Tafsir Surah Ash-Shu’araa Ayat 20 – 29 (Debat dengan Firaun)

Ayat 20: Nabi Musa jawap perkara yang paling besar. Kerana itu yang dipentingkan. Maka kita juga kena jawap perkara yang paling penting. Jangan termakan dengan cubaan musuh yang hendak mengalih perhatian dari perkara utama.

قالَ فَعَلتُها إِذًا وَأَناْ مِنَ الضّالّينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Moses] said, “I did it, then, while I was of those astray [i.e., ignorant].

(MELAYU)

Berkata Musa: “Aku telah melakukannya, sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf.

 

Nabi Musa mengaku yang memang baginda ada melakukannya. Yang dimaksudkan adalah kejadian pembunuhan tak sengaja itu.

Nabi Musa pun tidak sebut apakah kes itu kerana Firaun tak cakap, maka baginda pun tak cakap.

Ini mengajar kita tak salah mengaku tersilap di masa lampau. Kerana waktu itu baginda tidak tahu. Baginda waktu itu masih jahil lagi dan belum diangkat menjadi Nabi dan Rasul. Maksudnya baginda tidak tahu yang dengan satu penumbuknya sahaja orang itu boleh mati.

Jadi baginda hendak menekankan yang baginda tidak sengaja membunuh orang itu. Dan kerana baginda tahu yang tidak akan ada perbicaraan nanti melainkan baginda akan terus dibunuh sahaja, maka kerana itu baginda lari.

Lihat bagaimana baginda tidaklah salahkan syaitan sahaja. Orang yang baik akan mengaku dan minta maaf.

Begitu juga kalau kita berdakwah nanti, dan ada orang ungkit balik kesalahan yang kita pernah lakukan dulu semasa muda, semasa jahil, maka mengaku sahajalah. Katakan yang itu dulu, sekarang dah lain. Sekarang kita dah tahu tentang agama, maka tak perlulah nak ungkit kisah dulu. Cuma janganlah kita elak atau kita nak lari dari mengaku.


 

Ayat 21:

فَفَرَرتُ مِنكُم لَمّا خِفتُكُم فَوَهَبَ لي رَبّي حُكمًا وَجَعَلَني مِنَ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So I fled from you when I feared you. Then my Lord granted me judgement [i.e., wisdom and prophethood] and appointed me [as one] of the messengers.

(MELAYU)

Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku hikmah serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul.

 

فَفَرَرتُ مِنكُم لَمّا خِفتُكُم

Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu,

Sebelum ini Nabi Musa dah mengaku apa yang baginda telah lakukan dulu. Sekarang baginda telah kembali kepada tugas baginda sebagai Rasul. Nabi Musa mengambil peluang dari kisah itu yang menyebabkan baginda melarikan diri daripada Mesir kerana baginda dahulu takut kepada mereka iaitu bukan hanya kepada Firaun sahaja tetapi kepada orang-orang lain yang mungkin ada keinginan untuk membunuh baginda.

Kerana baginda tahu yang Firaun dan pengikutnya itu adalah bangsa yang ganas dan tidak akan bertimbang rasa kerana mereka pun telah menjadikan Bani Israil sebagai hamba tanpa hak. Jadi baginda menjelaskan kenapa baginda lari bukannya kerana baginda bersalah.

Ini mengajar kita bahawa Nabi Musa itu kena membersihkan namanya kerana Rasul kena bersihkan nama sepertimana Nabi Yusuf sebelum keluar dari penjara mahu supaya namanya bersih dahulu kerana mereka akan berdakwah dan tidak patut mereka berdakwah dalam nama mereka cemar. Maka Nabi Musa kena jelaskan supaya orang ramai tahu yang baginda bukan sengaja membunuh lelaki yang itu.

Tapi lihatlah bagaimana Nabi Musa kata baginda takut kepada mereka dahulu dan memberi isyarat bahawa sekarang baginda sudah tidak takut lagi. Ini kerana baginda yakin dengan janji Allah yang akan menyelamatkan baginda. Ini sebenarnya adalah satu perkara yang boleh menyebabkan Firaun marah kerana ada orang yang tidak takut dengan dia lagi.

 

فَوَهَبَ لي رَبّي حُكمًا

kemudian Tuhanku memberikan kepadaku hikmah 

Nabi Musa memberitahu setelah baginda melarikan diri itu Allah telah memberikan ilmu kenabian kepada baginda. Maksudnya baginda diberi dengan hukum syariat dan menjadikan baginda seorang Nabi.

 

وَجَعَلَني مِنَ المُرسَلينَ

serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul.

Dan kemudian telah menjadikan baginda seorang Rasul. Mula kena jadi Nabi dahulu, kemudian baru diangkat menjadi Rasul.

