Tafsir Surah Ash-Shu’araa Ayat 1 – 9 (Nabi risau sampai sakit)

Pengenalan:

Nama surah ini diambil daripada kalimah yang ada di hujung surah ini. Nama-nama yang dijadikan sebagai pengenalan surah itu membawa maksud tertentu kerana ada sesuatu yang hendak ditekankan sebagai perkara yang penting di dalam sesuatu surah itu dan kerana itu kita kena beri perhatian kepada nama-nama surah.

Surah ini banyak cerita menggunakan Dalil Naqli. Surah ini membicarakan ‘tauhid dalam berkat’. Ada 7 Dalil Naqli yang dibawa dan surah ini mengandungi banyak Dalil Naqli kerana awal surah ini telah sebut kalimah mubeen. Maka ini memberi isyarat yang surah hanya ada Dalil Naqli sahaja. Banyak kisah-kisah disampaikan dalam surah ini untuk menyedarkan manusia tentang tauhid.


 

Ayat 1:

طسم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Ash-Shu‘arā’: The Poets.

Ṭā, Seen, Meem.1

  • See footnote to 2:1.

(MELAYU)

Thaa Siim Miim

 

Menariknya apabila surah ini dimulai dengan huruf ط ia mengandungi kisah tentang Nabi Musa dan juga melibatkan ular. Ini sebagai satu pemerhatian sahaja dan bukanlah sebagai tafsir kepada Huruf Muqatta’ah ini.

Seperti selalu disebut, kita tidak tahu apa maksud bagi Huruf Miqatta’ah ini kerana Allah dan Nabi Muhammad tidak beritahu maknanya kepada kita. Maka kita kena terima yang kita tidak tahu dan jangan cuba untuk menafsirnya. Kita sudah bincangkan di tempat yang lain, antaranya di dalam Ghafir:1.


 

Ayat 2: Targhib kepada Qur’an.

تِلكَ ءآياتُ الكِتٰبِ المُبينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

These are the verses of the clear Book.

(MELAYU)

Inilah ayat-ayat Al Qur’an yang menerangkan.

 

Apabila digunakan kalimah الكِتٰبِ ia bermaksud sesuatu yang ditulis di dalam bahasa Arab. Tetapi sewaktu surah ini diturunkan di Mekah, para sahabat tidak melihat pun Qur’an ini di dalam bentuk kitab lagi. Jadi ia merujuk kepada kitab Qur’an di sisi Allah yang telah tertulis dan kerana itulah digunakan kalimah الكِتٰبِ.

Bila digunakan kalimah المُبينِ di awal surah, maka ini memberi isyarat yang surah ini hanya ada Dalil Naqli sahaja. Dalil Naqli ini berbentuk kisah-kisah para Nabi sebagai pengajaran untuk kita. Ia bukan sebagai cerita sahaja tetapi cerita yang mengandungi pengajaran. Maka kita kena beri perhatian kepada kisah-kisah itu.


 

Ayat 3:

لَعَلَّكَ بٰخِعٌ نَّفسَكَ أَلّا يَكونوا مُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Perhaps, [O Muḥammad], you would kill yourself with grief that they will not be believers.

(MELAYU)

Boleh jadi kamu (Muhammad) akan membinasakan dirimu, kerana mereka tidak beriman.

 

Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad: Adakah engkau berasa terlalu sedih sampai boleh mematikan dirimu? Ini adalah sakit jenis phychosomatic. Baginda rasa terlalu sedih sampai memberi kesan kepada baginda. Ini juga disebut dalam firman Allah Swt.:

{فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَى آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا }

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling. (Al-Kahfi: 6), hingga akhir ayat.

Kalau zaman sekarang kita boleh tahu bagaimana emosi yang terlalu terganggu sampai boleh menyebabkan kita jatuh sakit maka begitulah Nabi Muhammad berasa terlalu sedih sampaikan boleh menyebabkan baginda mati.

Baginda merasa sedih kerana baginda lihat ramai dari kalangan musyrikin Mekah itu tidak akan menjadi orang-orang yang beriman. Baginda rasa tertekan dan sedih sangat kerana baginda amat prihatin kepada kaum baginda dan amat mementingkan keselamatan mereka.

Allah mengatakan yang Qur’an itu memang sudah cukup untuk dijadikan sebagai panduan untuk menjadikan manusia beriman tetapi jikalau mereka tidak beriman, itu adalah kerana masalah pada diri mereka dan surah ini banyak menyentuh tentang perkara ini.


