Tafsir Surah Naml Ayat 69 – 76 (Jalanlah di dunia)

Ayat 69:

قُل سيروا فِي الأَرضِ فَانظُروا كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ المُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, [O Muḥammad], “Proceed [i.e., travel] through the land and observe how was the end of the criminals.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.

 

قُل سيروا فِي الأَرضِ

Katakanlah: “Berjalanlah kamu (di muka) bumi,

Maka Allah suruh Nabi Muhammad memberitahu kepada mereka untuk berjalan di muka bumi. Kalau tak mahu juga nak terima hidayah tauhid, maka luangkanlah masa untuk berjalan dan tengok alam ini.

 

فَانظُروا كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ المُجرِمينَ

lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.

Pergi tengok tempat itu bukan sebab nak jalan-jalan tapi untuk lihat kesan-kesan peninggalan kaum yang engkar dan bagaimana mereka telah dihancurkan oleh Allah Ta’ala kerana mereka tidak mahu mempercayai hari akhirat. Takkan nak jadi macam mereka?


Ayat 70:

وَلا تَحزَن عَلَيهِم وَلا تَكُن في ضَيقٍ مِّمّا يَمكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And grieve not over them or be in distress from what they conspire.

(MELAYU)

Dan janganlah kamu berduka cita terhadap mereka, dan janganlah (dadamu) merasa sempit terhadap apa yang mereka tipudayakan”.

 

وَلا تَحزَن عَلَيهِم

Dan janganlah kamu berduka cita terhadap mereka,

Allah suruh Nabi Muhammad jangan bersedih sangat tentang mereka itu dan jangan hiraukan sangat apa kata-kata mereka. Bukan tugas baginda untuk memikirkan tentang mereka yang telah lepas.

 

وَلا تَكُن في ضَيقٍ مِّمّا يَمكُرونَ

dan janganlah (dadamu) merasa sempit terhadap apa yang mereka tipudayakan”.

Dan Allah beritahu Nabi jangan sesak dada baginda kerana rancangan mereka yang jahat itu. Rancangan mereka itu telah diberi isyarat oleh Allah di dalam kisah rancangan sembilan golongan kaum Nabi Saleh yang merancang untuk membunuh baginda.

Baginda tidak perlu sesak kerana Allah berjanji akan menyelamatkan baginda.


 

Ayat 71: Ayat syikayah. Ini adalah kata-kata mereka yang tidak percaya dengan datangnya Hari Kiamat dan kebangkitan semula itu.

وَيَقولونَ مَتىٰ هٰذَا الوَعدُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “When is [the fulfillment of] this promise, if you should be truthful?”

(MELAYU)

Dan mereka (orang-orang kafir) berkata: “Bilakah datangnya azab itu, jika memang kamu orang-orang yang benar”.

 

Mereka dengan kurang ajarnya bertanya bilakah kehancuran mereka itu akan terjadi? Mereka kata begitu kerana tidak percaya.

Musyrikin Mekah yang menentang Nabi Muhammad tidak akan terlepas juga. Tapi ada perbezaan antara azab yang dikenakan kepada musyrikin Mekah dan kaum engkar yang terdahulu kerana kehancuran mereka itu serta merta dan bencana alam dikenakan kepada mereka. Tetapi musyrikin Mekah tidak dikenakan dengan cara begitu. Dalam kes musyrikin Mekah itu mereka diberikan hukuman dengan tangan Rasulullah dan para sahabat sendiri di mana mereka diperangi. Dan oleh kerana itu kehancuran mereka tidak berlaku serta merta tetapi sedikit demi sedikit. Mula-mula sekali mereka dikalahkan di Badr. Akhir sekali Mekah telah dibuka oleh Islam.

Tapi yang ditanya oleh musyrikin Mekah itu adalah ancaman azab seperti yang disebut-sebut di dalam Qur’an kepada mereka. Mereka tak percaya kerana itu mereka kata kalau ada, berilah sekarang. Tapi Allah tidak pilih begitu untuk kenakan mereka.


 

Ayat 72: Apabila mereka minta, maka Allah ajar kepada Rasulullah bagaimana nak jawap kepada mereka.

قُل عَسىٰ أَن يَكونَ رَدِفَ لَكُم بَعضُ الَّذي تَستَعجِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Perhaps it is close behind you [i.e., very near] – some of that for which you are impatient.

(MELAYU)

Katakanlah: “Mungkin telah hampir datang kepadamu sebagian dari (azab) yang kamu minta (supaya) disegerakan itu.

 

Mungkin apa yang kamu tanya-tanya dan minta dipercepatkan itu dekat sahaja dengan kamu. رَدِفَ digunakan untuk orang yang membonceng kita di belakang seperti atas motor ataupun atas kuda. Maknanya memang betul-betul dekat sahaja di belakang.

Allah hendak memberitahu bahawa kehancuran yang mereka minta-minta itu memang dah dekat sangat dan ini memberi isyarat kepada Perang Badar yang akan berlaku tidak lama lagi.

Allah boleh sahaja kenakan mereka dengan azab kehancuran seperti azab yang dikenakan kepada kaum-kaum terdahulu tapi kenapa Allah melewatkan azab? Kerana Allah beri masa tangguh kepada mereka untuk mengubah sikap mereka.


 

Ayat 73:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذو فَضلٍ عَلَى النّاسِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم لا يَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord is full of bounty for the people, but most of them do not show gratitude.”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya).

