Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 149 – 159 (Minta mukjizat dan diberi)

Ayat 149:

وَتَنحِتونَ مِنَ الجِبالِ بُيوتًا فٰرِهينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you carve out of the mountains, homes, with skill.

(MELAYU)

Dan kamu pahat sebahagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin;

 

وَتَنحِتونَ مِنَ الجِبالِ بُيوتًا

Dan kamu pahat sebahagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah

Mereka boleh memahat gunung ganang untuk dijadikan sebagai rumah dan tempat tinggal mereka.

 

فٰرِهينَ

dengan rajin;

Dengan mudah kerana mereka mempunyai kemahiran yang Allah berikan kepada mereka. Mereka juga melakukannya untuk menunjuk-nunjuk kehebatan dan kebolehan mereka kepada orang lain.

Kalimah فٰرِهينَ ini menjadi perbincangan juga. Ibnu Abbas dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang mengatakan bahwa فٰرِهينَ ertinya ‘dengan cerdik’. Tetapi menurut riwayat lain yang juga bersumber dari Ibnu Abbas, ertinya ‘tamak lagi jahat’. Pendapat yang terakhir inilah yang dipilih oleh Mujahid dan sejumlah ulama. Tidak ada pertentangan di antara kedua pendapat tersebut, kerana sesungguhnya mereka membuat rumah-rumah pahatan di gunung-gunung itu dengan tujuan kesombongan, ketamakan, dan main-main, bukan kerana keperluan untuk tempat tinggal. Dan mereka adalah orang-orang yang ahli dalam hal pahat-memahat seperti yang dapat disaksikan dari bekas peninggalan mereka. Jadi semua adjektif yang digunakan boleh dipakai.


 

Ayat 150:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku;

 

فَاتَّقُوا اللهَ

maka bertakwalah kepada Allah

Allah dah beri segala nikmat, maka Nabi Saleh ingatkan mereka yang mereka kena taqwa lah. Macam zaman sekarang banyak negara yang mempunyai segala kemewahan dan ketinggian teknoloji. Maka itu semua adalah kurniaan daripada Allah maka kenalah bertakwa dan menghargai apa yang Allah telah berikan.

Sebaliknya ramai yang telah lupa dan semakin jauh dengan Allah apabila semakin majunya mereka.

 

وَأَطيعونِ

dan taatlah kepadaku;

Untuk taqwa kepada Allah, kenalah taat kepada Rasul. Iaitu dalam kes ini, Nabi Saleh a.s. Mereka kena ikut apa yang baginda sampaikan kepada mereka.


 

Ayat 151: Allah memberitahu kita kenapa manusia banyak yang lupa kepada Allah semakin mereka maju.

وَلا تُطيعوا أَمرَ المُسرِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not obey the order of the transgressors,

(MELAYU)

dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas,

 

Allah larang mengikut orang-orang yang berlebih-lebihan di dalam kehidupan mereka dan membazir wang dan juga masa. Inilah yang dinamakan israaf.

Begitulah yang terjadi kepada kebanyakan manusia yang suka hendak meniru golongan yang terkenal dan kaya raya seperti golongan artis dan pemimpin. Padahal mereka yang diikut itu menjalani hidup mereka dengan berlebih-lebihan dan melakukan pembaziran tetapi mereka yang lemah akalnya sentiasa terpersona dengan apa yang mereka lihat dilakukan oleh golongan yang popular. Dan mereka berangan-angan untuk menjadi seperti artis, ahli sukan, pemimpin dan peniaga yang kaya raya itu.

Dari segi tauhid, Rasul ingatkan mereka supaya jangan ikut kepala-kepala syirik yang sedang menyesatkan mereka. Jangan terus ikut sahaja apa yang dilakukan oleh ketua agama. Kerana kadang-kadang ada ketua agama yang bukannya mengajak kepada sunnah tapi mengajak kepada bidaah dan syirik.


 

Ayat 152: Kenapa tidak boleh ikut mereka itu?

