Tafsir Surah Furqan Ayat 21 – 26 (Keadaan di Mahsyar)

Ayat 21: Ayat Syikayah.

۞ وَقالَ الَّذينَ لا يَرجونَ لِقاءَنا لَولا أُنزِلَ عَلَينَا المَلٰئِكَةُ أَو نَرىٰ رَبَّنا ۗ لَقَدِ استَكبَروا في أَنفُسِهِم وَعَتَوا عُتُوًّا كَبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who do not expect the meeting with Us say, “Why were not angels sent down to us, or [why] do we [not] see our Lord?” They have certainly become arrogant within themselves¹ and [become] insolent with great insolence.

  • Additional meanings are “among themselves” and “over [the matter of] themselves.”

(MELAYU)

Berkatalah orang-orang yang tidak menanti-nanti pertemuan(nya) dengan Kami: “Mengapakah tidak diturunkan kepada kita malaikat atau (mengapa) kita (tidak) melihat Tuhan kita?” Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka dan mereka benar-benar telah melampaui batas(dalam melakukan) kezaliman”.

 

وَقالَ الَّذينَ لا يَرجونَ لِقاءَنا

Berkatalah orang-orang yang tidak menanti-nanti pertemuan(nya) dengan Kami:

Mereka yang tidak berharap atau tidak rasa yang mereka akan dihidupkan kembali dan bertemu dengan Allah SWT dan kerana itu mereka berani berkata apa-apa sahaja.

 

لَولا أُنزِلَ عَلَينَا المَلٰئِكَةُ

“Mengapakah tidak diturunkan kepada kita malaikat 

Mereka berhujah kenapakah kalau hendak disampaikan maklumat tentang agama tidak diturunkan malaikat terus kepada mereka dan kenapa diturunkan manusia biasa sahaja? Mereka nak sama seperti apa yang diberikan kepada para Rasul. Ini disebut dalam firman-Nya yang lain:

{قَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ حَتَّى نُؤْتَى مِثْلَ مَا أُوتِيَ رُسُلُ اللَّهِ}

Kami tidak akan beriman sehingga diberikan kepada kami yang serupa dengan apa yang telah diberikan kepada utusan-utusan Allah. (Al-An’am: 124)

 

أَو نَرىٰ رَبَّنا

atau (mengapa) kita (tidak) melihat Tuhan kita?” 

Atau lebih baik lagi kenapa Allah tidak turun sendiri dan bercakap dengan kita? Ini disebut dalam ayat lain:

{أَوْ تَأْتِيَ بِاللهِ وَالْمَلائِكَةِ قَبِيلا}

atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. (Al-Isra: 92)

 

لَقَدِ استَكبَروا في أَنفُسِهِم

Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka

Allah kata mereka itu sangat sombong dan takabbur sampaikan mereka kata Rasulullah dan malaikat yang patut datang bertemu kepada mereka untuk menagih iman mereka. Mereka tidak sedar yang diri mereka itu kerdil sangat tetapi mereka rasa mereka hebat.

Dan paling sekali mereka nak Allah sendiri datang bertemu dengan mereka?! Mereka fikir diri mereka itu besar sangat?!

 

وَعَتَوا عُتُوًّا كَبيرًا

dan mereka benar-benar telah melampaui batas(dalam melakukan) kezaliman”.

Mereka telah buat dosa besar dengan kata-kata mereka  itu. Mereka telah melampaui batas kerana mereka telah melakukan kezaliman. Dengan hujah mereka itu, mereka telah tolak kebenaran. Mereka rasa kalau ajaran Rasulullah benar, maka tentu malaikat atau Allah sendiri tunjukkan diri dan dakwah sendiri kepada mereka.

Maka kerana terus di dalam fahaman mereka itu, mereka terus beramal dengan amalan syirik. Mereka tidak kira samada amalan mereka itu benar atau tidak. Begitulah juga dengan kebanyakan manusia yang mengamalkan syirik. Mereka tak fikirkan pun samada amalan mereka itu ikut wahyu atau tidak. Mereka nak buat segala apa yang dikatakan oleh syaitan dan hawa nafsu mereka.


