Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 61 – 71 (Amalan sembah kubur)

Ayat 61: Ini adalah apabila Firaun dan pengikutnya telah dapat mengejar Bani Israil yang melarikan diri itu.

فَلَمّا تَرٰءَى الجَمعانِ قالَ أَصحٰبُ موسىٰ إِنّا لَمُدرَكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the two companies saw one another, the companions of Moses said, “Indeed, we are to be overtaken!”

(MELAYU)

Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: “Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul”.

 

فَلَمّا تَرٰءَى الجَمعانِ

Maka setelah kedua golongan itu saling melihat,

Mereka walaupun dah keluar awal tapi mereka bergerak perlahan. Kerana mereka berjalan kaki sahaja dan bawa banyak barang. Dan Firaun dan pengikutnya pakai kenderaan, jadi mereka laju dan dapat mengejar. Maka Bani Israil itu telah nampak bangsa Qibti yang kejar mereka di belakang. Memang dah dekat sampai boleh nampak Firaun mendekat.

 

قالَ أَصحٰبُ موسىٰ إِنّا لَمُدرَكونَ

berkatalah pengikut-pengikut Musa: “Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul”.

Bani Israil yang bersama dengan Nabi Musa itu sudah takut sangat apabila nampak bala tentera Firaun bersama dengan Firaun sedang mendekati mereka. Mereka sudah sangka yang mereka akan ditangkap dari belakang.

Dalam ayat lain ada disebut bagaimana Bani Israil itu menyalahkan Nabi Musa kerana akan menyebabkan mereka terbunuh.


 

Ayat 62: Nabi Musa menenangkan mereka.

قالَ كَلّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبّي سَيَهدينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Moses] said, “No! Indeed, with me is my Lord; He will guide me.”

(MELAYU)

Musa menjawab: “Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku”.

 

قالَ كَلّا ۖ

Musa menjawab: “Sekali-kali tidak akan tersusul;

Nabi Musa kata yang mereka tidak akan terbunuh. Kerana Allah yang berikan arahan untuk mereka bergerak malam itu dan Allah telah berjanji tidak akan meninggalkan mereka. Semasa baginda diarahkan untuk berdakwah kepada Firaun dan baginda rasa takut, Allah telah beritahu yang baginda akan selamat. Maka Nabi Musa sudah yakin dengan janji-janji Allah itu.

 

إِنَّ مَعِيَ رَبّي سَيَهدينِ

sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku”.

Kerana Nabi Musa yakin yang mereka tidak bersendirian tetapi Allah bersama mereka dan akan memberi jalan keluar.

Nabi Musa amat yakin dengan Allah dan dengan wahyu kerana baginda yang menyampaikan wahyu itu kepada manusia. Sedangkan Bani Israil itu hanya mendengar sahaja dan kerana itu mungkin iman mereka kepada wahyu tidak kuat.

Oleh kerana itu kita disuruh untuk belajar tafsir Qur’an supaya kita faham apakah yang disampaikan oleh wahyu ini. Tetapi jikalau kita sendiri yang menyampaikannya kepada manusia, dengan mengajar dan berdakwah kepada manusia dengan membacakan ayat-ayat Qur’an, maka iman kita akan menjadi lebih kuat lagi. Jadi untuk kuatkan iman kita, kena sampaikan Qur’an ini kepada manusia.


 

Ayat 63: Allah beri jalan keluar untuk menyelamatkan mereka. Ini seperti yang Allah telah rancangkan.

فَأَوحَينا إِلىٰ موسىٰ أَنِ اضرِب بِّعَصاكَ البَحرَ ۖ فَانفَلَقَ فَكانَ كُلُّ فِرقٍ كَالطَّودِ العَظيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We inspired to Moses, “Strike with your staff the sea,” and it parted, and each portion was like a great towering mountain.

(MELAYU)

Lalu Kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.

 

فَأَوحَينا إِلىٰ موسىٰ أَنِ اضرِب بِّعَصاكَ البَحرَ

Lalu Kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”.

Allah beri wahyu kepada Nabi Musa untuk ketuk laut itu dengan tongkatnya dan laut itu terbelah menjadi dua. Ini adalah mukjizat dan ayat ini menolak pendapat mereka yang tidak percaya dengan mukjizat.

Ini kerana ada yang mengatakan tidaklah laut itu terbelah kerana akal mereka tidak dapat terima. Mereka kata kejadian ini tidak dapat dijelaskan dengan penjelasan sains. Maka mereka cuba untuk jelaskan supaya akal mereka boleh terima. Mereka kata kejadian ini berlaku kerana Nabi Musa tahu bilakah air surut dan bila air pasang. Pendapat mereka yang kononnya saintifik itu tidak sesuai dengan ayat Qur’an ini. Kerana Allah boleh sahaja nak jadikan apa-apa dan memang Allah telah belah laut itu.

 

فَانفَلَقَ

Maka terbelahlah lautan itu

Tongkat itu asalnya menjadi ular sahaja tetapi dengan kehendak Allah, ia boleh jadi macam-macam. Sekarang digunakan sebagai on switch untuk membelah laut itu. Dan di dalam ayat yang lain, disebut apabila ketuk batu itu pada batu, boleh mengeluarkan air.

