Tafsir Surah Dzariyat Ayat 52 – 60 (Akidah yang sama dari dahulu hingga sekarang)

Ayat 52: Ini adalah syikayah tentang kesalahan masyarakat yang dahulu; ia juga sebagai tasliah untuk Nabi.

كَذٰلِكَ ما أَتَى الَّذينَ مِن قَبلِهِم مِّن رَّسولٍ إِلّا قالوا ساحِرٌ أَو مَجنونٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Similarly, there came not to those before them any messenger except that they said, “A magician or a madman.”

(MELAYU)

Demikianlah tidak seorang rasulpun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan: “Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila”.

 

كَذٰلِكَ ما أَتَى الَّذينَ مِن قَبلِهِم مِّن رَّسولٍ

Demikianlah tidak seorang rasul pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka,

Allah menyebut tentang kaum-kaum dahulu sebelum Nabi Muhammad. Mereka juga telah didatangi oleh Rasul-rasul mereka. Kerana Allah sentiasa beri panduan hidup kepada manusia. Allah tidak biarkan sahaja.

Tapi bagaimana balasan kaum-kaum itu terhadap Rasul mereka?

 

إِلّا قالوا ساحِرٌ أَو مَجنونٌ

melainkan mereka mengatakan: “Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila”.

Setiap kali Rasul dihantar kepada kaum mereka, telah dikatakan kepada Rasul itu tuduhan-tuduhan yang tidak patut. Selalunya tuduhan itu sama sahaja, samada para Rasul itu dikatakan sebagai ‘ahli sihir’ ataupun ‘orang gila’.

Allah menceritakan perkara ini sebagai tasliah (pujukan) kepada Nabi Muhammad. Bukan zaman Nabi Muhammad sahaja ianya berlaku tetapi ia berlaku zaman berzaman, berulang-ulang kali. Apabila baginda tahu yang benda ini sama sahaja, maka legalah sedikit hati baginda. Inilah tujuan tasliah.

Mereka dikatakan sebagai ‘ahli sihir’ kerana mereka boleh kumpul orang untuk beriman dengan mereka tanpa disebabkan oleh duit. Kerana selalunya manusia boleh kumpul orang lain kerana pengaruh dan juga harta, tetapi para rasul tidak ada dua-dua perkara itu.

Dan mereka dikatakan ‘orang gila’ kerana sentiasa bercakap perkara yang sama sahaja berulang-ulang. Sama ada orang marah ataupun tolak mereka, malah kutuk dan lawan mereka, para Rasul itu tetap memberitahu perkara yang sama dan tidak berubah. Pada golongan penentang, mereka hairan dan melihat para Rasul itu dah bagai orang gila dah.

Atau mereka kata para Rasul itu gila kerana mereka kata takkanlah orang yang sudah mati akan dihidupkan kembali.


 

Ayat 53: Kalau kita lihat, sama sahaja tuduhan zaman berzaman itu. Ini agak menghairankan.

أَتَواصَوا بِهِ ۚ بَل هُم قَومٌ طاغونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Did they suggest it to them?¹ Rather, they [themselves] are a transgressing people.

  • i.e., Did the former disbelievers pass on these words to the Makkans so that they repeat the same expressions?

(MELAYU)

Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.

 

أَتَواصَوا بِهِ

Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu?

Amat menghairankan kerana perkara yang sama berlaku kepada setiap Rasul sampaikan kita boleh tertanya: adakah kaum-kaum itu memberikan wasiat untuk berkata perkara yang sama kepada kaum-kaum selepas mereka? Tapi mereka bukannya berjumpa pun. Maka ini amat hairan.

Kalau difikirkan lebih mendalam lagi, memang benar ada wasiat tapi bukan antara kaum lama kepada kaum baru. Tapi kerana syaitan yang menyampaikan cara untuk menyesatkan manusia dengan cara yang sama kerana kalau dulu ianya berjaya, maka ianya boleh digunakan lagi. Sama sahaja kerana apabila lahir kaum yang baru, maka syaitan akan menggunakan model yang sama sahaja kepada mereka.

 

بَل هُم قَومٌ طاغونَ

Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.

Kerana sifat degil yang ada pada mereka, maka syaitan akan datang dan memberi ajaran sesat yang sama kepada mereka. Syaitan tak perlu nak reka hujah baru sebab pakai hujah yang lama sahaja.


