Tafsir Surah Ash-Shu’araa Ayat 30 – 39 (Pengumpulan ahli sihir)

Ayat 30: Nabi Musa teruskan perdebatan itu.

قالَ أَوَلَو جِئتُكَ بِشَيءٍ مُّبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Moses] said, “Even if I brought you something [i.e., proof] manifest?”

(MELAYU)

Musa berkata: “Dan apakah (kamu akan melakukan itu) walaupun aku tunjukkan kepadamu sesuatu (keterangan) yang nyata?”

 

Sekarang sudah tak boleh nak debat bercakap dah. Kena tunjuk bukti yang boleh dilihat pula. Kerana kalau cakap lagi tadi sudah diancam dengan penjara.

Atau, Nabi Musa berhujah yang adakah patut dipenjarakan juga kalau baginda datang dengan membawa bukti? Kalau tak ada dalil maka patutlah kalau dipenjarakan tetapi baginda boleh bawa bukti.


 

Ayat 31: Setelah ditawarkan bukti, maka Firaun minta bukti. Dia sangka bukti itu boleh dipatahkan dengan senang. Dia pun tidak tahu apakah yang akan ditunjukkan oleh Nabi Musa.

قالَ فَأتِ بِهِ إِن كُنتَ مِنَ الصّٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Pharaoh] said, “Then bring it, if you should be of the truthful.”

(MELAYU)

Fir’aun berkata: “Datangkanlah sesuatu (keterangan) yang nyata itu, jika kamu adalah termasuk orang-orang yang benar”.

 

Firaun suruh Musa bawakan apa yang dia hendak tunjukkan itu kerana dia tidak risau kerana dia tidak nampak lagi Musa datang dengan apa-apa yang besar pun. Dia masih yakin lagi dengan dirinya. Dia telah lama memerintah, maka kita kena sedar yang dia adalah seorang yang pandai dalam berpolitik. Helahnya banyak sekali.


 

Ayat 32:

فَأَلقىٰ عَصاهُ فَإِذا هِيَ ثُعبانٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So [Moses] threw his staff, and suddenly it was a serpent manifest.¹

  • i.e., clearly genuine.

(MELAYU)

Maka Musa melemparkan tongkatnya, lalu tiba-tiba tongkat itu (menjadi) ular yang nyata.

 

فَأَلقىٰ عَصاهُ

Maka Musa melemparkan tongkatnya,

Allah beri wahyu kepada Nabi Musa untuk melemparkan tongkat baginda. Kalau anda ingat, di Bukit Thur pun Allah sudah suruh baginda lontarkan tongkat baginda. Ini adalah sebagai latihan sahaja untuk membiasakan baginda. Supaya baginda tidak kekok apabila melemparkannya di hadapan Firaun.

 

فَإِذا هِيَ ثُعبانٌ مُّبينٌ

lalu tiba-tiba tongkat itu (menjadi) ular yang nyata.

Kalimah ثُعبانٌ bermaksud ular sawa besar. Dan memang ia menjadi ular yang benar, yang مُّبينٌ bukan main-main. Lengkap segala sifatnya. Semasa berlatih di Bukit Thur ianya tidak besar sangat. Sekarang saiz ular itu memang amat besar. Dan apabila digunakan kalimah فَإِذا, ia bermaksud ia tiba-tiba sahaja keluar. Tidak ada proses penukaran sikit demi sedikit. Maka ia tentu amat mengejutkan.

Sebelum ini Firaun sahaja yang menakutkan kerana kedudukan dan keganasannya. Tapi sekarang Allah telah menukar ketakutan manusia kepada ular itu dari takut kepada Firaun. Dulu Firaun berbangga sebab orang takut kepadanya. Sekarang itu pun Allah ambil dari dia.

Kepada para Rasul, mereka dibekalkan dengan mukjizat kerana mereka bawa perkara yang berat-berat dan memerlukan kekuatan yang lebih lagi. Dan yang mereka hadapi dalam dakwah mereka adalah kepala-kepala penjahat. Supaya para Rasul boleh mengalahkan mereka. Kalu kita sekarang, cukup dengan Qur’an sahaja.


 

Ayat 33: Mukjizat kedua.

وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذا هِيَ بَيضاءُ لِلنّٰظِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he drew out his hand; thereupon it was white for the observers.

(MELAYU)

Dan ia menarik tangannya (dari dalam bajunya), maka tiba-tiba tangan itu jadi putih (bersinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

 

Dalam kekecohan yang sedang berlaku itu Nabi Musa memasukkan tangannya ke dalam bajunya dan نَزَعَ  mengeluarkannya semula dan ia bercahaya berkilau seperti sinar bulan. Dalam ayat ini disebut ringkas sahaja tapi ada disebut dalam ayat-ayat yang lain.

