Tafsir Surah Qasas Ayat 17 – 21 (Musa dikhianati)

Ayat 17:

قالَ رَبِّ بِما أَنعَمتَ عَلَيَّ فَلَن أَكونَ ظَهيرًا لِلمُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “My Lord, for the favor You bestowed upon me, I will never be an assistant to the criminals.”

(MELAYU)

Musa berkata: “Ya Tuhanku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-kali tiada akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa”.

 

قالَ رَبِّ بِما أَنعَمتَ عَلَيَّ

Musa berkata: “Ya Tuhanku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku,

Oleh kerana dia tahu yang Allah telah mengampunkan dosanya dan dia tahu yang itu adalah nikmat yang besar, maka dia berjanji kepada Allah yang dia tidak akan menjadi pembantu kepada penjenayah lagi.

 

فَلَن أَكونَ ظَهيرًا لِلمُجرِمينَ

aku sekali-kali tiada akan menjadi penolong bagi orang-orang yang berdosa”.

Oleh itu kita dapat tahu dari ayat ini yang Nabi Musa tahu bahawa lelaki Bani Israil itulah yang bersalah. Nabi Musa sudah sedar sekarang yang sepatutnya baginda kena dengar kedua-dua belah pihak sebelum mengambil tindakan dan kenalah dia menyelidiki kedudukan yang sebenarnya.

Ini mengajar kita jangan terus ambil perkara dalam bentuk umum. Itu adalah satu yang bahaya. Jangan terus anggap kerana bangsa Qibti jahat, semua mereka jahat. Berapa banyak kita sudah lakukan kesalahan ini? Kita selalu kata semua orang Cina macam ini, semua orang India macam itu, semua orang Indonesia begini dan begitu. Ini bukanlah kata-kata yang bijak yang keluar daripada mulut manusia. Kerana setiap individu berbeza. Maka kita kena pastikan dulu sebelum kita ambil tindakan. Jangan kita ambil tindakan terburu-buru.


 

Ayat 18:

فَأَصبَحَ فِي المَدينَةِ خائِفًا يَتَرَقَّبُ فَإِذَا الَّذِي استَنصَرَهُ بِالأَمسِ يَستَصرِخُهُ ۚ قالَ لَهُ موسىٰ إِنَّكَ لَغَوِيٌّ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he became inside the city fearful and anticipating [exposure], when suddenly the one who sought his help the previous day cried out to him [once again]. Moses said to him, “Indeed, you are an evident, [persistent] deviator.”

(MELAYU)

Karena itu, jadilah Musa di kota itu merasa takut menunggu-nunggu dengan khuwatir (akibat perbuatannya), maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kelmarin berteriak meminta pertolongan kepadanya. Musa berkata kepadanya: “Sesungguhnya kamu benar-benar orang sesat yang nyata (kesesatannya)”.

 

فَأَصبَحَ فِي المَدينَةِ خائِفًا يَتَرَقَّبُ

Karena itu, jadilah Musa di kota itu merasa takut menunggu-nunggu dengan khuwatir 

Hari keesokannya Nabi Musa dihantar ke pekan pada waktu pagi di mana ada orang ramai dan kerana itu baginda rasa takut. Maksudnya baginda kena pergi, kerana kalau tidak baginda tentu tidak mahu pergi ke pasar lagi untuk beberapa waktu. Tapi kerana terpaksa pergi, maka baginda pergi juga.

Kalimah رقب asalnya bermaksud seseorang yang berjalan dengan kambing di dalam hutan keseorangan; dan itu adalah keadaan bahaya kerana serigla mungkin menyerang. Maka kalau dalam keadaan begitu, tentulah orang itu akan berhati-hati, pandang kiri kanan, buka telinga dan berjaga-jaga. Maka itu bermaksud Nabi Musa berjalan di pasar itu dalam keadaan risau sahaja. Selalu sahaja baginda tengok ke tepi dan ke belakang kerana takut.

 

فَإِذَا الَّذِي استَنصَرَهُ بِالأَمسِ يَستَصرِخُهُ

maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kelmarin berteriak meminta pertolongan kepadanya.

Dalam baginda tidak mahu dikenali itu, tiba-tiba dia bertemu lagi dengan lelaki Bani Israil yang meminta tolong kepadanya semalam.

