalam sunnah Nabi dan sahabat. Itulah sahaja amalan yang diterima. Tapi kerana tidak belajar sunnah, maka ramai dari kalangan masyarakat kita yang mengamalkan amalan bidaah.

 

فَهُم في رَوضَةٍ يُحبَرونَ

maka mereka di dalam taman (syurga) bergembira.

Mereka yang beriman sempurna dan beramal soleh, akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan رَوضَةٍ itu adalah bahagian taman yang ada paling banyak warna dan keindahan padanya. Ianya adalah bahagian terbaik dalam taman itu.

Maka maksudnya ahli syurga itu akak ditempatkan di dalam kawasan yang paling cantik dalam syurga itu. Ianya adalah nikmat yang amat besar.

Mereka akan bergembira dan akan diberi dengan segala kenikmatan. Nikmat itu pula adalah nikmat yang banyak sangat dan berganda-ganda dari amal yang mereka lakukan. Menurut Mujahid dan Qatadah, makna yuhbarun ialah bersenang-senang. Menurut Yahya ibnu Abu Kasir artinya mendengarkan nyanyian. Padahal makna asal dari al-hibrah lebih umum daripada semuanya itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 15 Oktober 2017


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 030: Rum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s