Tafsir Surah Ash-Shu’araa Ayat 10 – 19 (Firaun mengungkit)

Ayat 10: Sekarang masuk kepada bahagian baru di mana Allah memberi contoh kehidupan Nabi Musa as. Ini adalah sambungan daripada kisah Nabi Musa yang banyak telah disebut di dalam surah Taha. Banyak diberitahu tentang kisah Nabi Musa dalam Qur’an kerana perjuangan baginda sama dengan perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat. Maka Allah beri banyak contoh kehidupan dan perjuangan baginda supaya kita boleh ambil pengajaran.

Jadi ini adalah Dalil Naqli.

وَإِذ نادىٰ رَبُّكَ موسىٰ أَنِ ائتِ القَومَ الظّالِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] when your Lord called Moses, [saying], “Go to the wrongdoing people –

(MELAYU)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): “Datangilah kaum yang zalim itu,

 

وَإِذ نادىٰ رَبُّكَ موسىٰ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa

Kisah ini terus bermula dengan arahan yang diberikan kepada Nabi Musa untuk pergi berdakwah kepada bangsa Qibti semua sekali. Allah menceritakan dengan ringkas ketika Dia menyeru Nabi Musa dari sisi kanan Bukit Thur; ketika itu Allah berbicara langsung dengan baginda dan telah mengangkatnya menjadi seorang Rasul.

Ayat lain dalam surah lain baginda dakwah kepada Firaun sahaja. Dan ada ayat kata dakwah kepada Firaun, Haman dan Qarun. Jadi maknanya, baginda kena dakwah kepada semua sekali.

 

أَنِ ائتِ القَومَ الظّالِمينَ

“Datangilah kaum yang zalim itu,

Allah beritahu yang bangsa Qibti itu termasuk Firaun adalah zalim. Ini adalah kerana mereka memperhambakan Bani Israil. Ini adalah kerana Bani Israil adalah kaum pendatang ke Mesir dan lama kelamaan mereka dijadikan sebagai bangsa kelas ketiga dan akhirnya jadi hamba.

Kepada mereka yang zalim itulah Nabi Musa kena sampaikan dakwah ajak kepada tauhid dan cara kehidupan yang baik. Sepertimana Nabi Musa diarahkan untuk berdakwah kepada bangsa yang zalim, maka begitu juga Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wassalam diarahkan untuk berdakwah kepada kaum Quraisy yang juga zalim.

Memang tugas para Nabi itu adalah berat. Jadi kalau kita susah nak dakwah kerana bangsa kita pun susah bak terima ajaran tauhid ini, maka bayangkan kesusahan para Nabi yang memang berdakwah kepada kaum yang jauh lebih zalim. Seteruk mana pun bangsa kita, tidaklah lebih zalim dari bangsa Qibti dan Quraisy itu.


 

Ayat 11:

قَومَ فِرعَونَ ۚ أَلا يَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The people of Pharaoh. Will they not fear Allāh?”

(MELAYU)

(yaitu) kaum Fir’aun. Mengapa mereka tidak bertakwa?”

 

قَومَ فِرعَونَ

(yaitu) kaum Fir’aun.

Allah terus memberitahu siapakah kaum yang dimaksudkan itu. Ada banyak lagi kaum-kaum yang tidak beriman waktu itu, tetapi baginda dihantar kepada pusat negara kerana Firaun memerintah di Mesir dan menguasai kawasan-kawasan sekitarnya.

Ini menyambung berita yang Allah berikan kepada kita yang para Rasul itu memang dihantar kepada ibu negara atau ke pusat syirik. Kena betulkan dari pusat dan dari pusat nantilah manusia di kawasan pendalaman akan ikut.

 

أَلا يَتَّقونَ

Mengapa mereka tidak bertakwa?”

Allah suruh ajak mereka kepada iman. Mereka telah lama mengamalkan ajaran syirik, maka tanya mereka adakah mereka nak bertaqwa?

Atau Allah mengeluh: kenapakah mereka tidak mahu beriman?

Taqwa itu takut kepada Allah dan kerana takut kepada Allah, maka orang yang bertaqwa akan jaga perbuatan mereka supaya sesuai dengan kehendak Allah.


