Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 112 – 122 (Doa Nabi Nuh)

Ayat 112: Apa jawapan dari Nabi Nuh kepada kata-kata kaumnya yang menghina sahabat baginda?

قالَ وَما عِلمي بِما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “And what is my knowledge of what they used to do?

(MELAYU)

Nuh menjawab: “Bagaimana aku mengetahui apa yang telah mereka kerjakan?

 

Nabi Nuh kata dia baginda tidak layak dan tidak boleh menilai siapakah yang hina dan siapakah yang tidak, kerana baginda tidak ada pengetahuan tentang itu.

Nabi Nuh tidak tahu apakah yang dilakukan oleh pengikut-pengikut baginda yang sanggup beriman itu sama ada diterima atau tidak oleh Allah tetapi mereka telah sanggup untuk menyatakan keimanan mereka kepada baginda.

Kedudukan para pengikut yang rendah itu bukanlah pada zaman Nabi Nuh sahaja tapi pada zaman Rasulullah juga. Para sahabat baginda yang awal adalah dari kalangan mereka yang miskin dan lemah dalam masyarakat. Maka kedudukan itu juga menjadi isu di kalangan pemuka Mekah. Mereka rasa hina kalau kena duduk dengan para sahabat yang lemah dalam masyarakat.

Maka Allah ajar bagaimana nak jawap: bagaimanakah baginda nak tahu samada mereka yang beriman itu hina atau tidak? Kerana baginda tidak tahu apa yang mereka lakukan.


 

Ayat 113:

إِن حِسابُهُم إِلّا عَلىٰ رَبّي ۖ لَو تَشعُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their account is only upon my Lord, if you [could] perceive.

(MELAYU)

Perhitungan (amal perbuatan) mereka tidak lain hanyalah kepada Tuhanku, kalau kamu menyadari.

 

Kita tidak boleh hendak menilai siapakah yang mulia dan tidak, kerana penilaian itu hanya pada Allah sahaja. Allah sahaja yang tahu apa yang manusia lakukan dan Allah sahaja yang tahu apakah dalam hati manusia itu – samada ikhlas atau tidak.


 

Ayat 114:

وَما أَناْ بِطارِدِ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I am not one to drive away the believers.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman.

 

Kalimah طارد bermaksud menolak dan meninggalkan orang yang kita rasa tidak bernilai. Macam kalau peminta sedekah nak masuk dalam kedai makan, kadang-kadang tuan kedai akan halau orang itu.

Nabi Nuh jawab yang baginda tidak akan menghalau orang-orang mukmin yang mengikuti baginda walaupun mereka itu dikatakan sebagai orang orang yang hina. Tugas baginda adalah sampaikan dakwah kepada sesiapa tanpa memilih bulu – samada mereka kalangan orang tinggi dalam masyarakat atau orang rendah.

Dan begitu juga dengan Nabi Muhammad. Walaupun ada dari kalangan pemuka Mekah yang suruh baginda sisirkan orang yang lemah, tapi baginda tidak akan lakukan.


 

Ayat 115:

إِن أَناْ إِلّا نَذيرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I am only a clear warner.”

(MELAYU)

Aku (ini) tidak lain melainkan pemberi peringatan yang menjelaskan”.

 

Nabi Nuh ingatkan yang baginda tidak lain hanyalah sebagai pemberi peringatan sahaja. Baginda kena beri peringatan itu kepada semua orang.

Dan baginda juga kena beri ancaman kepada kaumnya yang telah jauh dari agama. Ini kerana baginda nampak yang mereka semua sedang menuju kehancuran. Baginda kena beri ancaman kepada mereka, baginda tidak boleh senyapkan sahaja.

Begitu juga dengan kita sebagai pendakwah. Kita tidak boleh ajak ke arah kebaikan sahaja; kalau kita nampak masyarakat kita dah buat benda salah, kita kena tegur. Tapi memang ini tidak disukai oleh manusia. Kalau kita tegur sahaja, akan ada yang ambil hati dan terasa mereka diserang. Maka ada antara mereka yang akan bertindak balas.


 

Ayat 116: Kaum Nabi Nuh beri ancaman balik kepada baginda.

قالوا لَئِن لَّم تَنتَهِ يٰنوحُ لَتَكونَنَّ مِنَ المَرجومينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “If you do not desist, O Noah, you will surely be of those who are stoned.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Sungguh jika kamu tidak (mahu) berhenti wahai Nuh, niscaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang dirajam”.

 

Orang-orang kafir itu memberi ancaman kepada Nabi Nuh yang jikalau baginda tidak berhenti berdakwah, beri peringatan dan ancaman kepada mereka, maka mereka akan merejam baginda baginda dengan batu. Maksudnya mereka ancam nak bunuh. Ini adalah satu ancaman yang besar, kerana mereka tidak tahan lagi. Mereka tentunya mulakan dengan buat tidak tahu sahaja dakwah Nabi Nuh itu dengan harapan lama-lama baginda akan senyap sendiri sahaja. Tapi apabila baginda tidak berhenti, mereka tentu telah cuba buruk-burukkan baginda, ganggu orang yang beriman dengan baginda, tuduh baginda dan sahabat baginda dengan tuduhan sebagai pengacau dan sebagainya. Bila semua itu tidak berjaya, Nabi Nuh tetap terus berdakwah, itulah sebabnya mereka buat keputusan untuk bunuh baginda.

Dan begitulah juga yang dihadapi oleh Rasulullah. Musyrikin Mekah telah lakukan berbagai-bagai cara untuk menghalang dakwah baginda. Tapi usaha mereka tidak berjaya kerana baginda dan sahabat terus berdakwah dan kerana itulah mereka akhirnya telah buat keputusan untuk bunuh baginda.

