Tafsir Surah Asy-Shu’araa Ayat 49 – 60 (Firaun kejar Bani Israil)

Ayat 49: Marah betul Firaun kerana orang-orang harapannya pula masuk Islam.

قالَ ءآمَنتُم لَهُ قَبلَ أَن آذَنَ لَكُم ۖ إِنَّهُ لَكَبيرُكُمُ الَّذي عَلَّمَكُمُ السِّحرَ فَلَسَوفَ تَعلَمونَ ۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيدِيَكُم وَأَرجُلَكُم مِّن خِلٰفٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Pharaoh] said, “You believed him [i.e., Moses] before I gave you permission. Indeed, he is your leader who has taught you magic, but you are going to know. I will surely cut off your hands and your feet on opposite sides, and I will surely crucify you all.”

(MELAYU)

Fir’aun berkata: “Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia benar-benar pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu maka kamu nanti pasti benar-benar akan mengetahui (akibat perbuatanmu); sesungguhnya aku akan memotong tanganmu dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan menyalibmu semuanya”.

 

قالَ ءآمَنتُم لَهُ قَبلَ أَن آذَنَ لَكُم

Fir’aun berkata: “Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepadamu?

Firaun begitu marah sekali apabila mereka beriman tanpa kebenaran darinya; seolah-olah kalau hendak beriman pun dengan Nabi Musa kena mendapat izinnya. Begitu sombong sekali Firaun ini.

 

إِنَّهُ لَكَبيرُكُمُ الَّذي عَلَّمَكُمُ السِّحرَ

Sesungguhnya dia benar-benar pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu 

Keadaan telah terbalik sekarang – orang-orang harapannya telah berpaling tadahlah kiranya. Firaun kena cuba baiki keadaan. Jadi Firaun telah menuduh yang Nabi Musa itu sebenarnya secara rahsia adalah ketua kepada ahli-ahli sihir itu. Jadi dia nak kata, itu semua adalah rancangan Nabi Musa sahaja.

Dan Firaun tuduh yang Nabi Musalah yang sebenarnya mengajar sihir kepada ahli-ahli sihir itu. Sebab itu sihir baginda lagi hebat dari mereka. Tengok macam mana Firaun pusing? Memang hebat.

Tapi ini adalah hujah yang mengarut kerana bukankah ada ahli sihir itu dikutip daripada kawasan-kawasan yang jauh? Lalu bagaimanakah Nabi Musa boleh pula mengajar mereka sihir sedangkan Nabi Musa telah dikawal oleh mereka sepanjang masa?

Alasan itu memang karut tetapi Firaun terpaksa berkata begitu kerana dia terdesak untuk menjelaskan situasi yang sedang berlaku itu kerana jikalau tidak, rakyat akan berpihak kepada Nabi Musa. Maka dia kena pusing macam juga ahli politik sekarang akan pusing fakta dan hujah.

 

فَلَسَوفَ تَعلَمونَ

maka kamu nanti pasti benar-benar akan mengetahui

Firaun beri ancaman: Nanti kamu akan tahu apa yang akan terjadi kepada kamu. Kamu tengoklah nanti… berapa kamu beriman ya? Jaga-jaga kamu.

 

لَأُقَطِّعَنَّ أَيدِيَكُم وَأَرجُلَكُم مِّن خِلٰفٍ

sesungguhnya aku akan memotong tanganmu dan kakimu dengan bersilangan

Firaun kata dia akan potong tangan dan kaki mereka secara bersilang. Maksudnya potong tangan kanan dan kaki kiri; atau tangan kiri dan kaki kanan.

 

وَلَأُصَلِّبَنَّكُم أَجمَعينَ

dan aku akan menyalibmu semuanya”.

Dan kemudian Firaun akan salib ahli-ahli sihir itu. Iaitu mereka akan dipasak ke pokok kurma dan dibiarkan mati di di pokok kurma itu. Maknanya bukan bunuh terus tapi mati dalam seksa dan masa yang lama. Memang kejam sungguh.

