Tafsir Surah Ankabut Ayat 31 – 33 (Isteri Nabi pun tak selamat)

Ayat 31: Sebelum ini Nabi Luth a.s. telah berdoa kepada Allah. Maka sekarang disebut bagaimana doa baginda itu dimakbulkan. Allah hantar para malaikat untuk menurukan azab kepada mereka.

وَلَمّا جاءَت رُسُلُنا إِبرٰهيمَ بِالبُشرىٰ قالوا إِنّا مُهلِكو أَهلِ هٰذِهِ القَريَةِ ۖ إِنَّ أَهلَها كانوا ظٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when Our messengers [i.e., angels] came to Abraham with the good tidings,¹ they said, “Indeed, we will destroy the people of that [i.e., Lot’s] city. Indeed, its people have been wrongdoers.”

  • Of the birth of Isaac and his descendant, Jacob.

(MELAYU)

Dan tatkala utusan Kami (para malaikat) datang kepada Ibrahim membawa kاabar gembira, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami akan menghancurkan penduduk negeri (Sodom) ini; sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim”.

 

وَلَمّا جاءَت رُسُلُنا إِبرٰهيمَ بِالبُشرىٰ

Dan tatkala utusan Kami (para malaikat) datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira, 

Berita gembira yang dimaksudkan adalah pemberitahuan kepada Nabi Ibrahim yang baginda akan mendapat anak dan cucu. Kisah ini sudah disebut dengan lebih panjang dalam Surah Hud dan Surah Hijr.

Para malaikat itu datang melawat Nabi Ibrahim dan menyampaikan berita kelahiran itu tapi mereka ada tugas lain yang lebih penting sebenarnya.

 

قالوا إِنّا مُهلِكو أَهلِ هٰذِهِ القَريَةِ

mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami akan menghancurkan penduduk negeri (Sodom) ini;

Dan kemudian para malaikat itu memberitahu kepada Nabi Ibrahim yang kedatangan mereka itu bukan hanya untuk menyampaikan berita gembira kepada baginda sahaja, tapi sebenarnya hendak memusnahkan kaum Nabi Luth as (Sodom).

Kedudukan tempat tinggal Nabi Ibrahim tidak jauh dari tempat Nabi Luth. Mereka waktu itu tinggal di Palestin. Nabi Ibrahim waktu itu berada di Hebron, sekarang dipanggil al-Khalil. Sedangkan Nabi Luth tinggal di bahagian timur selatan Hebron. Tempat itu rendah dan boleh dilihat dari tempat tinggal Nabi Ibrahim. Kerana itu para malaikat menggunakan kalimah هذه yang memberi isyarat yang tempat itu dekat sahaja.

 

إِنَّ أَهلَها كانوا ظٰلِمينَ

sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim”.

Allah telah arahkan kaum itu untuk dimusnahkan kerana mereka telah berlaku zalim. Bukanlah Allah sengaja yang hendak membunuh hambaNya.

Maklumat berkenaan kisah mereka ini banyak disebut dalam ayat dan surah yang lain. Hanya disentuh secara ringkas sahaja di sini.


 

Ayat 32: Nabi Ibrahim terkejut dengan pemberitahuan itu.

قالَ إِنَّ فيها لوطًا ۚ قالوا نَحنُ أَعلَمُ بِمَن فيها ۖ لَنُنَجِّيَنَّهُ وَأَهلَهُ إِلَّا امرَأَتَهُ كانَت مِنَ الغٰبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Abraham] said, “Indeed, within it is Lot.” They said, “We are more knowing of who is within it. We will surely save him and his family, except his wife. She is to be of those who remain behind.”

(MELAYU)

Berkata Ibrahim: “Sesungguhnya di kota itu ada Luth”. Para malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami sungguh-sungguh akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya. Dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).

 

قالَ إِنَّ فيها لوطًا

Berkata Ibrahim: “Sesungguhnya di kota itu ada Luth”.

Nabi Ibrahim risaukan Nabi Luth yang berada di Sodom, maka baginda cuba untuk memujuk para malaikat itu. Juga bermaksud Nabi Ibrahim kata oleh kerana ada Nabi Luth di sana, maka berilah tanggung supaya baginda boleh membawa mereka ke arah kebenaran.

 

قالوا نَحنُ أَعلَمُ بِمَن فيها

Para malaikat berkata: “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu.

Para malaikat itu beritahu yang mereka tahu yang Nabi Luth ada di dalam kampung itu. Mereka lebih tahu, bukannya mereka tidak tahu.

 

لَنُنَجِّيَنَّهُ وَأَهلَهُ

Kami sungguh-sungguh akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya

Mereka beritahu yang mereka bukan hendak musnahkan Nabi Luth dan Nabi Luth dan ahlinya akan diselamatkan.

 

إِلَّا امرَأَتَهُ كانَت مِنَ الغٰبِرينَ

Dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan).

