Tafsir Surah an-Nur Ayat 44 – 48 (Apabila Rasul panggil)

Ayat 44: Allah sambung tentang QudratNya.

يُقَلِّبُ اللهُ اللَّيلَ وَالنَّهارَ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَعِبرَةً لِّأُولِي الأَبصٰرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh alternates the night and the day. Indeed in that is a lesson for those who have vision.

(MELAYU)

Allah mempergantikan malam dan siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan.

 

يُقَلِّبُ اللهُ اللَّيلَ وَالنَّهارَ

Allah mempergantikan malam dan siang.

Allah tukarkan malam dan siang kadang-kadang siang dan kadang-kadang malam dan perkara ini berterusan. Malam dan siang itu bukan terjadi sendiri secara otomatik tetapi Allah yang tentukan. Dalilnya, nanti di akhirat neraka akan sentiasa malam dan syurga akan sentiasa siang.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَعِبرَةً لِّأُولِي الأَبصٰرِ

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran yang besar bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan.

Ada pengajaran bagi mereka yang ada basirah iaitu mata hati. Mereka yang melihat dan memikirkan perkara-perkara  yang disebut sebelum ini tentang hujan, salji, kilat dan juga pertukaran siang dan malam. Mereka sedar yang Allah Maha Berkuasa dan mempunyai Qudrat untuk melakukan apa sahaja. Dan kerana itulah Allah sahaja yang layak disembah.


 

Ayat 45:

وَاللهُ خَلَقَ كُلَّ دابَّةٍ مِن مّاءٍ ۖ فَمِنهُم مَّن يَمشي عَلىٰ بَطنِهِ وَمِنهُم مَّن يَمشي عَلىٰ رِجلَينِ وَمِنهُم مَّن يَمشي عَلىٰ أَربَعٍ ۚ يَخلُقُ اللهُ ما يَشاءُ ۚ إِنَّ اللهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has created every [living] creature from water. And of them are those that move on their bellies, and of them are those that walk on two legs, and of them are those that walk on four. Allāh creates what He wills. Indeed, Allāh is over all things competent.

(MELAYU)

Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 

وَاللهُ خَلَقَ كُلَّ دابَّةٍ مِن مّاءٍ

Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air,

Allah menjadikan semua kehidupan yang ada di dalam alam ini daripada air.

Ini adalah satu maklumat saintifik yang hebat. Memang segala kehidupan ini dijadikan dari air. Kerana itu kalau penjelajahan ke planet lain, NASA akan cari samada di planet itu ada kesan air atau tidak. Kerana kalau ada air, maknanya ada kehidupan di planet itu. Dan Allah sebut dalam Qur’an tentang perkara ini, tapi pada waktu Qur’an diturunkan, maklumat ini tidak ada pada zaman itu. Maka memanglah bukan Nabi Muhammad yang menulis Qur’an ini tetapi ianya wahyu dari Allah.

 

فَمِنهُم مَّن يَمشي عَلىٰ بَطنِهِ

maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya

Hebat sekali penciptaan makhluk oleh Allah. Allah suruh kita lihat. Bermacam-macam jenis. Ada yang berjalan dengan perut sahaja tanpa ada kaki. Macam ular.

 

وَمِنهُم مَّن يَمشي عَلىٰ رِجلَينِ

dan sebahagian berjalan dengan dua kaki 

Ada berjalan atas dua kaki macam manusia. Ya, manusia juga dikira sebagai haiwan juga, iaitu haiwan yang ada akal.

 

وَمِنهُم مَّن يَمشي عَلىٰ أَربَعٍ

sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. 

Dan ada binatang yang berjalan di atas empat kaki macam unta, lembu dan kambing. Semua ini boleh kita lihat setiap hari.

 

يَخلُقُ اللهُ ما يَشاءُ

Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, 

Allah boleh melakukan dan mencipta berjenis-jenis makhluk seperti yang Dia kehendaki.

 

إِنَّ اللهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Kekuasaan Allah tiada batasan. Semua kehendakNya tercapai. Tiada siapa boleh halang. Maka kenalah kita taat kepada Allah, sembah Allah sahaja dan seru Allah sahaja.


 

Ayat 46: Ayat ini adalah pengulangan dalil.