Jadi Nabi Musa mengingatkan kembali kepada mesej pertamanya iaitu baginda adalah Rasul kepada mereka. Kerana Firaun dah ubah topik dan baginda kena bawa balik kepada tajuk perbincangan. Iaitu baginda datang kerana ada tugas untuk menyampaikan.


 

Ayat 22:

وَتِلكَ نِعمَةٌ تَمُنُّها عَلَيَّ أَن عَبَّدتَ بَني إِسرٰءيلَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And is this a favor of which you remind me – that you have enslaved the Children of Israel?”

(MELAYU)

Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperbudak Bani Israil”.

 

Sebelum ini Firaun telah mengingatkan kepada Nabi Musa yang dia telah menjaga Nabi Musa dari kecil. تَمُنُّها bermaksud menceritakan balik jasa. Baginda nak ingatkan balik yang baginda boleh sampai ke rumah Firaun itu kerana Firaun sendiri yang hendak membunuh baginda. Kerana Firaun telah keluarkan arahan untuk bunuh semua anak-anak lelaki maka ibu baginda terpaksa meletakkan baginda di dalam peti dan telah dihanyutkan sampai kepada istana Firaun.

Jadi berlakunya baginda datang ke istana Firaun itu bukanlah kerana jasa Firaun tetapi disebabkan oleh perbuatan Firaun juga. Kalau bukan Firaun keluarkan arahan itu, tidaklah baginda sampai ke istananya.

Jadi Nabi Musa perli Firaun: sebab aku duduk rumah kamu itu kamu kata kamu beri nikmat kepada aku? Kamu lupakan sebab apa aku boleh ke rumah kamu itu dulu?

Baginda sampai ke rumah Firaun itu adalah kerana kezaliman Firaun memperhambakan Bani Israil sahaja. Berasal dari situ sampai meleret baginda kena tinggal di bawah jagaan Firaun. Maka jangan nak ungkitlah wahai Firaun. Ini semua sebab kamu juga.

Dan kalau Firaun nak gunakan jasa dia menjaga Nabi Musa sebagai perkara baik, itu tidak dapat nak mengangkat segala kesalahan dia menjadikan seluruh Bani Israil sebagai hamba entah berapa lama. Janganlah nak guna jaga seorang lelaki sahaja sebagai imbalan untuk penindasan sekian lama itu.


 

Ayat 23: Firaun nak lawan juga.

قالَ فِرعَونُ وَما رَبُّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Said Pharaoh, “And what is the Lord of the worlds?”

(MELAYU)

Fir’aun bertanya: “Siapa Tuhan semesta alam itu?”

 

Lihat bagaimana hujah Nabi Musa itu tidak dijawab oleh Firaun kerana baginda memang benar dan Firaun takkan dapt jawap dengan jelas.

Dan apabila Firaun tidak dapat mempertahankan hujahnya maka dia akan tukar kepada topik yang lain.

Firaun memperlecehkan dakwaan Nabi Musa yang ada Tuhan yang sebenar Tuhan, bukan Firaun. Firaun mempersoalkan tentang Tuhan pula. Cara tanya Firaun itu menunjukkan Firaun tidak anggap Allah itu tak penting dia sampai pakai kalimah ما (apa) sahaja. Seolah-olah Tuhan itu tidak penting, macam benda sahaja.

Ia adalah soalan ما هي (apa jenis Tuhan itu). Ini soalan yang tidak patut. Ini macam soalan orang tarekat yang tanya: apakah hakikat Tuhan? Kalau kita tidak boleh jawab maka mereka kata kita bodoh sedangkan itu adalah rekaan mereka sahaja. Mereka tidak sedar yang soalan mereka itu sama dengan soalan Firaun. Kerana minta penjelasan tentang Dzat Tuhan padahal kita tidak akan tahu. Mana kita ada maklumat hakikat Tuhan? Mereka pun tidak ada melainkan rekaan sahaja. Kalau kita boleh tahu hakikat Tuhan, tentulah yang tahunya adalah Rasulullah tapi tidak pernah pun baginda ajar para sahabat dengan maklumat itu.


 

Ayat 24: Nabi Musa tidak terkesan dengan soalan Firaun tentang Tuhan itu kerana baginda memang tidak boleh memberitahu Dzat Tuhan tetapi baginda boleh memberitahu sifatNya.

قالَ رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ وَما بَينَهُما ۖ إِن كُنتُم مّوقِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Moses] said, “The Lord of the heavens and earth and that between them, if you should be convinced.”

(MELAYU)

Musa menjawab: “Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya (Itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayai-Nya”.