Lelaki itu memanggil Nabi Musa lagi sekali dengan يَستَصرِخُهُ iaitu menggunakan suara yang kuat. Lagi sekali dia meminta pertolongan kepada Nabi Musa. Kali ini dengan berteriak pula sedangkan waktu itu orang ada ramai. Waktu itu dia berkelahi dengan orang lain pula dan bila nampak Nabi Musa, dia sudah nampak peluang dapat pertolongan lagi dari baginda.

Maka waktu itu sedarlah Nabi Musa bahawa lelaki itu bukan benar, kerana kalau hari-hari dia berkelahi dengan orang lain maka tentunya dia sendiri yang ada masalah.

 

قالَ لَهُ موسىٰ إِنَّكَ لَغَوِيٌّ مُّبينٌ

Musa berkata kepadanya: “Sesungguhnya kamu benar-benar orang sesat yang nyata (kesesatannya)”.

Nabi Musa tidak selesa dan marah kepada lelaki itu kerana lelaki itu telah menyebabkan kacau-bilau semalam. Sampaikan baginda telah terbunuh seorang lelaki Qibti. Maka baginda kata lelaki itu لَغَوِيٌّ iaitu bermaksud seseorang yang mengambil kesempatan ke atas seseorang yang tidak sedar. Maka baginda beri nasihat kepada orang lelaki itu.


 

Ayat 19:

فَلَمّا أَن أَرادَ أَن يَبطِشَ بِالَّذي هُوَ عَدُوٌّ لَّهُما قالَ يٰموسىٰ أَتُريدُ أَن تَقتُلَني كَما قَتَلتَ نَفسًا بِالأَمسِ ۖ إِن تُريدُ إِلّا أَن تَكونَ جَبّارًا فِي الأَرضِ وَما تُريدُ أَن تَكونَ مِنَ المُصلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when he wanted to strike the one who was an enemy to both of them, he¹ said, “O Moses, do you intend to kill me as you killed someone yesterday? You only want to be a tyrant in the land and do not want to be of the amenders.”

  • i.e., the Israelite, thinking that Moses meant to strike him. Some commentators have attributed the words to the Copt; however, the Israelite was the only one who knew of the previous occurrence.

(MELAYU)

Maka tatkala Musa hendak memegang dengan keras orang yang menjadi musuh keduanya, lelaki itu berkata: “Hai Musa, apakah kamu bermaksud hendak membunuhku, sebagaimana kamu kelmarin telah membunuh seorang manusia? Kamu tidak bermaksud melainkan hendak menjadi orang yang berbuat sewenang-wenang di negeri (ini), dan tiadalah kamu hendak menjadi salah seorang dari orang-orang yang mengadakan perdamaian”.

 

فَلَمّا أَن أَرادَ أَن يَبطِشَ بِالَّذي هُوَ عَدُوٌّ لَّهُما

Maka tatkala Musa hendak memegang dengan keras orang yang menjadi musuh keduanya,

Akhirnya Nabi Musa terpaksa juga menolong lelaki Bani Israil itu kerana dia memang sedang digasak oleh lelaki Qibti. Tapi kali ini Nabi Musa tidak terus menumbuk seperti yang dilakukan sebelum ini kerana baginda takut mati lagi orang itu, maka baginda mahu  يَبطِشَ iaitu menangkap sahaja.

 

قالَ يٰموسىٰ أَتُريدُ أَن تَقتُلَني كَما قَتَلتَ نَفسًا بِالأَمسِ

lelaki itu berkata: “Hai Musa, apakah kamu bermaksud hendak membunuhku, sebagaimana kamu kelmarin telah membunuh seorang manusia?

Tetapi apabila Nabi Musa hendak pergi ke arah mereka berdua, lelaki Bani Israil itu telah berkata sesuatu. Dia tidak tahu yang Nabi Musa sedang datang kepadanya untuk menolongnya. Dia takut kerana dia sangka Nabi Musa nak gasak dia pula kerana baru tadi Nabi Musa sudah memarahinya.

Maka lelaki Bani Israil itu gunakan maklumat yang dia ada: nama Musa dan apa yang telah Musa lakukan semalam. Dia tidak sedar yang Nabi Musa sebenarnya hendak menolong dia tetapi manusia apabila kena nasihat dengan orang lain, mereka sangka yang orang itu tidak mahu menolongnya. Dia sangka Nabi Musa tidak berpihak kepadanya.