الَّذينَ يُفسِدونَ فِي الأَرضِ وَلا يُصلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who cause corruption in the land and do not amend.”

(MELAYU)

yang membuat kerosakan di muka bumi dan tidak mengadakan perbaikan”.

 

الَّذينَ يُفسِدونَ فِي الأَرضِ

yang membuat kerosakan di muka bumi

Tidak boleh ikut mereka kerana mereka tidak buat kebaikan. Malah mereka buat kerosakan dalam agama dan akhlak. Mereka ini ada juga derma dan sebagainya, tapi kerosakan yang mereka buat itu lebih besar dari kebaikan yang mereka lakukan.

Ia juga bermaksud mereka buat kerosakan dengan mengerjakan amalan syirik. Apabila mereka buat amalan syirik, kemudian mereka diikut oleh mereka yang lemah akalnya. Jadi kerosakan itu bertambah-tambah lagi.

 

وَلا يُصلِحونَ

dan tidak mengadakan perbaikan”.

Dan mereka tidak mengadakan perbaikan dengan tidak melakukan taat kepada hukum Allah. Mereka buat perkara ikut akal dan nafsu mereka sahaja. Mereka tidak fikir pun samada apa yang mereka lakukan itu benar atau tidak dalam agama.


 

Ayat 153: Setelah dengar dakwah dari Nabi Saleh itu, apakah respons dari umat baginda?

قالوا إِنَّما أَنتَ مِنَ المُسَحَّرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “You are only of those affected by magic.

(MELAYU)

Mereka berkata: “Sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari orang-orang yang kena sihir;

 

Ini adalah tuduhan dari mereka yang menentang. Mereka tuduh Nabi Saleh sudah terkena sihir kerana itu baginda jadi macam itu, cakap benda yang merepek sahaja (pada pendapat mereka).

Begitu jugalah tuduhan Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad. Mereka kata baginda ajar benda-benda yang baginda ajar itu kerana kena sihir. Oleh itu mereka ada juga menawarkan untuk bayar perawat untuk merawat baginda.

Teringat kisah bagaimana Husain Ye dahulu semasa beliau masuk Islam. Mak ayah dia kata yang dia kena rasuk jin sebab itu masuk Islam. Maka mereka bawa beliau juga pakciknya iaitu seorang bomoh. Dan bomoh itu cuba rawat dengan baginda minum air jampi. Maka memang begitulah juga fahaman sesetengah manusia yang mengatakan kalau beriman, masuk Islam, itu adalah kerana kena sihir atau kena rasuk jin.


 

Ayat 154: Kemudian mereka serang peribadi Nabi Saleh. Dan mereka mengejek.

ما أَنتَ إِلّا بَشَرٌ مِّثلُنا فَأتِ بِئايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصّٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You are but a man like ourselves, so bring a sign, if you should be of the truthful.”

(MELAYU)

Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar”.

 

ما أَنتَ إِلّا بَشَرٌ مِّثلُنا

Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami;

Mereka tolak menggunakan peribadi Nabi Saleh pula. Mereka kata baginda itu manusia sama macam mereka sahaja, tidak lebih dari itu. Maka kenapa pula baginda lebih dari mereka? Kenapa pula baginda dapat wahyu dan mereka tidak dapat? Kenapa mereka kena ikut baginda sedangkan baginda pun manusia juga? Dan macam-macam lagi hujah yang termasuk dalam perkara ini.

Ini adalah jenis manusia yang akalnya cetek. Mereka lihat kepada luaran sahaja. Mereka lihat Nabi Saleh itu manusia, maka mereka terus nak tolak. Sedangkan sepatutnya mereka dengarlah apa yang disampaikan oleh baginda.