 

Ayat 22: Ini adalah jawap kepada syikayah.

يَومَ يَرَونَ المَلٰئِكَةَ لا بُشرىٰ يَومَئِذٍ لِّلمُجرِمينَ وَيَقولونَ حِجرًا مَّحجورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The day they see the angels¹ – no good tidings will there be that day for the criminals, and [the angels] will say, “Prevented and inaccessible.”²

  • i.e., at the time of death.
  • Referring to any good tidings.

(MELAYU)

Pada hari mereka melihat malaikat dihari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa mereka berkata: “Hijraan mahjuuraa.

 

يَومَ يَرَونَ المَلٰئِكَةَ لا بُشرىٰ يَومَئِذٍ لِّلمُجرِمينَ

Pada hari mereka melihat malaikat dihari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa

Dalam ayat sebelum ini telah disebut hujah mereka yang menolak ajaran tauhid. Mereka kata sepatutnya malaikatlah yang turun dan dakwah kepada mereka.

Mereka teringin sangat nak berjumpa dengan malaikat, bukan? Akan tetapi Allah beritahu pada hari malaikat turun bertemu dengan mereka nanti, itu bukanlah berita gembira tetapi sebenarnya berita buruk untuk mereka. Kerana apabila malaikat turun untuk bertemu dengan mereka, pada waktu itu adalah untuk menangkap dan membawa mereka ke tempat yang buruk. Roh mereka akan diseret ke alam barzakh dan di situ lagi mereka sudah dikenakan dengan azab! Saat itu malaikat berkata kepada orang kafir semasa roh mereka dikeluarkan dari tubuhnya, “Keluarlah, hai jiwa yang kotor, dari tubuh yang kotor. Keluarlah kamu menuju ke dalam seksaan angin yang amat panas, air yang panas lagi mendidih, dan dalam naungan asap yang hitam.”

Roh orang kafir itu menolak, tidak mahu keluar dan bercerai-berai ke seluruh tubuhnya. Maka malaikat maut memukulnya (hingga keluar secara paksa). Hal ini digambarkan oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ}

Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka. (Al-Anfal: 50), hingga akhir ayat.

 

وَيَقولونَ حِجرًا مَّحجورًا

mereka berkata: “Hijraan mahjuuraa.

Apabila waktu itu sampai, Allah beritahu apa yang mereka akan kata. Mereka akan minta supaya dijadikan penghalang antara mereka dan para malaikat itu. Inilah kalimah yang mereka katakan di dunia apabila mereka ditimpa kesengsaraan. Iaitu minta dijauhkan dari bahaya.

Ini kerana mereka tak mahu malaikat mendekat lagi kepada mereka. Kerana mereka takut dengan para malaikat yang bengis itu. Mereka tahu yang mereka ditangkap dan dicekup oleh para malaikat itu.

Satu lagi tafsir, ‘mereka’ yang berkata begini adalah malaikat. Iaitu para malaikat berkata kepada orang-orang kafir, “Haram berat bagi kalian mendapat keberuntungan pada hari ini.” Ini adalah kerana kalimah asal al-hijr ertinya ‘terlarang’. Diambil dari kalimah ini juga pengertian Hijir (Isma’il) yang ada di sisi Kaabah; kerana orang-orang yang bertawaf dilarang melakukan tawaf di dalamnya, melainkan tawaf hanya dilakukan di luarnya. Oleh itu, kalau kita pegang pendapat ini, malaikat yang kata orang-orang kafir itu terhalang dan terlarang dari menerima kebaikan selepas mereka mati kelak. Allahu a’alm.


 

Ayat 23: Ayat Takhwif Ukhrawi.

وَقَدِمنا إِلىٰ ما عَمِلوا مِن عَمَلٍ فَجَعَلنٰهُ هَباءً مَّنثورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We will approach [i.e., regard]¹ what they have done of deeds and make them as dust dispersed.

  • On the Day of Judgement.