Firaun tak bunuh terus kerana dia nak seksa mereka dan salib mereka di kebun kurma supaya rakyat akan lihat apakah yang terjadi kepada mereka yang menentangnya.


 

Ayat 50: Firaun sangka ahli-ahli sihir akan ubah fikiran tapi lihatlah apa jawapan mereka dengan ancaman Firaun itu.

قالوا لا ضَيرَ ۖ إِنّا إِلىٰ رَبِّنا مُنقَلِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “No harm. Indeed, to our Lord we will return.

(MELAYU)

Mereka berkata: “Tidak ada kemudharatan (bagi kami); sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami,

 

قالوا لا ضَيرَ

Mereka berkata: “Tidak ada kemudharatan

Ahli-ahli sihir tidak takut. Nak buat apa kepada mereka, buatlah. Mereka tak kisah. Mereka sanggup terima apa sahaja seksaan yang akan dikenakan kepada mereka. Demikian itu kerana Allah telah menyingkapkan dari kalbu para ahli sihir itu hijab kekafiran dan menampakkan kepada mereka perkara yang hak melalui pengetahuan mereka yang tidak diketahui oleh kaumnya, bahawa apa yang didatangkan oleh Musa itu bukanlah bersumber dari manusia, melainkan dari Allah yang telah mendukungnya dan menjadikannya sebagai hujah dan dalil yang menunjukkan kebenaran dari apa yang disampaikan oleh Nabi Musa.

 

إِنّا إِلىٰ رَبِّنا مُنقَلِبونَ

sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami,

Kerana mereka akan mati pun nanti. Jadi apa nak takut dengan kematian? Mereka sedar yang mereka tidak kekal hidup. Lambat laut semua manusia akan mati. Dan lebih baik mereka mati dalam iman dari hidup lama tapi mati dalam syirik.


 

Ayat 51: Ada benda lain yang mereka lebih harapkan.

إِنّا نَطمَعُ أَن يَغفِرَ لَنا رَبُّنا خَطٰيٰنا أَن كُنّا أَوَّلَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, we aspire that our Lord will forgive us our sins because we were the first of the believers.”

(MELAYU)

sesungguhnya kami amat menginginkan bahawa Tuhan kami akan mengampuni kesalahan kami, kerana kami adalah orang-orang yang pertama-tama beriman”.

 

إِنّا نَطمَعُ أَن يَغفِرَ لَنا رَبُّنا خَطٰيٰنا

sesungguhnya kami amat menginginkan bahawa Tuhan kami akan mengampuni kesalahan kami,

Mereka harap Allah ampunkan mereka sahaja. Mereka tahu mereka telah buat salah yang banyak. Mereka tahu yang kalau mereka balik dengan dosa yang banyak, maka akan susah mereka kena azab.

 

أَن كُنّا أَوَّلَ المُؤمِنينَ

kerana kami adalah orang-orang yang pertama-tama beriman”.

Mereka mengaku beriman. Mereka yang ke hadapan. Mereka yang awal beriman kerana mereka sudah kenal siapakah Nabi Musa dan Harun itu. Mereka adalah bangsa Qibti yang mula-mula beriman dengan Nabi Musa. Rakyat yang lain tidak kenal lagi dan tidak tahu. Kerana itulah mereka kata mereka yang awal beriman. Sebelum orang beriman mereka dah beriman dahulu dah.


 

Ayat 52: Dipendekkan kisah, sekarang sampai kepada arahan yang diberikan kepada Nabi Musa, tentang apa yang baginda perlu lakukan dengan Bani Israil.

۞ وَأَوحَينا إِلىٰ موسىٰ أَن أَسرِ بِعِبادي إِنَّكُم مُّتَّبَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We inspired to Moses, “Travel by night with My servants; indeed, you will be pursued.”

(MELAYU)

Dan Kami wahyukan (perintahkan) kepada Musa: “Pergilah di malam hari dengan membawa hamba-hamba-Ku (Bani Israil), karena sesungguhnya kamu sekalian akan disusuli”.

