Tafsir Surah Furqan Ayat 27 – 32 (Umat tidak endahkan Qur’an)

Ayat 27:

وَيَومَ يَعَضُّ الظّالِمُ عَلىٰ يَدَيهِ يَقولُ يٰلَيتَنِي اتَّخَذتُ مَعَ الرَّسولِ سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the Day the wrongdoer will bite on his hands [in regret] he will say, “Oh, I wish I had taken with the Messenger a way.¹

  • i.e., followed the Prophet (ṣ) on a path of guidance.

(MELAYU)

Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: “Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul”.

 

وَيَومَ يَعَضُّ الظّالِمُ عَلىٰ يَدَيهِ

Dan hari orang yang zalim menggigit dua tangannya, 

Ini adalah isyarat kepada perasaan mereka yang amat menyesal. Apabila menyesal sangat, sampai gigit tangan-tangan mereka. Juga kerana kerisauan yang amat sangat kerana mereka akan diperiksa segala amalan mereka semasa di dunia. Mereka jadi takut sangat.

 

يَقولُ يٰلَيتَنِي اتَّخَذتُ مَعَ الرَّسولِ سَبيلًا

seraya berkata: “Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul”.

Mereka kata alangkah baiknya jikalau semasa hidup di dunia dahulu mereka berjalan bersama dengan Rasulullah SAW. Ia memberi isyarat kepada kita bahawa Rasulullah adalah di dalam satu misi perjalanan dakwah dan kita sepatutnya bersama-sama dengan baginda untuk meneruskan misi itu. Jangan kita hanya nak amalkan sahaja agama Islam, tapi sebenarnya kita kena sampaikan juga kepada manusia lain. Kalau tak dakwah pun dah ada masalah dah.


 

Ayat 28: Apa lagi yang mereka akan sesali?

يٰوَيلَتىٰ لَيتَني لَم أَتَّخِذ فُلانًا خَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Oh, woe to me! I wish I had not taken that one¹ as a friend.

  • The person who misguided him.

(MELAYU)

Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku).

 

يٰوَيلَتىٰ

Kecelakaan besarlah bagiku;

Inilah kekesalan mereka. Di akhirat baru menyesal. Semasa di dunia tidak ambil peringatan.

 

لَيتَني لَم أَتَّخِذ فُلانًا خَليلًا

Alangkah baiknya kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku).

Dia juga menyesal kerana telah mengambil seseorang sebagai kawan rapatnya dan tidak disebut pun siapakah orang itu kerana dia pun sudah lupa nama orang itu. Ini mengajar kita bahawa ada kawan-kawan kita yang tidak memandang misi dakwah Rasulullah ini penting dan mereka tidak mementingkan agama dan jikalau kita rapat dengan mereka dan kita termakan dengan kata-kata mereka dan dengan cara hidup dan pemikiran mereka, maka itu akan menjerumuskan kita ke dalam neraka. Ini mengajar kita untuk pandai-pandailah memilih kawan kita.

Atau ia bermaksud syaitan manusia dan syaitan jin iaitu qarin dia. Kerana semua kita ada qarin dan qarin itu akan membisikkan perkara-perkara yang tidak elok, tapi kita boleh pilih nak ikut cakap qarin itu ataupun tidak. Kerana kita juga ada malaikat yang bersama dengan kita. Kalau kita banyak dengar kepada malaikat, maka qarin itu akan jadi lemah dan tidak dapat menyesatkan kita.


 

Ayat 29: Allah ceritakan kenapa dia menyesal.

لَقَد أَضَلَّني عَنِ الذِّكرِ بَعدَ إِذ جاءَني ۗ وَكانَ الشَّيطٰنُ لِلإِنسٰنِ خَذولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He led me away from the remembrance¹ after it had come to me. And ever is Satan, to man, a deserter.”²

  • i.e., the Qur’ān or the remembrance of Allāh.
  • Forsaking him once he has led him into evil.

(MELAYU)

Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur’an ketika Al Qur’an itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.

 

لَقَد أَضَلَّني عَنِ الذِّكرِ بَعدَ إِذ جاءَني

Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur’an ketika Al Qur’an itu telah datang kepadaku.

