Tafsir Surah Ankabut Ayat 53 – 58 (Hijrah jika perlu)

Ayat 53: Ayat zajrun dan takhwif ukhrawi.

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ ۚ وَلَولا أَجَلٌ مُّسَمًّى لَّجاءَهُمُ العَذابُ وَلَيَأتِيَنَّهُم بَغتَةً وَهُم لا يَشعُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they urge you to hasten the punishment. And if not for [the decree of] a specified term, punishment would have reached them. But it will surely come to them suddenly while they perceive not.

(MELAYU)

Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah kerana waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.

 

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ

Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab.

Musyrikin Mekah telah meminta baginda tunjukkan mukjizat kepada mereka. Tetapi seperti yang telah banyak terjadi di dalam umat yang dahulu, apabila diberikan mukjizat kepada mereka dan kemudian mereka tidak beriman, maka azab yang dikenakan kepada mereka amat cepat. Kerana mereka dah minta mukjizat dan mukjizat diberi, maka Allah amat murka.

Maka permintaan mukjizat mereka itu seolah-olah meminta disegerakan azab untuk mereka. Kerana Allah dah tahu dah yang mereka tidak akan beriman walaupun mukjizat yang diminta diberikan kepada mereka. Maka, kalau Allah beri juga, maka tidak lama lagi akan dikenakan azab yang akan menghancurkan mereka.

Atau, ia juga bermaksud mereka tidak percaya dengan Nabi, dan mereka kata kalau baginda benar, maka turunkanlah azab itu. Kerana mereka tidak mahu terima yang Nabi Muhammad itu benar-benar seorang Rasul. Jadi mereka sangka yang Nabi tentu tidak dapat nak bawakan azab itu. Begitulah kurang ajarnya mereka. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam ayat yang lain melalui firman-Nya:

{وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ}

Dan (ingatlah) ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata, “Ya Allah, jika betul (Al-Qur’an) ini dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.” (Al-Anfal: 32)

 

وَلَولا أَجَلٌ مُّسَمًّى لَّجاءَهُمُ العَذابُ

Kalau tidaklah kerana waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka,

Kalaulah bukan kerana Allah telah tetapkan hari kiamat itu akan berlaku pada waktu yang telah ditentukan yang sendiri, maka tentulah mereka itu akan terus dikenakan dengan azab kerana kesyirikan mereka.

Akan tetapi Allah di atas rahmatNya, menangguh azab untuk beri peluang kepada manusia untuk bertaubat. Kerana ada sahaja yang asalnya menentang tauhid, tapi kemudian menerimanya. Lihatlah apa terjadi kepada Khalid al Walid dan Abu Sufyan. Asalnya mereka menentang Nabi Muhammad sampai berperang, tapi akhirnya mereka berdua telah beriman dan menjadi sahabat yang baik.

 

وَلَيَأتِيَنَّهُم بَغتَةً وَهُم لا يَشعُرونَ

dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila ia datang, ia akan datang secara mengejut dan tidak tahu datang dari mana. Tidak sempat nak buat persediaan, tidak sempat nak bertaubat, tidak sempat nak lari dah.


 

Ayat 54:

يَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحيطَةٌ بِالكٰفِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They urge you to hasten the punishment. And indeed, Hell will be encompassing of the disbelievers

(MELAYU)

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir,

 

يَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab.

Kerana mereka degil sangat, maka mereka telah meminta supaya azab disegerakan kepada mereka. Kerana mereka tidak percaya, maka mereka mengejek: kalau benar ada azab, ha bagilah sekarang!

Ini memang permintaan yang amat bodoh. Patutnya mereka minta diampunkan dosa mereka tapi mereka minta azab.

 

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحيطَةٌ بِالكٰفِرينَ

Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir,

Mereka itu sudah ditakdirkan menjadi ahli neraka dan mereka tidak sedar yang neraka sedang mendekat dan mengepungnya daripada segenap arah.

Bila sudah masuk neraka nanti mereka akan dikepung dari segenap arah dan mereka tidak akan ada peluang untuk keluar. Maka azab yang mereka minta itu pasti akan datang, tak payah risau. Tunggulah sahaja.


 

Ayat 55: Apakah hari mereka dimasukkan dalam neraka itu?