Begitu jugalah hujah yang digunakan oleh Musyrikin Mekah terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka tidak dapat terima yang ada manusia yang terima wahyu terus dari Tuhan. Maka mereka kata baginda telah menipu tentang baginda dapat wahyu itu. Ini seperti yang diceritakan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَؤُلْقِيَ الذِّكْرُ عَلَيْهِ مِنْ بَيْنِنَا بَلْ هُوَ كَذَّابٌ أَشِرٌ * سَيَعْلَمُونَ غَدًا مَنِ الْكَذَّابُ الأشِرُ}

Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita? Sebenarnya dia adalah seorang yang amat pendusta lagi sombong. Kelak mereka akan mengetahui siapakah yang sebenarnya amat pendusta lagi sombong. (Al-Qamar: 25-26)

 

فَأتِ بِئايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصّٰدِقينَ

maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar”.

Dan mereka cabar Nabi Saleh untuk bawa sesuatu yang mereka boleh tengok. Mereka minta baginda turunkan satu tanda dari langit untuk mereka. Mereka kononnya kata kalau Nabi Saleh boleh buat begitu, maka mereka akan beriman dengan baginda.

Perkara ini telah disentuh di awal surah ini. Allah kata Dia boleh sahaja berikan tanda dari langit untuk menjadikan manusia beriman.

Musyrikin Mekah juga telah minta berbagai-bagai mukjizat dari Rasulullah untuk membuktikan kebenaran. Maka Allah nak beritahu kepada baginda, bukan umat baginda sahaja yang minta begitu, tapi umat-umat sebelum itu pun telah minta perkara yang sama.


 

Ayat 155: Setelah permintaan mereka begitu dan janji mereka untuk beriman, maka Allah turunkan mukjizat kepada mereka.

قالَ هٰذِهِ ناقَةٌ لَّها شِربٌ وَلَكُم شِربُ يَومٍ مَّعلومٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “This is a she-camel.¹ For her is a [time of] drink, and for you is a [time of] drink, [each] on a known day.

  • Miraculously sent to them as a sign by Allāh.

(MELAYU)

Saleh menjawab: “Ini seekor unta betina, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.

 

قالَ هٰذِهِ ناقَةٌ

Shaleh menjawab: “Ini seekor unta betina,

Apabila Musyrikin Mekah meminta berbagai jenis mukjizat dari Rasulullah, Allah memberitahu bahawa memang Allah sudah pernah beri dah mukjizat seperti yang diminta oleh umat terdahulu.

Kepada Kaum Tsamud, Allah telah pernah berikan unta mukjizat kepada mereka. Orang-orang terkemuka mereka berkumpul dan meminta kepada Nabi Saleh agar mengeluarkan seekor unta betina yang telah beranak dari sebuah batu besar saat itu juga, sedangkan batu besar itu telah ditunjuk oleh mereka yang mempunyai ciri khas anu dan anu.

Maka pada saat itu juga Nabi Saleh mengambil janji dan ikrar dari mereka, bahawa sesungguhnya baginda sanggup memenuhi permintaan mereka, tetapi mereka sungguh akan beriman kepadanya dan mengikutinya, lalu mereka setuju dengan syarat itu.

Nabi Saleh a.s. berdiri, lalu melakukan solat. Sesudah itu baginda berdoa kepada Allah, memohon agar Dia mengabulkan permintaan mereka. Maka terbelahlah batu besar itu yang ditunjuk oleh mereka, dan keluarlah darinya seekor unta betina yang telah beranak menurut spesifikasi yang mereka minta. Maka sebahagian dari mereka beriman, sedangkan kebanyakan dari mereka ingkar.

 

لَّها شِربٌ وَلَكُم شِربُ يَومٍ مَّعلومٍ

ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.

Mereka telah diberikan mukijzat seperti yang mereka minta, tapi ada syarat yang perlu dipenuhi. Unta itu ada masa minum di telaga dan manusia ada masa minum mereka. Apabila hari untuk unta itu minum, manusia tidak boleh ambil air di telaga itu. Kenapa pula sampai begitu? Kerana unta itu apabila ia minum, ia akan minum dengan banyak sampai habis air di telaga itu. Kerana itu digunakan kalimah شِربٌ dalam bentuk mubalaghah kerana apabila unta itu minum, ia akan minum dengan sangat banyak.

