Tafsir Surah Naml Ayat 41 – 44 (Istana dari kaca)

Ayat 41:

قالَ نَكِّروا لَها عَرشَها نَنظُر أَتَهتَدي أَم تَكونُ مِنَ الَّذينَ لا يَهتَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Disguise for her her throne; we will see whether she will be guided [to truth] or will be of those who is not guided.”

(MELAYU)

Dia berkata: “Rubahlah baginya singgasananya; maka kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenal(nya)”.

قالَ نَكِّروا لَها عَرشَها

Dia berkata: “Rubahlah baginya singgasananya

Nabi Sulaiman suruh diubah-ubah singgahsana itu supaya ianya tidak berapa dikenali. Mujahid mengatakan bahwa Sulaiman a.s. memerintahkan agar apa yang tadinya berwarna merah diubah dengan warna kuning, yang tadinya berwarna kuning diubah menjadi merah, dan yang tadinya berwarna hijau diubah menjadi merah, semua warna diubah dari keadaan semula.

Ikrimah mengatakan bahawa mereka melakukan penambahan dan pengurangan pada singgasana tersebut. Qatadah mengatakan bahawa yang tadinya diletakkan di bahagian atas diletakkan di bawah, dan yang tadinya di belakang diletakkan di hadapan, lalu mereka melakukan sedikit modifikasi penambahan dan pengurangan padanya.

 

نَنظُر أَتَهتَدي أَم تَكونُ مِنَ الَّذينَ لا يَهتَدونَ

kita akan melihat apakah dia mengenal ataukah dia termasuk orang-orang yang tidak mengenal(nya)”.

Dan kita tunggu dan lihat sama ada Balqis  boleh kenal singgahsananya sendiri atau tidak. Jadi Nabi Sulaiman hendak menguji intelek Balqis itu.


 

Ayat 42: Akhirnya Ratu Balqis telah sampai untuk mengadap Nabi Sulaiman.

فَلَمّا جاءَت قيلَ أَهٰكَذا عَرشُكِ ۖ قالَت كَأَنَّهُ هُوَ ۚ وَأوتينَا العِلمَ مِن قَبلِها وَكُنّا مُسلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when she arrived, it was said [to her], “Is your throne like this?” She said, “[It is] as though it was it.” [Solomon said], “And we were given knowledge before her, and we have been Muslims [in submission to Allāh].

(MELAYU)

Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: “Serupa inikah singgasanamu?” Dia menjawab: “Seakan-akan singgasana ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri”.

فَلَمّا جاءَت قيلَ أَهٰكَذا عَرشُكِ

Dan ketika Balqis datang, ditanyakanlah kepadanya: “Serupa inikah singgasanamu?”

Maka Nabi Sulaiman pun menunjukkan singgahsana Balqis itu. Nabi Sulaiman tanya kepada Balqis, adakah singgahsana ini ‘seperti’ singgahsana Balqis? Dan bukanlah baginda tanya: “adakah ini singgahsana kamu?”

 

قالَت كَأَنَّهُ هُوَ

Dia menjawab: “Seakan-akan singgasana ini sama sepertinya

Balqis pun jawap yang singgahsana itu hampir sama seperti singgahsananya. Ratu Balqis berakal cerdik dan teliti. Dia juga orangnya pandai, berwibawa dan tegas. Maka dia tidak berani tergesa-gesa memutuskan bahawa itu adalah singgasananya, mengenangkan jarak perjalanan yang sangat jauh (antara Yaman dan Baitul Maqdis). Dia juga tidak berani pula mengatakan bahawa singgasana itu adalah yang lain, kerana padanya masih banyak terdapat ciri-ciri khas singgasana miliknya yang masih utuh, hanya telah mengalami modifikasi dan perubahan. Maka dia jawap begitu sahaja – hampir sama.

 

وَأوتينَا العِلمَ مِن قَبلِها

kami telah diberi pengetahuan sebelumnya

Balqis pun terus berkata yang mereka sudah pun tahu tentang kehebatan Nabi Sulaiman sebelum mereka datang lagi dan sebelum baginda menunjukkan singgahsana itu lagi.

Atau pemaisuri itu mengatakan yang mereka telah diberikan dengan ilmu tauhid sebelum Nabi Sulaiman tunjuk mukjizat itu lagi. Mereka memang nak beriman dah. Sebelum tengok kehebatan Sulaiman pun mereka dah nak beriman masuk Islam dah.

 

وَكُنّا مُسلِمينَ

dan kami adalah orang-orang yang berserah diri”.

Dan Ratu Balqis itu mengaku yang mereka sudah pun menjadi Muslim. Sebelum sampai ke Baitul Maqdis dan bertemu dengan Nabi Sulaiman lagi mereka sudah menjadi Muslim.