يَومَ يَغشٰهُمُ العَذابُ مِن فَوقِهِم وَمِن تَحتِ أَرجُلِهِم وَيَقولُ ذوقوا ما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day the punishment will cover them from above them and from below their feet and it is said, “Taste [the result of] what you used to do.”

(MELAYU)

pada hari mereka ditutup oleh azab dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka dan Allah berkata (kepada mereka): “Rasailah (pembalasan dari) apa yang telah kamu kerjakan”.

 

يَومَ يَغشٰهُمُ العَذابُ مِن فَوقِهِم

pada hari mereka ditutup oleh azab dari atas mereka

Kalimah يَغشٰهُمُ dari غ ش و dan digunakan apabila sesuatu itu diselubungi dengan sesuatu yang tebal sampai hampir kita tidak nampak benda itu. Maksudnya mereka akan diselubungi dengan api yang tebal sekali. Nampak api sahaja menyelubungi mereka.

 

وَمِن تَحتِ أَرجُلِهِم

dan dari bawah kaki mereka

Dan api itu bukan sekeliling mereka sahaja tapi dari bawah mereka. Maknanya mereka berdiri atas api! Maknanya mereka dikenakan dengan api dari atas dan juga dari bawah. Alangkah menakutkan!

 

وَيَقولُ ذوقوا ما كُنتُم تَعمَلونَ

dan Allah berkata (kepada mereka): “Rasailah (pembalasan dari) apa yang telah kamu kerjakan”.

Dan sudahlah mereka dikenakan dengan azab fizikal, azab mental pun akan dikenakan kepada mereka. Iaitu mereka akan dicerca waktu itu. Mereka diherdik dan disuruh rasakan azab itu. Memang mereka sedang merasainya pun. Tak payah cakap pun mereka dah rasa dah. Ia disebut untuk menyakitkan hati mereka lagi.

Dan mereka diingatkan bahawa azab yang mereka rasai itu adalah kerana perbuatan mereka juga. Bukan kerana lain. Itu pun mereka memang dah tahu. Tapi kerana Allah nak sakitkan lagi hati mereka. Nak bagi penyesalan mereka bertambah-tambah.


 

Ayat 56: Sekarang nasihat diberikan kepada orang beriman.

يٰعبادِيَ الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّ أَرضي وٰسِعَةٌ فَإِيّٰيَ فَاعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O My servants who have believed, indeed My earth is spacious, so worship only Me.

(MELAYU)

Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku sahaja.

 

يٰعبادِيَ الَّذينَ ءآمَنوا

Hai hamba-hamba-Ku yang beriman,

Sekarang Allah bercakap kepada orang-orang beriman pula. Ini kepada orang yang mahu beriman. Maka kalau rasa nak jadi beriman, kena dengar baik-baik.

 

إِنَّ أَرضي وٰسِعَةٌ

sesungguhnya bumi-Ku luas,

Allah memberitahu bahawa bumiNya ini luas. Jikalau kamu tinggal di tempat yang menindas dan susah untuk mengamalkan agama, maka kamu boleh berhijrah. Tak perlu terus tinggal di situ. Banyak lagi tempat lain.

Lebih baik jaga agama dari jaga harta, kawan dan keluarga. Ramai yang tidak sanggup hijrah kerana sudah lama tinggal di situ, harta di situ, keluarga di situ macam-macam lagi alasan. Ini bukan alasan yang baik.

Ayat sebegini adalah isyarat dari Allah kepada sahabat di Mekah yang mereka kena berhijrah ke Madinah. Tapi ianya terpakai sampai bila-bila. Kalau tempat tinggal kita sekarang menghalang kita dari menyempurnakan agama dengan sempurna, maka pindah sahaja.

Kerana itulah ketika orang-orang yang lemah dari kalangan kaum muslim di Mekah selalu tertindas dengan keberadaan mereka di Mekah, maka mereka keluar darinya berhijrah ke negeri Habasyah untuk menyelamatkan agama mereka. Ternyata mereka menjumpai negeri Habasyah adalah negeri yang baik bagi mereka, kerana rajanya yang bernama As-Hamah An-Najjasyi menerima mereka dengan baik dan penuh hormat. As-Hamah memberi tempat tinggal kepada mereka dan mendukung mereka melalui pertolongannya, dan menjadikan mereka orang-orang yang dilindungi di negerinya.