Dan waktu untuk manusia air air dari telaga itu, unta itu akan duduk jauh dan tidak ganggu air itu. Maka unta itu tinggal di kalangan mereka selama beberapa lama; unta itu mendapat giliran minumnya seperti biasanya, dan ia makan dedaunan serta rerumputan, sedangkan mereka dapat mengambil manfaat air susunya yang mereka perah dari unta itu dalam jumlah yang cukup buat mereka minum.


 

Ayat 156:

وَلا تَمَسّوها بِسوءٍ فَيَأخُذَكُم عَذابُ يَومٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not touch her with harm, lest you be seized by the punishment of a terrible day.”

(MELAYU)

Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan, yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar”.

 

وَلا تَمَسّوها بِسوءٍ

Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan,

Dan satu lagi syarat: jangan kacau unta itu. Jangan buat tak pasal dengan unta itu. Jangan sakiti unta itu dan sebagainya.

 

فَيَأخُذَكُم عَذابُ يَومٍ عَظيمٍ

yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar”.

Ancaman telah diberikan: kalau mereka ganggu juga, mereka akan ditimpa dengan azab. Mereka sendiri yang minta unta itu dan sekarang telah diberi, maka mereka kena bertanggungjawab.


 

Ayat 157: Tapi Kaum Tsamud itu degil, memungkiri janji mereka.

فَعَقَروها فَأَصبَحوا نٰدِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they hamstrung her and so became regretful.

(MELAYU)

Kemudian mereka membunuhnya, lalu mereka menjadi menyesal,

 

فَعَقَروها

Kemudian mereka membunuhnya,

Setelah hal itu berlangsung cukup lama di kalangan mereka, lalu muncullah orang-orang yang celaka di antara mereka, selanjutnya orang-orang celaka itu membuat kesepakatan untuk membunuh dan me­nyembelih unta betina tersebut.

Maka mereka telah membunuh unta itu dengan menebuk leher unta itu. Itulah maksud عقر. Dan memang begitulah cara untuk menyembelih unta. Bukannya dijatuhkan macam lembu dan kambing. Kena tebuk dulu tengkuknya dan kemudian apabila unta itu jatuh, baru disembelih. Ini kerana unta adalah binatang yang besar dan tidak boleh disembelih macam lembu dan kambing.

 

فَأَصبَحوا نٰدِمينَ

lalu mereka menjadi menyesal,

Mereka telah buat keputusan yang salah tapi kemudiannya mereka menyesal.

Allah ceritakan tentang mereka kerana tempat tinggal mereka itu tidak jauh dari tempat tinggal orang Mekah. Allah nak beritahu kepada musyrikin Mekah, kaum Tsamud itu juga minta mukjizat macam kamu juga, tapi kemudian mereka telah menyesal. Mereka diberi dengan apa yang mereka minta tapi mereka tidak dapat nak penuhi janji mereka. Mereka telah dikenakan dengan azab. Mereka diberi masa tangguh selama tiga, dan selepas tiga hari itu tamat, mereka telah dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka.


 

Ayat 158:

فَأَخَذَهُمُ العَذابُ ۗ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the punishment seized them. Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

maka mereka ditimpa azab. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti yang nyata. Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman.

 

فَأَخَذَهُمُ العَذابُ

maka mereka ditimpa azab.

Maka kerana kedegilan mereka, maka mereka telah dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti.

Sepatutnya kisah mereka itu menjadi tanda kepada mereka yang mahu mengambil pengajaran. Jangan melawan dan engkar seperti Kaum Tsamud itu.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُؤمِنينَ

Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman.

Tapi ramainya yang tidak mahu mengambil pengajaran. Mereka mungkin dengar kisah itu dibacakan kepada mereka, tapi mereka ambil sebagai kisah kosong sahaja. Amat malang sekali.


 

Ayat 159:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Maka ingatlah Allah maha berkuasa untuk beri azab pada bila-bila masa sahaja. Tapi Allah tangguh azab kepada manusia yang engkar semasa mereka hidup di dunia kerana memberi peluang kepada mereka. Maka ambillah peluang itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s