Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 123 – 136 (Kesalahan Kaum Aad)

Ayat 123: Sekarang kita masuk ke Dalil Naqli yang keempat. Sekarang sampai kepada kisah Kaum Aad pula. Ini cerita dari Allah Swt. tentang hamba dan rasul-Nya Hud a.s. Sesungguhnya baginda menyeru kaumnya, iaitu kabilah Aad. Kaumnya tinggal di bukit-bukit pasir, yakni bukit yang berpasir dekat Hadramaut, letaknya bersebelahan dengan negeri Yaman; masa mereka sesudah masa kaum Nabi Nuh a.s.

كَذَّبَت عادٌ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

‘Aad denied the messengers

(MELAYU)

Kaum ‘Aad telah mendustakan para rasul.

Sekarang dibuka pula kisah Kaum Aad dan mereka itu tinggalnya tidak jauh daripada tempat Musyrikin Mekah itu tinggal. Kalau sebelum ini disebut tentang tempat-tempat yang jauh dari mereka dan sekarang Allah sebut tentang tempat yang dekat dengan mereka pula.

Mereka tidaklah tolak semua Rasul tapi kerana mereka menolak satu Rasul sahaja, mereka dikatakan telah menolak semua Rasul. Kerana semua Rasul itu bawa ajaran yang sama sahaja.


Ayat 124:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم هودٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Hūd said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

Ketika saudara mereka Hud berkata kepada mereka: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

Rasul mereka adalah Nabi Hud a.s yang mengajak mereka kepada tauhid. Demikian itu kerana mereka memiliki kekuatan yang hebat, tubuh yang besar serta sangat tinggi dan rezeki yang berlimpah, harta benda yang banyak, kebun-kebun, sungai-sungai, tanam-tanaman, buah-buahan, juga mempunyai anak yang banyak. Tetapi sekalipun demikian, mereka menyembah selain Allah disamping menyembah Allah, maka Allah mengutus Nabi Hud kepada mereka. Hud adalah seorang lelaki dari kalangan mereka, diangkat oleh Allah sebagai Rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Baginda telah berdakwah kepada mereka mengajak kepada takqwa kepada Allah. Kalimah yang sama pun telah dikatakan lama dahulu oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim juga. Ini kerana ajakan dakwah para Nabi itu sama sahaja pada dasarnya – semua mengajak kepada taqwa.


Ayat 125:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

Kalimah yang sama juga digunakan oleh Nabi Hud, sama seperti yang digunakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh.


Ayat 126:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Ini juga sama dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Nuh. Ini memberitahu kepada kita bahawa semua para Nabi dan Rasul itu memberikan dakwah pada perkara yang sama sahaja. Kerana itulah jikalau menolak satu Rasul bermaksud menolak semua Rasul.


Ayat 127:

وَما أَسئلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

وَما أَسئلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ

Dan sekali-kali aku tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; 

Sama juga dengan apa yang dikatakan oleh Nabi Nuh. Para Nabi semua tidak minta upah dari dakwah dan ajaran mereka. Begitu juga dengan kita, tidak boleh minta upah dalam dakwah dan mengajar.

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Yang kita harapkan adalah upah dari Allah sahaja. Kerana Allah boleh lebih lagi upah kalau dibandingkan dengan manusia. Kalau mengajar dan dakwah, pahalanya amat banyak sekali.


Ayat 128: Apakah perbuatan mereka yang memurkakan Tuhan selain daripada syirik?

أَتَبنونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءآيَةً تَعبَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you construct on every elevation a sign,¹ amusing yourselves,

  • i.e., a symbol or indication of their wealth and power. They used to build lofty structures along the road to be seen by all who passed by.

(MELAYU)

Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main,

Iaitu mereka membina tugu dan monumen kerana suka-suka sahaja tanpa kegunaan yang penting. Mereka buat begitu sebab mereka banyak duit sangat sampai tak tahu nak buat apa, maka mereka bina monumen sebegini.