 

Ayat 12: Apakah jawapan Nabi Musa as setelah baginda menerima arahan itu?

قالَ رَبِّ إِنّي أَخافُ أَن يُكَذِّبونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “My Lord, indeed I fear that they will deny me

(MELAYU)

Berkata Musa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan aku.

 

Nabi Musa terus memberitahu kerisauan hati baginda. Baginda rasa yang kalaupun baginda berdakwah kepada mereka, mereka itu tidak akan beriman. Baginda dah rasa yang mereka akan memotong percakapan baginda sebelum sempat habis beri penjelasan. Kerana mereka itu memang kaum ganas. Bukan boleh diajak berbincang pun. Nabi Musa sudah tahu yang kaum itu akan mengatakan baginda berdusta.

Dah itulah juga kerisauan yang dialami oleh Rasulullah kerana kaum Quraisy itu kebanyakannya tidak mahu beriman dan Allah memberitahu bahawa bukan baginda Rasul yang pertama yang mengalami masalah yang sama.


 

Ayat 13:

وَيَضيقُ صَدري وَلا يَنطَلِقُ لِساني فَأَرسِل إِلىٰ هٰرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that my breast will tighten and my tongue will not be fluent, so send for Aaron.

(MELAYU)

Dan (kerananya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah (Jibril) kepada Harun.

 

وَيَضيقُ صَدري وَلا يَنطَلِقُ لِساني

Dan (kerananya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku

Baginda rasa dada baginda akan jadi sempit jikalau dakwah baginda ditolak. Dan begitu jugalah kita rasa kalau dakwah yang kita sampaikan kepada manusia itu ditolak, bukan? Kita rasa sentap sahaja jantung ini kalau ditolak, bukan? Maka jangan hairanlah, para Rasul pun rasa macam itu juga. Tapi mereka tetap berdakwah.

Dan baginda takut jikalau dada baginda sempit maka baginda tidak dapat nak cakap dengan lancar dan mengganggu baginda menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Kerana kalau dada sempit, lidah pun boleh jadi kelu, bukan?

Dan jikalau dada baginda sempit, maka lidah baginda akan kelu dan susah untuk baginda bercakap selepas itu. Baginda risau kerana baginda prihatin nak sampaikan dakwah kepada mereka dan baginda takut dakwah terganggu pula. Memang kebiasaan kita kalau sedang marah, maka lidah kita akan kelu. Kerana itu di dalam perdebatan, salah satu teknik adalah menyebabkan pihak lawan kita marah. (Ini bukanlah cara debat islam, tapi teknik biasa yang digunakan dalam debat).

Maka Nabi Musa dah tahu yang baginda akan marah bila bertembung dengan puak Qibti itu. Tambahan pula baginda seorang yang senang marah.

Dan baginda memang ada masalah gagap. Kalau asal memang dah jenis gagap, maka senang sahaja lidah baginda jadi kelu nanti.

 

فَأَرسِل إِلىٰ هٰرونَ

maka utuslah kepada Harun.

Maka baginda minta supaya wahyu juga diberikan kepada abangnya Harun. Hantar jugalah Jibrail kepada Harun itu. Jadikanlah dia juga sebagai Nabi.

Nabi Musa minta kerana baginda mementingkan tugas itu. Maka baginda harap ia dapat dijalankan dengan baik. Dan baginda takut yang baginda tidak dapat menjalankannya sendirian. Ini menunjukkan yang Nabi Musa mementingkan mesej itu dan bukannya kerana baginda takut keseorangan.

Baginda minta Allah hantar sendiri wahyu kepada Nabi Harun supaya dia sendiri dah tahu dia juga seorang Nabi. Tidaklah perlu Nabi Musa sendiri jumpa Harun dan beritahu tentang perkara itu.

Dalam Surah Taha telah banyak disebut tentang Nabi Harun. Dan dalam Surah Qasas nanti akan disebut kenapakah nabi Musa meminta nabi Harun juga diangkat menjadi Nabi.


 

Ayat 14: Nabi Musa ada lagi kerisauan lain.

وَلَهُم عَلَيَّ ذَنبٌ فَأَخافُ أَن يَقتُلونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they have upon me a [claim due to] sin, so I fear that they will kill me.”

(MELAYU)

Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku”.

