Tafsir Surah Furqan Ayat 39 – 43 (Nafsu sebagai ilah)

Ayat 39:

وَكُلًّا ضَرَبنا لَهُ الأَمثٰلَ ۖ وَكُلًّا تَبَّرنا تَتبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for each We presented examples [as warnings], and each We destroyed with [total] destruction.

(MELAYU)

Dan Kami jadikan bagi masing-masing mereka perumpamaan dan masing-masing mereka itu benar benar telah Kami binasakan dengan sehancur-hancurnya.

 

وَكُلًّا ضَرَبنا لَهُ الأَمثٰلَ

Dan Kami jadikan bagi masing-masing mereka perumpamaan

Masing-masing mereka itu telah diberikan dengan pengajaran dengan cara wahyu dan diberikan sebagai contoh dan penjelasan untuk membawa mereka ke jalan kebenaran. Maknanya sebelum mereka dihancurkan dengan azab, mereka telah mendapat penjelasan dan ditawarkan hidayah kepada mereka.

Semua kisah-kisah itu telah diberikan kepada Rasulullah sebagai contoh bandingan untuk menguatkan hati baginda. Nabi Muhammad bukan yang pertama kena tolak oleh kaumnya sendiri.

 

وَكُلًّا تَبَّرنا تَتبيرًا

dan masing-masing mereka itu benar-benar telah Kami binasakan dengan sehancur-hancurnya.

Dan semua yang tolak ajaran wahyu kena hancur dan dihancurkan dengan sehancur-hancurnya. Apabila Allah buat keputusan untuk menghancurkan sesuatu kaum itu, Allah akan hancurkan sampai tidak tinggal baka mereka lagi.


 

Ayat 40: Dalil Naqli

وَلَقَد أَتَوا عَلَى القَريَةِ الَّتي أُمطِرَت مَطَرَ السَّوءِ ۚ أَفَلَم يَكونوا يَرَونَها ۚ بَل كانوا لا يَرجونَ نُشورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they have already come upon the town which was showered with a rain of evil [i.e., stones]. So have they not seen it? But they are not expecting resurrection.¹

  • So they do not benefit from lessons of the past.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya mereka (kaum musyrik Mekah) telah melalui sebuah negeri (Sadum) yang (dulu) dihujani dengan hujan yang sejelek-jeleknya (hujan batu). Maka apakah mereka tidak menyaksikan runtuhan itu; bahkan mereka itu tidak mengharapkan akan kebangkitan.

 

وَلَقَد أَتَوا عَلَى القَريَةِ الَّتي أُمطِرَت مَطَرَ السَّوءِ

Dan sesungguhnya mereka (kaum musyrik Mekah) telah melalui sebuah negeri (Sadum) yang (dulu) dihujani dengan hujan yang sejelek-jeleknya (hujan batu). 

Yang dimaksudkan adalah kaum Nabi Luth. Penduduk Mekah pun tahu tentang kisah mereka ini kerana mereka pernah pergi ke kawasan Laut Mati. Jadi mereka pun tahu kisah mereka dan apakah yang dikenakan kepada mereka. Mereka memang tahu kerana tempat peninggalan kaum Nabi Luth itu masih boleh dilihat. Seperti disebut dalam ayat yang lain:

وَإِنَّها لَبِسَبيلٍ مُقيمٍ

Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia). Hijr:76

Kaum Sodom itu telah dikenakan dengan hujan yang sangat buruk iaitu hujan batu. Mereka telah diangkat ke langit, dihujani dengan batu dan kemudian dihumban kembali ke bumi.

 

أَفَلَم يَكونوا يَرَونَها

Maka apakah mereka tidak menyaksikan runtuhan itu;

Mereka pernah lihatkah? Tapi mereka tidak belajar dari kisah mereka itu. Macam pengkaji sekarang pun.  Mereka lihat peninggalan itu sebagai kesan sejarah sahaja dan tidak memberi kesan kepada mereka. Ini seperti orang yang melihat kemalangan tetapi tidak mengambil pengajaran daripada kejadian itu. Sepatutnya kalau kita dah lihat kemalangan, kita kenalah beringat dan memandu dengan berhati-hati selepas itu.

 

بَل كانوا لا يَرجونَ نُشورًا

bahkan mereka itu tidak mengharapkan akan kebangkitan.

Mereka lalu dan lihat sahaja.  Dan mereka tidak kisah dan ambil pengajaran kerana tidak percaya kepada kebangkitan semula. Mereka tengok sahaja tetapi tidak memberi kesan kepada hati mereka kerana kisah-kisah dan peninggalan itu hanya memberi nasihat kepada mereka yang hatinya rapat dengan akhirat.


 

Ayat 41: Allah ceritakan apakah pandangan mereka terhadap Rasulullah.

وَإِذا رَأَوكَ إِن يَتَّخِذونَكَ إِلّا هُزُوًا أَهٰذَا الَّذي بَعَثَ اللهُ رَسولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they see you, [O Muḥammad], they take you not except in ridicule, [saying], “Is this the one whom Allāh has sent as a messenger?