 

Kerana waktu itu Firaun sedang sibuk nak buat apa dengan ahli-ahli sihir yang telah menjatuhkan namanya, maka Allah suruh Nabi Musa bawa Bani Israil keluar pada malam hari.

Mereka kena keluar pada kegelapan malam hari kerana mereka akan kena ikut oleh Firaun dan tenteranya. Maka mereka kena ada headstart dulu. Biar mereka pergi dah jauh dulu baru tentera Firaun sampai untuk kejar mereka. Semua ini dalam perancangan Allah.


 

Ayat 53: Apabila Firaun dapat tahu yang Bani Israil telah melakukan diri di malam hari.

فَأَرسَلَ فِرعَونُ فِي المَدائِنِ حٰشِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then Pharaoh sent among the cities gatherers¹

  • Recruiters of an army to prevent the emigration of the Children of Israel.

(MELAYU)

Maka Fir’aun mengirimkan orang untuk mengumpulkan (tenteranya) ke kota-kota.

 

Firaun waktu itu sudah marah nak buat keputusan untuk bunuh semua Bani Israil. Kerana dia dah nampak yang mereka sudah bahaya untuk kerajaannya. Dia tidak boleh biarkan mereka begitu sahaja. Oleh itu, dia dah tak kisah tiada hamba. Walaupun dia akan kehilangan hamba yang banyak, tapi waktu ini dia dah marah sangat.

Maka Firaun kerahkan seluruh rakyat dia untuk bergabung menjadi askar. Panggil dari segala ceruk. Kena kumpul ke satu tempat.


 

Ayat 54: Ini ceramah Firaun kepada seluruh bangsa Qibti. Untuk menaikkan semangat mereka untuk bunuh Bani Israil.

إِنَّ هٰؤُلاءِ لَشِرذِمَةٌ قَليلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[And said], “Indeed, those are but a small band,

(MELAYU)

(Fir’aun berkata): “Sesungguhnya mereka (Bani Israil) benar-benar golongan kecil,

 

Dia pandang Bani Israil itu kecil sahaja. Pada dia, mereka itu bangsa yang lemah, yang boleh dibuat apa sahaja. Jadi kalau kita nak bunuh mereka semuanya, senang sahaja.

Ini sama dengan apa yang dikatakan oleh musyrikin Mekah terhadap Nabi dan sahabat. Musyrikin Mekah lihat bilangan para sahabat dengan Rasulullah itu sikit sahaja. Maka mereka boleh tindas para sahabat itu.


 

Ayat 55: Firaun sedang menaikkan semangat bangsanya.

وَإِنَّهُم لَنا لَغائِظونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, they are enraging us,

(MELAYU)

dan sesungguhnya mereka membuat hal-hal yang menimbulkan amarah kita,

 

Kerana mereka memarahkan kita, maka kita patut bunuh sahaja mereka itu. Firaun nak kata yang Bani Israil itu teruk. Padahal dia yang lebih teruk lagi.

Atau dia nak kata yang Bani Israil itu tak suka dengan bangsa Qibti, dan sebelum jadi apa-apa, maka kena bunuh mereka dengan segera. Kalau mereka lari dan bina kerajaan di tempat lain, entah mereka akan serang kita balik. Maka kena bunuh mereka sebelum itu terjadi.


 

Ayat 56: Dia menaikkan semangat patriotik pula.

وَإِنّا لَجَميعٌ حٰذِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, we are a cautious society…”

(MELAYU)

dan sesungguhnya kita benar-benar golongan yang selalu berjaga-jaga”.

 

Firaun kata mereka kena pertahankan negara mereka. Kalau tak bunuh Bani Israil, mereka akan serang pula nanti.


 

Ayat 57: 

فَأَخرَجنٰهُم مِّن جَنّٰتٍ وَعُيونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We removed them from gardens and springs

(MELAYU)

Maka Kami keluarkan Fir’aun dan kaumnya dari taman-taman dan mata air,

 

Maka dengan kata-kata semangat dan arahan dari Firaun itu, maka keseluruhan bangsa Qibti telah keluar dari Kota Mesir untuk mengejar Bani Israil yang telah melarikan diri di malam hari.