Mereka membuat bangunan tersebut hanyalah untuk bermain-main, bukan untuk tujuan yang diperlukan, melainkan hanya sekadar bermain-main, bersenang-senang, dan untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kerana itulah maka Nabi mereka mengingkari perbuatan mereka yang demikian itu, kerana perbuatan mereka itu sama dengan menyia-nyiakan waktu, memayahkan diri tanpa ada faedahnya, serta menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak bermanfaat baik di dunia maupun di akhirat.

Ini sebenarnya sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara yang kaya. Kita tengok di serata dunia kerajaan akan bina tugu peringatan dan monumen yang berharga mahal dan tidak ada guna pun. Mereka buang duit untuk melakukan perkara yang sia-sia sedangkan wang itu boleh digunakan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.


Ayat 129:

وَتَتَّخِذونَ مَصانِعَ لَعَلَّكُم تَخلُدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And take for yourselves constructions [i.e., palaces and fortresses] that you might abide eternally?

(MELAYU)

dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?

Dan ada yang bina makam yang besar-besar seperti istana, patung, piramid dan sebagainya untuk dijadikan sebagai tempat pengkebumian, seolah-olah dengan cara itu mereka akan diingati sampai bila-bila.

Seolah-olah kamu merasakan yang itulah cara untuk menyelamatkan kamu supaya tidak binasa. Ini kerana semua tahu yang mereka akan mati. Bila mati, mereka takut mereka tidak dikenang lagi, habis begitu sahaja. Maka manusia yang kaya akan buat bangunan yang besar-besar, yang hebat-hebat dan namakan dengan nama mereka supaya mereka dikenang selagi bangunan itu ada.

Ibnu Abu Hatim rahimahullah telah meriwayatkan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Al-Hakam ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Al-Walid, telah menceritakan kepada kami Ibnu Ajian, telah menceritakan kepadaku Aun ibnu Abdullah ibnu Atabah, bahwa Abu Darda r.a. ketika menyaksikan pembaharuan yang dilakukan oleh kaum muslim di Al-Gautah terhadap bangunan-bangunan mereka dan penanaman pepohonan. Maka ia berdiri di masjid mereka, lalu berseru, “Hai penduduk kota Dimasyq.” Maka mereka berkumpul kepadanya, dan ia memuji serta menyanjung Allah Swt., sesudah itu ia mengatakan, “Tidakkah kalian malu, tidakkah kalian malu, kalian mengumpulkan apa yang tidak kalian makan, dan kalian membangun apa yang tidak kalian huni, dan kalian mengangan-angankan hal yang tidak dapat kalian raih. Sesungguhnya telah terjadi di masa sebelum kalian banyak generasi yang menghimpunkan (keduniawian) sebanyak-banyaknya, mereka membangun bangunan-bangunan yang kokoh, dan mereka berangan-angan yang menyebabkan mereka tenggelam di dalamnya, pada akhirnya mereka teperdaya oleh angan-angan mereka, apa yang telah mereka kumpulkan semuanya musnah, dan rumah-rumah mereka menjadi kuburan-kuburan (mereka). Ingatlah, sesungguhnya kaum Aad memiliki kuda dan haiwan kenderaan yang memenuhi antara kawasan Aad dan Yaman. Maka siapakah yang mahu membeli harta peninggalan kaum Aad dengan harga dua dirham (yakni tiada artinya lagi)?”


Ayat 130: Apa lagi kesalahan Kaum Aad itu?

وَإِذا بَطَشتُم بَطَشتُم جَبّارينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when you strike, you strike as tyrants.

(MELAYU)

Dan apabila kamu menyiksa, maka kamu menyiksa sebagai orang-orang kejam dan bengis.

Tetapi apabila mereka menyerang dan menyeksa orang lain, mereka seksa mereka seperti perangai binatang. Sudah tidak ada belas kasihan lagi. Macam harimau yang makan binatang buruannya, memang tidak nampak belas kasihan pun, bukan?

Inilah yang dilakukan oleh puak Quraisy yang telah menyeksa para sahabat yang beriman dengan Nabi. Mereka kaya dan mereka rasa mereka boleh buat apa buat apa saja. Mereka anggap para sahabat itu lemah, kerana ada antara mereka itu hamba sahaja. Mereka tangkap dan mereka lakukan berbagai-bagai jenis seksaan terhadap para sahabat itu. Yang terkenal kita semua ingat, bagaimana Bilal dihempapkan batu atas dada beliau.