Kawannya yang rapat itulah yang menyebabkan dia lupa kepada agama dan lupa kepada petunjuk dari wahyu Allah. Mereka akhirnya buat tidak kisah tentang wahyu Qur’an. Ini jenis kawan yang ajak lepak dan buat benda tidak berfaedah sahaja. Atau jenis kawan yang ajak buat benda yang salah. Mereka ini memang kawan jenis tak guna.

Jenis orang yang tunjuk macam mereka memang kawan rapat tetapi apabila masalah timbul, dia dengan tiba-tiba akan menghilangkan diri. Begitulah yang dilakukan syaitan dan Iblis akan memberitahu perkara ini di akhirat kelak dengan melepaskan diri daripada mereka yang telah mengambilnya sebagai kawan.

 

وَكانَ الشَّيطٰنُ لِلإِنسٰنِ خَذولًا

Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.

Maknanya syaitan itu jenis tidak membalas jasa. Walaupun kita telah ikut segala arahan dan cadangan dia, tetapi dia tidak akan dapat menyelamatkan kita. Memang dia tidak boleh nak selamatkan pun.


 

Ayat 30: Kerana leka, maka manusia meninggalkan wahyu Qur’an. Ini adalah ayat yang menyedihkan dan juga amat menakutkan.

وَقالَ الرَّسولُ يٰرَبِّ إِنَّ قَومِي اتَّخَذوا هٰذَا القُرآنَ مَهجورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the Messenger has said, “O my Lord, indeed my people have taken this Qur’ān as [a thing] abandoned.”¹

  • i.e., avoiding it, not listening to or understanding it, not living by it, or preferring something else to it.

(MELAYU)

Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur’an itu sesuatu yang tidak diacuhkan”.

 

وَقالَ الرَّسولُ يٰرَبِّ

Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku,

Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana apabila memilih kawan yang salah, kawan itu akan menyebabkan kita lupa kepada wahyu.

Ayat ini adalah keadaan di akhirat kelak. Nabi mengadu kepada Allah kerana umat baginda telah meninggalkan Qur’an. Bayangkan perkara ini amat penting, sampaikan baginda mengadu kepada Allah! Bukankah waktu itu selalunya manusia akan diam sahaja? Tapi baginda tetap juga bercakap tentang perkara ini. Menunjukkan ia perkara yang amat penting sekali!

 

إِنَّ قَومِي اتَّخَذوا هٰذَا القُرآنَ مَهجورًا

sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur’an itu sesuatu yang tidak diacuhkan”.

مَهجور dari kalimah ه ج ر yang digunakan untuk hijrah – apabila seseorang itu hijrah, dia akan pergi dan tinggalkan tempat asalnya. Begitulah juga dengan orang yang meninggalkan Qur’an – mereka tinggalkan dan tidak gunakan Qur’an sebagai perlembagaan hidupnya. Iaitu buat tidak kisah dengan ajaran di dalam Qur’an ini.

Makna ayat ini sama dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat lain:

{وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ}

Dan orang-orang yang kafir berkata, “Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya. (Fussilat: 26), hingga akhir ayat.

Memang pada waktu itu kaum baginda adalah Quraisy tetapi bukankah kita juga umat baginda? Dalam Surah Hajj kita sudah tahu bahawa Rasulullah akan menjadi saksi ke atas umat baginda dan sekarang kita akan tahu apakah hujah baginda. Baginda sendiri akan beritahu yang umat baginda telah meninggalkan Qur’an. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang ini sampai Nabi berkata begitu terhadap kita. Alangkah malunya, dan alangkah takutnya kalau itu terjadi kepada kita? Mana nak letak muka?

Kita kena ingat yang Rasulullah itu amat disayangi oleh Allah sampaikan Allah mengubah kiblat kerana keinginan hati baginda (baginda tak lafazkan pun doa minta kiblat diubah ke Mekah). Itu dalam Nabi tidak buka pun, lalu bagaimanakah keadaan diri kita jikalau baginda menjadi saksi terhadap diri kita dan buka mulut baginda di hari akhirat kelak? Agak-agak berapa teruk masalah kita pada hari itu? Tidak dapat dibayangkan!

Jadi ayat ini mengajar kita betapa pentingnya Qur’an itu untuk kita fahami dan kita amalkan di dalam kehidupan kita dan bagaimana kita nak faham dan amalkan jikalau kita tidak mempelajari tafsir Qur’an?

