Tafsir Surah Naml Ayat 77 – 83 (Dabbatul Ardh)

Ayat 77:

وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحمَةٌ لِّلمُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it is guidance and mercy for the believers.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Qur’an ini benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat kepada manusia yang mahu menjadi orang Mukminin, termasuklah kepada Bani Israil yang telah rosak agamanya. Mereka masih lagi boleh menjadi orang yang selamat di akhirat kalau mereka sanggup beriman dengan Qur’an.

Qur’an ini adalah kitab yang memberikan petunjuk bagaimana menjalani kehidupan kita di dunia sampai boleh membawa kita selamat ke akhirat.

Qur’an ini mengandungi rahmat jikalau dibaca dan diamalkan. Dengan rahmat akan membawa kita ke syurga.


 

Ayat 78:

إِنَّ رَبَّكَ يَقضي بَينَهُم بِحُكمِهِ ۚ وَهُوَ العَزيزُ العَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, your Lord will judge between them by His [wise] judgement. And He is the Exalted in Might, the Knowing.

(MELAYU)

Sesungguhnya Tuhanmu akan menyelesaikan perkara antara mereka dengan keputusan-Nya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

إِنَّ رَبَّكَ يَقضي بَينَهُم بِحُكمِهِ

Sesungguhnya Tuhanmu akan menyelesaikan perkara antara mereka dengan keputusan-Nya,

Allah akan memberi keputusan manakah yang benar dan manakah yang salah dengan kebijaksanaanNya.

Atau ia bermaksud penentuan mana yang benar dengan hukumNya. Allah adalah penentu kebenaran. Di akhirat kelak Allah akan beritahu mana yang benar dan mana yang tidak. Waktu itu akan jelas kepada manusia samada mereka benar atau tidak.

Tapi keputusan itu adalah keputusan dalam bentuk ‘amali’. Maksudnya kalau dah salah pilihan semasa di dunia, terus dimasukkan ke neraka. Maka kalau waktu itu baru tahu yang tersilap, maka itu amatlah rugi kerana bukan boleh kembali ke dunia untuk betulkan balik.

Maka janganlah tunggu keputusan amali itu tapi kenalah tengok dan kaji keputusan ‘teori’ semasa di dunia ini. Kerana teori mana benar dan mana salah sudah ada dalam nas. Kajilah dengan saksama.

 

وَهُوَ العَزيزُ العَليمُ

dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

Allah maha berkuasa untuk beri hukuman kepada makhlukNya. Tidak boleh dihalang atau dipersoalkan lagi apabila Allah dah buat keputusan.

Allah maha tahu siapa yang patut dimasukkan ke dalam neraka dan siapa yang patut dimasukkan ke dalam syurga. Ini adalah kerana Allah Maha Tahu apa yang makhlukNya lakukan semasa di dunia dahulu.


 

Ayat 79: Ayat tasliah (pujukan).

فَتَوَكَّل عَلَى اللهِ ۖ إِنَّكَ عَلَى الحَقِّ المُبينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So rely upon Allāh; indeed, you are upon the clear truth.

(MELAYU)

Sebab itu bertakwallah kepada Allah, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata.

فَتَوَكَّل عَلَى اللهِ

Sebab itu bertakwallah kepada Allah,

Maka teruslah bertawakal kepada Allah. Serahkan segala urusan kita kepada Allah. Kerana Allah maha tahu apa yang terbaik untuk kita.

 

إِنَّكَ عَلَى الحَقِّ المُبينِ

sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata.

Allah pujuk Nabi supaya jangan takut kerana baginda berada di atas jalan yang benar dan jelas nyata.


 

Ayat 80: Akan tetapi mungkin timbul persoalan pada Rasulullah: jikalau baginda benar kenapa susah untuk baginda membuat manusia dengar apa yang baginda sampaikan?

إِنَّكَ لا تُسمِعُ المَوتىٰ وَلا تُسمِعُ الصُّمَّ الدُّعاءَ إِذا وَلَّوا مُدبِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, you will not make the dead hear, nor will you make the deaf hear the call when they have turned their backs retreating.

(MELAYU)

Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang.

إِنَّكَ لا تُسمِعُ المَوتىٰ

Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar

Allah memberitahu yang baginda hanya boleh sampaikan sahaja dan baginda tidak boleh memaksa manusia mendengar. Memang akan ada manusia yang tidak akan terima kebenaran. Ini adalah kerana hati mereka telah mati.

Mereka yang tidak mahu mengambil pengajaran daripada Qur’an itu seolah-olah orang yang mati. Kerana roh mereka tiada Qur’an di dalamnya kerana mereka tidak mahu terima kebenaran wahyu. Mereka itu tunggu mati sebenar sahaja untuk menerima azab.

 

وَلا تُسمِعُ الصُّمَّ الدُّعاءَ إِذا وَلَّوا مُدبِرينَ

dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling membelakang.

Ini kerana mereka tidak mampu lagi mendengar. Sama macam kita tidak boleh beri orang pekak dengar ap yang kita cakap, maka sama sahaja dengan orang yang telah ditutup pendengaran mereka dari kebenaran. Jadi kamu tidak boleh memperdengarkan kepada mereka panggilan dakwah.