Allah kata Dia keluarkan mereka dari kemewahan mereka. Inilah tujuan Allah sebenarnya.


 

Ayat 58:

وَكُنوزٍ وَمَقامٍ كَريمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And treasures and honorable station¹ –

  • Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) caused them to abandon their wealth and property in pursuit of the Israelites.

(MELAYU)

dan (dari) perbendaharaan dan kedudukan yang mulia,

 

Waktu itu semua bangsa Qibti semua keluar untuk serang Bani Israil. Allah buat begitu kerana Allah nak keluarkan sampah dan tinggalkan negeri Mesir itu untuk diberikan kembali kepada Bani Israil. Kerana berkat beriman dengan Nabi Musa maka Allah hendak memberikan negeri Mesir kepada mereka. Tapi untuk beri, kena keluarkan penduduknya iaitu bangsa Qibti.

Allah nak musnahkan keseluruhan pengikut Firaun tapi Allah tidak mahu rosakkan Kota Mesir. Kalau dengan kaum-kaum lain, kita telah banyak baca bagaimana tempat-tempat mereka itu telah dimusnahkan, sampaikan selepas itu tidak boleh didiami lagi. Tapi lain yang Allah lakukan terhadap Mesir.

Begitulah nanti Allah buat untuk penduduk Mekah. Allah keluarkan pemuka-pemuka Musyrikin Mekah untuk keluar dari Mekah dan dibunuh di Medan Badr. Kerana nanti Allah nak berikan Mekah itu kepada umat Islam.


 

Ayat 59:

كَذٰلِكَ وَأَورَثنٰها بَني إِسرٰءيلَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Thus. And We caused to inherit it the Children of Israel.

(MELAYU)

demikianlah halnya dan Kami wariskan semuanya (itu) kepada Bani Israil.

 

كَذٰلِكَ

demikianlah halnya

Begitulah Allah perancangan yang Allah buat. Begitu hebat sekali perancangan Allah dan bagaimana Allah jalankan.

 

وَأَورَثنٰها بَني إِسرٰءيلَ

dan Kami wariskan semuanya (itu) kepada Bani Israil.

Allah biarkan Mesir tidak diusik supaya segala kekayaan itu diberikan kepada Bani Israil kemudiannya. Allah berikan negeri Mesir itu kembali kepada Bani Israil. Ini adalah apabila Bani Israil jadi kuat selepas itu. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الأرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا}

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu negeri-negeri bagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. (Al-A’raf: 137), hingga akhir ayat.

Tapi waktu itu mereka telah menyeberang laut dan telah pergi ke Palestin. Dan kemudian mereka telah sesat dalam Padang Tih. Jadi bukan keturunan Bani Israil yang bersama dengan Nabi Musa itu yang akan dapat Mesir itu, tetapi Bani Israil yang lain iaitu keturunan-keturunan yang selepas itu.

Dan Allah berfirman dalam ayat lainnya, iaitu:

{وَنُرِيدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الأرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ}

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi). (Al-Qasas: 5), hingga akhir ayat berikutnya.


 

Ayat 60: Kembali kepada kisah Firaun dan pengikutnya yang mengejar Bani Israil yang telah melarikan diri itu.

فَأَتبَعوهُم مُّشرِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So they pursued them at sunrise.

(MELAYU)

Maka Fir’aun dan bala tentaranya dapat menyusuli mereka di waktu matahari terbit.

 

Kaum Qibti telah kejar Bani Israil semasa siang. Iaitu waktu Syuruk. Kerana mereka hanya perasan yang Bani Israil sudah tidak ada pada waktu subuh. Waktu itu baru mereka perasan yang hamba-hamba mereka seorang pun tidak ada. Maka mereka ambil masa untuk kerahkan semua orang dan kemudian baru mereka kejar.

Memang Bani Israil telah gerak mula dari malam lagi, tapi pergerakan mereka perlahan dan pergerakan Firaun itu laju kerana mereka pakai kenderaan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s