Tafsir Surah an-Nur Ayat 56 – 58 (Anak kena minta izin)

Ayat 56:

وَأَقيمُوا الصَّلَوٰةَ وَآتُوا الزَّكاةَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And establish prayer and give zakāh and obey the Messenger – that you may receive mercy.

(MELAYU)

Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.

 

وَأَقيمُوا الصَّلَوٰةَ وَآتُوا الزَّكاةَ

Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat,

Selepas Allah memberitahu tentang ayat kejayaan yang akan dialami oleh umat Islam maka apakah yang mereka perlu lakukan? Maka Allah beritahu kepada mereka yang mereka kena menegakkan agama Islam dengan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Maksudnya, hendaklah taat kepada Allah dengan melakukan ibadah kepadaNya sahaja. Disebut solat dan zakat sebagai wakil kepada ibadah-ibadah yang lain. Bukanlah hanya dua itu sahaja yang wajib dilakukan, kerana ada banyak lagi. Tapi tidaklah Allah sebut satu persatu.

 

وَأَطيعُوا الرَّسولَ

dan taatlah kepada rasul,

Dan kemudian kamu kena terus taat kepada Rasul. Apa yang baginda sampaikan, kenalah ikuti. Maka kena belajar Sunnah dari hadis yang sahih. Jangan jadi golongan anti-hadis yang menolak Sunnah dari Rasulullah.

Ketaatan yang kamu tunjukkan kepada Rasulullah itu akan dibalas dengan rahmat dari Allah.


 

Ayat 57: Takhwif Ukhrawi. Kalau tidak taat, apa akan jadi?

لا تَحسَبَنَّ الَّذينَ كَفَروا مُعجِزينَ فِي الأَرضِ ۚ وَمَأوٰهُمُ النّارُ ۖ وَلَبِئسَ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Never think that the disbelievers are causing failure [to Allāh] upon the earth. Their refuge will be the Fire – and how wretched the destination.

(MELAYU)

Janganlah kamu kira bahawa orang-orang yang kafir itu dapat melemahkan (Allah dari mengazab mereka) di bumi ini, sedang tempat tinggal mereka (di akhirat) adalah neraka. Dan sungguh amat jeleklah tempat kembali itu.

 

لا تَحسَبَنَّ الَّذينَ كَفَروا مُعجِزينَ فِي الأَرضِ

Janganlah kamu kira bahawa orang-orang yang kafir itu dapat melemahkan (Allah dari mengazab mereka) di bumi ini, 

Jangan kamu sekali kali sangka dan rasa yang orang-orang kafir itu akan berkuasa di muka bumi ini. Mereka tidak akan berjaya. Tapi dengan syarat kita umat Islam kenalah amalkan agama dengan benar. Kalau macam sekarang, memang tidak ada harapan untuk kita mendapat janji Allah untuk beri kekuasaan kepada umat Islam. Kerana umat Islam jauh dari Qur’an, jauh dari agama dan Sunnah Nabi. Kalau beginilah keadaannya, maka tidak adalah bantuan dari Allah.

 

وَمَأوٰهُمُ النّارُ

sedang tempat tinggal mereka (di akhirat) adalah neraka. 

Mereka tidak akan berkuasa di atas muka bumi dan di akhirat kelak mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya. Kalau pun mereka hidup senang dan berkuasa di dunia, mereka tidak akan selamat di akhirat.

 

وَلَبِئسَ المَصيرُ

Dan sungguh amat jeleklah tempat kembali itu.

Jadi tidak berbaloi kekuasaan mereka di dunia ini, kerana dunia ini sekejap sahaja. Yang kita pentingkan adalah kehidupan di akhirat kelak. Apa guna kalau hidup senang di dunia tapi hidup dengan susah di akhirat?


 

Ayat 58: Sekarang kita masuk ke dalam bahagian kedua surah ini. Sekarang diberitahu tentang undang-undang sosial pula. Sebelum ini dalam bahagian pertama, telah pernah disebut tentang orang dari luar yang hendak minta izin masuk ke dalam rumah dan sekarang disebut undang-undang bagaimana pula orang yang memang sudah ada di dalam rumah. Iaitu dengan ahli keluarga sendiri.

