Tafsir Surah Qasas Ayat 32 – 35 (Nabi Musa pun takut)

Ayat 32: Mukjizat kedua.

اسلُك يَدَكَ في جَيبِكَ تَخرُج بَيضاءَ مِن غَيرِ سوءٍ وَاضمُم إِلَيكَ جَناحَكَ مِنَ الرَّهبِ ۖ فَذٰنِكَ بُرهٰنانِ مِن رَّبِّكَ إِلىٰ فِرعَونَ وَمَلَأِيهِ ۚ إِنَّهُم كانوا قَومًا فٰسِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Insert your hand into the opening of your garment; it will come out white, without disease. And draw in your arm close to you [as prevention] from fear, for those are two proofs from your Lord to Pharaoh and his establishment. Indeed, they have been a people defiantly disobedient.”

(MELAYU)

Masukkanlah tanganmu ke leher bajumu, nescaya ia keluar putih tidak cacat bukan kerana penyakit, dan dekapkanlah kedua tanganmu (ke dada)mu bila ketakutan, maka yang demikian itu adalah dua mukjizat dari Tuhanmu (yang akan kamu hadapkan kepada Fir’aun dan pembesar-pembesarnya). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang fasik”.

 

اسلُك يَدَكَ في جَيبِكَ

Masukkanlah tanganmu ke leher bajumu,

Dan kemudian Allah menyuruh Nabi Musa memasukkan tangan baginda melalui celah baju baginda hingga ke ketiak. Masukkan tangan ikut bukaan celah lehernya.

 

تَخرُج بَيضاءَ مِن غَيرِ سوءٍ

nescaya ia keluar putih tidak cacat bukan kerana penyakit,

Dan apabila baginda keluarkan tangannya, ia akan bercahaya putih bersinar dan bukan putih yang cacat. Kerana bukan jenis sopak atau albino pula.

 

وَاضمُم إِلَيكَ جَناحَكَ مِنَ الرَّهبِ

dan dekapkanlah kedua tanganmu (ke dada)mu bila ketakutan,

Dan apabila baginda takut, maka masukkanlah kembali tangan itu ke ketiak dan ia akan kembali jadi biasa. Jadi ini macam On and Off switch.

Atau, ia bermaksud apabila Nabi Musa ada rasa takut sahaja, maka dekapkanlah tangan baginda ke dada. Maka akan hilangkan ketakutan baginda.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ali ibnul Husain, telah menceritakan kepada kami Ar-Rabi ibnu Taglab Asy-Syekh Saleh, telah menceritakan kepada kami Abu Isma’il Al-Muaddib, dari Abdullah ibnu Muslim, dari Mujahid yang mengatakan bahawa sebelum itu hati Musa a.s. selalu dicengkam oleh rasa takut terhadap Fir’aun. Dan apabila dia melihat Fir’aun, dia membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَدْرَأُ بِكَ فِي نَحْرِهِ، وَأُعَوِّذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pertolongan kepada­Mu dalam menghadapinya dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatannya.

Maka Allah mencabut dari hati Musa a.s. rasa takut yang mencengkamnya dan mengalihkannya ke dalam hati Fir’aun. Sejak saat itu apabila Fir’aun melihat Musa, maka dia terkencing-kencing bagaikan keldai kerana ketakutan terhadap Musa.

 

فَذٰنِكَ بُرهٰنانِ مِن رَّبِّكَ إِلىٰ فِرعَونَ وَمَلَأِيهِ

maka yang demikian itu adalah dua mukjizat dari Tuhanmu kepada Fir’aun dan pembesar-pembesarnya. 

Itulah dua tanda mukjizat yang Allah bekalkan kepada Nabi Musa untuk baginda tunjukkan kepada Firaun dan juga orang-orang besarnya. Kena tunjukkan sesuatu yang hebat kepada mereka kerana kalau cakap mulut sahaja, mereka tentu susah nak dengar. Maka kena tunjukkan sesuatu yang hebat.

 

إِنَّهُم كانوا قَومًا فٰسِقينَ

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang fasik”.

Bawa mukjizat dan hujah kepada mereka kerana sungguh sudah jauh mereka itu dari kebenaran. Mereka itu adalah kaum yang melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kerana keadilan perlu ditegakkan.


 

Ayat 33: Nabi Musa rasa berat dengan tanggubgjawab yang diberikan kepada baginda itu. Maka baginda menyebut beberapa perkara yang baginda rasa berat itu.

قالَ رَبِّ إِنّي قَتَلتُ مِنهُم نَفسًا فَأَخافُ أَن يَقتُلونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “My Lord, indeed I killed from among them someone, and I fear they will kill me.

(MELAYU)

Musa berkata: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku, telah membunuh seorang manusia dari golongan mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku.

 

قالَ رَبِّ إِنّي قَتَلتُ مِنهُم نَفسًا

Dia berkata: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku, telah membunuh seorang manusia dari golongan mereka,

Nabi Musa mengadu ketakutannya kepada Allah kerana baginda telah pernah membunuh seorang lelaki dari kaum mereka. Bukanlah Nabi beritahu Allah pula kerana Allah tahu segalanya. Tapi ini sebagai permulaan untuk menyebut apakah yang  agenda rasa berat.

Ini berkenaan insiden baginda terbunuh seorang lelaki Qibti semasa di pasar. Kes itulah yang menyebabkan baginda meninggalkan Mesir dahulu.

 

فَأَخافُ أَن يَقتُلونِ

maka aku takut mereka akan membunuhku.