Tapi kita kena ingat, bukanlah tongkat itu yang hebat tetapi Allah yang hebat. Kalau bukan Allah yang suruh Nabi Musa ketuk dengan tongkat, tidaklah laut itu terbelah atau batu itu mengeluarkan air. Tidaklah ada kuasa pada tongkat itu. Katakanlah kalau selepas itu Nabi Musa nak seberang sungai, tidaklah dia boleh pakai ketuk sungai untuk membelahnya.

Dan salah faham tentang mukjizat dan adiknya ‘karomah’ menyebabkan salah faham yang amat besar dalam masyarakat. Mereka senang untuk percaya kepada guru-guru yang ada kelebihan tertentu. Mereka sangka guru-guru mereka itu ada ‘karomah’ padahal yang guru mereka itu amalkan sihir. Kita katakan sihir kerana guru-guru yang mereka katakan itu boleh buat apa yang hendak itu bila-bila masa sahaja. Mereka boleh lompat, hilangkan diri, dan sebagainya. Itu bukannya karomah, tapi ‘sihir’.

 

فَكانَ كُلُّ فِرقٍ كَالطَّودِ العَظيمِ

dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.

Jadi apabila dibelah, kedua-dua bahagian yang telah dibelah itu menjadi seperti gunung yang amat tinggi. Sebelah kiri tinggi, sebelah kanan tinggi. Dan mereka bergerak di celah-celah ‘gunung’ itu. Kita selalu dengar kisah mereka berjalan itu, tapi dapat tak anda bayangkan betapa takutnya mereka apabila kena berjalan di tengah-tengah gunung itu? Semasa mereka berjalan itu, dalam hati mereka tentu takut kalau-kalau air itu bercantum kembali dan menghempap mereka. Kalau tidak beriman dan percaya dengan Nabi Musa, tentu tidak berani nak lalu.

Ibnu Abbas mengatakan bahwa laut itu membentuk dua belas jalan, masing-masing jalan untuk tiap kabilah. Ini kerana mereka itu ramai dan tidak boleh bercampur antara satu sama lain.


 

Ayat 64:

وَأَزلَفنا ثَمَّ الآخَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We advanced thereto the others [i.e., the pursuers].

(MELAYU)

Dan di sanalah Kami dekatkan golongan yang lain.

 

Allah membenarkan musuh yang mengejar mereka itu untuk datang dekat dengan Bani Israil itu. Allah benarkan Firaun dan tenteranya itu untuk melalui sebahagian dari laut itu pun. Dalam masa Bani Israil melarikan diri dengan menyeberangkan laut itu, musuh pun mendekat juga. Keadaan nampaknya meruncing.


 

Ayat 65:

وَأَنجَينا موسىٰ وَمَن مَّعَهُ أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We saved Moses and those with him, all together.

(MELAYU)

Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang yang besertanya semuanya.

 

Allah mengatakan bahawa kesemua Bani Israil itu diselamatkan walaupun mereka itu ramai. Ini kerana ada riwayat yang mengatakan mereka itu 600 ribu orang, tetapi tidak ada seorang pun yang tertinggal. Mereka semuanya dapat melepaskan diri melintasi laut itu diantara gunung-gunung air itu. Allah menunaikan janjiNya untuk menyelamatkan mereka.


 

Ayat 66:

ثُمَّ أَغرَقنَا الآخَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We drowned the others.

(MELAYU)

Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain itu.

 

Kemudian Allah pastikan yang Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka itu semuanya ditenggelamkan. Waktu mereka berada di tengah-tengah lautan itu, Allah suruh Nabi Musa ketuk tongkat sekali lagi untuk mencantumkan kembali laut itu. Maka air itu menimpa mereka. Bayangkan air yang tinggi itu menimpa mereka dan kalau mereka tidak dipenyetkan oleh hentakan air itu, mereka tentu lemah di dalamnya.


 

Ayat 67:

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan suatu tanda yang besar (mukjizat) dan tetapi adalah kebanyakan mereka tidak beriman.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan suatu tanda yang besar 

Ini menjadi tanda bagaimana janji Allah itu benar untuk menyelamatkan orang yang beriman.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

dan tetapi adalah kebanyakan mereka tidak beriman.

Semua tanda-tanda kebenaran telah diberikan kepada manusia, tetapi kebanyakan daripada manusia tidak juga mahu beriman. Begitulah ramai yang baca sahaja kisah ini tapi tidak mengambil pengajaran darinya.


 

Ayat 68:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Allah ceritakan kisah ini untuk beri peringatakan kepada musyrikin Mekah dan manusia keseluruhannya. Allah bersifat al-Aziz itu Dia berkuasa untuk melakukan apa sahaja kepada musyrikin Mekah itu sebagaimana yang Dia telah lakukan kepada golongan Firaun itu tetapi Allah juga bersifat ar-Raheem (Maha Pengasih) dan tidak terus melakukannya kerana memberi peluang bertaubat kepada musyrikin Mekah. Maka kenalah ambil pengajaran dari kisah itu.

