Tafsir Surah Qasas Ayat 48 – 50 (Mukjizat bukan jawapannya)

Ayat 48: Sambungan syikayah tentang manusia yang tidak mahu beriman. Dalam ayat sebelum ini, telah diberikan sebab kenapa Allah turunkan wahyu kepada manusia. Supaya mereka tidak ada hujah nanti (kami sesat kerana kami tidak dapat wahyu). Tapi apabila diberikan wahyu, macam-macam pula hujah mereka untuk menolaknya.

فَلَمّا جاءَهُمُ الحَقُّ مِن عِندِنا قالوا لَولا أوتِيَ مِثلَ ما أوتِيَ موسىٰ ۚ أَوَلَم يَكفُروا بِما أوتِيَ موسىٰ مِن قَبلُ ۖ قالوا سِحرانِ تَظٰهَرا وَقالوا إِنّا بِكُلٍّ كٰفِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But when the truth came to them from Us, they said, “Why was he not given like that which was given to Moses?” Did they not disbelieve in that which was given to Moses before? They said, “[They are but] two works of magic supporting each other,¹ and indeed we are, in both, disbelievers.”

  • The reference is by the disbelievers of Quraysh to the Qur’ān and the Torah.

(MELAYU)

Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: “Mengapakah tidak diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?”. Dan bukankah mereka itu telah engkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: “Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu membantu”. Dan mereka (juga) berkata: “Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu”.

 

فَلَمّا جاءَهُمُ الحَقُّ مِن عِندِنا

Maka ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami,

Apabila telah dibawakan dalil bukti dari wahyu kepada Bani Israil. Atau boleh juga merujuk kepada sesiapa sahaja yang menentang.

 

قالوا لَولا أوتِيَ مِثلَ ما أوتِيَ موسىٰ

mereka berkata: “Mengapakah tidak diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?”. 

Mereka tidak mahu percaya dan pandai pula mempersoalkan kenapa Nabi Muhammad tidak diberi dengan mukjizat-mukjizat Nabi Musa seperti tongkatnya dan tangan bercahaya. Dan boleh jadi juga, merujuk kepada banyak lagi mukjizat-mukjizat yang telah diberikan kepada Nabi Musa.

Atau mereka ada yang berhujah kenapa Nabi Muhammad tidak mendapat kitab wahyu sekaligus seperti yang diberikan kepada Nabi-nabi sebelum baginda? Kerana Nabi Muhammad dapat Qur’an demi sedikit tapi Taurat dan Injil datang sekali gus. Jadi mereka nak kata, Nabi Muhammad reka sahaja Qur’an itu, sebab itu tidak dapat nak bagi terus (buat sedikit demi sedikit).

 

أَوَلَم يَكفُروا بِما أوتِيَ موسىٰ مِن قَبلُ

Dan bukankah mereka itu telah engkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; 

Maka Allah terangkan kembali bahawa mereka dulu pun sudah tidak beriman kepada apa yang dibawa oleh Nabi Musa sendiri. Maka sekarang janganlah nak sibuk-sibuk kata itu dan ini.

Atau, Allah memberitahu bahawa umat Nabi Musa pun kufur kepada kitab Taurat walaupun Taurat itu diturunkan sekaligus. Jadi bukan sebab turun sekaligus atau tidak menjadi masalah, tapi keinginan kepada kebenaran yang tidak ada dalam hati mereka.

 

قالوا سِحرانِ تَظٰهَرا

mereka dahulu telah berkata: “Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu membantu”.

Allah ingatkan mereka tentang Firaun yang tetap juga tidak beriman walaupun telah ditunjukkan dengan mukjizat Nabi Musa. Maka kalau bagi mukjizat yang sama, apa mereka sangka manusia semua terus beriman?

Kalau setakat tunjuk mukjizat sahaja, bukan tentu manusia akan beriman. Kerana Firaun dulu mengatakan apa yang dibawa dan ditunjukkan oleh Nabi Musa itu adalah sihir sahaja. Iaitu sihir yang dizahirkan hanya sebagai pertunjukan sahaja.

Kalimah تَظٰهَرا juga bermaksud ‘bantu-membantu’. Ini boleh bermaksud tuduhan Firaun yang mengatakan Nabi Musa dan Nabi Harun itu sama-sama bantu untuk mengeluarkan sihir.

Atau, ada juga pendapat yang mengatakan, ia merujuk kepada Qur’an dan Taurat. Quraish Mekah kata Qur’an dan Taurat itu lebih kurang sama sahaja, bantu membantu sesama sendiri, dua-dua tidak boleh pakai. Kerana ianya membenarkan satu sama lain sahaja.

 

وَقالوا إِنّا بِكُلٍّ كٰفِرونَ

Dan mereka (juga) berkata: “Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu”.

Dan Firaun tidak mahu beriman pun walaupun Nabi Musa dan tunjukkan mukjizat yang hebat. Jadi isunya bukan mukjizat. Isunya adalah iman dalam hati. Iaitu kena ada inabah kepada kebenaran.

Tuduhan sihir itu biasa sahaja dikeluarkan oleh manusia. Seperti Musyrikin Mekah juga yang ada mengatakan yang Qur’an itu adalah sihir sahaja. Itu kerana hati mereka tidak mahu beriman. Mereka hendak melawan sahaja.