Ayat 131:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Nabi Hud mengingatkan kaumnya itu untuk bertaqwa kepada Allah dan caranya adalah dengan taat kepada baginda. Kerana para Rasul itu menyampaikan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka hendaklah taat kepada para Rasul.

Macam kita sekarang sudah tidak ada Rasul di kalangan kita. Tapi hadis-hadis Rasulullah masih lagi kita boleh rujuk. Maka kita kena taat kepada ajaran dalam hadis-hadis itulah.


Ayat 132:

وَاتَّقُوا الَّذي أَمَدَّكُم بِما تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And fear He who provided you with that which you know,

(MELAYU)

Dan bertakwalah kepada Allah yang telah menganugerahkan kepadamu apa yang kamu ketahui.

Takut dan bertakwalah kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat kepada kamu. Dan kamu pun tahu apa nikmat yang telah diberikan kepada kamu itu. Begitu banyak nikmat yang telah diberikan kepada manusia. Semua itu Allah yang berikan.


Ayat 133: Dalam banyak-banyak nikmat itu, apakah nikmat yang utama?

أَمَدَّكُم بِأَنعٰمٍ وَبَنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Provided you with grazing livestock and children

(MELAYU)

Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak,

Allah telah beri banyak binatang ternak dan anak-anak lelaki pun ramai. Ini adalah kebanggaan masyarakat dahulu. Binatang ternak itu boleh digunakan untuk berbagai-bagai cara. Maka sesiapa yang ada banyak binatang ternak itu macam ada banyak kereta pada zaman sekarang.

Dan anak-anak yang ramai juga penting kerana anak-anak itu bukan sahaja menjadi kebanggaan, tapi boleh membantu dan mempertahankan keluarga.


Ayat 134:

وَجَنّٰتٍ وَعُيونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And gardens and springs.

(MELAYU)

dan kebun-kebun dan mata air,

Dan di sekeliling mereka ada berbagai-bagai taman dan mata air. Mata air penting kerana dengan mata air itulah kehidupan dapat hidup subur. Tanaman perlukan air, binatang perlukan air dan manusia juga perlukan air.

Dua perkara ini tidak ada di Mekah kerana Mekah itu padang pasir sahaja. Maka Musyrikinn Mekah tidak payah nak berbangga sangat dengan apa yang mereka ada. Bandingkan dengan Kaum Aad pun mereka sudah kalah dah.


Ayat 135:

إِنّي أَخافُ عَلَيكُم عَذابَ يَومٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I fear for you the punishment of a terrible day.”

(MELAYU)

sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar”.

Nabi Hud takut yang mereka akan dikenakan dengan azab seksa pada hari kiamat nanti. Ini adalah kerana baginda sayang dan belas kasihan kepada kaumnya itu. Begitu jugalah Nabi Muhammad. Baginda nak mereka selamat sahaja dunia dan akhirat.

Begitu juga apabila kita dakwah dan ajar wahyu kepada manusia, kerana kita sayang kepada mereka dan nak selamatkan mereka dari bahaya dunia akhirat.


Ayat 136: Tapi bagaimanakah balasan jawap dari Kaum Aad itu?

قالوا سَواءٌ عَلَينا أَوَعَظتَ أَم لَم تَكُن مِّنَ الوٰعِظينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “It is all the same to us whether you advise or are not of the advisors.

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Adalah sama saja bagi kami, apakah kamu memberi nasihat atau tidak memberi nasihat,

Puak kafir itu mengatakan yang mereka tidak akan berubah dan beriman dengan baginda walaupun baginda telah melakukan berbagai-bagai cara dakwah. Samada beri dakwah atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman. Jadi mereka kata Nabi Hud itu buang masa sahaja menasihati mereka.

Iaitu mereka kata mereka tidak akan beranjak dari kebiasaan mereka, seperti pengertian yang terdapat di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَمَا نَحْنُ بِتَارِكِي آلِهَتِنَا عَنْ قَوْلِكَ وَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ}

dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami karena perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. (Hud: 53)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s