Maka, kalau setakat baca dan hafal sahaja tidak cukup. Ramai dari kalangan masyarakat kita selalu baca Qur’an, selalu hafal Qur’an. Tapi itu tidak cukup. Kerana kita baca dan hafal sebenarnya untuk faham dan selalu kita ulang-ulang peringatan dalam Qur’an itu. Tapi kalau tak faham apa yang dibaca, apa yang diajar dalam Qur’an itu, adakah tercapai maksud Qur’an itu? Ramai sekali yang tidak faham perkara ini, termasuklah ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau.

Dan kerana tidak faham, maka ada ajaran Qur’an yang dilanggar tanpa disedari. Kerana ramai tak tahu pun apa yang mereka baca. Mereka pakai baca sahaja tanpa faham. Dan tidak ada usaha untuk belajar tafsir Qur’an. Ini juga boleh termasuk dalam maksud ‘meninggalkan’, ‘tidak acuh’. Cuma dibaca kosong sahaja, semasa majlis tertentu sahaja.

Maka kita janganlah jadi begitu. Dan kepada anda yang telah pun serba sedikit mempelajari makna Qur’an ini dan sudah ada rasa cinta untuk memahaminya, maka hendaklah juga berdakwah kepada orang lain supaya mereka pun teringin untuk tahu apakah yang hendak disampaikan oleh Qur’an ini. Kalau tak tahu nak cakap apa pun, sekurang-kurangnya sampaikan alamat penulisan ini supaya orang boleh datang baca.

Maka dari ayat ini menunjukkan betapa pentingnya Qur’an ini kepada kita. Kerana itu kita kenalah belajar tafsir Qur’an supaya kita memahami Qur’an ini dan kemudian kita boleh menyebarkannya kepada manusia sejagat.

Kita kena buat sesuatu supaya manusia teringin untuk tahu apakah Qur’an ini dan apakah yang hendak disampaikan oleh Allah di dalam Qur’an. Kerana kebanyakan daripada manusia tidak ingin pun untuk kenal Qur’an ini dan tidak terasa pun untuk mempelajarinya. Jadi kita kena buat kempen untuk membiasakan bicara tentang Qur’an ini di mana-mana sahaja. Supaya kita, ahli keluarga kita dan kawan-kawan kita tidak termasuk di dalam golongan yang dikatakan oleh Nabi Muhammad di dalam ayat ini.


 

Ayat 31:

وَكَذٰلِكَ جَعَلنا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ المُجرِمينَ ۗ وَكَفىٰ بِرَبِّكَ هادِيًا وَنَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And thus have We made for every prophet an enemy from among the criminals. But sufficient is your Lord as a guide and a helper.

(MELAYU)

Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.

 

وَكَذٰلِكَ

Bagi kesempurnaan inilah. 

Untuk kesempurnaan agamaNya ini, Allah telah menjadikan banyak pengajaran untuk kita.

 

جَعَلنا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ المُجرِمينَ

telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. 

Allah beritahu bahawa setiap para Nabi itu telah disediakan siap-siap dengan musuh-musuh mereka. Dan musuh-musuh mereka itu adalah mereka yang tidak mementingkan wahyu. Dan begitu juga Nabi Muhammad telah disediakan dengan musuh baginda juga. Dan musuh baginda adalah mereka yang menentang ajaran Qur’an dan tidak kisah tentang Qur’an dan meninggalkan Qur’an. Para Nabi sebelum baginda dulu juga menghadapi puak mereka yang tidak endahkan wahyu dan Nabi Muhammad juga begitu.

Makna ayat ini sama dengan apa yang disebut dalam ayat lain melalui firman-Nya:

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin. (Al-An’am: 112)

 

وَكَفىٰ بِرَبِّكَ هادِيًا وَنَصيرًا

Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.

Kitab Qur’an ini sudah cukup sebagai pemberi petunjuk dan pembantu kepada manusia. Maka jangan kita ada perasaan dalam hati kita yang memandang rendah Qur’an ini dan ada perasaan yang Qur’an ini tidak membantu langsung kepada diri kita.

Maka kita kena pelajari maksud tafsir Qur’an supaya kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari Qur’an ini. Kalau setakat baca sahaja, itu tidak cukup.


 

Ayat 32: Ayat Syikayah. Allah menceritakan hujah golongan penentang.

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لَولا نُزِّلَ عَلَيهِ القُرءآنُ جُملَةً وٰحِدَةً ۚ كَذٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلنٰهُ تَرتيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who disbelieve say, “Why was the Qur’ān not revealed to him all at once?” Thus [it is] that We may strengthen thereby your heart. And We have spaced it distinctly.¹

  • Also, “recited it with distinct recitation.”

