Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 99 – 111 (Nuh tidak minta upah)

Ayat 99:

وَما أَضَلَّنا إِلَّا المُجرِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And no one misguided us except the criminals.

(MELAYU)

Dan tiadalah yang menyesatkan kami kecuali orang-orang yang berdosa.

 

Mereka mengaku yang syaitan dan orang-orang yang berdosa yang telah menyesatkan mereka. Dulu semasa di dunia, mereka ikut syaitan dan orang berdosa yang lain. Sekarang baru menyesal apabila dah masuk dalam neraka.


 

Ayat 100:

فَما لَنا مِن شٰفِعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So now we have no intercessors

(MELAYU)

Maka kami tidak mempunyai pemberi syafa’at seorangpun,

 

Mereka sedar pada hari itu yang tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi syafaat kepada mereka dan memberi rekomendasi yang baik terhadap mereka. Dulu mereka menyeru roh Nabi dan wali dan malaikat kerana mereka diajar yang roh-roh itu boleh beri syafaat (pertolongan) kepada mereka. Tapi di akhirat nanti mereka akan sedar yang tidak ada sesiapa pun yang boleh syafaat.

Masalah masyarakat kita ini adalah kerana tidak faham tentang syafaat. Kerana salah faham tentang syafaat, maka ramai yang meminta terus syafaat kepada Nabi malah ada juga yang menyeru kepada wali untuk mendapatkan syafaat dari mereka.


 

Ayat 101: Jangan nak kata pemberi syafaat yang boleh tolong, kawan pun tidak ada.

وَلا صَديقٍ حَميمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And not a devoted friend.

(MELAYU)

dan tidak pula mempunyai teman yang akrab,

 

Dan mereka sedar bahawa tidak ada lagi teman-teman rapat dengan mereka yang dapat membantu mereka kerana semuanya telah melarikan diri.

Dulu semasa di dunia, kawan rapatlah yang akan ikut ke mana-mana. Kawan rapatlah yang akan sokong kalau bergaduh, kalau berhujah. Kerana itu ramai yang berani menolak kebenaran. Kerana mereka ada kawan-kawan di belakang mereka. Jadi mereka rasa berani waktu itu. Kadang-kadang kalau seorang, senyap sahaja, tapi bila ada kawan, mulakan suara kuat.


 

Ayat 102: Bila dah menyesal, mereka akan minta peluang kali kedua.

فَلَو أَنَّ لَنا كَرَّةً فَنَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then if we only had a return [to the world] and could be of the believers…”¹

  • The conclusion of this verse is estimated as “…we would do this or that.”

(MELAYU)

maka sekiranya kita dapat kembali sekali lagi (ke dunia) niscaya kami menjadi orang-orang yang beriman”.

 

Seperti biasa disebut di dalam surah-surah yang lain, ahli neraka akan meminta supaya mereka dikembalikan ke dunia kerana mereka hendak beriman dan beramal soleh. Mereka kata, kalau mereka dibenarkan pulang kembali, mereka akan jadi orang yang soleh. Akan tetapi, peluang itu hanya sekali sahaja dan tidak akan diberikan sesiapa pun untuk pulang ke dunia. Maka kita kenalah gunakan peluang ini, jangan sia-siakan. Kerana memang tidak ada peluang langsung.


 

Ayat 103: 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda

Orang-orang yang kufur degil itu meminta berbagai-bagai tanda untuk diberikan kepada mereka kerana mereka kata kalau mereka dapat tanda, maka mereka akan beriman. Maka Allah jawab di dalam ayat ini bahawa tanda-tanda dan bukti-bukti telah diberikan kepada mereka dan mereka tidak beriman itu kerana mereka degil sahaja. Belajarlah dari kisah Nabi Ibrahim di atas dan bagaimana baginda berdakwah dan berhujah dengan kaum baginda. Sepatutnya dengan kisah-kisah dan hujah yang diberikan, sudah boleh menjadikan orang yang akalnya waras jadi orang beriman.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُؤمِنينَ

tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

Tetapi walaupun telah diberikan dengan berbagai-bagai ayat dan berbagai-bagai hujah tetapi kebanyakan manusia tidak akan beriman. Di awal surah ini telah disebut bagaimana Nabi hampir membunuh diri (sakit sampai boleh mematikan diri) baginda kerana sedih kerana baginda lihat ramai yang tidak beriman maka Allah beritahu bahawa memang telah ditakdirkan yang kebanyakan manusia tidak beriman. Maka janganlah baginda bersedih sangat.