(MELAYU)

Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

 

وَقَدِمنا إِلىٰ ما عَمِلوا مِن عَمَلٍ

Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan,

Allah akan hadapi amalan mereka yang degil itu. Dalam ertikata lain, Allah datangi memeriksa amalan-amalan manusia. Allah akan periksa satu persatu. Ini ketika Allah menghisab amalan manusia.

 

فَجَعَلنٰهُ هَباءً مَّنثورًا

lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

Allah sendiri akan datang kepada amalan yang mereka amalkan untuk dinilaikan dan semua amalan mereka itu akan dijadikan seperti debu yang berterbangan.

Maknanya amalan mereka itu tidak bernilai langsung pada sisi Allah. Orang-orang kafir itu ada juga buat amal kebaikan semasa mereka di dunia, tetapi kerana mereka tidak beriman maka amalan baik mereka itu tidak ada nilai di sisi Allah. Allah gunakan perumpamaan ‘debu’. Sudahlah debu tidak bernilai, ditiup angin pula sampai tiada apa-apa lagi dah.

Jadi jangan kita hairan jikalau ada orang-orang kafir yang melakukan kebaikan dan mungkin kita berkata kepada diri kita: takkan Allah akan azab mereka ini kerana mereka ini orang yang baik?  Ayat ini jawapan kepada perasaan itu. Allah kata perbuatan baik mereka itu tidak ada nilai langsung. Ini kerana iman amat penting. Kalau tiada iman, amal banyak mana pun tiada harga.

Kerana itu kita selalu sebut dua syarat untuk amalan diterima: kena ikhlas dan kena ikut amalan soleh iaitu amalan sunnah. Ikhlas itu maksudnya beriman kepada Allah. Apabila kita benar-benar kenal Allah, maka kita akan serahkan amalan itu ikhlas kerana Allah.

Mungkin ada orang yang kata, kata-kata ini agak kasar, tetapi kita kena sedar yang kalimah ini datangnya daripada Allah dan Dia ada hak untuk berkata begini. Kerana syirik adalah perkara amat yang amat buruk sekali. Ianya bukan macam dosa-dosa biasa.


 

Ayat 24: Bandingkan pula dengan orang yang beriman. Allah terangkan keadaan mereka pula.

أَصحٰبُ الجَنَّةِ يَومَئِذٍ خَيرٌ مُّستَقَرًّا وَأَحسَنُ مَقيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The companions of Paradise, that Day, are [in] a better settlement and better resting place.

(MELAYU)

Penghuni-penghuni syurga pada hari itu paling baik tempat tinggalnya dan paling indah tempat isterahatnya.

 

أَصحٰبُ الجَنَّةِ يَومَئِذٍ خَيرٌ مُّستَقَرًّا

Penghuni-penghuni syurga pada hari itu paling baik tempat tinggalnya

مُستَقَرًّا adalah tempat yang selalunya dijadikan sebagai tempat perlancongan dan kita merasa gembira di tempat pelancongan itu. Maknanya Allah nak memberitahu yang ahli syurga itu akan didudukkan di tempat yang dia rasa seronok sepanjang masa sebagai tempat pelancongan dan tempat bergembira. Tak mahukan kita tempat yang sebegini?

 

وَأَحسَنُ مَقيلًا

dan paling indah tempat istirehatnya.

مَقيلًا pula adalah tempat rehat dan juga bermaksud waktu rehat di mana kita tidak buat apa-apa waktu itu. Macam tidur Qailullah di tengah hari. Cuba di syurga nanti tidak tidur kerana badan ahli syurga tidak penat dan kerana itu tidak memerlukan tidur. Dan jika tidur bermaksud kehilangan masa untuk melakukan perkara yang menggembirakan maka ahli syurga tidak tidur. Tetapi mereka akan duduk melepak tanpa perlu melakukan kerja kerana tidak ada kerisauan dan tidak ada kerja pada mereka. Jangan kata kerja, ibadah pun tidak perlu dilakukan lagi.

Ini juga mengajar kepada kita bahawa di syurga nantilah tempat untuk kita berehat dan melepak, tetapi dunia ini adalah tempat untuk kita berusaha dan berdakwah.