Jadi baginda takut kalau baginda balik berjumpa dengan Firaun, maka baginda sendiri akan dibunuh. Tak sempat nak dakwah atau cakap apa-apa lagi baginda takut baginda telah kena bunuh. Kerana memang telah ada ‘waran’ tangkap untuk baginda. Sebab itu baginda nak masuk ke Mesir secara senyap-senyap sahaja. Dengan harapan setelah 10 tahun di perantauan, tidaklah orang perasan siapakah baginda lagi.

Tapi kalau baginda datang dan dakwah kepada Firaun pula, tentulah baginda akan dikenali dan kes baginda akan naik kembali. Mereka bukannya akan buat pengadilan dalam mahkamah tapi baginda akan terus dibunuh.


 

Ayat 34: Ada satu lagi kerisauan baginda.

وَأَخي هٰرونُ هُوَ أَفصَحُ مِنّي لِسانًا فَأَرسِلهُ مَعِيَ رِدءًا يُصَدِّقُني ۖ إِنّي أَخافُ أَن يُكَذِّبونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And my brother Aaron is more fluent than me in tongue, so send him with me as support, verifying me. Indeed, I fear that they will deny me.”

(MELAYU)

Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk menyokongku; sesungguhnya aku khuwatir mereka akan mendustakanku”.

 

وَأَخي هٰرونُ هُوَ أَفصَحُ مِنّي لِسانًا

Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku,

Satu lagi masalah baginda, penyakit gagap. Percakapan baginda tidak jelas dan tentu susah baginda nak berdakwah nanti. Orang akan gelakkan sahaja.

Nabi Musa mengatakan yang abangnya Harun lebih fasih dalam berkata-kata. أَفصَحُ adalah seperti menuang susu ke dalam kelas dengan lancar. Nabi Harun tiga tahun lebih tua dari baginda dan memang seorang yang alim dalam agama dan seorang yang berakhlak baik.

 

فَأَرسِلهُ مَعِيَ رِدءًا يُصَدِّقُني

maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk menyokongku;

رِدءًا itu seperti menetapkan sesuatu kepada dinding untuk menahannya. Kerana dinding itu nak jatuh maka kita sokong. Atau satu lagi contoh, ada meja yang sudah tidak kuat dan kita letak di tepi dinding untuk menetapkannya. Begitulah perumpamaan yang Nabi Musa letakkan kepada Nabi Harun yang jikalau dia ada masalah, Nabi Harun akan membantunya dan beri sokongan.

Dan Nabi Harun akan membenarkan kebenaran yang baginda bawa. Kerana di awal-awal dakwah baginda tentu memerlukan seseorang yang mempercayai. Sebagaimana Nabi Muhammad ada isterinya Khadijah yang mula-mula beriman dan menjadi penyokong kepada baginda.

 

إِنّي أَخافُ أَن يُكَذِّبونِ

sesungguhnya aku khuwatir mereka akan mendustakanku”.

Nabi Musa memerlukan Nabi Harun kerana baginda takut baginda dikatakan seorang pendusta. Kalau ada seorang lagi yang bersama baginda, maka tentulah baginda rasa kuat sikit.


 

Ayat 35: Allah jawap permintaan baginda.

قالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخيكَ وَنَجعَلُ لَكُما سُلطٰنًا فَلا يَصِلونَ إِلَيكُما ۚ بِئايٰتِنا أَنتُما وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الغٰلِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “We will strengthen your arm through your brother and grant you both supremacy so they will not reach you. [It will be] through Our signs; you and those who follow you will be the predominant.”

(MELAYU)

Allah berfirman: “Kami akan menguatkan lenganmu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, maka mereka tidak dapat mencapaimu; (berangkatlah kamu berdua) dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang.

 

قالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخيكَ

Allah berfirman: “Kami akan menguatkan lenganmu dengan saudaramu,

سَنَشُدُّ bermaksud ikat dan ketatkan. Dan عضد adalah lengan. Allah kata yang Dia akan kuatkan lengan baginda. Ini adalah satu pepatah kerana di dalam peperangan selalunya tentera akan mengikat dan mengukuhkan tangannya dengan perisai atau pelindung lain kerana tangannya itu yang menjadi pemegang senjata. Yang dimaksudkan adalah sepertima yang diminta oleh Nabi Musa, maka Harun akan dilantik menjadi Nabi.

Kerana itulah sebagian ulama Salaf mengatakan bahawa tiada seorang pun yang sangat berutang budi kepada saudaranya selain dari Harun kepada Musa. Kerana sesungguhnya Musa mendoakan baginya hingga dia diangkat menjadi seorang nabi dan rasul oleh Allah bersama Musa untuk menyampaikan risalah Allah kepada Fir’aun dan pembesar­-pembesar kerajaannya.

 

وَنَجعَلُ لَكُما سُلطٰنًا

dan Kami berikan kepadamu berdua kekuasaan yang besar, 

Dan Allah kata yang Dia akan memberikan kekuasaan kepada mereka berdua sampaikan musuh-musuh yang hendak menentang mereka tidak dapat membunuh mereka berdua. Jadi jangan takut yang Firaun akan bunuh baginda kerana kesalahan dulu itu.

Atau ia bermaksud mereka diberikan dengan bukti dan hujah untuk mengalahkan musuh mereka iaitu Firaun dan pengikutnya.

 

بِئايٰتِنا أَنتُما وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الغٰلِبونَ

dengan membawa mukjizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang akan menang.

Pergilah dengan ayat dan tanda-tanda dari Allah. Antaranya adalah mukjizat yang telah dibekalkan. Pergilah dan jangan takut lagi.

Allah juga memberitahu yang mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka akan menang. Dan di dalam ayat ini Allah memberi isyarat yang mereka akan ada pengikutnya. Ini seperti yang disebut dalam ayat lain:

{إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا}

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia. (Al-Mu-min: 51), hingga akhir ayat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 028: Qasas. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s