 

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذو فَضلٍ عَلَى النّاسِ

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai kurnia yang besar (yang diberikan-Nya) kepada manusia,

Siapakah golongan manusia yang akan mendapat kurniaan yang besar daripada Allah itu? Mereka adalah para sahabat yang ditindas semasa mereka di Mekah dan waktu itu mereka lemah tetapi mereka akan menjadi kuat di Madinah. Dan mereka akan mengalahkan Musyrikin Mekah dan akhirnya akan membuka dan mengambil alih Mekah nanti.

Allah ada banyak kurnia nikmat kepada manusia. Allah boleh beri macam-macam. Yang penting manusia kenalah bersyukur kepada Allah. Allah tetap melimpahkan nikmat-nikmat-Nya kepada musyrikin Mekah itu, sekalipun mereka berbuat aniaya terhadap diri mereka sendiri; dan selain dari itu mereka tidak bersyukur kepada-Nya atas nikmat-nikmat tersebut, terkecuali hanya sedikit orang dari kalangan mereka.

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم لا يَشكُرونَ

tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri(nya).

Tapi kebanyakan manusia tidak bersyukur seperti musyrikin Mekah yang telah diberikan dengan berbagai-bagai kelebihan kerana duduk di Mekah dan menjadi penjaga Kaabah tetapi mereka tidak menjalankan tugas mereka seperti yang sepatutnya.


 

Ayat 74:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعلَمُ ما تُكِنُّ صُدورُهُم وَما يُعلِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord knows what their breasts conceal and what they declare.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui apa yang disembunyikan hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.

 

Allah tahu apa yang mereka simpan jauh di dalam lubuk hati mereka. Akinna adalah peti yang tidak boleh dipecahkan. Sepertimana Allah kata yang Qur’an itu adalah kitaabun maknoon. Kitab yang terpelihara dan tidak dapat diganggu. Allah gunakan kalimah ini dan bukannya kalimah ‘sorok’ (tukhfi) kerana mereka memang berusaha bersunguh-sungguh untuk menyorok perasaan mereka terhadap Qur’an. Kerana mereka tidak mahu perasaan terpersona mereka dan kepercayaan mereka kepada Qur’an itu terbongkar maka mereka kena sorok lebih dalam lagi.

Allah beritahu yang Dia tahu apa yang mereka katakan di luar tidak sama seperti di dalam hati mereka kerana jauh di dalam lubuk hati mereka, mereka terpersona dengan Qur’an tetapi di luaran mereka mengutuk Qur’an itu.


 

Ayat 75:

وَما مِن غائِبَةٍ فِي السَّماءِ وَالأَرضِ إِلّا في كِتٰبٍ مُّبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there is nothing concealed¹ within the heaven and the earth except that it is in a clear Register.²

  • Literally, “absent [from the senses].”
  • The Preserved Slate (al-Lawḥ al-Maḥfūth), which is with Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā).

(MELAYU)

Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfuzh).

 

Tidak ada perkara yang tersembunyi kepada Allah melainkan ianya ada di dalam ‘kitab’ dan Allah tahu perkara itu walaupun apa yang ada di dalam hati manusia yang manusia bersunguh-sungguh untuk sorok.

Kitaabin mubin bermaksud ‘ilmu Ilahi’.


 

Ayat 76:

إِنَّ هٰذَا القُرءآنَ يَقُصُّ عَلىٰ بَني إِسرٰءيلَ أَكثَرَ الَّذي هُم فيهِ يَختَلِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, this Qur’ān relates to the Children of Israel most of that over which they disagree.

(MELAYU)

Sesungguhnya Al Quran ini menjelaskan kepada Bani lsrail sebahagian besar dari (perkara-perkara) yang mereka berselisih tentangnya.

 

إِنَّ هٰذَا القُرءآنَ يَقُصُّ عَلىٰ بَني إِسرٰءيلَ

Sesungguhnya Al Quran ini menjelaskan kepada Bani lsrail

Qur’an ini bukan sahaja membongkar banyak perkara kepada musyrikin Mekah tetapi kepada Bani Israil juga. Ada banyak perkara yang telah disorok daripada umat Bani Israil oleh ahli-ahli agama mereka sampaikan perkara itu menjadi perbezaan pendapat antara mereka. Dan Qur’an datang untuk memberitahu kedudukan perkara-perkara itu dengan sebenarnya.

 

أَكثَرَ الَّذي هُم فيهِ يَختَلِفونَ

sebahagian besar dari (perkara-perkara) yang mereka berselisih tentangnya.

Ada banyak fahaman mereka yang berlawanan dengan apa yang diajar di dalam Islam dan mereka mengatakan yang Islam mengeluarkan berita yang salah tetapi Allah akan membongkar kesalahan mereka itu. Dan ini akan disebut dengan panjang lebar di dalam surah yang seterusnya.

Antaranya seperti perselisihan mereka tentang Nabi Isa dan perselisihan mereka mengenai dirinya; orang-orang Yahudi membuat-buat berita bohong terhadapnya, sedangkan orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam menilainya. Maka datanglah Al-Qur’an dengan membawa pendapat yang pertengahan, hak, lagi adil, bahawa Nabi Isa adalah salah seorang dari hamba-hamba Allah, dan merupakan salah seorang dari Rasul dan Nabi-Nya yang mulia, seperti yang dijelaskan dalam firman-Nya:

{ذَلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ}

Itulah Isa putra Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya (Maryam: 34)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 027: Naml. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s