 

Ayat 4:

إِن نَّشَأ نُنَزِّل عَلَيهِم مِّنَ السَّماءِ ءآيَةً فَظَلَّت أَعنٰقُهُم لَها خٰضِعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If We willed, We could send down to them from the sky a sign for which their necks would remain humbled.¹

  • i.e., they would be compelled to believe.

(MELAYU)

Jika Kami kehendaki nescaya Kami menurunkan kepada mereka mukjizat dari langit, maka tentulah tengkuk-tengkuk mereka akan tunduk kepadanya.

 

إِن نَّشَأ نُنَزِّل عَلَيهِم مِّنَ السَّماءِ ءآيَةً

Jika Kami kehendaki nescaya Kami menurunkan kepada mereka mukjizat dari langit, 

Allah beritahu yang jika Allah mahu, Allah boleh beri lagi tanda-tanda kepada mereka itu yang lebih daripada Qur’an. Maksudnya Allah boleh turunkan Mukjizat dari langit. Begitulah yang mereka minta. Mereka minta sesuatu yang mereka boleh lihat. Bukannya Allah tak boleh buat.

 

فَظَلَّت أَعنٰقُهُم لَها خٰضِعينَ

maka tentulah tengkuk-tengkuk mereka akan tunduk kepadanya.

Dan kalau Allah turunkan tanda itu maka pasti mereka akan tunduk merendah diri kepadaNya dan ini menunjukkan bahawa musyrikin Mekah itu tidak menundukkan diri kepada Qur’an.

Sebagai contoh Allah boleh sahaja turunkan malaikat berbondong-bondong supaya mereka boleh lihat sendiri malaikat itu di depan mereka dan barulah waktu itu mereka hendak menundukkan diri.

Maka Allah memang boleh buat sebagaimana Allah telah mengangkat Bukit Thur di atas kepala Bani Israil sampai mereka terpaksa beriman tetapi Allah tidak mahu melakukan begitu kerana imam dengan paksaan bukanlah ujian. Memang Allah boleh buat, tapi Allah tak mahu buat begitu. Dalam ayat yang lain disebutkan melalui firman-Nya:

{وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لآمَنَ مَنْ فِي الأرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ}

Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ? (Yunus: 99)


 

Ayat 5: Ayat zajrun.

وَما يَأتيهِم مِّن ذِكرٍ مِّنَ الرَّحمٰنِ مُحدَثٍ إِلّا كانوا عَنهُ مُعرِضينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And no mention [i.e., revelation] comes to them anew from the Most Merciful except that they turn away from it.

(MELAYU)

Dan sekali-kali tidak datang kepada mereka suatu peringatan baru dari Tuhan Yang Maha Pemurah, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya.

 

وَما يَأتيهِم مِّن ذِكرٍ مِّنَ الرَّحمٰنِ مُحدَثٍ

Dan sekali-kali tidak datang kepada mereka suatu peringatan baru dari Tuhan Yang Maha Pemurah,

Tidak turun hujah yang baru kepada mereka melainkan mereka akan berpaling daripadanya. Yang dimaksudkan adalah wahyu. Maknanya Allah telah menurunkan berbagai-bagai ayat yang baru untuk menceritakan perkara yang sama kerana hendak memberi mereka faham tentang tauhid dan tentang agama ini.

Allah buat begitu kerana hendak memberi manusia faham sebagaimana seorang guru yang baik akan mengajar dengan cara yang lain kepada anak-anak muridnya yang tidak faham sesuatu pelajaran itu. Guru itu akan ajar dengan berbagai-bagai cara. Tetapi jikalau guru itu telah meluangkan masa dan tenaganya untuk memberi pelajaran yang berbagai-bagai cara kepada anak murid itu tetapi anak boleh itu masih juga tidak faham, maka siapakah yang bersalah di dalam hal ini? Sedangkan orang-orang lain sudah faham lama dah.

Dan sekarang bayangkan bagaimana Allah telah beri peluang mengajar orang Mekah itu selama 13 tahun untuk memberi mereka faham tentang tauhid tetapi mereka masih juga tidak faham-faham. Bayangkan mereka telah diberikan dengan kurikulum yang terbaik iaitu Qur’an dan telah diberikan dengan tenaga pengajar yang terbaik iaitu Rasulullah tetapi mereka masih tidak faham. Apa yang diajarkan kepada mereka itu memang sudah mudah sangat iaitu tentang risalah tauhid dan juga tentang akhirat dan sepatutnya orang yang menggunakan akal telah lama faham tetapi jikalau tidak faham itu adalah kerana mereka degil sahaja.