Kemudian Rasulullah Saw. berhijrah ke Madinah bersama semua sahabatnya yang ada, yaitu ke kota yang dahulunya dikenal dengan nama Yathrib.

Begitu pentingnya hal ini sampaikan Syaikh Albani pun mengajak orang berhijrah. Kalau orang dari negara luar telefon Syaikh Albani untuk bertanyakan soalan, beliau nasihat dulu kepada mereka untuk pindah ke negara Islam sebelum jawap soalan yang ditanya. Ini kerana lebih penting untuk duduk di negara Islam supaya agama dapat diamalkan dengan sempurna.

Sebagai contoh kalau zaman sekarang kawasan perumahan kita menindas mereka yang hendak mengamalkan ajaran Sunnah, maka boleh pindah ke tempat lain. Banyak lagi tempat tinggal.

Dan kalau tempat kerja kita nak solat pun tak dibenarkan, maka kena tukar tempat kerja lah. Rezeki boleh dicari di tempat lain.

Ini juga mengajar kita, ketaatan kita yang pertama-tama adalah kepada Allah, bukannya kepada negara. Tidak salah untuk sayang kepada negara, tapi kalau ianya mengganggu ketaatan kita kepada Allah, kita kena tinggalkan negara itu.

 

فَإِيّٰيَ فَاعبُدونِ

maka sembahlah Aku sahaja.

Dan hanya jadi hamba kepada Allah sahaja. Ke mana sahaja kamu pergi, maka sembah dan seru hanya kepada Allah sahaja.

Dalam ayat ini Allah memberi isyarat kepada Rasulullah dan sahabat untuk berhijrah ke tempat lain kerana musyrikin Mekah tidak akan memberi ruang kepada Islam di situ.

Walaupun musyrikin Mekah itu tidak membenarkan mereka duduk berdekatan dengan Kaabah, tetapi Allah memberitahu kepada para sahabat itu dan juga Rasulullah, mereka tetap menjadi hamba kepada Allah walau di mana sahaja mereka berada. Tidak semestinya kena duduk dekat dengan Kaabah sahaja. Ibadat boleh dilakukan di mana-mana bahagian dunia ini.


 

Ayat 57: Apabila berhijrah tentu ada kesusahan dan terpaksa meninggalkan harta dan kaum kerabat. Allah hendak memberitahu bahawa kena tinggal mana-mana itu sementara sahaja sedihnya, kerana memang kita semua akan mati dan meninggalkan alam ini.

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ ۖ ثُمَّ إِلَينا تُرجَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Every soul will taste death. Then to Us will you be returned.

(MELAYU)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

 

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

Semua manusia akan merasai mati dan kerana itu setiap pendakwah agama ini kena sedar yang mereka bukanlah menyertai satu tugas yang mudah tetapi ianya adalah tugas yang sukar. Tambahan pula apabila para sahabat itu dalam misi yang paling besar dalam dunia iaitu menyebarkan agama bersama Rasulullah, maka mereka hendaklah bersedia untuk mati walaupun untuk menyebarkan agama.

ذائِقَةُ bermaksud ‘sudah merasai’. Setiap helaan dan hembusan nafas kita sudah membawa kita semakin dekat kepada kematian sebenarnya. Kita sahaja yang tidak perasan.

Kita pun sudah merasai mati sebenarnya. Sel tubuh badan kita sentiasa mati diganti oleh sel-sel yang baru, jadi itu juga bermaksud kita telah ‘merasa mati’.

Juga maksud umumnya, apabila sampai masa nanti, kita akan mati. Tidak ada makhluk yang tidak akan mati. Semua akan mati. Maka memang kena bersedialah. Jangan sangka yang kita pasti akan hidup esok hari kerana sekejap lagi pun belum tentu lagi. Maka kena terus beramal dan beramal.

 

ثُمَّ إِلَينا تُرجَعونَ

Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

Dan apabila mati, setiap manusia akan mengadap Allah. Ini yang Allah hendak ingatkan. Kamu tinggalkan tempat asal kamu itu kerana Allah dan nanti kamu akan bertemu kembali dengan Allah dan Allah akan balas di atas usaha dan kesusahan yang kamu terpaksa alami itu.