Dah sudahlah mereka tidak mendengar, mereka pula membelakangi kamu maka tidak boleh nak beri isyarat pun lagi. Macam orang pekak, kalau dia mengadap kita, kita boleh lagi nak bagi isyarat, bukan? Tapi kalau dia membelakangi kita, nak sampaikan maklumat macam mana lagi?


 

Ayat 81:

وَما أَنتَ بِهادِي العُميِ عَن ضَلٰلَتِهِم ۖ إِن تُسمِعُ إِلّا مَن يُؤمِنُ بِآيٰتِنا فَهُم مُّسلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you cannot guide the blind away from their error. You will only make hear those who believe in Our verses so they are Muslims [i.e., submitting to Allāh].

(MELAYU)

Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin (memalingkan) orang-orang buta dari kesesatan mereka. Kamu tidak dapat menjadikan (seorangpun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, lalu mereka berserah diri.

 

وَما أَنتَ بِهادِي العُميِ عَن ضَلٰلَتِهِم

Dan kamu sekali-kali tidak dapat memimpin (memalingkan) orang-orang buta dari kesesatan mereka.

Dan kamu wahai Muhammad tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang buta. Iaitu mereka yang buta mata hati mereka. Mata fizikal mereka mungkin boleh nampak, tapi mata hati mereka yang ada masalah. Mereka telah tutup hati mereka sendiri dari terima kebenaran.

 

إِن تُسمِعُ إِلّا مَن يُؤمِنُ بِآيٰتِنا

Kamu tidak dapat menjadikan (seorangpun) mendengar, kecuali orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami,

Maka bukanlah salah Nabi Muhammad kalau ramai kaum baginda yang tidak mahu terima kebenaran. Sama jugalah dengan kita yang cuba berdakwah kepada manusia. Ada yang mahu dengar dan ada yang pekakkan sahaja telinga mereka. Bukan salah kita kalau mereka begitu.

Kita hanya boleh memperdengarkan Qur’an ini kepada mereka yang percaya kepada ayat-ayat Allah dan mereka yang ada keinginan dalam hati untuk menyerahkan diri mereka kepada Allah.

Ianya bermula dengan kehendak mereka kepada kebenaran. Asalnya mereka memang mahu tahu apakah kebenaran itu. Mereka mungkin tidak tahu lagi, tapi mereka bersedia untuk mendengar dan memikirkan. Kalau ada sifat ini, maka masih ada peluang untuk mereka beriman.

 

فَهُم مُّسلِمونَ

lalu mereka berserah diri.

Dan apabila mereka buka hati merea kepada kebenaran, maka Allah akan tarik mereka kepada Islam dan mereka akan menyerahkan diri mereka sepenuhnya. Itulah maksud Muslim – mereka yang menyerah sepenuh diri mereka kepada Allah.


 

Ayat 82: 

۞ وَإِذا وَقَعَ القَولُ عَلَيهِم أَخرَجنا لَهُم دابَّةً مِّنَ الأَرضِ تُكَلِّمُهُم أَنَّ النّاسَ كانوا بِآيٰتِنا لا يوقِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the word [i.e., decree] befalls them,¹ We will bring forth for them a creature from the earth speaking to them, [saying] that the people were, of Our verses, not certain [in faith].
  • At the approach of the Hour.

(MELAYU)

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.

 

وَإِذا وَقَعَ القَولُ عَلَيهِم أَخرَجنا لَهُم دابَّةً مِّنَ الأَرضِ

Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi

Apabila keputusan telah dibuat di masa hadapan nanti, maka Allah akan mengeluarkan satu binatang yang akan bercakap kepada manusia. Binatang ini dikenali sebagai ‘Dabbatul Ardh’.

 

تُكَلِّمُهُم أَنَّ النّاسَ

yang akan mengatakan kepada manusia,

Maklumat tentang Dabbatul ardh ini antara perkara yang termasuk dalam lingkungan ayat-ayat Mutashabihat. Kerana kita tidak tahu bagaimana rupanya dan bagaimanakah caranya ia akan bercakap kepada manusia dan bagaimanakah caranya ia akan menanda orang-orang yang beriman dan orang-orang yang kafir. Ia adalah salah satu daripada tanda-tanda utama hari kiamat. Apabila ia keluar, memang kiamat tidak lama lagi.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ فُرَات، عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ، عَنْ حُذَيفة بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ: أَشْرَفَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غُرْفَةٍ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ أَمْرَ السَّاعَةَ فَقَالَ: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَرَوا عَشْرَ آيَاتٍ: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدُّخَانُ، والدابة، وخروج يأجوج ومأجوج، وخروج عيسى بن مَرْيَمَ، وَالدَّجَّالُ، وَثَلَاثَةُ خُسُوفٍ: خَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قَعر عَدَنٍ تَسُوقُ -أَوْ: تَحْشُرُ -النَّاسَ، تَبِيتُ مَعَهُمْ حَيْثُ بَاتُوا، وَتَقِيلُ مَعَهُمْ حَيْثُ قَالُوا”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Furat, dari Abut Tufail, dari Huzaifah ibnu Usaid Al-Gifari yang menceritakan bahawa Rasulullah Saw. muncul dari kamarnya menemui kami ketika kami sedang memperbincangkan tentang hari kiamat, lalu baginda Saw. bersabda: Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian melihat sepuluh tandanya, iaitu terbitnya matahari dari arah barat, munculnya asap (di langit), munculnya binatang (dari bumi), keluarnya Ya-juj dan Ma-juj, munculnya Isa ibnu Maryam as., munculnya Dajjal, dan tiga gerhana (yaitu gerhana di belahan barat, gerhana di belahan timur, dan gerhana di Jazirah Arabia) serta munculnya api dari pedalaman negeri ‘Adn yang menggiring atau menghimpunkan semua manusia; api itu ikut menginap di mana mereka menginap, dan ikut istirahat di siang hari di mana mereka istirahat di siang hari.