 

Ayat 54: Arahan kepada Nabi dan para pendakwah.

فَتَوَلَّ عَنهُم فَما أَنتَ بِمَلومٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So leave them, [O Muḥammad], for you are not to be blamed.

(MELAYU)

Maka berpalinglah kamu dari mereka dan kamu sekali-kali tidak tercela.

 

فَتَوَلَّ عَنهُم

Maka berpalinglah kamu dari mereka

Kepada mereka yang menentang dan menolak kebenaran itu, tidak perlu dihadap lagi dan boleh sahaja ditinggalkan mereka dan tidak dipersalahkan jikalau kita meninggalkan mereka.

 

فَما أَنتَ بِمَلومٍ

dan kamu sekali-kali tidak tercela.

Kadang-kadang apabila kita cuba berdakwah kepada manusia, ada antara mereka itu tidak mahu mendengar dan terus menggunakan kata-kata sesat dan memanggil kita dengan nama-nama yang tidak baik. Maka tidak salah jikalau kita meninggalkan mereka waktu itu kerana jelas yang mereka belum lagi bersedia untuk mendengar dakwah kita.

Dan ini penting untuk diberitahu kerana Rasulullah rasa berat hati untuk meninggalkan mereka kerana baginda rasa bertanggungjawab dan baginda rasa ada kekurangan pada diri baginda dalam berdakwah. Baginda takut ada kekurangan dalam cara baginda berdakwah sampaikan manusia tidak ikut. Kerana itu Allah menenangkan hati baginda dengan memberitahu bahawa tidak salah jikalau baginda meninggalkan mereka.

Kalau kita telah menyampaikan dakwah dan memberikan ajaran tauhid yang benar kepada manusia, maka kita tidak akan dipersalahkan lagi. Kita telah jalankan tugas kita.

Ini juga bermaksud, kalau kita ‘tidak sampaikan’… maka kita akan dipersalahkan! Inilah yang amat menakutkan kita.


 

Ayat 55:

وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And remind, for indeed, the reminder benefits the believers.

(MELAYU)

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

 

وَذَكِّر

Dan tetaplah memberi peringatan,

Tapi teruskan memberi peringatan kepada mereka. Kena faham yang ‘beri peringatan’ berbeza dengan ‘perbincangan’ kerana beri peringatan itu adalah satu hala sahaja.

Bandingkan pula dengan ayat sebelum ini. Dalam ayat sebelum ini baginda diberitahu yang baginda boleh meninggalkan mereka tetapi dalam ayat ini pula memberitahu bahawa baginda kena terus memberi peringatan kepada mereka. Lalu bagaimana kita nak faham perbezaan antara dua ayat ini? Kena nampak suruhan itu kepada dua perkataan yang berlainan pula.

Terus bercakap beri ceramah kepada orang ramai kerana kita tidak tahu siapakah di antara mereka yang ada bibit-bibit keimanan di dalam diri mereka.

Maka kita sebagai pendakwah kena sentiasa mencari peluang untuk memberi peringatan kepada manusia. Kadang-kadang kita mungkin mendapat peluang untuk bercakap di khalayak yang ramai. Mungkin waktu itu semasa kita melihat mereka, mungkin timbul dalam hati kita yang mereka itu bukannya hendak mendengar dakwah agama daripada kita. Tidak kira sama ada mereka itu orang bukan Islam ataupun orang Islam sendiri. Kerana ada sahaja orang Islam tetapi nampaknya tidak mementingkan agama.

Jangan biarkan perasaan itu menghalang kita dari memberi peringatan kepada mereka kerana kita tidak tahu siapakah di antara mereka itu yang sebenarnya mahukan kebenaran dan Allah buka hati mereka untuk menerima kebenaran. Mungkin Allah buka hati mereka waktu itu.

Kadang-kadang kita rasa seperti kita patut bercakap kepada orang-orang masjid dan surau sahaja. Kita rasa mereka sahaja yang mahu dengar ceramah dan dakwah agama. Tidak boleh begitu kerana kita kena juga beri peringatan kepada orang-orang yang lalai leka. Dan itulah sunnah para nabi dan rasul yang berdakwah kepada orang-orang yang asalnya tidak tahu apa-apa tentang agama dan kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang menentang; tetapi para Rasul itu tetap juga beri peringatan kepada manusia.