Maka jangan takut mati kerana Allah. Kerana kalau nak kira mati, semua manusia akan mati. Maka kalau kita mati kerana mempertahankan agama kita, maka ingatlah yang kita akan bertemu Allah dan Allah akan balas pengorbanan kita itu. Kalau kita korbankan agama kerana nak jaga nyawa, kita tetap mati juga, bukan? Dan bagaimana nanti kita nak jawap apabila kita bertemua Allah nanti?

Maka kerana kita kena bertemu dengan Allah, maka kita kena buat persediaan. Jangan mati kosong sahaja. Kena belajar agama dan amalkan agama sebagai persediaan untuk bertemu dengan Allah. Jangan datang tanpa pahala dan bawa dosa yang banyak pula.


 

Ayat 58: Ayat tabshir.

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ الجَنَّةِ غُرَفًا تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ نِعمَ أَجرُ العٰمِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who have believed and done righteous deeds – We will surely assign to them of Paradise [elevated] chambers beneath which rivers flow, wherein they abide eternally. Excellent is the reward of the [righteous] workers

(MELAYU)

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada bilik-bilik yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal,

 

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh,

Iaitu kepada mereka yang berakidah tauhid yang sempurna. Iaitu iman tanpa syirik. Tidak cukup beriman sahaja, kena tolak syirik. Maka kena belajar apakah akidah tauhid dan apakah akidah syirik. Dan ini memerlukan pembelajaran tafsir Qur’an. Ramai sangat yang tidak faham tentang syirik dan bermudah-mudah tentang perkara ini. Padahal Allah dah beritahu dengan jelas dah dalam Qur’an.

 

لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ الجَنَّةِ غُرَفًا

sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada bilik-bilik yang tinggi di dalam syurga,

Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dalam syurga itu mereka akan bilik-bilik yang hebat. Bilik yang ada siling yang tinggi. Mereka boleh memilih di mana sahaja mereka hendak duduk. Maksud لَنُبَوِّئَنَّهُم: mereka boleh pilih tempat mana mereka nak tinggal. Tak macam di dunia dahulu, terpaksa tinggal di satu-satu tempat dan tidak boleh memilih. Kadang kena duduk di flat, kadang kena duduk bawah jambatan, padang pasir, kawasan paya dan sebagainya. Bila bersabar, Allah ganti dengan bilik dalam syurga. Maka berbaloilah kesabaran kita itu, bukan?

Mungkin pada kita, ada bilik dan siling yang tinggi tidak ada apa. Tapi bayangkan maklumat ini diberikan kepada kaum yang hanya ada rumah yang dhaif sahaja, dari tanah dan kecil-kecil sahaja. Maka kepada mereka dijanjikan rumah yang hebat. Maka kena baca ayat ini dengan mata mereka.

Dan tentulah bukan ini sahaja yang ahli syurga akan dapat tapi banyak lagi. Syurga itu tempat nikmat yang tidak dapat dibayangkan dengan akal kita kerana amat hebat sangat.

 

تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, 

Di syurga nanti di bawah rumah/istana akan ada laluan air dan ini mengingatkan kita kepada Istana Nabi Sulaiman yang ada air di bawahnya. Ingat lagi kisah bagaimana Ratu Balqis mengangkat kainnya kerana takut kainnya basah?

Kalau di dunia, rumah yang hebat seperti itu hanya diberikan kepada Nabi Sulaiman sahaja tetapi nanti di akhirat kelak, ia akan diberikan kepada semua penghuni syurga.

 

نِعمَ أَجرُ العٰمِلينَ

Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal,

Itulah sebaik-baik balasan kepada hamba yang taat dan ikut arahan Allah dan Rasul.

Allah beritahu yang nikmat itu sebagai balasan bagi amal manusia semasa di dunia. Tapi kita pernah diberitahu yang kita tidak masuk syurga kerana amal kita, tapi kerana rahmat Allah. Lalu bagaimana dengan ayat ini?

Kita kena faham yang kita tidak boleh kata kita layak masuk syurga kerana amal kita. Kerana amal kita tidak cukup sebenarnya untuk memasukkan kita ke dalam syurga yang amat hebat itu.

Tapi Allah boleh kata begitu kerana syurga itu milik Allah. Kalau Allah kata amal kita cukup untuk memasukkan kita ke dalam syurga, maka Allah berhak untuk kata begitu. Tapi kita sendiri diri tidak layak untuk kata begitu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 029: Ankabut. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s