Jadi Allah menggunakan SifatNya Rahman di dalam ayat ini untuk menunjukkan bagaimana Allah telah bermurah hati untuk mengajar kepada mereka sekian lama dengan berbagai-bagai cara. Dengan sifat itu juga Allah beri peluang yang lama kepada mereka.

Wahyu yang segar itu bermaksud wahyu yang baru kalau dibandingkan dengan wahyu-wahyu sebelum itu. Sebagaimana kalau kita menjual barang maka kita akan mencuba memperbaharui penampilan barang itu itu supaya manusia terus berminat. Kerana itu untuk menarik minat manusia maka Allah menjadikan berbagai-bagai jenis ayat. Juga diberikan dengan berbagai-bagai bentuk kalau dibandingkan antara satu surah dengan surah yang lain.

 

إِلّا كانوا عَنهُ مُعرِضينَ

melainkan mereka selalu berpaling daripadanya.

Tetapi mereka yang degil itu akan tetap juga tidak beriman kepada wahyu. Semua surah mereka tidak mahu terima. Yang lama dan yang baru sama sahaja bagi mereka.


 

Ayat 6: Ayat takhwif duniawi

فَقَد كَذَّبوا فَسَيَأتيهِم أَنبؤا ما كانوا بِهِ يَستَهزِءونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For they have already denied, but there will come to them the news of that which they used to ridicule.

(MELAYU)

Sungguh mereka telah mendustakan (Al Quran), maka kelak akan datang kepada mereka (kenyataan dari) berita-berita yang selalu mereka perolok-olokkan.

 

فَقَد كَذَّبوا

Sungguh mereka telah mendustakan (Al Quran),

Tetapi walaupun telah diberikan kepada manusia itu dengan berbagai-bagai pengajaran mereka tetap juga engkar. Mereka tidak pakai ajaran dalam Qur’an itu. Maka itu sudah dikira sebagai mendustakan.

Maksud ‘mendustakan’ adalah mengatakan sesuatu itu dusta. Dan kali dusta, maka tidak boleh dipakai lah, bukan?

Jadi bagaimana dengan orang Islam yang tidak memakai ajaran dalam Qur’an ini? Adakah mereka menolak Qur’an?

Mereka memang tidak pernah kata mereka tolak Qur’an. Malah kalau ada sesiapa hina Qur’an, maka mereka jugalah yang akan awal-awal bangkit. Tapi kalau mereka sendiri tidak pakai ajaran dalam Qur’an itu, bagaimana? Apakah mereka tidak sama sahaja dengan orang-orang kafir yang juga tidak pakai Qur’an?

 

فَسَيَأتيهِم أَنبؤا ما كانوا بِهِ يَستَهزِءونَ

maka kelak akan datang kepada mereka (kenyataan dari) berita-berita yang selalu mereka perolok-olokkan.

Dan nanti mereka akan diberikan dan ditunjukkan dengan azab-azab yang mereka telah ejek dulu semasa mereka di dunia. Mereka dulu tidak percaya tapi nanti azab itu akan ada depan mata mereka.

Sebagai contoh, apabila kita beritahu yang kali amalkan syirik akan kena azab, musyrikin Mekah mengejek-ngejek Rasulullah. Nanti mereka akan dikena dengan azab yang mereka tidak percaya itu.

Dan bagaimana dengan orang Islam yang tidak percaya apabila kita katakan yang tawasul dengan roh Nabi, wali dan malaikat itu syirik dan akan dimasukkan ke dalam neraka? Bukankah ramai yang tidak percaya? Maka mereka juga nanti akan dikenakan dengan azab itu.


 

Ayat 7: Dalil aqli. Allah suruh kita lihat kepada tumbuh-tumbuhan. Senang sahaja Allah gunakan alam untuk mengajar kita tentang tauhid.

أَوَلَم يَرَوا إِلَى الأَرضِ كَم أَنبَتنا فيها مِن كُلِّ زَوجٍ كَريمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Did they not look at the earth – how much We have produced therein from every noble kind?

(MELAYU)

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi, berapakah banyaknya Kami tumbuhkan di bumi itu pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang baik?

