Tafsir Surah Furqan Ayat 18 – 20 (Yang disembah tidak mengaku)

Ayat 18: Apakah jawapan dari mereka yang disembah dan diseru itu?

قالوا سُبحٰنَكَ ما كانَ يَنبَغي لَنا أَن نَّتَّخِذَ مِن دونِكَ مِن أَولِياءَ وَلٰكِن مَّتَّعتَهُم وَءآباءَهُم حَتّىٰ نَسُوا الذِّكرَ وَكانوا قَومًا بورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will say, “Exalted are You! It was not for us to take besides You any allies [i.e., protectors]. But You provided comforts for them and their fathers until they forgot the message and became a people ruined.”

(MELAYU)

Mereka (yang disembah itu) menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagi kami mengambil selain Engkau (untuk jadi) pelindung, akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati peringatan; dan mereka adalah kaum yang binasa”.

 

قالوا سُبحٰنَكَ

Mereka (yang disembah itu) menjawab: “Maha Suci Engkau,

Mereka menjawap dengan menyucikan Allah dari kesyirikan. Inilah maksud tasbih. Perbuatan menyeru dan menyembah selain Allah adalah syirik. Maka kalau ahli ibadah banyak melakukan tasbih tapi dalam masa yang sama melakukan syirik, samada disedari atau tidak, maka ini adalah salah dan tidak patut. Maka kalau tak sedar, kena belajar lah.

 

ما كانَ يَنبَغي لَنا أَن نَّتَّخِذَ مِن دونِكَ مِن أَولِياءَ

tidaklah patut bagi kami mengambil selain Engkau (untuk jadi) pelindung,

Nabi, wali dan malaikat itu mengatakan mereka sendiri tidak layak untuk mengambil pelindung selain daripada Allah lalu mana mungkin mereka suruh manusia untuk menjadikan mereka sebagai wali selain Allah.

 

وَلٰكِن مَّتَّعتَهُم وَءآباءَهُم حَتّىٰ نَسُوا الذِّكرَ

akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati peringatan; 

Tetapi yang disembah itu memberitahu kenapa manusia ramai yang menjadi musyrik dan melupakan peringatan wahyu (الذِّكرَ). Ini kerana Allah telah memberi kesenangan hidup kepada mereka. Kepada mereka dan juga tok nenek mereka.

Ini mengajar kita jikalau kita hidup dalam kesenangan terutama jikalau kita bawa misi mencari kesenangan dari ayah dan datuk nenek kita maka ada kemungkinan kita tidak akan menjaga agama dan tidak hiraukan wahyu langsung. Ini berlaku kalau hanya mementingkan kesenangan hidup sahaja. Bukanlah semua orang yang senang itu jadi begini.

Apabila manusia hidup dengan mewah dan merasa cukup dengan apa yang ada, maka mereka sudah rasa mereka tidak memerlukan Allah lagi. Mereka tidak rasa ada kekurangan pada diri mereka dan kerana itu mereka tidak mencari Allah untuk mencukupkan diri mereka. Dan kerana itu mereka lupa kepada peringatan.

 

وَكانوا قَومًا بورًا

dan mereka adalah kaum yang binasa”.

Dan kerana itu mereka perlahan-lahan menuju kepada kehancuran tanpa mereka sedari. Ini bukanlah kehancuran yang tiba-tiba tapi kehancuran yang mengambil masa. Mereka sahaja yang tidak sedar yang mereka sebenarnya menuju kehancuran.


 

Ayat 19: Selepas dapat jawapan dari yang disembah, maka Allah tanya balik kepada yang menyembah.

فَقَد كَذَّبوكُم بِما تَقولونَ فَما تَستَطيعونَ صَرفًا وَلا نَصرًا ۚ وَمَن يَظلِم مِّنكُم نُذِقهُ عَذابًا كَبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So they will deny you, [disbelievers], in what you say,¹ and you cannot avert [punishment] or [find] help. And whoever commits injustice² among you – We will make him taste a great punishment.

  • At the time of Judgement the false objects of worship will betray their worshippers and deny them.
  • Specifically, association of others with Allāh.

(MELAYU)

maka sesungguhnya mereka (yang disembah itu) telah mendustakan kamu tentang apa yang kamu katakan maka kamu tidak akan dapat menolak (azab) dan tidak (pula) menolong (dirimu), dan barang siapa di antara kamu yang berbuat zalim, niscaya Kami rasakan kepadanya azab yang besar.

 

فَقَد كَذَّبوكُم بِما تَقولونَ

maka sesungguhnya mereka (yang disembah itu) telah mendustakan kamu tentang apa yang kamu katakan

Kemudian Allah berpaling kepada mereka yang melakukan syirik. Allah mengatakan bahawa ilah-ilah yang mereka puja dan sembah itu tidak mengaku yang mereka pernah suruh mereka dipuja. Sebagai contoh, memang Nabi Isa tidak pernah suruh baginda disembah pun tapi Puak Kristian sahaja yang mereka ajaran itu.