 

Ayat 49: Maka, kalau tidak mahu percaya juga dengan Qur’an, maka berilah hujah ini kepada mereka.

قُل فَأتوا بِكِتٰبٍ مِّن عِندِ اللهِ هُوَ أَهدىٰ مِنهُما أَتَّبِعهُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Then bring a scripture from Allāh which is more guiding than either of them that I may follow it, if you should be truthful.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Datangkanlah olehmu sebuah kitab dari sisi Allah yang kitab itu lebih (dapat) memberi petunjuk daripada keduanya (Taurat dan Al Quran) niscaya aku mengikutinya, jika kamu sungguh orang-orang yang benar”.

 

قُل فَأتوا بِكِتٰبٍ مِّن عِندِ اللهِ

Katakanlah: “Datangkanlah olehmu sebuah kitab dari sisi Allah

Sekarang Rasulullah disuruh bercakap kepada penduduk Mekah pula, kerana golongan Yahudi itu tidak boleh diharap lagi. Sepatutnya mereka yang beriman dari awal-awal lagi, kerana mereka sudah biasa dengan ilmu wahyu, tapi mereka pula yang menentang.

Jadi kalau rasa Qur’an itu tidak hebat, sihir sahaja, maka bawalah kitab yang mereka ada. Kalau ada lah.

 

هُوَ أَهدىٰ مِنهُما

yang kitab itu lebih (dapat) memberi petunjuk daripada keduanya

Kalau kamu ada lagi kitab yang lebih hebat dari Taurat dan juga Qur’an ini, bawalah keluar. Digandingkan Qur’an dan Taurat dalam ayat ini kerana memang banyak kali Qur’an dan Taurat disebut sekali dalam ayat-ayat Qur’an yang lain. Dan ini juga perkara biasa kerana Qur’an dan Tauratlah kitab yang utama. Sedangkan kitab Injil diturunkan hanyalah untuk menyempurnakan kitab Taurat dan menghalalkan sebahagian dari apa yang diharamkan atas kaum Bani Israil. Dan dari segi kedudukan pula, memang Qur’an lebih tinggi lagi dari Taurat.

 

أَتَّبِعهُ

niscaya aku mengikutinya, 

Kerana kalau mereka dapat keluarkan, baginda pun boleh ikut juga.

 

إِن كُنتُم صٰدِقينَ

jika kamu sungguh orang-orang yang benar”.

Itu pun kalau kamu boleh bawa keluar. Itu pun kalau kamu itu orang yang benar, bukan cakap kosong sahaja.

Maka ini adalah cabaran terbuka yang diberikan kepada Quraish Mekah yang menentang Qur’an yang disampaikan oleh Allah itu.


 

Ayat 50: Tentulah mereka tidak dapat bawa keluar, bukan?

فَإِن لَّم يَستَجيبوا لَكَ فَاعلَم أَنَّما يَتَّبِعونَ أَهواءَهُم ۚ وَمَن أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوٰهُ بِغَيرِ هُدًى مِّنَ اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if they do not respond to you – then know that they only follow their [own] desires. And who is more astray than one who follows his desire without guidance from Allāh? Indeed, Allāh does not guide the wrongdoing people.

(MELAYU)

Maka jika mereka tidak menjawab cabaran itu, ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

 

فَإِن لَّم يَستَجيبوا لَكَ

Maka jika mereka tidak menjawab cabaran itu,

Dan apabila mereka tidak dapat beri jawapan dan mereka tentu tidak akan dapat beri jawapan. Tentulah mereka tidak boleh bawa kitab lain. Walaupun ramai dari kalangan mereka yang pandai bahasa, pandai berpuisi. Allah beritahu dengan pasti bahawa mereka tentu tidak akan boleh nak jawap cabaran itu.

 

فَاعلَم أَنَّما يَتَّبِعونَ أَهواءَهُم

maka ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka

Bila mereka tidak dapat jawap cabaran itu, maka ketahuilah yang mereka itu semua ikut hawa nafsu mereka sahaja. Nafsu mereka tidak boleh terima, maka mereka tolak dengan sewenangnya. Dan kerana tidak ada hujah, maka mereka akan keluarkan hujah yang tidak bermakna pun.

 

وَمَن أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوٰهُ بِغَيرِ هُدًى مِّنَ اللهِ

Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah 

Tiada lagi yang lebih teruk dari mereka yang ikut hawa nafsu tanpa ikut petunjuk daripada Allah. Petunjuk dari wahyu sudah ada, tapi masih nak ikut hawa nafsu sahaja. Mana mungkin hawa nafsu itu akan memberi kebaikan kepada mereka. Kerana hawa nafsu itu kena dikawal dengan kebenaran. Kalau dibiarkan sahaja ikut hawa nafsu, maka akan rosaklah dunia ini. Kerana nafsu itu tidak pernah puas.

 

إِنَّ اللهَ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Setelah diberikan hujah sebegitu hebat, tapi masih ada lagi yang tidak akan beriman. Ini adalah kerana hati mereka telah tertutup dari kebenaran. Ini dinamakan qatmul qalbi. Allah tutup hati-hati mereka kerana mereka telah zalim. Mereka telah menolak dan menentang kebenaran yang sampai kepada mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 028: Qasas. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s