 

أَوَلَم يَرَوا إِلَى الأَرضِ

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi,

Manusia yang engkar itu meminta kepada Rasul untuk menunjukkan kepada mereka mukjizat-mukjizat supaya dengan melihat mukjizat itu kononnya mereka dapat beriman. Tetapi di dalam surah yang lain kita telah belajar bagaimana Allah tidak memberikan apa yang mereka minta kerana jikalau diberikan juga mukjizat yang mereka minta itu dan mereka kemudiannya engkar juga, itu akan menyebabkan kehancuran mereka.

Tetapi Allah tarik perhatian mereka kepada alam ini yang memang telah hebat. Lihatlah kepada tanam-tanaman yang baik-baik itu yang hidup dengan subur dan memberi kebaikan kepada mereka.

 

كَم أَنبَتنا فيها مِن كُلِّ زَوجٍ كَريمٍ

berapakah banyaknya Kami tumbuhkan di bumi itu pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang baik?

Dalam ayat ini Allah memberitahu yang tumbuh-tumbuhan itu زَوجٍ berpasangan kerana Allah hendak mengajar bahawa Allah sentiasa menjadikan pada setiap sesuatu itu ada pasangannya masing-masing.

Banyak lagi ayat-ayat di dalam Quran yang menceritakan bagaimana semua makhluk itu ada pasangannya masing-masing dan hanya Allah sahaja yang tidak ada pasangan. Dan kalau setiap perkara itu ada pasangannya maka apakah pasangan bagi alam ini kalau bukan alam akhirat? Maka hendaklah bersedia untuk alam akhirat itu kerana ia pasti akan ada.


 

Ayat 8:

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign, but most of them were not to be believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat suatu tanda kekuasaan Allah. Dan kebanyakan mereka tidak beriman.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat suatu tanda

Kepada mereka yang menggunakan akal mereka yang Allah telah berikan maka tentu mereka akan dapat melihat kebenaran dengan hanya melihat kepada alam tumbuhan dan alam dunia sahaja. Allah telah menjadikannya dengan baik sekali. Takkan ianya terjadi sendiri. Tentu ada kuasa yang Maha Besar yang menjadikannya. Kalau alam ini sendiri hebat, maka tentu yang menjadikannya lebih hebat, bukan? Maka kena carilah Siapa yang menjadikannya.

 

وَما كانَ أَكثَرُهُم مُّؤمِنينَ

Dan kebanyakan mereka tidak beriman.

Tetapi Allah beritahu yang kebanyakan dari manusia tidak akan beriman. Memang begitulah kebanyakan manusia di dunia ini tidak beriman. Maka kerana itu kita tidak majoriti dari manusia.

Allah memberi isyarat di dalam ayat ini bahawa ayat-ayat Allah itu bukan sahaja ayat wahyu seperti Qur’an sahaja tetapi ayat-ayat itu juga adalah tanda-tanda yang ada pada alam ini. Sepatutnya dengan melihat alam ini manusia sudah boleh mengerti bahawa ada Pencipta Yang Maha Agung yang perlu dicari.


 

Ayat 9:

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ العَزيزُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord – He is the Exalted in Might, the Merciful.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

 

Kali ini Allah menggunakan kombinasi sifat Aziz dan juga Rahim dan berlainan dari kombinasi-kombinasi yang digunakan di dalam surah-surah yang lain. Selalunya selepas Allah menyebut sifat al-Aziz, Allah akan sebut sifat al-Hakim kerana hendak memberi isyarat bahawa kebanyakan daripada makhluk walaupun mereka ada kuasa tetapi tidak semestinya mereka ada kebijaksanaan.

Dan di dalam surah ini banyak digunakan kombinasi al-Aziz dan ar-Rahim. Ini memberi isyarat kepada kita bahawa walaupun Allah bersifat al-Aziz di mana Dia boleh buat apa sahaja yang dikehendaki tetapi Allah tidak menggunakan kuasaNya itu untuk terus menghukum manusia kerana Allah mempunyai sifat ar-Rahim. Maka ini adalah kunci kepada pemahaman surah ini.

Maksudnya Allah maha berkuasa dan Allah boleh hukum bila-bila masa. Akan tetapi Allah tidak terus hukum dan Allah memberi tangguh kepada manusia untuk bertaubat atas sifat belas kasihanNya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 026: Shu'araa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s