لَقَد أَنزَلنا ءآيٰتٍ مُّبَيِّنٰتٍ ۚ وَاللهُ يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We have certainly sent down distinct verses. And Allāh guides whom He wills to a straight path.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. Dan Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

 

لَقَد أَنزَلنا ءآيٰتٍ مُّبَيِّنٰتٍ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan.

Semua yang Allah sebutkan di atas adalah menjadi tanda yang jelas.

 

وَاللهُ يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

Dan Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

Allah buat keputusan siapa yang Dia kehendaki untuk diberikan hidayah.

Juga boleh bermaksud, Allah beri hidayah siapa yang hendakkan hidayah. Maknanya ikut kehendak orang itu sendiri. Iaitu orang yang ada inabah kepada kebenaran.


 

Ayat 47: Ayat syikayah. Ini pula tentang orang munafik.

وَيَقولونَ آمَنّا بِاللهِ وَبِالرَّسولِ وَأَطَعنا ثُمَّ يَتَوَلّىٰ فَريقٌ مِّنهُم مِّن بَعدِ ذٰلِكَ ۚ وَما أُولٰئِكَ بِالمُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they [i.e., the hypocrites] say, “We have believed in Allāh and in the Messenger, and we obey”; then a party of them turns away after that. And those are not believers.

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan rasul, dan kami mentaati (keduanya)”. Kemudian sebahagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

 

وَيَقولونَ آمَنّا بِاللهِ وَبِالرَّسولِ وَأَطَعنا

Dan mereka berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan rasul, dan kami mentaati 

Golongan munafik akan kata mereka beriman dan taat kepada arahan Allah. Tapi mereka kata dengan lidah sahaja, tidak dengan hati sendiri. Mereka datang kepada Nabi dan kata mereka beriman dan kata akan taat kalau Nabi suruh.

 

ثُمَّ يَتَوَلّىٰ فَريقٌ مِّنهُم مِّن بَعدِ ذٰلِكَ

Kemudian sebahagian dari mereka berpaling sesudah itu, 

Allah kata mereka tidak beriman. Kerana itu mereka berpaling dari taat kepada Allah dan RasulNya.

 

وَما أُولٰئِكَ بِالمُؤمِنينَ

sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.

Allah beritahu yang mereka bukan macam orang mukmin sebenar iaitu para sahabat. Mereka cakap beriman dengan mulut sahaja.


 

Ayat 48: Ini contoh perpalingan mereka sebagai bukti bahawa mereka itu bukanlah mukmin yang sebenar. Jadi kita kena bandingkan dengan diri kita.

وَإِذا دُعوا إِلَى اللهِ وَرَسولِهِ لِيَحكُمَ بَينَهُم إِذا فَريقٌ مِّنهُم مُّعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they are called to [the words of] Allāh and His Messenger to judge between them, at once a party of them turns aside [in refusal].

(MELAYU)

Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang.

 

وَإِذا دُعوا إِلَى اللهِ وَرَسولِهِ لِيَحكُمَ بَينَهُم

Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka,

Ini apabila mereka disuruh untuk datang untuk dengar arahan.

 

إِذا فَريقٌ مِّنهُم مُّعرِضونَ

tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang.

Apabila dipanggil, mereka tak datang. Mereka akan buat berbagai alasan. Ini maknanya mereka tidak taat kerana apabila Nabi panggil, kena datang. Ajakan kepada Allah dan Rasul itu adalah untuk menegakkan agama Allah.

Di dalam kitab Imam Tabrani disebutkan melalui hadis Rauh ibnu Ata dari Abu Maimunah, dari Al-Hasan, dari Samurah secara marfu’:

“مَنْ دُعي إِلَى سُلْطَانٍ فَلَمْ يُجِبْ، فَهُوَ ظَالِمٌ لَا حَقَّ لَهُ”

“Barang siapa yang dipanggil oleh sultan, lalu ia tidak memenuhinya, maka dia adalah orang yang zalim, tiada hak baginya.”

Maka, apatah lagi kalau yang memanggilnya adalah Rasul sendiri?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 024: an-Nur. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah an-Nur Ayat 44 – 48 (Apabila Rasul panggil)

  1. Pingback: Tafsir Surah an-Nur Ayat 44 – 48 (Apabila Rasul panggil)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s