Jadi kisah Nabi Nuh ini adalah sebagai isyarat tentang apa yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat juga. Bukanlah Allah hendak cerita sahaja, tapi ianya memberi isyarat apa yang akan berlaku kepada baginda.


 

Ayat 117: Kerana mereka nak bunuh bagindalah baru Nabi Nuh berdoa. Kalau tidak selama itu baginda dakwah sahaja.

قالَ رَبِّ إِنَّ قَومي كَذَّبونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “My Lord, indeed my people have denied me.

(MELAYU)

Nuh berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku;

 

Nabi Nuh mengadu kepada Allah yang kaumnya itu telah mendustakan baginda dan pengaduan baginda ini hanya berlaku setelah baginda berdakwah selama 950 tahun.

Maka kalau kita baru berdakwah setahun dua dan dikatakan sebagai wahabi, tidak ada apa lah kalau dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi Nuh. Memang malu kalau kita mengadu tidak berjaya dalam dakwah apabila baca kisah-kisah Nabi Nuh ini. Begitu punya lama baginda berdakwah barulah baginda mengadu kepada Allah.


 

Ayat 118:

فَافتَح بَيني وَبَينَهُم فَتحًا وَنَجِّني وَمَن مَّعِيَ مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then judge between me and them with decisive judgement and save me and those with me of the believers.”

(MELAYU)

maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku”.

 

فَافتَح بَيني وَبَينَهُم فَتحًا

maka itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan antara mereka,

Baginda meminta supaya baginda dipisahkan terus daripada umat baginda yang menentang itu. Maksudnya baginda meminta kemenangan ke atas mereka. Kerana kalimah فتح juga boleh bermaksud kemenangan. Ini adalah kerana baginda tidak ada arah lain lagi kerana kerana baginda nampak yang baginda hanya dikalahkan sahaja oleh kaum baginda. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ

Maka dia mengadu kepada Tuhannya, “Bahwasanya aku ini adalah orang yang dikalahkan. Oleh sebab itu, tolonglah (aku).” (Al-Qamar: 10), hingga akhir ayat.

 

وَنَجِّني وَمَن مَّعِيَ مِنَ المُؤمِنينَ

dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang mukmin besertaku”.

Dan baginda meminta supaya diselamatkan baginda dan orang-orang yang beriman bersama baginda.

Dalam ayat ini, Musyrikin Mekah diingatkan bagaimana Nabi Nuh telah berdoa begini dan bagaimanakah nasib mereka akhirnya nanti (mereka dilemaskan dalam banjir besar). Maka Musyrikin Mekah kena fikirlah sikit, kalau Nabi Muhammad pun berdoa begitu juga, bagaimana? Ini adalah satu peringatan yang kuat kerana mereka pun tahu apa yang terjadi kepada umat Nabi Nuh itu.


 

Ayat 119: Allah makbulkan doa Nabi Nuh itu.

فَأَنجَينٰهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الفُلكِ المَشحونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We saved him and those with him in the laden ship.

(MELAYU)

Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang yang besertanya di dalam kapal yang penuh muatan.

 

Maka Allah telah memakbulkan doa Nabi Nuh dengan menyelamatkan baginda dan orang-orang yang beriman bersamadanya di dalam kapal yang penuh sarat dan bergerak ke hadapan.


 

Ayat 120: Apa yang terjadi kepada penentang baginda?

ثُمَّ أَغرَقنا بَعدُ الباقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We drowned thereafter the remaining ones.

(MELAYU)

Kemudian sesudah itu Kami tenggelamkan orang-orang yang tinggal.

 

Dan setelah dimasukkan Nabi Nuh dan orang-orang yang beriman ke dalam bahtera itu maka telah ditenggelamkan orang-orang yang lain yang tidak beriman. Maka Musyrikin Mekah sepatutnya mendengar ayat ini dan takut bagaimanakah nasib mereka jikalau Nabi Muhammad sendiri berdoa seperti itu juga.


 

Ayat 121:

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda

Musyrikin Mekah minta berbagai-bagai tanda tetapi Allah memberitahu yang apa yang telah diberikan dalam Qur’an dalam bentuk kisah-kisah para Nabi terdahulu itu sudah cukup sebenarnya jikalau mereka mahu beriman.

Kisah-kisah bagaimana kaum terdahulu telah dimusnahkan kerana menentang Rasul mereka telah diberitahu tetapi setakat itu Nabi Muhammad masih belum lagi berdoa kepada Allah dan sepatutnya mereka bersyukur.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

Telah banyak hujah, dalil dan kisah diberikan, tapi masih ramai lagi manusia yang tidak mahu menggunakan akal fikiran mereka. Masih ramai lagi yang tidak mahu beriman. Begitulah kebanyakan dari manusia. Hanya sedikit sahaja dari manusia yang mahu beriman. Maka jangan hairan kalau kita lihat ramai dari manusia tidak beriman. Kerana memang dari dahulu lagi ramai yang tidak beriman. Yang beriman sempurna itu adalah golongan minoriti dari dulu sampai sekarang.


 

Ayat 122:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Allah bersifat al-Aziz iaitu berkuasa untuk mengenakan azab itu. Tapi kalau kita lihat Allah tidak melakukan adalah Allah bersifat ar-Rahim juga. Allah masih lagi sayang dan beri peluang kepada manusia untuk mengubah cara mereka. Maka kenalah ambil peluang itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s