 

وَلَهُم عَلَيَّ ذَنبٌ

Dan mereka ada dakwaan dosa ke atas aku,

Dan baginda mengaku yang baginda ada rekod jenayah di Mesir kerana baginda pernah membunuh seorang lelaki Qibti. Kisah ini ada disebut dalam Surah Qasas. Oleh kerana kejadian itu, maka ada waran tangkap terhadap baginda. Kerana itulah baginda telah melakukan diri ke Madyan.

Kalimah ذَنبٌ bermaksud sesuatu perkara yang kita malu dan tidak semestinya ia adalah dosa. Kerana kita sedar yang akidah kita terhadap para rasul itu ialah mereka itu tidak melakukan dosa. Mereka maksum dari melakukan dosa. Dan nanti apabila baca Surah Qasas kita akan tahu bagaimana kejadian itu sebenarnya memang bukan dosa Nabi Musa kerana baginda tidak sengaja.

Ia juga boleh perkara yang mempunyai penyelesaian atau kesan yang buruk. Kerana kejadian Nabi Musa menumbuk lelaki itu mungkin benar, tetapi kesannya buruk iaitu lelaki itu mati. Dan baginda kena lari dan nama baginda buruk kerana dikatakan telah membunuh satu jiwa. Dan kalau nama baginda buruk, macam mana baginda nak dakwah kerana orang ramai tentu tidak percaya kepada baginda, bukan?

 

فَأَخافُ أَن يَقتُلونِ

maka aku takut mereka akan membunuhku”.

Nabi Musa takut jikalau baginda pergi ke Mesir kembali dan memperkenalkan dirinya semula, maka baginda akan dibunuh. Kerajaan Firaun bukan akan bagi peluang untuk dia mempertahankan dirinya pun nanti, akan terus bunuh sahaja.

Jadi baginda pun takut yang baginda akan kena bunuh. Tapi tengok bagaimana hal nyawanya sendiri disebut di akhir sekali menunjukkan yang perkara ini tidak penting kalau dibandingkan dengan perkara-perkara yang lain. Yang baginda lebih pentingkan adalah dakwah itu. Baginda nak dakwah dapat dijalankan dengan baik.

Memang logik apabila Nabi Musa takut yang baginda akan dibunuh kerana baginda tahu yang undang-undang negara itu bukan kira yang dia dulu bukan sengaja membunuh tetapi terbunuh sahaja. Baginda tahu yang mereka tidak akan kira. Baginda tahu yang undang-undang negara Mesir itu bukan akan adakan perbicaraan kerana apabila telah bunuh sahaja kaum mereka, maka balasannya adalah bunuh. Kerana undang-undang di tangan Firaun dan bukannya di mahkamah.

Jadi dari sini kita tahu yang Nabi Musa ada sejarah baginda di masa lampau. Begitulah kita kadang-kadang bukannya baik sangat di kampung dulu masa kecil. Baru sekarangsahaja telah belajar tafsir Qur’an, barulah tahu tentang agama. Dan setelah tahu tentang wahyu, sudah hendak berdakwah kepada orang kampung maka tentulah kita rasa risau. Mulalah kita terfikir yang kita dulu bukannya baik sangat. Ada kes curi lembu, mengorat anak dara orang dan sebagainya.

Tapi itu semua adalah kisah dahulu. Agama tak hiraukan apa yang dilakukan dahulu asalkan sudah menyesal dan minta ampun. Kalau curi lembu orang, kena pulangkan dan apa-apa sahaja balasan yang kena dilakukan. Yang penting adalah sekarang. Masa silam bukan penghalang untuk berdakwah. Mana ada orang yang rekod baik sahaja dari kecil dahulu?


 

Ayat 15: Nabi Musa telah sampaikan kerisauan baginda. Itu bukanlah alasan dari baginda untuk tidak buat kerja dakwah atau tolak jawatan Rasul. Tapi baginda mengadu kepada Allah supaya semua halangan-halang itu diselesaikan dari diri baginda.

Maka apakah jawapan Allah?

قالَ كَلّا ۖ فَاذهَبا بِئايٰتِنا ۖ إِنّا مَعَكُم مُّستَمِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “No. Go both of you with Our signs; indeed, We are with you, listening.