Ia menyebabkan orang yang melihat terpegun dan terpersona kerana tangan Nabi Musa menjadi putih bercahaya.

Sebelum ini manusia yang mendengar dan berada di situ terpersona dengan kata-kata baginda sahaja dan sekarang mereka terpersona dengan apa yang ditunjukkan oleh baginda pula. Semakin kuat hujah baginda.


 

Ayat 34: Tapi Firaun tak mahu kalah juga.

قالَ لِلمَلَإِ حَولَهُ إِنَّ هٰذا لَسٰحِرٌ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Pharaoh] said to the eminent ones around him, “Indeed, this is a learned magician.

(MELAYU)

Fir’aun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang ahli sihir yang pandai,

 

قالَ لِلمَلَإِ حَولَهُ

Fir’aun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada sekelilingnya:

Sebelum ini Fir’aun berkata kepada semua orang yang di dalam istana termasuk pekerja-pekerja rendah pun tetapi kali ini Fir’aun nampak dia kena bercakap secara khusus kepada orang yang ada pangkat لمَلَإِ kerana dia kena kawal mereka supaya tidak terpengaruh dengan Nabi Musa. Kalau para pembesar pun dah mula percaya, masalah besar dia nanti.

 

إِنَّ هٰذا لَسٰحِرٌ عَليمٌ

Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang ahli sihir yang pandai,

Firaun telah menuduh yang nabi Musa adalah seorang ahli sihir yang hebat. Memang hebat tapi ia tidak lebih dari sihir sahaja. Maknanya Firaun hendak menidakkan kejadian itu sebagai mukjizat.

Dan tuduhan dan label ini akan menjadi polisi penerangan daripada kerajaan kepada rakyat nanti: bahawa Nabi Musa itu adalah seorang ahli sihir. Firaun tuduh yang Nabi Musa sudah lama meninggalkan mereka rupanya baginda pergi belajar sihir.


 

Ayat 35: Kemudian dia tuduh pula yang Nabi Musa itu adalah teroris nak ambil alih kerajaan Mesir.

يُريدُ أَن يُخرِجَكُم مِّن أَرضِكُم بِسِحرِهِ فَماذا تَأمُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He wants to drive you out of your land by his magic, so what do you advise?”

(MELAYU)

ia hendak mengusir kamu dari negerimu sendiri dengan sihirnya; maka kerana itu apakah yang kamu anjurkan?”

 

يُريدُ أَن يُخرِجَكُم مِّن أَرضِكُم بِسِحرِهِ

Dia hendak mengusir kamu dari negerimu dengan sihirnya;

Firaun menggunakan idea kenegaraan dengan orang bawahannya supaya mereka sama-sama melihat bahawa serangan Nabi Musa itu bukan kepada Firaun sahaja tetapi kepada negara keseluruhannya. Dia hendak memberitahu mereka yang jikalau Nabi Musa berkuasa, bukan sahaja Firaun yang ada masalah tetapi kedudukan mereka salam kerajaan juga akan jatuh. Dia nak takutkan mereka yang ada kedudukan dalam kerajaan itu.

 

فَماذا تَأمُرونَ

maka kerana itu apakah yang kamu anjurkan?”

Firaun tanya kepada pembesarnya: “Jadi apa yang kamu cadangkan? Ni Musa nak ambil alih negara kamu ni, apa kamu nak buat? Takkan tengok sahaja?”

Selalunya Firaun tidak meminta pendapat orang bawahannya pun tetapi kali ini apabila dia bertanya begitu, ia menunjukkan kelemahan dirinya. Ini adalah kerana dia sudah mula rasa takut dan rasa dia tidak dapat selesaikan masalah itu bersendirian.

Kalau hendak difikirkan Firaun boleh sahaja terus bunuh sahaja Nabi Musa dan Harun tetapi dia tahu yang jikalau dibunuh mereka berdua, umur dia akan pendek. Maknanya Firaun takut kerana dia sedar yang Nabi Musa itu benar seorang Nabi. Kerana dia tahu tentang sifat-sifat Nabi kerana mereka dulu pun ada Nabi Yusuf. Mereka tahu tentang Nabi dan bagaimana sifat mereka.


 

Ayat 36: Setelah diminta pendapat, maka para pembesar bagi cadangan.