Allah hendak mengajar bahawa perjuangan bukan berasaskan bangsa sahaja. Bangsa itu diadakan untuk kenal sahaja dan syari’at lah yang perlu dijaga. Jadi kita bukan hendak mempertahankan bangsa Melayu tetapi kita hendak mempertahankan agama Islam dan kalau orang itu Cina tetapi dia orang Islam, pun kita kena mempertahankan dia juga.

Inilah salah faham di dalam masyarakat yang berfikir yang kalau salah ataupun benar mesti kena tolong puak kita. Inilah juga fahaman bangsa Arab yang kuat perasaan kepuakan mereka. Sedangkan Nabi Musa hanya memberi nasihat sahaja kerana memang nampak dia orang yang suka bergaduh dan itu tidak elok. Tapi baginda masih tetap hendak menolong.

Nabi Musa walaupun marah kepada lelaki itu tetapi dia tetap hendak menolong dengan bergerak ke arah mereka berdua untuk menolong lelaki Bani Israil itu tetapi dia salah faham. Dia sangka Nabi Musa hendak pukul dia pula.

Lelaki itu kata: “Kamu nak bunuh aku macam kau bunuh lelaki lain semalam?” Nabi Musa punyalah jaga supaya manusia lain tak tahu apa yang terjadi semalam, dia pula buat kecoh. Dia sebut pula nama Nabi Musa dan menyebut tentang pembunuhan yang dilakukan oleh baginda semalam. Orang lain mungkin tidak tahu dan sekarang ramai sudah tahu. Maka yang pecahkan rahsia itu adalah bangsa baginda sendiri.

Maka pecahlah rahsia yang lelaki yang dibunuh semalam itu telah dibunuh oleh Nabi Musa dan perkara itu telah disampaikan ke pihak Firaun.

 

إِن تُريدُ إِلّا أَن تَكونَ جَبّارًا فِي الأَرضِ

Kamu tidak bermaksud melainkan hendak menjadi orang yang berbuat sewenang-wenang di negeri (ini),

Lelaki itu kata Musa nak jadi pembuli. Dia kata Nabi Musa suka tolak-tolak orang sahaja. Dia tuduh Nabi Musa sedangkan dia yang bermasalah.

 

وَما تُريدُ أَن تَكونَ مِنَ المُصلِحينَ

dan tiadalah kamu hendak menjadi salah seorang dari orang-orang yang mengadakan perbaikan”.

Dia kata Nabi Musa bukannya hendak membaiki, bukannya hendak buat benda baik.

Apabila dia cakap begitu, maka kenalah Nabi Musa melarikan diri. Kerana lelaki Qibti yang berkelahi dengan lelaki Bani Israil itu telah tahu kisah pembunuhan semalam. Maka dia telah lari ke istana Firaun dan memberitahu maklumat itu.


 

Ayat 20: Sekarang orang ramai sudah tahu tentang pembunuhan sebelum itu. Qur’an tidak menceritakan dengan terperinci apa yang berlaku jadi kita kena fikirkan apa yang telah terjadi. Apabila Firaun tahu tentang kejadian itu, maka dia telah mengadakan mesyuarat tergempar di istana untuk menangkap Nabi Musa kerana dia rasa yang Nabi Musa patut dibunuh.

وَجاءَ رَجُلٌ مِّن أَقصَى المَدينَةِ يَسعىٰ قالَ يٰموسىٰ إِنَّ المَلَأَ يَأتَمِرونَ بِكَ لِيَقتُلوكَ فَاخرُج إِنّي لَكَ مِنَ النّٰصِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And a man came from the farthest end of the city, running. He said, “O Moses, indeed the eminent ones are conferring over you [intending] to kill you, so leave [the city]; indeed, I am to you of the sincere advisors.”

(MELAYU)

Dan datanglah seorang laki-laki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata: “Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu”.

 

وَجاءَ رَجُلٌ مِّن أَقصَى المَدينَةِ يَسعىٰ

Dan datanglah seorang laki-laki dari hujung kota bergegas-gegas

Dari hujung itu maksudnya dari kawasan istana. Kerana istana Firaun letaknya di hujung kota. Lelaki ini tidak disebut tapi dia bersimpati kepada baginda kerana baginda masih ada kawan di istana.