(MELAYU)

Allah berfirman: “Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mukjizat-mukjizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan),

 

قالَ كَلّا ۖ

Allah berfirman: “Jangan takut

Tidak. Jangan risau. Jangan risaukan kata-kata mereka, lidahnya jadi kendur dan baginda tidak akan ditangkap dan dibunuh. Semuanya dalam perancangan dan takdir Allah dan Allah tidak akan benarkan perkara itu berlaku. Allah beritahu yang baginda pasti akan selamat.

Maka Allah selesaikan masalah baginda satu persatu. Baginda bukannya nak menolak jawatan itu. Dalam ayat lain disebut bagaimana Nabi Musa berdoa kepada Allah untuk menyelesaikan kerisauan baginda. Ini Seperti pengertian yang terdapat di dalam firman-Nya surat Taha, yaitu:

{قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي * وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي * وَاجْعَلْ لِي وَزِيرًا مِنْ أَهْلِي * هَارُونَ أَخِي * اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي * وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي * كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا * وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا * إِنَّكَ كُنْتَ بِنَا بَصِيرًا * قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَا مُوسَى}

berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha melihat (keadaan) kami”. Allah berfirman: “Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, Hai Musa. (Taha: 25-36)

 

فَاذهَبا بِئايٰتِنا

maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami 

Jangan risaukan semua perkara itu tetapi hendaklah mereka berdua (Nabi Musa dan Harun) pergi untuk berdakwah. Arahan itu diberikan kepada dua orang yang bermaksud permintaan Nabi Musa yang mencadangkan Nabi Harun jadi Nabi itu telah diperkenankan. Sekarang mereka berdua kena bergandingan bahu untuk menyampaikan wahyu Allah kepada manusia.

Mereka kena pergi berdakwah dengan bawa ayat-ayat dari Allah. Allah akan beri ayat (tanda) kepada mereka. Tanda-tanda yang banyak akan diberikan supaya manusia boleh percaya. Maksudnya baginda akan dapat banyak mukjizat.

 

إِنّا مَعَكُم مُّستَمِعونَ

sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan 

Allah kata Dia akan mendengar apa yang terjadi selepas itu. Kalimah مُستَمِعونَ bermaksud mendengar dengan rapat. Maka kalau Allah sendiri kata yang Dia ada dengar bersama, maka tentulah hilang rasa takut. Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

{إِنَّنِي مَعَكُمَا أَسْمَعُ وَأَرَى}

sesungguhnya Aku beserta kamu berdua, Aku mendengar dan melihat. (Taha: 46)

Maka kita pun kena dengar surah ini dengan rapat. Beri perhatian kepada apa yang kita dengar dan baca ini.


 

Ayat 16:

فَأتِيا فِرعَونَ فَقولا إِنّا رَسولُ رَبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Go to Pharaoh and say, ‘We are the messengers¹ of the Lord of the worlds,

  • The singular form in Arabic indicates that both were sent with a single message.

(MELAYU)

Maka datanglah kamu berdua kepada Fir’aun dan katakanlah olehmu: “Sesungguhnya Kami adalah Rasul Tuhan semesta alam,

 

Digunakan kalimah فَأتِيا yang bermaksud datang dengan mudah tanpa masalah. Bukan kalimah جاء yang digunakan yang lebih berat. Maksudnya Allah memberitahu yang baginda akan mudah sahaja untuk berjumpa dengan Firaun. Akan tetapi, bukankan Firaun itu duduknya di istana? Bukankah itu bermaksud yang Firaun itu akan dikawal rapi dan susah untuk berjumpa dengannya? Tidak mengapa kerana Allah akan mudahkan.

Bayangkan betapa beratnya kalimah dakwah mereka ini. Bukankah Firaun itu sendiri sudah mengaku yang dia adalah tuhan? Dan sekarang Nabi Musa dan nabi Harun kena datang bertemu dengan Firaun dan memberitahu yang mereka berdua itu datang dari Tuhan yang sebenar iaitu Allah. Tidakkah ini berat? Tentu Firaun marah dan terasa kan? Kalau memalukan raja, apa akan jadi? Tambahan pula kalau raja yang zalim macam Firaun?