قالوا أَرجِه وَأَخاهُ وَابعَث فِي المَدائِنِ حٰشِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Postpone [the matter of] him and his brother and send among the cities gatherers

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Tundalah (urusan) dia dan saudaranya dan kirimkanlah ke seluruh negeri orang-orang yang akan mengumpulkan (ahli sihir),

 

قالوا أَرجِه وَأَخاهُ

Mereka menjawab: “Tundalah (urusan) dia dan saudaranya

Irjah ini kalau kita boleh bayangkan kita telah menggigit sesuatu dengan gigi kita tetapi kita tidak terus memakannya. Digunakan di dalam ayat ini kerana para pemimpin itu mencadangkan kepada Firaun untuk mereka lepaskan Nabi Musa buat masa itu tetap pastikan yang dia dipantau dengar rapat.

Kerana Nabi Musa pernah cakap banyak perkara dan kalau tidak dipantau dia mungkin akan terus menyebarkan ajarannya kepada orang kebanyakan.

 

وَابعَث فِي المَدائِنِ حٰشِرينَ

dan kirimkanlah ke seluruh negeri orang-orang yang akan mengumpulkan

Dan hantar wakil ke setiap pekan untuk kumpul. Kumpul apa? Kumpul ahli sihir. Sebab zaman itu banyak ahli sihir. Maka mereka suruh kumpul dan lantik di tiap-tiap bandar dan pekan kalangan ahli-ahli sihir supaya dapat dikumpulkan mereka itu supaya nanti boleh diadakan pasukan ahli sihir yang kuat. Kira buat Akademi Ahli Sihir lah.


 

Ayat 37:

يَأتوكَ بِكُلِّ سَحّارٍ عَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who will bring you every learned, skilled magician.”

(MELAYU)

niscaya mereka akan mendatangkan semua ahli sihir yang pandai kepadamu”.

 

Nanti bila sudah dikenal pasti siapakah ahli-ahli sihir itu maka nanti senang sahaja dibawa mereka itu mengadap Firaun untuk menjalankan tugas mereka untuk berlawan dengan Nabi Musa.

Apabila digunakan kalimah يَأتوكَ ini bermaksud ianya mudah sahaja. Kerana rakyat tentu akan tunduk kepada Firaun. Kalau dipanggil tentu mereka akan datang. Atau tentera mereka banyak dan boleh paksa mereka datang, tidak ada masalah. Beri sahaja arahan, ia akan dijalankan.

Maka Firaun bersetujulah dengan cadangan ini. Dia nampak cadangan ini baik, padahal ia adalah rancangan dari Allah untuk mengalahkan dia nanti di hadapan rakyat Mesir.


 

Ayat 38: Ahli sihir sudah dikumpulkan.

فَجُمِعَ السَّحَرَةُ لِميقٰتِ يَومٍ مَّعلومٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So the magicians were assembled for the appointment of a well-known day.¹

  • i.e., the morning of the day of festival. See 20:5859.

(MELAYU)

Lalu dikumpulkan ahli-ahli sihir pada waktu yang ditetapkan di hari yang maklum,

 

Dipendekkan kisah ini, para ahli sihir telah berkumpul untuk berlawan dengan Nabi Musa pada hari yang telah diketahui. Kerana telah dapat direkrut kepada ahli sihir yang dihormati, maka yang lain-lain datang dengan rela. Tambahan pula mereka nampak mereka akan dapat peluang untuk dapat upah dan sebagainya. Mereka datang dari ceruk negeri Mesir sampaikan beribu-ribu mereka datang. Ada kata 15 ribu sampai 30 ribu pun ada pendapat yang mengatakan sedemikian.

‘Hari yang diketahui’ itu telah disebut dalam surah Taha iaitu hari perayaan mereka. Dibuat pertemuan antara ahli-ahli sihir dan Nabi Musa pada hari perayaan supaya dapat disaksikan oleh kesemua rakyat Mesir.


 

Ayat 39:

وَقيلَ لِلنّاسِ هَل أَنتُم مُّجتَمِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it was said to the people, “Will you congregate

(MELAYU)

dan dikatakan kepada orang banyak: “Berkumpullah kamu sekalian.

 

Rakyat dipastikan kena datang oleh Firaun di mana tentera telah memberitahu kepada rakyat yang mereka mesti datang kerana mereka hendak memalukan dan menutup mulut Nabi Musa.

Kerana di dalam masa menunggu pertemuan dengan ahli sihir itu tentunya Nabi Musa tidak duduk diam sahaja melainkan baginda terus berdakwah kepada rakyat dan Firaun kena jalankan rancangannya ini sehingga berjaya dan sehingga semua rakyat nampak bagaimana Nabi Musa akan dijatuhkan.

Firaun pastikan rakyat datang merana dia sangka dia akan menang. Rancangan dia sudah hebat dah, takkan boleh kalah pula? Sangkaan dia itu amat meleset sekali.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s