 

قالَ رَبُّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ وَما بَينَهُما

Musa menjawab: “Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya

Seorang pendakwah seperti Nabi Musa ini mengajar kita bahawa tidak boleh terkesan dengan hujah orang yang di hadapan kita. Kita tidak boleh terikut-ikut dengan mereka. Macam doktor dengan pesakit, bukan boleh ikut kata pesakit dan kena beri ubat yang sepatutnya dia terima sahaja. Maka begitulah dengan orang yang sakit akidah, maka kita tidak boleh ikut kehendak dia melainkan kita kena beri ajaran sebagaimana yang sepatutnya.

Ini dipanggil sifat istiqlal – tidak terkesan dengan orang.

Oleh itu Nabi Musa tidak melayan permintaan Firaun yang meminta supaya ditunjukkan apakah Dzat Tuhan itu.

Nabi Musa beritahu Tuhan yang sebenarnya adalah Tuhan kepada langit dan bumi. Dan disebut langit dahulu kerana keturunan Firaun ini sangka yang mereka itu adalah keturunan daripada tuhan matahari. Mak ditolak perkara itu dahulu.

 

إِن كُنتُم مّوقِنينَ

jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayai-Nya”.

Baginda beritahu mereka yang kalau mereka semua mahu menjadi orang yang yakin, maka baginda ada maklumat untuk diberikan kepada mereka semua. Waktu itu belum ditunjukkan lagi mukjizat-mukjizat yang telah dibekalkan oleh Allah.


 

Ayat 25: Firaun bertambah marah.

قالَ لِمَن حَولَهُ أَلا تَستَمِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Pharaoh] said to those around him, “Do you not hear?”

(MELAYU)

Berkata Fir’aun kepada orang-orang sekelilingnya: “Apakah kamu tidak mendengarkan?”

 

Firaun sedang marah. Kerana Nabi Musa tidak bercakap dengan dia sahaja tetapi telah berkata-kata kepada orang ramai dan ini dilihat sebagai sesuatu yang kurang ajar.

Dia juga marah kerana orang-orang yang di sekelilingnya seolah-olah seperti sedang mendengar apa yang dikatakan oleh Nabi Musa. Kerana mereka nampaknya berminat dengan apa yang hendak dikatakan oleh Musa dan Firaun perasan apa yang berlaku.

Maka Firaun bercakap kepada orang di sekelilingnya. Fai taun kata: “Kamu tak dengarkah apakah yang Musa ni cakap? Aku tanya lain tapi dia jawab lain. Juga kamu tak hairankah kerana dia ini kata, ada lagi Tuhan lain selain aku?”. Ini kerana selama ini Firaun dah beritahu kepada rakyatnya yang dialah tuhan dan rakyat percaya kepada dia.

Begitulah liciknya Firaun memainkan kata-kata. Dia sebenarnya yang cakap merepek tapi dia tuduh Nabi Musa yang merepek. Sebab itu Allah masukkan kata-kata Firaun ini di dalam Qur’an supaya kita boleh belajar bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dan tuduhan yang sebegini.


 

Ayat 26: Musa sambung ceramah lagi. Tak layan pun kata-kata Firaun itu tetapi baginda sambung dengan ceramah baginda. Sekarang baginda beri Dalil aqli anfusi. Sebelum ini Nabi Musa beri dalil aqli afaqi sekarang baginda beri dalil aqli anfusi pula.

قالَ رَبُّكُم وَرَبُّ ءآبائِكُمُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Moses] said, “Your Lord and the Lord of your first forefathers.”

(MELAYU)

Musa berkata (pula): “Tuhan kamu dan Tuhan nenek-nenek moyang kamu yang dahulu”.

 

Mereka mementingkan dan berbangga dengan keturunan mereka dahulu. Maka Allah sentuh tentang keturunan. Allah bukan Tuhan yang baginda baru reka tapi Dia adalah Tuhan dari dulu lagi.

Semua makhluk yang ada, Tuhannya adalah Allah.


 

Ayat 27: Firaun cuba mencelah. Sekarang dia hendak menjatuhkan kedudukan Nabi Musa pula. Cara ini dinamakan character assassination.

قالَ إِنَّ رَسولَكُمُ الَّذي أُرسِلَ إِلَيكُم لَمَجنونٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Pharaoh] said,¹ “Indeed, your ‘messenger’ who has been sent to you is mad.”

  • Angrily addressing those present.

(MELAYU)

Fir’aun berkata: “Sesungguhnya Rasulmu yang diutus kepada kamu sekalian benar-benar orang gila”.

 

Rasul kamu – merujuk kepada orang ramai – Rasul yang kamu nak percaya ni….. Dia perli kerana nampak kaumnya dah percaya kepada Musa. Firaun sedang bercakap dengan orang bawahannya.