 

قالَ يٰموسىٰ إِنَّ المَلَأَ يَأتَمِرونَ بِكَ لِيَقتُلوكَ

seraya berkata: “Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu,

Lelaki itu memberitahu yang telah ada mesyuarat tergempar di istana. Firaun telah keluarkan arahan untuk kenakan hukuman kepada Nabi Musa. Dan keputusan yang keluar adalah untuk membunuh baginda. Kalau lelaki Bani Israil yang bunuh bangsa Qibti, bukannya ada penghakiman untuk tengok siapa salah dan siapa benar, tapi terus sahaja akan dibunuh lelaki Bani Israil itu, tidak kiralah sekiranya dia itu adalah Nabi Musa pun.

Ada orang di dalam mesyuarat itu yang baik dan beritahu maklumat itu kepada Nabi Musa. Walaupun dia berlainan bangsa tetapi dia tahu yang Nabi Musa tidak bersalah. Lihatlah bagaimana masalah Nabi Musa itu dikenakan kerana bangsanya sendiri tetapi baginda diselamatkan oleh bangsa lain. Jadi jangan kita sangka semua bangsa musuh kita semua jahat belaka.

Yang memberitahu perkara ini adalah ahli keluarga Firaun sendiri dan dalam riwayat ada disebut yang dia inilah yang menjadi Lelaki Mukmin di dalam Surah Ghafir. Memang dia mempunyai naluri yang baik. Di dalam Surah Ghafir (bermula dari ayat Ghafir:28) kita belajar yang dia akan beriman dengan Nabi Musa nanti dan berdakwah kepada Firaun dan kaumnya mempertahankan Nabi Musa sekali lagi. Sekarang pun dia sudah seorang yang baik. Semoga Allah limpahkan kurnia yang besar kepadanya.

 

فَاخرُج إِنّي لَكَ مِنَ النّٰصِحينَ

sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu”.

Lelaki itu memberi cadangan kepada Nabi Musa untuk keluarlah dari Mesir itu untuk menyelamatkan diri.

Mungkin kerana Nabi Musa sekarang susah untuk terima maklumat ataupun kata-kata dari orang lain, maka lelaki yang memberitahu berita itu mengatakan yang dia benar-benar berniat baik terhadap Nabi Musa. Tambahan pula kerana lelaki itu dari Istana Firaun dan daripada bangsa musuhnya. Tapi dia menegaskan yang dia hendakkan kebaikan untuk baginda.


 

Ayat 21:

فَخَرَجَ مِنها خائِفًا يَتَرَقَّبُ ۖ قالَ رَبِّ نَجِّني مِنَ القَومِ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So he left it, fearful and anticipating [apprehension]. He said, “My Lord, save me from the wrongdoing people.”

(MELAYU)

Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khuwatir, dia berdoa: “Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu”.

 

فَخَرَجَ مِنها خائِفًا يَتَرَقَّبُ

Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khuwatir

Maka Nabi Musa ikut nasihat lelaki itu dan keluar daripada Mesir dalam keadaan takut dan berhati-hati (seperti di pasar tadi) melihat kiri dan kanan dan di belakang baginda. Baginda seolah-olah menunggu-nunggu sahaja, takut tibalah orang yang mencarinya.

 

قالَ رَبِّ نَجِّني مِنَ القَومِ الظّٰلِمينَ

dia berdoa: “Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu”.

Dan masa itu baginda berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan baginda dan doa yang sama juga disebut oleh Asiah ibu tirinya (di dalam ayat yang lain). Maka dari sini kita nampak yang ibunya itu telah memberi pengajaran kepadanya.

Maka begitulah cara orang yang baik; mereka akan berharap kepada Allah iaitu apabila ada masalah maka mereka akan berdoa terus kepada Allah.

Nabi Musa kata mereka itu zalim kerana mereka itu hendak bunuh baginda tanpa perbicaraan. Ini bukanlah cara yang baik. Kerana kalau ada orang yang dikatakan bersalah, kenalah diadakan penghakiman untuk pastikan samada orang itu bersalah atau tidak.

Allahu a’lam.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 028: Qasas. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s