Dalam riwayat Sunan Tarmizi ada diberitahu yang binatang ini akan keluar di Mekah iaitu di Bukit Safa.

 

كانوا بِآيٰتِنا لا يوقِنونَ

bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.

Kebanyakan dari manusia tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Alangkah ruginya mereka nanti.

Binatang ini kelak akan muncul di akhir zaman ketika manusia telah rosak dan mereka meninggalkan perintah-perintah Allah serta mengubah agama yang hak. Allah mengeluarkan bagi mereka binatang melata dari bumi, yang menurut suatu pendapat menyebutkan dari Mekah, sedangkan pendapat yang lain menyatakan bukan dari Mekah, seperti yang akan dirincikan keterangannya, dan haiwan itu berbicara mengenai hal itu kepada manusia.

Ibnu Abbas, Al-Hasan, dan Qatadah telah meriwayatkan dari Ali r.a., bahawa binatang itu dapat berbicara dan berucap kepada mereka dengan sebenar-benarnya.

Ata Al-Khurrasani mengatakan bahawa binatang itu berbicara kepada manusia dengan mengatakan, “Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.”

Ibnu Abbas dalam riwayat lain menyebutkan bahawa binatang itu melukai mereka. Dalam riwayat yang lainnya lagi dari Ibnu Abbas disebutkan pula bahawa binatang itu mengatakan, “Janganlah kamu me­lakukan anu dan anu,” Pendapat ini merupakan pendapat yang baik, tidak ada pertentangan di antaranya, hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui.

Abu Daud At-Tayalisi mengatakan:

حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ أَوْسِ بْنِ خَالِدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “تَخْرُجُ دَابَّةُ الْأَرْضِ، وَمَعَهَا عَصَا مُوسَى وَخَاتَمُ سُلَيْمَانَ، عَلَيْهِمَا السَّلَامُ، فَتَخْطِمُ أَنْفَ الْكَافِرِ بِالْعَصَا، وتُجلي وجه المؤمن بِالْخَاتَمِ، حَتَّى يَجْتَمِعَ النَّاسُ عَلَى الْخُوَانِ يُعْرَفُ الْمُؤْمِنُ مِنَ الْكَافِرِ”.

telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Salamah, dari Ali ibnu Zaid, dari Uwais ibnu Khalid, dari Abu Hurairah r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Kelak akan muncul haiwan melata bumi yang membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman a.s. lalu ia mencocok hidung orang kafir dengan tongkat, dan mencerahkan wajah orang mukmin dengan cincinnya sehingga manusia berkumpul di suatu perjamuan, sedangkan orang mukmin dan orang kafir dapat dibezakan.


 

Ayat 83: Sekarang tentang keadaan di Mahsyar kelak.

وَيَومَ نَحشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوجًا مِّمَّن يُكَذِّبُ بِآيٰتِنا فَهُم يوزَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [warn of] the Day when We will gather from every nation a company of those who deny Our signs, and they will be [driven] in rows

(MELAYU)

Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibagi-bagi (dalam kelompok-kelompok).

 

وَيَومَ نَحشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوجًا

Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan 

Ini adalah keadaan selepas Hari Kiamat nanti, iaitu apabila manusia dibangkitkan. Allah akan bangkitkan manusia dalam kumpulan-kumpulan yang besar.

 

مِّمَّن يُكَذِّبُ بِآيٰتِنا فَهُم يوزَعونَ

orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibagi-bagi (dalam kelompok-kelompok)

Yang tidak percaya kepada ayat-ayat allah akan dibangkitkan mengikut kumpulan masing-masing yang sama dengan mereka. Ini seperti mana yang telah disebut batalion-batalion tentera Nabi Sulaiman di awal surah ini. Manusia pun akan ada kumpulan-kumpulan mereka nanti.

Waktu mereka di dunia mereka tidak taat kepada arahan Allah tetapi di akhirat nanti mereka akan berbaris ikut apa yang Allah suruh dan waktu itu mereka akan taat. Tiada ruang untuk melawan kehendak Allah waktu itu. Nak lawan macam mana pula, sedangkan para malaikat akan memaksa mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 027: Naml. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s