 

Ayat 43:

وَصَدَّها ما كانَت تَّعبُدُ مِن دونِ اللهِ ۖ إِنَّها كانَت مِن قَومٍ كٰفِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that which she was worshipping other than Allāh had averted her [from submission to Him]. Indeed, she was from a disbelieving people.”

(MELAYU)

Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir.

وَصَدَّها ما كانَت تَّعبُدُ مِن دونِ اللهِ

Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya

Apa yang Balqis lihat waktu itu telah menghalangnya dari percaya lagi kepada sembahan-sembahannya selain Allah sebelum itu. Dia sekarang sudah benar-benar beriman kerana dia sudah melihat kehebatan Allah. Inilah yang dinamakan Ainul Yakin. Imannya telah menghalangnya dari melakukan syirik lagi.

Atau ayat ini bermaksud, yang menghalang Balqis itu untuk beriman dahulu, hanyalah kerana kebiasaan kaumnya yang menyembah selain Allah. Kalau tidaklah kerana kebiasaan adat resam kaumnya itu dia telah lama beriman. Kerana dia adalah seorang yang cerdik. Begitulah manusia ikut sahaja ajaran dan amalan agama tok nenek tanpa mempersoalkan lagi.

Ini macam orang kita juga yang amalkan sahaja amalan yang telah lama ada dalam masyarakat tanpa memikirkan lagi samada benar atau tidak.

Kerana itulah apabila Nabi Sulaiman tunjuk kebenaran kepada beliau, maka senang sahaja untuk dia beriman. Kerana dia memang seorang yang bijak. Apabila beliau menerima surat Nabi Sulaiman sahaja sudah terdetik hatinya untuk beriman.

 

إِنَّها كانَت مِن قَومٍ كٰفِرينَ

kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir.

Memang dia dahulu daripada kaum yang mengamalkan ajaran syirik. Ini dipanggil ‘hijab rasmi’ dimana manusia ramai yang terkesan dengan suasana sekitar kerana semua orang di kalangan masyarakatnya sembah matahari maka dia pun terikut-ikut juga.

Macam orang kita juga, semua buat Majlis Tahlil apabila ada kematian turun temurun, baca Yaasin malam Jumaat turun temurun, ramai yang tidak sangka itu adalah amalan bidaah. Ramai terima ia sebagai amalan yang sudah ada dalam Islam. Tapi ramai kalangan kita yang apabila kita jelaskan yang ianya adalah amalan bidaah, dengan diberikan dengan dalil yang jelas, ramai yang boleh terima. Tapi yang agak tidak cerdik lagi, masih terbelenggu dengan ‘hijab rasmi’ itu. Agaknya belum sampai masa mereka lagi untuk terima.


 

Ayat 44: Walaupun Balqis itu sudah beriman dan masuk Islam, Nabi Sulaiman mahu memberi ilmu tambahan tentang Allah kepada beliau.

قيلَ لَهَا ادخُلِي الصَّرحَ ۖ فَلَمّا رَأَتهُ حَسِبَتهُ لُجَّةً وَكَشَفَت عَن ساقَيها ۚ قالَ إِنَّهُ صَرحٌ مُّمَرَّدٌ مِن قَواريرَ ۗ قالَت رَبِّ إِنّي ظَلَمتُ نَفسي وَأَسلَمتُ مَعَ سُلَيمٰنَ ِللهِ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

She was told, “Enter the palace.” But when she saw it, she thought it was a body of water¹ and uncovered her shins [to wade through]. He said, “Indeed, it is a palace [whose floor is] made smooth with glass.” She said, “My Lord, indeed I have wronged myself, and I submit with Solomon to Allāh, Lord of the worlds.”

  • The floor was transparent, and beneath it was flowing water.

(MELAYU)

Dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam istana”. Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya ia kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: “Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca”. Berkatalah Balqis: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam”.

قيلَ لَهَا ادخُلِي الصَّرحَ

Dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam istana”.

Maka Nabi Sulaiman menjemput Balqis masuk melawat istana baginda. Ini cara Nabi Sulaiman hendak mengajarnya tauhid.

Ada juga yang mengatakan ini bukan jemput masuk istana sahaja tapi mengajak Ratu Balqis berkahwin dengannya. Allahu a’lam.

 

فَلَمّا رَأَتهُ حَسِبَتهُ لُجَّةً

Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya ia kolam air yang besar, 

Apabila Ratu Balqis hendak melangkah masuk ke dalam istana Nabi Sulaiman, dia nampak seperti dia masuk ke dalam dasar laut yang tidak nampak dasarnya.

 

وَكَشَفَت عَن ساقَيها

dan disingkapkannya kedua betisnya.

Oleh kerana dia sangka dia akan masuk ke dalam air, maka dia telah mengangkat kainnya dan itu telah menampakkan betisnya. Kelihatan betisnya tidak berbulu.