Kecuali isteri Nabi Luth dimana dia akan ditinggalkan dan tidak dapat mengejar balik. Isteri Nabi Luth akan dibunuh di dalam azab itu. Walaupun dia seorang isteri Nabi, tapi dia tidak beriman dengan baginda. Ini mungkin kerana baginda mengahwininya apabila datang ke situ dan walaupun beristeri kepada seorang Nabi, wanita itu tetap berada di pihak kaumnya.

Kalau isteri Nabi pun tidak selamat kalau buat dosa, bagaimana lah kita yang biasa ini?


 

Ayat 33: Sekarang para malaikat itu sudah sampai ke Sodom.

وَلَمّا أَن جاءَت رُسُلُنا لوطًا سِيءَ بِهِم وَضاقَ بِهِم ذَرعًا وَقالوا لا تَخَف وَلا تَحزَن ۖ إِنّا مُنَجّوكَ وَأَهلَكَ إِلَّا امرَأَتَكَ كانَت مِنَ الغٰبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when Our messengers [i.e., angels] came to Lot, he was distressed for them and felt for them great discomfort. They said, “Fear not, nor grieve. Indeed, we will save you and your family, except your wife; she is to be of those who remain behind.

(MELAYU)

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah kerana (kedatangan) mereka, dan (merasa) tidak punya kekuatan untuk melindungi mereka dan mereka berkata: “Janganlah kamu takut dan jangan (pula) bersedih. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan pengikut-pengikutmu, kecuali isterimu, dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)”.

 

وَلَمّا أَن جاءَت رُسُلُنا لوطًا سِيءَ بِهِم وَضاقَ بِهِم ذَرعًا

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, baginda merasa susah kerana mereka, dan (merasa) tidak punya kekuatan untuk melindungi mereka

Ini adalah apabila para malaikat itu telah sampai menemui Nabi Luth. Para malaikat datang ke rumah baginda, dan baginda tidak kenal mereka.

Baginda rasa tertekan apabila melihat para malaikat itu. Kalimah سِيءَ dari س و أ yang bermaksud apa-apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu sedih. Dan kalimah ضاقَ pula dari ض ي ق yang bermaksud ‘ketat’ dan ia bermaksud dada Nabi Luth as. jadi ketat kerana kedatangan mereka.

Kenapa pula begitu? Baginda rasa tidak selesa dengan kedatangan mereka kerana mereka itu datang dalam rupa pemuda yang kacak dan baginda risau yang itu akan menarik perhatian kaum baginda yang homoseksual. Mereka bukan boleh kalau nampak lelaki kacak. Mereka tentu akan datang untuk ambil peluang. Maka Nabi Luth sudah dapat agak akan ada masalah dengan kedatangan ‘lelaki-lelaki’ itu. Baginda takut baginda tidak mampu untuk mempertahankan mereka. Kerana itu baginda sudah susah hati. Baginda masih tidak tahu yang mereka itu para malaikat.

Ini juga menjadi dalil sekali lagi yang para Nabi tidak tahu ilmu ghaib. Mereka pun bergantung kepada ilmu pengetahuan yang diberi oleh Allah. Maka kalau kita kata ada manusia yang tahu ilmu ghaib, itu adalah amat salah sekali. Malangnya, ada orang jahil yang sangka guru mereka, wali itu dan ini tahu ilmu ghaib. Ini adalah fahaman syirik.

 

وَقالوا لا تَخَف وَلا تَحزَن

dan mereka berkata: “Janganlah kamu takut dan jangan (pula) bersedih. 

Apabila kaumnya telah masuk ke rumah baginda untuk menangkap jejaka-jejaka tampan itu, Luth dah sedih dah. Tapi para malaikat itu kata jangan takut, kerana mereka malaikat. Takkan boleh manusia-manusia itu hendak mencederakan mereka.

Ataupun Nabi Luth rasa tidak selesa kerana dia tahu telah sampai masa yang kaumnya itu dihancurkan sedangkan dia masih lagi mahu berdakwah kepada mereka. Kerana itulah baginda rasa ketat pada dadanya. Allahu a’lam.

Apabila para malaikat Nabi Luth dalam kerisauan, maka mereka telah suruh Nabi Luth jangan takut dan sedih.

 

إِنّا مُنَجّوكَ وَأَهلَكَ

Sesungguhnya kami akan menyelamatkan kamu dan pengikut-pengikutmu,

Para malaikat memberitahu kepada Nabi Luth supaya jangan takut dan risau kerana baginda dan ahli keluarga baginda akan diselamatkan, kerana para malaikat itu tidak tahu yang Nabi Luth sebenarnya risaukan kaumnya, bukan dirinya. Maknanya para malaikat pun tidak tahu perkara ghaib kerana mereka juga bukan Allah dan tidak ada sifat tuhan.

 

إِلَّا امرَأَتَكَ كانَت مِنَ الغٰبِرينَ

kecuali isterimu, dia adalah termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)”.

Semua ahli keluarga Nabi Luth akan diselamatkan, kecuali isteri baginda. Kerana isterinya itu bersekongkol dengan kaum itu. Isterinya itulah yang telah memberitahu bahawa telah datang beberapa lelaki yang kacak ke rumahnya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 029: Ankabut. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s