Jadi pertama sekali mereka kena declare yang mereka itu adalah para Rasul yang menyampaikan ajaran dan wahyu dari Allah. Dan sebagai Rasul, mereka kena ditaati oleh Firaun, dan semua rakyat.

Kalimah رَسولُ digunakan di dalam ayat ini yang bermaksud seorang Rasul sedangkan mereka itu berdua. Ini memberi isyarat bahawa mereka kena datang bersama-sama dan tidak boleh dipisahkan kerana mereka itu satu suara.


 

Ayat 17: Apa lagi yang mereka kena cakap kepada Firaun?

أَن أَرسِل مَعَنا بَني إِسرٰءيلَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Commanded to say], “Send with us the Children of Israel.”‘ “

(MELAYU)

lepaskanlah Bani Israil (pergi) beserta kami”.

 

Seterusnya Nabi Musa dan Nabi Harun kena minta Firaun melepaskan Bani Israil yang telah mereka jadikan sebagai hamba sekian lama. Mereka itu kaum yang mulia dan tidak patut dijadikan sebagai hamba.

Bayangkan Firaun ada satu kaum sebagai hamba. Waktu itu dikatakan mereka ada lebih kurang 600 ribu semua sekali. Itu semua adalah buruh percuma mereka. Memang tak dapat dibayangkan kerana mana ada orang ada satu kaum sebagai hamba. Tapi Firaun ada hamba sebanyak itu. Agak-agak senang nak Firaun nak lepaskan?

Dan bayangkan juga yang Firaun itu telah membunuh anak lelaki yang baru lahir, dua tahun sekali (selang setahun) tetapi Bani Israil itu tidak berani pun untuk memberontak kepada Firaun. Maknanya Firaun ini memang berkuasa benar dan tidak dapat dilawan langsung oleh Bani Israil. Tiba-tiba ada dua orang dari kalangan mereka yang datang nak minta mereka semua dilepaskan?

Adalah Firaun akan lepaskan begitu sahaja? Maknanya selama ini Bani Israil itu dijadikan sebagai tenaga kerja percuma Firaun dan bangsanya tetapi tiba-tiba akan kehilangan mereka.

Maka tentunya kita dapat bayangkan yang Firaun tidak akan setuju untuk melepaskan mereka kerana padanya, mereka itu semua adalah hamba-hambanya dan banyak kerja lagi yang dia hendak lakukan.


 

Ayat 18: Sekarang kita lihat apakah maklum balas dan jawapan dari Firaun.

قالَ أَلَم نُرَبِّكَ فينا وَليدًا وَلَبِثتَ فينا مِن عُمُرِكَ سِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Pharaoh] said, “Did we not raise you among us as a child, and you remained among us for years of your life?

(MELAYU)

Fir’aun menjawab: “Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu.

 

قالَ أَلَم نُرَبِّكَ فينا وَليدًا

Fir’aun menjawab: “Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak

Ayat sebelum ini menyebut arahan Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Tidak disebut bagaimanakah cara mereka sampaikan permintaan itu kepada Firaun.

Sekarang tiba-tiba kita sampai dalam keadaan Nabi Musa dan Nabi Harun telah berada di dalam istana Firaun. Kisah perjalanan baginda berdua itu tidak disebut pun kerana ianya akan membosankan kerana panjang sangat. Kita pun tidak tahu dengan pasti apakah reaksi Firaun apabila Nabi Musa cakap permintaannya itu. Maka kena isikan tempat kosong yang tidak disebut dalam ayat Qur’an.

Kalau dalam filem zaman sekarang pun, tidaklah pengarah filem akan tunjuk satu persatu perjalanan kisah itu. Kerana itu akan membosankan, bukan? Maka dalam Qur’an pun begitu juga. Allah sebut perkara-perkara yang penting sah

Lihat bagaimana jawapan daripada Firaun ini yang tidak menjawab apa yang diminta oleh Nabi Musa. Setakat ini ada dua mesej utama yang disampaikan oleh baginda iaitu baginda adalah Rasul dan baginda mahu diberikan Bani Israil untuk dibebaskan.