يا أَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لِيَستَأذِنكُمُ الَّذينَ مَلَكَت أَيمٰنُكُم وَالَّذينَ لَم يَبلُغُوا الحُلُمَ مِنكُم ثَلٰثَ مَرّٰتٍ ۚ مِّن قَبلِ صَلَوٰةِ الفَجرِ وَحينَ تَضَعونَ ثِيابَكُم مِّنَ الظَّهيرَةِ وَمِن بَعدِ صَلَوٰةِ العِشاءِ ۚ ثَلٰثُ عَورٰتٍ لَّكُم ۚ لَيسَ عَلَيكُم وَلا عَلَيهِم جُناحٌ بَعدَهُنَّ ۚ طَوّٰفونَ عَلَيكُم بَعضُكُم عَلىٰ بَعضٍ ۚ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمُ الآيٰتِ ۗ وَاللهُ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, let those whom your right hands possess and those who have not [yet] reached puberty among you ask permission of you [before entering] at three times: before the dawn prayer and when you put aside your clothing [for rest] at noon and after the night prayer. [These are] three times of privacy1 for you. There is no blame upon you nor upon them beyond these [periods], for they continually circulate among you – some of you, among others. Thus does Allāh make clear to you the verses [i.e., His ordinances]; and Allāh is Knowing and Wise.

  • Literally, “exposure” or “being uncovered.”

(MELAYU)

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya’. (Itulah) tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka di sekeliling kamu, sebahagian kamu ke atas sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang yang beriman,

Orang-orang yang beriman kena tahulah undang-undang ini. Allah berikan untuk kebaikan kita semua. Ianya dapat menjaga kesucian hidup kita. Malangnya ramai yang mengaku beriman, tak tahu pun hukum ini.

 

لِيَستَأذِنكُمُ الَّذينَ مَلَكَت أَيمٰنُكُم

hendaklah hamba-hamba (lelaki dan wanita) yang kamu miliki meminta izin kepada kamu

Hukum ini penting ketika masyarakat masih lagi mengamalkan sistem perhambaan. Sekarang memang tidak ada, tapi ingatlah yang sistem hamba ini tidak pernah dimansuhkan. Maka, ada kemungkinan juga di masa hadapan, sistem perhambaan ini dimulakan semula. Tapi itu kalau orang kafir pun amalkan sistem hamba. Maka hukum ini jangan dibiarkan begitu sahaja, tetap kena ajar kepada manusia.

Hamba sahaya ini tinggal dengan tuannya di dalam rumah. Kerana mereka memang bekerja di dalam rumah pun. Maka kena ada etika dalam rumah itu. Tidak boleh nak masuk dengan sembrono sahaja ke sana sini. Mereka tidak boleh terus masuk ke dalam bilik tuannya melainkan setelah meminta izin pada waktu-waktu tertentu. Kerana kalau mereka terus masuk, entah apa yang mereka akan nampak nanti.

 

وَالَّذينَ لَم يَبلُغُوا الحُلُمَ مِنكُم

dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu,

Begitu juga dengan anak-anak tuan rumah. Walaupun mereka itu keluarga sendiri, tapi pada waktu tertentu, tidak boleh terus masuk. Maka kena ajar mereka kerana mereka kecil lagi. Mereka perlu diajar dengan disiplin di dalam rumah.

 

ثَلٰثَ مَرّٰتٍ

tiga kali 

Kena minta izin itu bukan pada setiap waktu, tapi pada tiga waktu penting sahaja. Allah mengajar bagaimana hamba-hamba dan kanak-kanak kecil yang belum baligh lagi perlu meminta kebenaran pada tiga waktu. Jangan terus masuk bilik tuan/ibubapa tanpa minta kebenaran.

Jadi hukum ini untuk mereka yang belum baligh dan juga hamba sahaya. Maka kepada orang yang sudah baligh, maka setiap waktu kena minta izin. Ini kerana mereka dah besar dan sudah faham adab dalam rumah. Maka kena ajar mereka minta izin. Kadang-kadang ramai yang tidak tahu kerana jauh dari wahyu.