(MELAYU)

Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa Al Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”; demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).

 

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لَولا نُزِّلَ عَلَيهِ القُرءآنُ جُملَةً وٰحِدَةً

Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa Al Qur’an itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”;

Orang bukan sahaja bukan orang Islam, tapi mereka itu penentang agama Islam. Ini kerana ada sahaja orang bukan Islam, tapi tidak menentang orang Islam pun. Jadi dalam ertikata yang sebenarnya, mereka itu bukanlah ‘kafir’, tapi ‘bukan Islam’ sahaja.

Orang kafir akan menggunakan berbagai-bagai hujah untuk merendahkan Qur’an ini dan salah satu cara mereka adalah dengan berhujah: kenapakah Qur’an ini tidak diturunkan sekaligus seperti Taurat dan Injil? Dulu dah ada dah kitab wahyu dari langit tapi tidaklah macam Qur’an ini – turun sedikit demi sedikit.

Mereka kata, tentu Nabi Muhammad yang reka sendiri Qur’an ini dan kerana itu dia mengambil masa untuk menulisnya kerana tunggu maklumat daripada orang orang yang mengajarnya.

Maka kerana ada hujah itu, maka Allah jawap kenapa Allah turunkan Qur’an ini sedikit demi sedikit dan tidak sekaligus.

 

كَذٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ

demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya 

كَذٰلِكَ itu maksudnya, ‘kerana kesempurnaan inilah’. Maka oleh oleh kerana kesempurnaanlah Qur’an itu diturunkan sedikit demi sedikit. Qur’an itu tetap akan diturunkan sedikit demi sedikit dan ia tidak akan berubah cara penurunannya. Sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ}

Dan Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur. (Al-Isra: 106), hingga akhir ayat.

Dan ada kelebihan Qur’an itu diturunkan tidak sekaligus. Kita kena tahu bahawa ayat Qur’an diturunkan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul di kalangan masyarakat waktu itu. Maka Allah turunkan Qur’an itu mengikut masa yang sesuai dan apabila ianya diperlukan. Sebagai contoh, apabila datang pemuka-pemuka Kristian daripada Najran datang bertemu Rasulullah di Madinah untuk berhujah dengan baginda, maka Allah turunkan hujah-hujah untuk baginda berhadapan dengan mereka.

Apabila itu berlaku, maka ia menguatkan hati Rasulullah dan juga para sahabat kerana mereka sedar bahawa Allah ada di sisi mereka untuk memberi bantuan dan ajaran kepada mereka apabila diperlukan.

Kalimah فُؤَادَ bukan saja bermaksud ‘hati’ tetapi ‘hati yang beremosi ada semangat’. Kerana itu, dari masa ke semasa kita perlukan motivasi lebih-lebih lagi jikalau kita sedang buat kerja dakwah untuk menegakkan agama Allah. Dan setelah sekian lama para sahabat mungkin ada rasa lemah semangat maka Qur’an itu diturunkan sedikit demi sedikit untuk beri semangat kepada Rasulullah dan para sahabat. Apabila mereka dengar ada ayat baru yang diturunkan, mereka amat gembira dan mereka menyampaikan dari seorang ke seorang. Jadi ada banyak kali kegembiraan itu berlaku.

Jadi Allah turunkan Qur’an itu sedikit demi sedikit supaya mereka sentiasa rasa dekat dengan Allah kerana ia turun berkali-kali dan selalu. Kalau ia turun sekali sahaja, maka sekali lah sahaja mereka bergembira, dan kesan itu lama-lama hilang.

 

وَرَتَّلنٰهُ تَرتيلًا

dan Kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).

Allah menurunkan Qur’an itu dengan tartil. Dan kerana itu Qur’an itu perlu dibaca dengan tartil, yang bermaksud ia perlu disebut satu persatu dengan jelas dan dengan cara bacaan yang baik dan bertajwid. Maka amat molek sekali kalau kita dapat belajar bagaimana cara nak baca Qur’an dengan tajwid sekali.

Tapi jangan jadikan alasan tidak tahu baca sampai tidak mahu belajar tafsir. Kalau tidak tahu baca Qur’an pun masih boleh belajar tafsir lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 025: Furqan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s