Maknanya Allah nak kata mereka yang menyembah itu semua penipu belaka. Memandai sahaja buat amalan yang tidak pernah disuruh dan tidak pernah ada dalil.

 

فَما تَستَطيعونَ صَرفًا

maka kamu tidak akan dapat menolak (azab) 

Kamu semua tidak akan dapat nak menukar nasib kamu. Tak dapat nak tukar amal perbuatan salah yang mereka lakukan semasa di dunia kerana telah terlambat. Maka kenalah beringat semasa masih hidup lagi di dunia.

Lagi satu, mereka tidak akan dapat menolak azab neraka yang telah ditakdirkan ke atas mereka.

 

وَلا نَصرًا

dan tidak (pula) menolong (dirimu),

Kamu tidak akan ada sesiapa pun yang boleh membantu menyelamatkan mereka.

 

وَمَن يَظلِم مِّنكُم نُذِقهُ عَذابًا كَبيرًا

dan barang siapa di antara kamu yang berbuat zalim, niscaya Kami rasakan kepadanya azab yang besar.

Dan sekarang Allah memberi nasihat kepada mereka yang sedang membaca ayat ini yang jikalau mereka melakukan kezaliman, mereka akan dikenakan dengan azab seksa yang amat teruk di akhirat kelak.

Dan ingatlah zalim yang paling besar adalah zalim terhadap hak Allah. Allah sahaja yang berhak disembah dan diminta doa. Maka kalau minta kepada selain Allah, sembah selain Allah, maka itu adalah zalim dalam bentuk syirik.


 

Ayat 20: Ini adalah jawap syikayah. Sebelum ini penentang wahyu mengutuk dan mengejek Rasulullah kerana baginda makan minum dan ke pasar macam manusia biasa sahaja. Maka Allah jawap kata-kata mereka itu.

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ مِنَ المُرسَلينَ إِلّا إِنَّهُم لَيَأكُلونَ الطَّعامَ وَيَمشونَ فِي الأَسواقِ ۗ وَجَعَلنا بَعضَكُم لِبَعضٍ فِتنَةً أَتَصبِرونَ ۗ وَكانَ رَبُّكَ بَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not send before you, [O Muḥammad], any of the messengers except that they ate food and walked in the markets. And We have made some of you [people] as trial for others – will you have patience? And ever is your Lord, Seeing.

(MELAYU)

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.

 

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ مِنَ المُرسَلينَ

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu,

Allah suruh tengok dan fikirkan tentang Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad. Ada banyak Rasul-rasul lain sebelum baginda. Bagaimana dengan mereka?

 

إِلّا إِنَّهُم لَيَأكُلونَ الطَّعامَ

melainkan mereka sungguh memakan makanan

Allah beritahu yang para Rasul sebelum baginda pun memang jenis manusia yang memakan makanan dari dunia. Kerana manusia memerlukan makanan dan para Rasul itu adalah manusia juga.

 

وَيَمشونَ فِي الأَسواقِ

dan berjalan di pasar-pasar.

Mereka juga pergi ke pasar. Kerana mereka berhajat untuk beli sesuatu keperluan mereka. Mereka juga berniaga di pasar juga. Ini tidak merendahkan kedudukan mereka langsung.

 

وَجَعَلنا بَعضَكُم لِبَعضٍ فِتنَةً

Dan Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. 

Dan Allah jadikan satu golongan menjadi ujian kepada golongan yang lain. Kadang-kadang ada golongan yang sudah mahu beriman tetapi mereka berjumpa dengan kawan-kawan mereka yang mengajak mereka kembali ke lembah kehinaan. Yang jahat itu akan mengutuk mereka yang mahu beriman dengan mengatakan mereka bodoh kerana mahu ikut Rasul.

Begitu juga kita, dalam menyampaikan dakwah ini kadangkala kita ditentang dan dituduh bermacam-macam tuduhan yang tidak patut. Itu semua adalah dugaan kepada kita sebagai pendakwah.

 

أَتَصبِرونَ

Mahukah kamu bersabar?;

Mereka akan suruh orang-orang yang hendak beriman itu supaya bersabar supaya jangan masuk ke dalam agama Islam.

Atau ia bermaksud, pertanyaan Allah kepada para Rasul itu adakah mereka sanggup bersabar dengan kerenah manusia kafir itu?

 

وَكانَ رَبُّكَ بَصيرًا

dan adalah Tuhanmu maha Melihat.

Allah beritahu yang Dia maha melihat apa yang dilakukan oleh manusia itu. Allah melihat apakah yang dilakukan oleh puak penentang. Mereka akan dibalas dengan azab atas kesalahan mereka

Dan Allah juga maha melihat apakah amalan para Rasul dan orang mukmin. Segala amalan mereka akan dibalas kerana Allah lihat amalan mereka.

Termasuk juga dalam perkara ini adalah kesabaran mereka yang akan dibalas. Kerana hendak sabar adalah amat susah dan memerlukan kekuatan. Dan kalau sabar, balasannya amat besar.

Allahu a’lam. Ini juga adalah ayat akhir Juz 18. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 025: Furqan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s