Ini termasuk dalam perkara Sunat. Jadi manakah tiga waktu itu?

 

مِّن قَبلِ صَلَوٰةِ الفَجرِ

sebelum sembahyang subuh,

Sebelum fajar menyinsing. Waktu itu suami isteri (ibu dan bapa) dalam bilik dan mereka mungkin tidak kemas pakaiannya atau sedang bercumbuan. Tidak boleh nak masuk tidak tentu pasal.

Jadi kena ajar dan latih ahli keluarga kita. Kalau selepas waktu itu, boleh kalau anak-anak belum baligh nak masuk kerana sudah solat subuh dan sudah berpakaian yang sesuai.

 

وَحينَ تَضَعونَ ثِيابَكُم مِّنَ الظَّهيرَةِ

ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari 

Ini adalah waktu yang kedua iaitu waktu tengahari. Waktu itu mungkin tuan rumah tidak pakai baju kerana sedang berehat. Memang zaman sekarang ini kita selalu bekerja pada waktu ini, tapi di negara Arab inilah waktu mereka selalu berehat di rumah sahaja kerana keadaan di luar panas untuk bekerja. Walaupun ini selalunya waktu bekerja, tetapi ingatlah yang ada masa masa di hujung minggu yang kita ada di rumah sepanjang hari. Dan memang kita selalu berehat sahaja kalau waktu tengahari kalau tidak ke mana-mana.

 

وَمِن بَعدِ صَلَوٰةِ العِشاءِ

dan sesudah sembahyang Isya’.

Dan waktu ketiga adalah selepas waktu Isyak kerana waktu itu adalah waktu untuk tidur. Waktu inilah juga ibu bapa mungkin berjimak atau pakai pakaian yang tidak menutup aurat dalam bilik tidur mereka. Bukan sahaja tidak tutup aurat, malah mungkin mereka buka lebih dari biasa. Jadi kena minta izin sebelum masuk.

 

ثَلٰثُ عَورٰتٍ لَّكُم

(Itulah) tiga aurat bagi kamu. 

Inilah tiga waktu jaga aurat. Aurat adalah bahagian tubuh yang patut dirahsiakan tidak ditunjuk. Bukan tidak boleh masuk, tapi minta kebenaran sebelum masuk. Kerana tiga waktu ini selalunya suami isteri akan buka aurat kerana mereka akan jimak.

 

لَيسَ عَلَيكُم وَلا عَلَيهِم جُناحٌ بَعدَهُنَّ

Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. 

Selepas dari tiga waku itu, tidak kisah kalau hamba atau anak belum baligh nak masuk ke dalam bilik. Waktu lain biarkan sahaja kalau mereka nak masuk. Mungkin hamba nak mencuci bilik atau anak-anak hendak bermain.

 

طَوّٰفونَ عَلَيكُم بَعضُكُم عَلىٰ بَعضٍ

Mereka di sekeliling kamu, sebahagian kamu ke atas sebahagian (yang lain).

Waktu lain memang susah nak jaga mereka dari masuk ke dalam bilik kerana mereka berpusing-pusing sekeliling kita. Nanti mereka akan datang balik selepas mereka pergi. Begitulah memang anak-anak suka nak menyibuk dengan emak ayah. Kadang-kadang kita tengah duduk elok-elok, mereka sampai panjat naik atas kita. Kalau kita dalam bilik, mereka akan cari kita.

 

كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمُ الآيٰتِ

Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. 

Begitulah Allah jelaskan hukum kepada kita untuk kita ikuti. Ini adalah untuk kebaikan kita juga. Kerana aurat perlu dijaga. Manusia tidak boleh lihat benda yang tidak patut mereka lihat. Apa yang kita buat dalam bilik kita dengan isteri kita adalah rahsia.

 

وَاللهُ عَليمٌ حَكيمٌ

Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Allah tahu apa yang kita lalui dan keadaan dalam kehidupan seharian kita. Allah juga Maha Bijaksana dalam menentukan hukum untuk kita ikuti.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 024: an-Nur. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s