Kerana memang ramai tidak akan beriman. Kalau diberi dengan berbagai-bukti dan ayat pun kepada mereka dengan berbagai-bagai cara, tetapi pasti kebanyakan manusia tidak beriman. Jadi, kita hanya boleh sampaikan sahaja.


 

Ayat 104:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Dan Allah tetap akan menilai manusia di atas perbuatan mereka dan jikalau mereka berdosa maka Allah bersifat al-Aziz di mana mereka akan dikenakan dengan azab; dan jikalau mereka itu orang yang beriman maka Allah akan bersifat ar-Rahim kepada mereka dimana mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.


 

Ayat 105: Dalil Naqli ketiga. Sekarang kita masuk ke dalam kisah Nabi Nuh a.s. pula. Baginda adalah rasul pertama yang diutus oleh Allah untuk penduduk bumi setelah berhala dan tandingan-tandingan disembah-sembah oleh para penduduknya.

كَذَّبَت قَومُ نوحٍ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The people of Noah denied the messengers¹

(MELAYU)

Kaum Nuh telah mendustakan para rasul.

 

Bukan sahaja Nabi Muhammad dikatakan sebagai pendusta tetapi kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan Nabi Nuh. Dan walaupun mereka menolak satu Rasul sahaja, tapi mereka dikira telah menolak semua Rasul. Ini kerana apa yang disampaikan oleh para Rasul itu sama sahaja, jadi walaupun mereka tolak satu Rasul bermaksud mereka sebenarnya menolak semua Rasul.


 

Ayat 106:

إِذ قالَ لَهُم أَخوهُم نوحٌ أَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When their brother Noah said to them, “Will you not fear Allāh?

(MELAYU)

Ketika saudara mereka (Nuh) berkata kepada mereka: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

 

Nabi Nuh tanya kepada mereka: tidakkah kamu mahu mempertahankan diri kamu daripada azab neraka?

Begitulah kita dalam berdakwah, kadang-kadang kita mulakan dalam bentuk pertanyaan? Tak mahu ke syurga kah? Tak mahu tahukah tentang tauhid? Awak baca Qur’an hari-hari, tidakkah awak mahu tahu apa yang awak baca itu?


 

Ayat 107:

إِنّي لَكُم رَسولٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I am to you a trustworthy messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

 

Dan baginda memperkenalkan diri baginda kepada mereka sebagai seorang Rasul. Bagi telah diutus kepada kaum baginda sebagai Rasul yang amanah. Amanah maksudnya baginda kena sampaikan ajaran yang Allah telah pertanggungjawabkan kepada baginda. Baginda tidak akan kurangkan dan tambahkan dari apa yang disampaikan kepada baginda.

Dan أَمينٌ juga bermaksud ‘aman’. Maknanya, baginda mahukan kebaikan dan keamanan untuk mereka. Bukannya baginda hendak menyusahkan mereka.


Ayat 108:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.

(MELAYU)

maka bertakwallah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

فَاتَّقُوا اللهَ

maka bertakwallah kepada Allah

Ajaran utama adalah tentang Allah. Kena kenalkan Allah dan bertaqwa kepada Allah dengan jaga hukum. Mulanya kena takut kepada Allah dan kerana takut, sanggup jaga hukum.

وَأَطيعونِ

dan taatlah kepadaku.

Ayat ini sebagai dalil bahawa untuk berdakwah kepada Allah maka hendaklah taat dan ikut ajaran Rasul maka tidak boleh untuk kita tolak mana mana Rasul sekalipun. Kalau tidak faham perkara ini maka amat merbahaya kerana ada golongan manusia yang kononnya tidak memerlukan ajaran daripada Rasul kerana mereka boleh mencintai Allah tanpa ikut para Rasul.

Ini tidak masuk akal kerana bagaimana kita tahu apakah yang Allah hendak sampaikan kalau bukan melalui para Rasul? Para Rasul yang tahu apakah kehendak Allah kerana mereka dapat wahyu terus dari Allah. Dan mereka dipantau oleh Allah – kalau mereka buat salah, Allah akan beri peringatan.

Bagaimana cara untuk menghambakan diri kepada Allah dan beribadat kepada Allah tanpa di ajar cara-caranya dari ajaran Rasul? Malangnya ada juga manusia bodoh yang berfikiran begini dan kalau ada yang berfahaman begini, maka rosaklah dunia ini kerana mana-mana manusia sahaja boleh kata apa-apa sahaja dan menyatakan mereka orang yang beriman.