Tetapi Firaun balas dengan mengingatkan Nabi Musa yang dia dahulu yang menjaga Nabi Musa dari kecil (tarbiyah). Pertama, Firaun hendak menukar topik dan keduanya hendak menyebabkan Nabi Musa rasa bersalah dan terhutang budi dengannya.

Ini adalah cara manipulasi yang banyak digunakan oleh manusia untuk menang dalam hujah. Sebagai contoh, kadangkala ada orang yang tidak suka kita melakukan kebaikan maka mereka akan menggunakan logik akal yang tidak berapa logik. Sebagai contoh, apabila ada dari kalangan keluarga mereka yang mahu masuk ke dalam agama Islam mereka berhujah seolah olah agama Islam itu adalah agama musuh tradisi mereka. Mereka berhujah: “sanggup kamu nak tinggalkan agama nenek moyang kamu!!! Sanggup kami masuk ke dalam agama yang telah menindas tok nenek kita dahulu??!” Kalau kita kaji, hujah ini tidak ada kena mengena pun. Tidak ada guna kalau nak terus berada dalam agama nenek moyang kalau agama itu salah; dan apakah bukti yang mengatakan agama Islam itu pernah menindas bangsa dahulu. Tapi cara hujah ini digunakan untuk bagi orang lain rasa bersalah.

Maka hujah pertama Firaun adalah dengan ingatkan Nabi Musa yang dia telah mengasuh baginda dari kecil.

 

وَلَبِثتَ فينا مِن عُمُرِكَ سِنينَ

dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu.

Dan Firaun tambah lagi dengan mengingatkan yang Nabi Musa telah lama tinggal di istananya. Maknanya dulu makan minum dan pakai Nabi Musa diberikan olehnya.

Dalam riwayat ada disebut yang baginda tinggal di istana Firaun itu selama 18 tahun jadi bukan sekejap. Jadi dia nak kata Nabi Musa tak kenang budi dia lah.


 

Ayat 19: Hujah Firaun seterusnya.

وَفَعَلتَ فَعلَتَكَ الَّتي فَعَلتَ وَأَنتَ مِنَ الكٰفِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [then] you did your deed which you did,¹ and you were of the ungrateful.”

  • i.e., striking the Copt, who died as a result.

(MELAYU)

dan kamu telah berbuat suatu perbuatan yang telah kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.

 

وَفَعَلتَ فَعلَتَكَ الَّتي فَعَلتَ

dan kamu telah berbuat suatu perbuatan yang telah kamu lakukan itu

Dan Firaun mengingatkan Nabi Musa tentang perbuatannya dulu dan tidak disebut di dalam ayat ini tetapi yang dimaksudkan adalah pembunuhan seorang lelaki oleh Nabi Musa.

Dalam ayat ini Firaun tidak menyebut apakah perbuatan itu seolah-olah Firaun sedang mempertahankan rahsia Nabi Musa supaya tidak diketahui oleh orang lain dan seolah-olah dia sekarang sedang jaga nama baik Nabi Musa.

Dan juga seolah-olah jikalau Nabi Musa tidak berhenti berdakwah maka Firaun akan beritahu rahsia itu kepada semua orang.

 

وَأَنتَ مِنَ الكٰفِرينَ

dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.

Firaun menuduh Nabi Musa kafir yang bermaksud tidak mengaku yang dia pernah membunuh lelaki itu.

Kafir juga bermaksud tidak bersyukur dan dia maksudkan Nabi Musa tidak bersyukur atas segala jasa dan nikmat yang telah diberikan olehnya.

Ingat kembali mesej Nabi Musa ada dua sahaja iaitu dia seorang Rasul dan berikan Bani Israil kepada baginda untuk dibebaskan, tetapi setakat ini Firaun tidak menjawab pun dua perkara itu malah menarik perhatian kepada perkara lain. Begitulah licik ya seorang lelaki yang bernama Firaun.

Lihat bagaimana Firaun mengalih perhatian daripada mesej Islam kepada serangan individu dan perkara ini banyak dilakukan oleh penentang agama dan penentang jalan sunnah. Mereka bukan berlawan hujah tapi sebut perkara-perkara lain. Contohnya, apabila diberikan hujah, ada golongan yang mempertikaikan kelayakan orang yang beri hujah itu. Bukannya nak jawap hujah, tapi nak jatuhkan status pemberi dalil itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s