 

Ayat 25: Ayat Takhwif Ukhrawi. Allah ingatkan tentang Hari Kiamat. Memang selalu Allah ingatkan kita supaya kita takut.

وَيَومَ تَشَقَّقُ السَّماءُ بِالغَمٰمِ وَنُزِّلَ المَلٰئِكَةُ تَنزيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] the Day when the heaven will split open with [emerging] clouds,¹ and the angels will be sent down in successive descent.

  • Within which are the angels.

(MELAYU)

Dan (ingatlah) hari (ketika) langit pecah belah mengeluarkan awan dan diturunkanlah malaikat bergelombang-gelombang.

 

وَيَومَ تَشَقَّقُ السَّماءُ بِالغَمٰمِ

Dan (ingatlah) hari (ketika) langit pecah belah mengeluarkan awan

Apabila langit pecah dan mengeluarkan awan. Langit yang kita lihat hari ini amat kukuh akan hancur juga nanti. Awan yang kita lihat molek sahaja, lindungi kita dan sesekali bawa hujan, akan jadi amat menakutkan.

Mujahid mengatakan bahwa hal ini sama dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{هَلْ يَنْظُرُونَ إِلا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الأمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ}

Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan. (Al-Baqarah: 210), hingga akhir ayat.

 

وَنُزِّلَ المَلٰئِكَةُ تَنزيلًا

dan diturunkanlah malaikat bergelombang-gelombang.

Dan pada hari itu para malaikat akan turun dengan banyak sekali dan seolah-olah tidak berhenti-henti mereka turun.

Allah tak beritahu apa yang akan terjadi selepas itu sebagai ancaman. Kita sebenarnya tak tahu apa sebenarnya yang akan terjadi. Maka kena gunakan imaginasi anda. Yang pasti ia amat teruk.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad Ibnu Ammar ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Muammal, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Salamah, dari Ali ibnu Zaid, dari Yusuf ibnu Mahran, dari Ibnu Abbas, bahawa dia membaca ayat berikut, yaitu firman-Nya: Dan (ingatlah) hari (ketika itu) langit pecah belah mengeluarkan kabut putih dan diturunkan malaikat bergelombang-gelombang. (Al-Furqan: 25) Kemudian Ibnu Abbas mengatakan bahawa Allah menghimpun makhluk pada hari kiamat di suatu padang yang amat luas; jin, manusia, binatang ternak, binatang pemangsa, burung-burung, dan semua makhluk lainnya. Lalu terbelahlah langit yang paling bawah dan para penghuninya turun, mereka berjumlah jauh lebih banyak daripada jin, manusia, dan semua makhluk lainnya. Lalu para penghuni langit itu mengelilingi jin, manusia, dan semua makhluk. Kemudian terbelah pula langit yang kedua. Para penghuninya turun, lalu mengelilingi para malaikat yang telah turun sebelum mereka, jin, manusia, dan makhluk lainnya; mereka mempunyai bilangan yang jauh lebih banyak daripada para penghuni langit terbawah dan semua makhluk yang telah ada. Lalu terbelah pulalah langit yang ketiga, dan turunlah para penghuninya yang jumlah mereka jauh lebih banyak daripada penduduk langit yang terbawah, penduduk langit yang kedua, dan semua makhluk. Kemudian mereka mengelilingi para malaikat yang telah turun sebelumnya, juga jin, manusia, dan semua makhluk. Demikianlah seterusnya, penduduk setiap langit turun dalam jumlah yang jauh lebih besar daripada sebelumnya berkali ganda, hingga terbelahlah langit yang ketujuh. Penduduk langit yang ketujuh turun dalam jumlah jauh lebih banyak daripada penduduk langit sebelumnya, dan lebih banyak daripada jin, manusia, dan semua makhluk. Lalu mereka mengelilingi para malaikat yang telah turun sebelum mereka dari kalangan penduduk langit, juga jin, manusia serta semua makhluk lainnya. Lalu turunlah Tuhan kita Yang Maha Agung lagi Maha Mulia dalam naungan awan putih, sedangkan di sekitar-Nya terdapat malaikat-malaikat karubiyyin. Jumlah malaikat karubiyyin jauh lebih banyak daripada semua penduduk langit yang tujuh lapis; juga jin, manusia, dan semua makhluk. Mereka mempunyai tanduk seperti mata-mata tombak; mereka tinggal di bawah ‘Arasy, suara mereka gemuruh mengucapkan tasbih, tahlil, dan taqdis kepada Allah Swt. Jarak antara bagian telapak kaki seseorang dari mereka sampai ke mata kakinya sama dengan jarak perjalanan lima ratus tahun. Tinggi antara mata kaki sampai lututnya sama dengan perjalanan lima ratus tahun. Tinggi antara lutut sampai pangkal pahanya sama dengan perjalanan lima ratus tahun. Tinggi antara pangkal paha sampai tenggorokannya sama dengan jarak perjalanan lima ratus tahun. Dan tinggi antara bahagian bawah tenggorokannya sampai ke bagian bawah telinganya sama dengan jarak perjalanan lima ratus tahun. Sedangkan tinggi selebihnya (sampai ke kepalanya) sama dengan jarak perjalanan lima ratus tahun. Neraka Jahanam adalah penggaruknya.


