Tafsir Surah an-Nur Ayat 41 – 43 (Perhatikan awan)

Ayat 41: Ayat dalil aqli.

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ وَالطَّيرُ صٰفّٰتٍ ۖ كُلٌّ قَد عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسبيحَهُ ۗ وَاللهُ عَليمٌ بِما يَفعَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not see that Allāh is exalted by whomever is within the heavens and the earth and [by] the birds with wings spread [in flight]? Each [of them] has known his [means of] prayer and exalting [Him], and Allāh is Knowing of what they do.

(MELAYU)

Tidaklah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

 

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ

Tidaklah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi

Semua makhluk di langit dan bumi bertasbih kepada Allah. Kita sahaja yang tidak nampak kerana cara mereka bukan sama macam kita.

 

وَالطَّيرُ صٰفّٰتٍ

dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya.

Juga burung pun bertasbih. Kalimah Tasbih asalnya dari kalimah yang bermaksud ‘berenang’ dan bukankah burung berenang di udara? Dan burung itu terbang (berenang di udara) dengan sentiasa mengembangkan sayapnya.

 

كُلٌّ قَد عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسبيحَهُ

Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, 

Makhluk selain manusia ada cara solat dan tasbih mereka. Allah sindir kita: Kamu tahu tak cara solat dan tasbih kamu sebab binatang tahu cara mereka? Kalau kamu tak tahu, maka kamu lebih teruk dari binatang.

 

وَاللهُ عَليمٌ بِما يَفعَلونَ

dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Allah Maha Tahu segala apa yang dilakukan oleh makhlukNya termasuk binatang. Tiada yang tersembunyi dari ilmu Allah.

Binatang tiada niat dan kerana itu kalimah فعل digunakan. Kalau perbuatan dengan niat, maka kalimah عمل yang digunakan.

Maka kerana kita manusia, amal kita kena ada niat. Maka apabila kita berzikir, kena ada hadhir hati. Kena tahu apa yang kita sebutkan. Dan kena ikut amalkan apa yang kita sebut. Maka janganlah kita mulut sahaja yang berzikir atau kita melakukan perbuatan solat tetapi hati kita tidak hadhir dalam solat itu. Itu merosakkan amal kita.


 

Ayat 42: Ayat dalil aqli.

وَِللهِ مُلكُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۖ وَإِلَى اللهِ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belongs the dominion of the heavens and the earth, and to Allāh is the destination.

(MELAYU)

Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk).

 

وَِللهِ مُلكُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ

Dan kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi

Semua yang ada adalah milik Allah. Termasuk kita ini pun milik Allah. Maka kenalah kita taat dan ikut arahan Allah.

 

وَإِلَى اللهِ المَصيرُ

dan kepada Allah-lah kembali (semua makhluk).

Kita semua akan dikembalikan kepada Allah, maka kenalah ingat. Apa yang kita nak bawa kepada Allah taala nanti? Janganlah kita bawa dosa, tapi kenalah kita bawa pahala untuk dipersembahkan kepadaNya.


 

Ayat 43: Allah beri contoh QudratNya.

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يُزجي سَحابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَينَهُ ثُمَّ يَجعَلُهُ رُكامًا فَتَرَى الوَدقَ يَخرُجُ مِن خِلٰلِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّماءِ مِن جِبالٍ فيها مِن بَرَدٍ فَيُصيبُ بِهِ مَن يَشاءُ وَيَصرِفُهُ عَن مَّن يَشاءُ ۖ يَكادُ سَنا بَرقِهِ يَذهَبُ بِالأَبصٰرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not see that Allāh drives clouds? Then He brings them together; then He makes them into a mass, and you see the rain emerge from within it. And He sends down from the sky, mountains [of clouds] within which is hail, and He strikes with it whom He wills and averts it from whom He wills. The flash of its lightening almost takes away the eyesight.

(MELAYU)

Tidaklah kamu melihat bahawa Allah menggerakkan awan, kemudian mengumpulkannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

 

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يُزجي سَحابًا

Tidaklah kamu melihat bahawa Allah menggerakkan awan,

Allah suruh kita melihat kepada awan yang di atas kepala kita. Senang sahaja untuk kita melihatnya kerana ia sentiasa ada sahaja. Allah suruh kita lihat dan kenangkan bagaimana hebatnya awan-awan itu. Awan itu memang bergerak tapi tidaklah ia bergerak sendiri tapi Allah lah menggerakkan awan-awan itu.

 

ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَينَهُ

kemudian mengumpulkannya, 

Ada awan yang besar dan ada yang kecil. Allah menggabungkan awan yang kecil-kecil itu menjadi awan yang besar.

 

ثُمَّ يَجعَلُهُ رُكامًا

kemudian menjadikannya bertindih-tindih, 

Kemudian Allah jadikan awan itu berlapis-lapis. Zaman sekarang kita boleh lihat lebih lagi daripada para sahabat. Mereka hanya nampak awan yang rendah-rendah sahaja, mereka tidak tahu ada lagi awan yang diatas. Kita tahu perkara ini kerana apabila kita naik kapal terbang, kita dapat tahu bahawa awan itu ada yang rendah dan ada yang tinggi dan kapal terbang boleh berada di antara awan-awan itu. Jadi ini adalah salah satu dari tanda mukjizat Qur’an ini – tidak mungkin ia ditulis oleh Nabi Muhammad kerana baginda pun tidak tahu tentang perkara ini.

 

فَتَرَى الوَدقَ يَخرُجُ مِن خِلٰلِهِ

maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya

Kemudian Allah keluarkan hujan yang ringan dari celah celah awan yang tersusun itu.

 

وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّماءِ مِن جِبالٍ فيها مِن بَرَدٍ

dan Allah menurunkan dari langit, iaitu dari gunung-gunung, di dalamnya mengandungi ais ketul

Dan ada awan yang menurunkan hujan batu. Ianya seperti turun dari gunung. Adapun orang yang menjadikan lafaz Al-Jibal di sini sebagai ungkapan kinayah dari as-sahab atau awan.

 

فَيُصيبُ بِهِ مَن يَشاءُ

maka ditimpakan-Nya ais itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya 

Allah boleh kenakan hujan batu itu kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Kalau ais yang keras, kalau kena kepada manusia, ia macam peluru. Selalu kita baca bagaimana hujan batu ini kena kereta dan sebagainya. Dan kalau kena kepada manusia, ada yang mati. Juga ia boleh merosakkan tanam-tanaman di bumi. Ini sebagai musibah kepada manusia.

 

وَيَصرِفُهُ عَن مَّن يَشاءُ

dan dipalingkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Dan Allah elakkan dari sesiapa yang Dia kehendaki. Allah selamatkan manusia dari kena hujan batu itu, kadang-kadang kena tepi sahaja. Allah yang menentukan siapa yang kena ‘tembak’ dan siapa yang tidak.

 

يَكادُ سَنا بَرقِهِ يَذهَبُ بِالأَبصٰرِ

Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.

Dan di antara awan-awan itu Allah adakan kilat yang menyambar. Kilat kadang-kadang amat kuat sangat sampaikan mata boleh terpinar.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 024: an-Nur. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah an-Nur Ayat 41 – 43 (Perhatikan awan)

  1. Pingback: Tafsir Surah an-Nur Ayat 41 – 43 (Perhatikan awan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s