Maka jangan kita lupakan orang yang di jalanan. Kita bagi peringatan secara satu hala sahaja pun boleh. Kalau mereka tolak waktu itu, tinggalkan mereka dan cari lagi peluang untuk dakwah lain kali.

 

فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ

kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Peringatan akan beri kebaikan kepada yang hendak beriman. Kita tidak tahu katahendaknya yang mana yang akan memberi kesan kepada manusi. Kerana kita mungkin cakap banyak tetapi orang tidak dengar, tetapi ada orang lain yang cakap sikit saja dengan dia dan dia terus pegang dan percaya. Kerana kita tidak tahu di manakah antara kata-kata kita yang Allah takdirkan untuk menjadi berkesan kepada manusia.

Jangan rasa rugi beri peringatan kepada orang. Kerana ada tak rugi pada kita. Kalau pun orang yang didakwah itu tidak mahu terima, kita masih tetap dapat pahala.

Beri peringatan itu bermaksud beri peringatan dengan Qur’an. Inilah dakwah yang utama. Ia akan menjadi kebaikan kepada orang yang mahu menjadi orang mukmin.


 

Ayat 56: Ini adalah ayat yang penting kerana ia selalu dibaca dan disebut oleh manusia. Mari kita lihat maknanya.

وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.

(MELAYU)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

 

Tujuan hidup manusia dan jin adalah untuk menghambakan diri kepada Allah. Selalu orang menterjemahkan ayat ini sebagai: “tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melaikan untuk menyembahKu”. Ini agak kurang tepat kerana ‘sembah’ itu adalah satu bahagian sahaja dari menghambakan diri kepada Allah.

Dalam ayat ini, ‘jin’ disebut dahulu kerana jin yang dicipta dahulu sebelum manusia.

Dan jin juga disebut dahulu kerana kadangkala jin di dalam bentuk syaitan itu yang menjadi penghalang kepada manusia untuk menerima kebenaran.

Ada tujuan Allah jadikan manusia iaitu untuk menghambakan diri kepadaNya. Dan apabila kita jadi ‘hamba’, maka kita kena taat kepada suruhanNya dan menjalankan apa sahaja tugas yang Allah telah berikan kepada kita. Akan tetapi amat sedih apabila kita melihat bagaimana kebanyakan daripada manusia tidak memenuhi tugas mereka ini.

Kita telah sebut beza ‘sembah’ dan ‘hamba’ di atas tadi. Ini adalah penting untuk difahami kerana ada yang ‘sembah’ Allah tapi mereka tidak ‘menghambakan’ diri kepada Allah. Maksudnya mereka itu solat, puasa dan jaga zakat dan lain-lain lagi, tapi dalam bab lain, mereka tidak jaga. Mereka jaga bab ibadat sahaja, tapi tidak dalam semua hal. Oleh kerana itu, ada yang solat dan puasa, tapi mereka mengamalkan riba, mereka berlaku zalim kepada orang lain dan sebagainya lagi kesalahan yang mereka lakukan.

Allah jadikan alam ini keseluruhannya, tapi kenapa Allah sebut ‘jin’ dan ‘manusia’ sahaja? Ini adalah kerana walaupun semua makhluk Allah jadikan, tapi yang ada tanggungjawap syariat adalah jin dan manusia sahaja. Jin dan manusia lah sahaja yang diberikan kebebasan untuk memilih jalan kebaikan atau keburukan. Seperti binatang dan juga malaikat dan makhluk lain, mereka tidak ada pilihan – mereka terus taat kepada Allah tanpa pilihan.


 

Ayat 57: Allah tidak perlukan manusia. Kitalah yang memerlukan Allah.

ما أُريدُ مِنهُم مِّن رِّزقٍ وَما أُريدُ أَن يُطعِمونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I do not want from them any provision, nor do I want them to feed Me.

(MELAYU)

Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.

 

ما أُريدُ مِنهُم مِّن رِّزقٍ

Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka

Sekali lagi disebut tentang ‘rezeki’ kerana surah ini berkenaan rezeki. Allah tidak meminta rezeki dari manusia.  Malah Allah lah yang memberikan rezeki kepada kita semua.