 

Ayat 26:

المُلكُ يَومَئِذٍ الحَقُّ لِلرَّحمٰنِ ۚ وَكانَ يَومًا عَلَى الكٰفِرينَ عَسيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

True sovereignty, that Day, is for the Most Merciful. And it will be upon the disbelievers a difficult Day.

(MELAYU)

Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir.

 

المُلكُ يَومَئِذٍ الحَقُّ لِلرَّحمٰنِ

Kerajaan yang hak pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah.

Pada hari itu maka jelaslah bahawa kerajaan alam ini milik Allah. Kalau zaman sekarang, ramai manusia nak kawal kerajaan itu dan ini. Mereka rasa mereka berkuasa di atas dunia. Tapi nanti di akhirat baru mereka tahu yang mereka sebenarnya tidak berkuasa.

Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui Firman-Nya:

{لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ِلِلهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ}

Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini? Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. (Al-Mu-min: 16)

 

وَكانَ يَومًا عَلَى الكٰفِرينَ عَسيرًا

Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir.

Dan hari itu adalah hari amat sukar bagi mereka yang kufur dan menentang ajaran tauhid. Mereka tidak ada harapan nak menyelamatkan diri mereka lagi. Perihalnya sama dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ * عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ}

maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah. (Al-Muddassir: 9-10)

Demikianlah keadaan orang-orang kafir pada hari itu. Adapun keadaan orang-orang mukmin tidak begitu kerana telah disebutkan keadaan mereka oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{لا يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ الأكْبَرُ}

Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat). (Al-Anbiya: 103)

Semoga kita termasuk di dalam golongan mukmin dan tidak ketakutan pada hari itu… aameen. Kerana amat takut keadaan di Mahsyar itu nanti. Nak menunggu pun terlalu lamanya rasanya. Semoga kita mendapat kelebihan seperti yang disebut dalam hadis ini:

حَدَّثَنَا دَرَّاج، عَنْ أَبِي الْهَيْثَمِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري قال: قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ: {يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ} مَا أَطْوَلَ هَذَا الْيَوْمَ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّهُ لِيُخَفَّفُ عَلَى الْمُؤْمِنِ حتى يكون أَخَفَّ عَلَيْهِ مِنْ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ يُصَلِّيهَا فِي الدُّنْيَا”

Imam Ahmad meriwayatkan, telah menceritakan kepada kami Husain ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi’ah, telah menceritakan kepada kami Darraj, dari Abul Haisam, dari Abu Sa’id Al-Khudri yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah ditanya mengenai makna firman-Nya: dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun. (Al-Ma’arij: 4) “Wahai Rasulullah, betapa lamanya hari tersebut.” Maka Rasulullah Saw. menjawab: Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sungguh akan diringankan bagi orang mukmin (lamanya hari tersebut) sehingga terasa lebih cepat baginya dari suatu salat fardu yang dikerjakannya di bumi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 025: Furqan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s