(MELAYU)

Dan apabila mereka melihat kamu (Muhammad), mereka hanyalah menjadikan kamu sebagai ejekan (dengan mengatakan): “Inikah orangnya yang di utus Allah sebagai Rasul?.

 

وَإِذا رَأَوكَ إِن يَتَّخِذونَكَ إِلّا هُزُوًا

Dan apabila mereka melihat kamu (Muhammad), mereka hanyalah menjadikan kamu sebagai ejekan

Mereka lihat Nabi Muhammad sebagai bahan lawak sahaja. Mereka jadikan Rasulullah itu sebagai bahan persendaan sesama mereka sahaja.

Ini sebenarnya biasa sahaja kerana memang umat terdahulu pun memperolok-olokkan Rasul mereka juga. Seperti disebut dalam ayat lain:

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ

Dan sungguh telah diperolok-olokkan beberapa orang rasul sebelum engkau. (Al-An’am 10, Ar-Ra’d: 32 dan Al-Anbiya: 41),

أَهٰذَا الَّذي بَعَثَ اللهُ رَسولًا

(dengan mengatakan): “Inikah orangnya yang di utus Allah sebagai Rasul?.

Antara kata-kata senda ejek mereka kepada Nabi adalah mereka tunjuk kepada Nabi dan kata: adakah ini orang yang dipilih sebagai Rasul oleh Allah? Ini kerana mereka lihat baginda sama sahaja macam manusia yang lain.

Ini macam kadangkala satu kumpulan ejek kumpulan lain yang lebih lemah pada pandangan mereka: “mereka ini yang lawan kita? Hahahaha”


 

Ayat 42: Apa lagi kata mereka terhadap baginda?

إِن كادَ لَيُضِلُّنا عَن آلِهَتِنا لَولا أَن صَبَرنا عَلَيها ۚ وَسَوفَ يَعلَمونَ حينَ يَرَونَ العَذابَ مَن أَضَلُّ سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He almost would have misled us from our gods had we not been steadfast in [worship of] them.” But they are going to know, when they see the punishment, who is farthest astray in [his] way.

(MELAYU)

Sesungguhnya hampirlah ia menyesatkan kita dari sembahan-sembahan kita, seandainya kita tidak sabar(menyembah)nya” dan mereka kelak akan mengetahui di saat mereka melihat azab, siapa yang paling sesat jalannya.

 

إِن كادَ لَيُضِلُّنا عَن آلِهَتِنا لَولا أَن صَبَرنا عَلَيها

Sesungguhnya hampirlah dia menyesatkan kita dari sembahan-sembahan kita, seandainya kita tidak sabar(menyembah)nya”

Mereka kata baginda hampir buat mereka tinggalkan ilah-ilah sembahan mereka.

Lihat bagaimana mereka menggunakan kalimah ‘ilah’ dan bukannya mereka menggunakan kalimah ‘berhala’. Kerana memang apa yang mereka sembah itu bukanlah berhala itu tetapi siapakah yang di sebalik berhala itu. Iaitu roh-roh Nabi, wali dan malaikat.

Tapi kita mereka kata mereka berjaya menahannya kerana mereka tetap sabar dalam agama mereka. Maknanya mereka nak kata yang Nabi Muhammad itulah yang sesat.

Begitulah kalau zaman sekarang, golongan bidaah mengatakan ajaran Sunnah inilah yang sesat dan mereka cuba sedaya upaya untuk mempertahankan ‘ajaran lama’ mereka itu. Berbagai-bagai usaha mereka lakukan. Antaranya dengan memburukkan ajaran sunnah ini dan ulama-ulamanya, seperti Ibn Taimiyyah. Kerana mereka rasa yang mereka kena pertahankan amalan yang telah lama dilakukan.

Sampai sekarang ramai agama lain nak burukkan Islam dan Nabi Muhammad. Berbagai kempen dan usaha dilakukan. Padahal tiada kempen pun untuk menentang Buddha atau Hindu untuk kata mereka sesat, kan? Seolah-olah mereka tak kacau pun agama lain dan semua tumpukan perhatian kepada agama Islam.

Inilah dugaan kita kerana memang ramai yang benci Islam. Ini kerana mereka didorong oleh syaitan. Kita kena terima yang kita ini memang golongan minoriti dan ramai yang kritik Islam. Tapi jangan kita putus semangat kerana kalau ramai yang kritik, itu menunjukkan bahawa kita memang pihak yang benar.

Begitu juga dengan ajaran sunnah ini. Ramai sangat yang membencinya kerana kita menegur dan kritik ajaran yang tiada dalil. Sama macam Nabi Muhammad yang kritik amalan masyarakat Arab Jahiliyah.

 

وَسَوفَ يَعلَمونَ حينَ يَرَونَ العَذابَ مَن أَضَلُّ سَبيلًا

dan mereka kelak akan mengetahui di saat mereka melihat azab, siapa yang paling sesat jalannya.

Nanti mereka sendiri akan tahu siapa yang sesat. Iaitu apabila mereka melihat sendiri azab neraka itu dengan mata mereka. Waktu itulah mereka akan menyesal tetapi ianya tidak akan memberi kesan kepada mereka. Waktu itu mereka baru akan beriman tetapi sudah terlambat.