Sebab itu dalam ajaran agama ini, kita amat mementingkan dalil. Kerana kalau tanpa dalil, semua orang boleh dakwa apa sahaja.


 

Ayat 109:

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not ask you for it any payment. My payment is only from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

 

وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ

Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu;

Nabi Nuh mengingatkan mereka yang baginda tidak pernah minta upah kepada mereka atas ajaran baginda dan ini mengajar kita bahawa kita tidak boleh meminta upah mengajar agama. Ini kerana belajar agama ini wajib dan kalau guru letakkan harga, letak yuran masuk kelas, bagaimana orang miskin nak belajar? Nanti mereka ada hujah pula: “kami tak dapat belajar agama dan kami jahil kerana kami tidak mampu bayar yuran pengajian….”. Ini tidak patut sama sekali.

Kerana itu kita tidak setuju dengan guru-guru agama yang meletakkan harga kalau ajak mereka datang mengajar. Mereka sepatutnya mengajar dengan ikhlas. Malangnya, kalau sudah terkenal, mulalah letak harga sampai beribu ringgit sekali bagi ceramah. Adakah mereka jadikan agama ini sebagai punca pendapatan?

 

إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العالَمينَ

upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.

Balasan yang kita harapkan hanyalah daripada Allah sahaja dan bukannya apa yang boleh diberikan oleh manusia. Ini kerana balasan dari Allah itu lebih besar dan lebih kekal daripada apa yang boleh diberikan oleh manusia.

Kalau ada orang datang menjemput kita mengajar, itu adalah satu nikmat kerana beri peluang kepada kita untuk mengajar mereka. Dan kalau mereka amalkan, kita akan dapat balasan pahala berpanjangan. Tidakkah itu sudah lebih dari cukup?

Salah satu daripada tuduhan musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad adalah baginda mengharapkan balasan harta daripada mereka. Mereka kata baginda nak kaya. Ini adalah tuduhan palsu kerana baginda tidak pernah minta upah.


 

Ayat 110:

فَاتَّقُوا اللهَ وَأَطيعونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So fear Allāh and obey me.”

(MELAYU)

Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku”.

 

فَاتَّقُوا اللهَ

Maka bertakwalah kepada Allah

Nabi Nuh ulang balik apa yang mereka perlu lakukan iaitu baginda berdakwah mengajak kepada Allah. Mereka mengajak taqwa kepada Allah. Ajaran para Nabi dan Rasul sama sahaja, iaitu mengajak taqwa kepada Allah.

 

وَأَطيعونِ

dan taatlah kepadaku”.

Dan cara untuk taqwa kepada Allah itu adalah dengan cara mengikuti ajaran baginda. Begitu juga dengan kita, kena ikutlah ajaran Nabi Muhammad. Dan untuk tahu, kenalah terima dan belajar hadis. Lalu bagaimana ada fahaman anti-hadis boleh kata mereka itu benar? Macam mana nak taat kepada baginda kalau hadis baginda pun tidak diterima?


 

Ayat 111: Apakah balasan jawapan dari kaum baginda?

۞ قالوا أَنُؤمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الأَرذَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Should we believe you while you are followed by the lowest [class of people]?”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?”.

 

Mereka menolak untuk mengikut ajaran baginda. Mereka memberi alasan yang tidak layak mereka mengikut baginda sedangkan yang mengikuti baginda adalah orang-orang hina di dalam masyarakat. Mereka kata yang ikut baginda adalah low class jadi takkan mereka nak jadi low class pula? Ini memang kata-kata orang yang sombong.

Beginilah fahaman sesetengah manusia. Mereka lihat siapakah yang bawa ajaran dan siapakah yang ada dalam kumpulan itu. Mereka bukannya lihat apakah yang disampaikan, tapi tengok ‘orang’. Kalau mereka tidak suka dengan rupa dan bangsa orang yang sampaikan, maka mereka tolak.

Atau, ada yang melihat kedudukan manusia dalam masyarakat. Mereka hanya mementingkan kekayaan dan kedudukan, maka kalau yang sampaikan ajaran itu orang miskin, tidak terkenal, tidak berpengaruh, mereka akan terus tolak. Bukan nak dengar dulu, tapi terus tolak.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s