 

قالَ إِنَّهُ صَرحٌ مُّمَرَّدٌ مِن قَواريرَ

Berkatalah Sulaiman: “Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca”. 

Nabi Sulaiman memberitahu yang langai istana itu dibuat dari gelas atau kristal. Ianya telah digosok kemas sampai nampak licin. Kalimah مُّمَرَّدٌ bermaksud licin macam lelaki amrad yang tidak ada bulu. Jadi kalau berjalan di atasnya macam berjalan atas akuarium. Ianya amat kemas sangat sampai tak nampak ianya adalah kaca.

 

قالَت رَبِّ إِنّي ظَلَمتُ نَفسي

Berkatalah Balqis: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku

Dia sedar yang itu semua adalah dari Allah. Dia kagum dengan Allah dan segala yang Allah boleh berikan. Jadi dia mengaku dia bersalah selama ini kerana telah menyembah selain Allah.

 

وَأَسلَمتُ مَعَ سُلَيمٰنَ ِللهِ رَبِّ العٰلَمينَ

dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam”.

Selama ini dia sangkakan yang matahari itulah Tuhan. Sedangkan matahari itu adalah salah satu daripada makhluk Allah dan menjadi tanda kepada kehebatan Allah. Sebagaimana dia tertipu dengan lantai istana itu yang disangkanya air tetapi sebenarnya tidak. Maknanya Balqis ini memang seorang yang bijak kerana dia boleh ambil pengajaran daripada apa yang ditunjukkan oleh Nabi Sulaiman itu.

Inilah contoh bagaimana kekayaan yang Allah berikan kepada manusia tidak menjadikan mereka sombong dan menjauhkan seseorang dari agama sebaliknya mendekatkan lagi mereka kepada Allah.

Ada satu kisah yang karut dan datangnya daripada kisah Israiliyat. Kita kena sampaikan untuk menolak kisah ini kerana ianya tidak benar. Mereka mengatakan Nabi Sulaiman sudah terpikat dengan Ratu Balqis maka baginda hendak mengahwininya.

Akan tetapi keinginan ini tidak disukai oleh golongan jin kerana jin kata Balqis itu lahirnya daripada percampuran antara manusia dan jin. Dan jikalau Nabi Sulaiman berkahwin dengan Balqis, maka baginda akan mengetahui segala rahsia jin. Sekarang itu walaupun baginda belum tahu lagi kesemua rahsia pun mereka sudah susah, maka apatah lagi kalau baginda berkahwin dengan Balqis.

Maka mereka hendak menghalang perkahwinan itu dan mengatakan yang oleh kerana Balqis itu adalah kacukan manusia dan jin, maka betisnya berbulu seperti betis keldai. Maka untuk melihat sendiri perkara itu maka kerana itulah Nabi Sulaiman membuat istananya yang ada kristal di atas air supaya Balqis mengangkat kainnya dan menunjukkan betisnya. Kerana baginda nak pastikan samada betis Balqis berbulu atau tidak.

Maka kisah ini tidak benar kerana seolah-olah Nabi Sulaiman buat istananya sebegitu rupa hanya untuk melihat betis Balqis sedangkan baginda sebenarnya melakukan perkara ini untuk mengajar tauhid kepada Balqis. Tidak munasabah seorang Nabi lagi Rasul akan melakukan perkara yang buruk seperti itu.

Mereka itu adalah golongan yang hendak memburukkan para Nabi seolah-olah Nabi ini manusia yang sedang terpikat dengan wanita dan sanggup lakukan apa sahaja. Malangnya kisah-kisah ini telah disusup masuk ke dalam kitab-kitab tafsir kita sendiri. Jadi kita nak hilangkan. Ada banyak lagi kisah-kisah Israiliyat yang kalau kita terima, ianya akan memburukkan para Nabi dan Rasul dalam Islam.

Seperti yang kita tahu, agama Yahudi dan Kristian telah lama disongsangkan dan banyak ajaran yang bukan asal telah dimasukkan ke dalam agama itu. Samalah juga dengan ajaran Islam ini. Kerana itulah kita kena berhati-hati dengan kisah yang disampaikan oleh para ustaz yang rajin bercerita karut sahaja. Kena berani tanya mereka mana dapat kisah-kisah itu? Selalunya mereka baca dalam kitab-kitab yang bukan muktabar dan mereka sampaikan sahaja kerana mereka tahu masyarakat suka kisah dan mereka hendak jadi popular dengan kisah-kisah itu.

Alhamdulillah dikalangan ulama-ulama kita ada yang menjaga perkara ini dimana mereka memeriksa kesahihan sesuatu perkara itu berdasarkan ilmu-ilmu hadis. Maka kerana riwayat ini tidak benar dan tidak mempunyai sanad yang betul, maka ianya tertolak.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 027: Naml. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s