 

Ayat 43: Allah beritahu yang musyrikin Mekah itu bukan tidak kenal Allah dan juga tahu Allah itu Tuhan, tetapi mereka menolak kerana mereka cenderung mengikut hawa nafsu mereka. Jadi ini adalah punca sebenar kenapa mereka menolak ajakan tauhid dari Rasulullah.

أَرَءَيتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُ هَوَىٰهُ أَفَأَنتَ تَكونُ عَلَيهِ وَكيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you seen the one who takes as his god his own desire? Then would you be responsible for him?

(MELAYU)

Tidakkah engkau lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?,

 

أَرَءَيتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُ هَوَىٰهُ

Tidakkah engkau lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?

Allah mengatakan yang musyrikin Mekah itu menjadikan nafsunya sebagai ilah/tuhan. Apakah maksudnya menjadikan nafsu sebagai ilah? Untuk memahaminya kita kena faham apakah maksud ilah.

Ilah adalah sesuatu yang ditaati dan diterima sebagai autoriti. Bukan sahaja bermakna yang disembah dan dibuat ibadat kepadaNya. Maka kita kena luaskan fahaman kita tentang ilah. Ilah itu bukan sahaja berhala seperti yang disangkai oleh kebanyakan dari kita.

Bukankah selalu kita lihat orang yang ikut kehendak hawa nafsunya yang berlawanan dengan kehendak Allah? Waktu itu, siapakah ilahnya?

Ini juga adalah ayat yang penting sebagai dalil, bahawa penyembahan itu bukannya bermaksud ‘sujud’, zikir, tawaf sahaja. Kerana kita tidak ada pun sujud kepada nafsu kita, zikir kepada nafsu kita, kan? Kerana menyempitkan fahaman inilah yang menyebabkan ramai yang tidak faham apabila kita tegur mereka yang beribadat di kubur. Mereka yang melakukan amalan syirik itu kata, mereka tak sembah pun kubur-kubur itu.

Mereka yang menolak ajakan wahyu itu kerana mereka terdorong untuk mengikut hawa nafsu. Dan kehendak nafsu itu ada berbagai-bagai samada berkehendak kepada kaum yang berlawanan jenis, atau mahu kepada harta, atau mahu kepada kedudukan dan sebagainya. Begitulah iblis termakan dengan kehendak nafsunya sampaikan sanggup untuk menolak arahan dan suruhan dari Allah.

Maknanya nafsu itu lebih teruk lagi daripada syaitan kerana syaitan berubah menjadi seorang yang taat kepada seorang yang penderhaka kerana kehendak dah suruh nafsu dia. Dan kerana itu apa yang syaitan lakukan kepada manusia hanyalah bisikan sahaja. Mereka tidak boleh lakukan lebih dari itu. Makanya perbuatan yang sesat dan dosa yang dilakukan manusia itu adalah kerana ikutan hawa nafsunya.

Nafsu ini merosakkan manusia dalam tiga cara

  1. Hijab Nafsu yang berkehendak kepada barang-barang keduniaan seperti makanan, wang, wanita dan harta.
  2. Hijab Nafsu yang mahukan masyarakat berkata baik kepadanya dan kerana itu mereka tidak berani berlawanan dengan amalan masyarakat kerana mereka takut dituduh sebagai sesat, Wahabi dan sebagainya. Beginilah yang terjadi kepada Abu Talib yang tidak sanggup menerima ajaran Nabi Muhammad kerana dia malu dikatakan sebagai seorang yang membelot agama tok nenek.
  3. Hijab Nafsu yang silap faham tentang tuhan yang menyebabkan mereka mengadakan wasilah untuk menyampaikan doa kepada Tuhan.

Semoga kita dapat memikirkan perkara ini dengan mendalam dan sedar bahayanya nafsu itu. Nafsu itu bukan semuanya salah kerana ada kehendak nafsu yang sesuai seperti kehendak kepada makanan dan lawan jenis. Ianya tidak salah cuma kenalah dilakukan dalam cara yang dibenarkan oleh syarak.

 

أَفَأَنتَ تَكونُ عَلَيهِ وَكيلًا

Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?,

Allah tanya kepada Nabi Muhammad dan juga kita: Adakah kamu hendak mengurus orang seperti itu sedangkan dia itu telah jauh daripada kebenaran? Adakah kamu boleh mengubah mereka?

Tujuan hidup mereka adalah memuaskan nafsu mereka dan kehendak mereka yang berbagai-bagai dan kerana itu mereka tidak kisahkan lagi apa kehendak Allah. Dan kalau begitu keadaan mereka,  bagaimana lagi kita boleh memberi nasihat kepada orang yang seperti itu? Allah memberitahu bahawa kita tidak dapat mengubah hati orang yang telah mengalami masalah tentang nafsu.

Begitu pentingnya dan bahayanya nafsu ini dan kalau termakan kehendaknyalah, maka Rasulullah telah mengajar kita beberapa doa untuk menyelamatkan diri kita daripada cengkaman nafsu ini. Doa-doa ini boleh dicari dalam kitab-kitab yang sahih.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 025: Furqan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s