Allah tidaklah suruh makhluk menyembahNya kerana Allah memerlukan sembahan dari makhluk. Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari makhluk. Samada makhluk sembah atau pun tidak, tidaklah berkurang atau bertambah kemuliaan dan kehebatan Allah.

 

وَما أُريدُ أَن يُطعِمونِ

dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.

Dan Allah tidak meminta makanan daripada manusia. Malah Allah yang memberi makanan kepada kita.

Maksud ayat ini, agama yang Allah berikan kepada kita ini adalah untuk kepentingan kita. Allah jadikan hukum syariat yang kita kena amalkan ini adalah untuk kebaikan kita. Allah tidak perlukan apa-apa pun dari kita.

Ini adalah tempelak yang amat besar kepada Musyrikin Mekah dan juga penyembah-penyembah berhala dari dulu sampai sekarang – mereka sembah berhala dan patung sembahan mereka, tapi mereka juga lah yang beri berhala dan patung mereka makan. Ini memang karut sekali – kalau yang disembah itu tuhan atau ilah, maka merekalah yang cari makan sendiri, bukan?


 

Ayat 58:

إِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزّاقُ ذُو القُوَّةِ المَتينُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it is Allāh who is the [continual] Provider, the firm possessor of strength.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.

 

إِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزّاقُ

Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki

Allah tidak perlukan rezeki dari kita, sebaliknya Allah lah yang sentiasa memberi rezki kepada manusia. Allah beri rezeki itu kepada manusia tidak kira sama ada orang itu beriman ataupun tidak.

 

ذُو القُوَّةِ المَتينُ

Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.

Allah tidak perlukan pertolongan dari kita kerana Allah mempunyai kekuatan. Allah sangat kukuh, tidak ada yang dapat menggegarNya atau menggerakkanNya.


 

Ayat 59: Takhwif duniawi. Bagaimana kalau setelah diberi segala peringatan, tapi masih kufur juga?

فَإِنَّ لِلَّذينَ ظَلَموا ذَنوبًا مِّثلَ ذَنوبِ أَصحٰبِهِم فَلا يَستَعجِلونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, for those who have wronged is a portion [of punishment] like the portion of their companions [i.e., predecessors], so let them not impatiently urge Me.

(MELAYU)

Maka sesungguhnya untuk orang-orang zalim ada bahagian (siksa) seperti bahagian teman mereka (dahulu); maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk menyegerakannya.

 

فَإِنَّ لِلَّذينَ ظَلَموا ذَنوبًا مِّثلَ ذَنوبِ أَصحٰبِهِم

Maka sesungguhnya untuk orang-orang zalim ada bahagian (siksa) seperti bahagian teman mereka (dahulu);

Mereka yang zalim akan mendapat bahagian azab. Iaitu mereka yang menolak akidah tauhid dan melakukan dosa di muka bumi. Mereka akan mendapat bahagian api neraka sama seperti ‘sahabat-sahabat’ mereka dahulu yang sama akidah.

Walaupun mereka tidak pernah kenal dan bertegur sapa, tapi mereka dikira sebagai ‘sahabat’ kerana fahaman dan amalan mereka sama sahaja. Yang degil macam mereka juga.

 

فَلا يَستَعجِلونِ

maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk menyegerakannya.

Mereka pasti akan kena dengan azab itu. Tunggu sahajalah. Janganlah nak minta dipercepatkan kerana bila dah kena nanti, memang menyesal tak sudah.

Ini adalah kerana ada yang mengejek-ngejek – “bila lagi azab itu? cepatlah turunkan…..”


 

Ayat 60:

فَوَيلٌ لِّلَّذينَ كَفَروا مِن يَومِهِمُ الَّذي يوعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And woe to those who have disbelieved from their Day which they are promised.

(MELAYU)

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang diancamkan kepada mereka.

 

Celakalah orang-orang kafir itu (orang-orang yang engkar) pada hari mereka menerima azab mereka. Hari itu mereka memang celaka.

Dan hari itu memang telah pernah dijanjikan kepada mereka dahulu. Mereka sahaja yang tidak mahu percaya dan tidak mahu beri perhatian. Mereka tolak mentah-mentah.

Allahu a’lam. Alhamdulillah, sekian tafsir Surah Dzariyat ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Thur.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 051: Dhariyat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s