Kamu nak ikut lelaki yang gila ini? Dah hilang akal agaknya kamu.


 

Ayat 28: Musa sambung kenalkan Allah. Tak layan gangguan dari Firaun itu.

قالَ رَبُّ المَشرِقِ وَالمَغرِبِ وَما بَينَهُما ۖ إِن كُنتُم تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Moses] said, “Lord of the east and the west and that between them, if you were to reason.”

(MELAYU)

Musa berkata: “Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal”.

 

قالَ رَبُّ المَشرِقِ وَالمَغرِبِ وَما بَينَهُما

Musa berkata: “Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya:

Nabi Musa tidak hirau apakah yang dikatakan oleh Firaun sebelum ini dan baginda terus mengajar memperkenalkan tentang Allah.

Kenapa timur dan barat penting dalam ayat ini? Kerana mereka menyembah matahari dan sekarang Musa memberitahu bahawa tempat lain dan juga tempat turun dan jatuhnya matahari itu adalah kepunyaan Allah. Maka sembahlah Allah, pencipta matahari itu, bukannya sembah matahari.

Juga menunjukkan kekuasaan Allah. Barulah boleh jadi Tuhan kalau boleh menentukan perjalanan alam ini. Jadi kalau Firaun ini mengaku dia Tuhan, maka kenalah dia ubah perjalanan matahari itu bagi ia terbit dari barat pula. Semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ}

orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan, “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan, “orang itu berkata, “aku dapat menghidupkan dan mematikan.” Ibrahim berkata, “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat.” (Al-Baqarah: 258), hingga akhir ayat.

Juga timur dan barat bermaksud bumi ini di mana Nabi Musa memberitahu yang Allah yang memiliki bumi ini timur dan barat dan bukannya Firaun. Firaun raja Mesir sahaja dan tak lebih dari itu.

 

إِن كُنتُم تَعقِلونَ

jika kamu mempergunakan akal”.

Baginda mengajak mereka menggunakan akal mereka, dan kalau begitu mereka tentu boleh menerima dakwah yang disampaikan.

Ini mengingatkan kita yang agama ini senang sebenarnya untuk difahami oleh akal. Tidak ada benda yang pelik. Kalau akaran yang pelik, itu bukanlah ajaran yang benar.

Nabi Musa nak suruh mereka gunakan akal mereka yang waras. Kalau pakai akal, memang jelas nampak yang Firaun itu salah dan zalim. Maka tolaklah Firaun itu dan janganlah takut kepada Firaun kerana dia seorang sahaja sedangkan kita ini ramai.

Nabi Musa hendak mengajar mereka berfikir yang jikalau hendak puja mana-mana Tuhan pun sekurang-kurangnya ia ada kuasa mencipta. Firaun mana ada kuasa mencipta. Dia hanya dakwa sahaja dia tuhan.


 

Ayat 29: Firaun nak tutup kes dengan Nabi Musa itu dengan bagi ancaman. Dia nampak keadaan sudah jadi bahaya dah kerana tenteranya pun macam dah nak ikut cakap Nabi Musa. Dia nak berhujah lagi tidak ada fakta dah, maka dia gunakan kekerasan dan kuasa dia pula.

قالَ لَئِنِ اتَّخَذتَ إِلٰهًا غَيري لَأَجعَلَنَّكَ مِنَ المَسجونينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Pharaoh] said, “If you take a god other than me, I will surely place you among those imprisoned.”

(MELAYU)

Fir’aun berkata: “Sungguh jika kamu menyembah Tuhan selain aku, benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan”.

 

Firaun kata: “Kalau kamu berani ambil tuhan lain selain aku, aku akan masukkan kamu yang ke dalam penjara. مِنَ المَسجونينَ maksudnya dah ada yang dah masuk dalam penjara kerana berani bercakap yang tidak sesuai dengan dia. Memang kalau ada yang cuba nak melawan akan dimasukkan ke dalam penjara kalau tak dibunuh.

Dia buktikan yang dia tidak ada hujah sampaikan dia terpaksa pakai kuasa keras sahaja. Dia dah kalah dah dalam perdebatan ini. Begitulah yang banyak dilakukan oleh diktator dalam dunia ini – kalau ada yang nak beza pendapat sahaja, masukkan dalam penjara. Kerana mereka tak sanggup biarkan kesalahan dan kesilapan mereka disebut-sebut oleh rakyat maka mereka akan tutup mulut yang berani bercakap itu dengan penjara.

Penjara pada zaman Firaun itu adalah penjara maut kerana akan dibiarkan sampai mati. Tidak ada peluang nak keluar dan akan mati di dalamnya. Ini adalah ancaman kepada mereka yang berani untuk beriman dengan ajaran Nabi Musa itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s