Begitu juga kita apabila membaca ayat-ayat ini. Ingatlah yang ia bukan sahaja peringatan kepada musyrikin Mekah tapi kepada kita juga.


 

Ayat 69: Ayat Dalil Naqli kedua. Sekarang masuk kepada perbincangan baru tentang kisah Nabi Ibrahim pula kerana musyrikin Mekah itu kata mereka ikut ajaran Nabi Ibrahim, tetapi betulkah?

وَاتلُ عَلَيهِم نَبَأَ إِبرٰهيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And recite to them the news of Abraham,

(MELAYU)

Dan bacakanlah kepada mereka kisah Ibrahim.

 

Dalam ayat ini digunakan kalimah نَبَأَ berita besar kerana hendak memberitahu musyrikin Mekah itu tentang kisah Nabi Ibrahim dengan sebenar-benarnya. Seolah-olah ianya berita baru kepada mereka kerana pemahaman mereka sebelum ini adalah salah. Mereka sahaja sangka mereka itu mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim tapi mereka tidak tahu bahawa mereka itu sebenarnya amat jauh dari ajaran baginda.

Begitu juga dengan orang kita. Ramai yang sangka mereka mengamalkan ajaran Nabi Muhammad, ikut ajaran Qur’an, tapi kerana jahil agama, mereka telah lama jauh dari ajaran yang benar. Ini adalah kerana tidak mahir tentang tafsir Qur’an dan juga tentang sunnah.

Allah memerintahkan kepada Rasul-Nya (yakni Nabi Muhammad Saw.) untuk membacakan kepada umatnya kisah Nabi Ibrahim ini agar mereka mengikuti jejaknya dalam hal keikhlasan, tawakal, dan menyembah Allah semata-mata, tiada sekutu bagiNya; serta ber­lepas diri dari kemusyrikan dan para pengikutnya. Kerana sesungguhnya Allah Swt. telah memberikan petunjukNya kepada Nabi Ibrahim sejak baginda masih kecil, lalu berterusan sampai usia tuanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim sejak dewasa mengingkari perbuatan kaumnya yang menyembah berhala di samping Allah Swt.


 

Ayat 70: Apakah yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim kepada umat baginda?

إِذ قالَ لِأَبيهِ وَقَومِهِ ما تَعبُدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When he said to his father and his people, “What do you worship?”

(MELAYU)

Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah yang kamu sembah?”

 

Lihat bagaimana Nabi Ibrahim sendiri menegur kesalahan bapanya dan kaumnya yang menyembah dan memuja patung berhala sepertimana yang dilakukan oleh musyrikin Mekah itu.

Nabi Ibrahim tanya mereka – apa benda ni yang kamu sembah, cuba cerita sikit kepadaku.


 

Ayat 71: Jawapan umat Nabi Ibrahim.

قالوا نَعبُدُ أَصنامًا فَنَظَلُّ لَها عٰكِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We worship idols and remain to them devoted.”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Kami menyembah berhala-berhala dan kami senantiasa tekun menyembahnya”.

 

Allah meringkaskan hujah mereka yang panjang lebar di dalam ayat ini. Ini kerana tentunya mereka berhujah dengan mengatakan kelebihan-kelebihan berhala itu dan sejarah berhala itu dan macam-macam lagi. Tetapi ringkasnya mereka menyembah berhala itu dan mereka duduk iktikaf kepada berhala itu. Iktikaf maksudnya duduk lama di sekeliling berhala itu.

Mereka selamba sahaja jawap yang mereka sembah patung-patung berhala itu dan duduk iktikaf di berhala itu.

Tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah mereka dan menyempurnakan hajat mereka. Jadi kena faham maksud ilah. Ianya menjadi kiblat tawajuh kepada Nabi, wali dan malaikat. Mereka bukannya sembah fizikal patung berhala itu, tapi mereka sembah yang ‘di sebalik’ patung itu iaitu roh-roh Nabi, wali dan malaikat.

Dan jangan sangka yang orang kita terselamat dari kesalahan ini kerana kita tidak tidak ‘sembah berhala’. Ini adalah kerana konsep ia mungkin sama tapi dengan cara berbeza. Begitulah kekeliruan masyarakat Islam di serata dunia ada yang mengamalkan amalan syirik. Memang tidak ada patung berhala, tapi ramai yang duduk sembah dan iktikaf di sekeliling kubur Nabi dan tok wali.

Dan ajaran ini juga telah sampai ke Malaysia oleh golongan Habib dari Yaman. Mereka itu selalu tawasul dan beribadat dengan kuburan wali-wali mereka. Ini diberitahu oleh mereka yang melihat sendiri amalan-amalan mereka di Yaman itu. Dan malangnya sekarang ramai yang sudah terpesona dengan golongan ini. Dan kalau tidak dibendung, maka tidak lama lagi, masyarakat kita pun akan sembah juga kubur dan iktikaf di kubur ‘tok wali’. Memang sudah ada yang buat pun. Maka, tidak jauh beza pun dengan amalan umat Nabi Ibrahim yang syirik itu. Kerana kuburan itu menjadi ‘berhala’ bagi orang kita yang sesat ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s