Tafsir Surah an-Nur Ayat 37 – 40 (Perniagaan dan jual-beli)

Ayat 37: Dalam ayat sebelum ini tentang memuji Allah di masjid. Dan sekarang Allah memberitahu siapakah yang akan memujiNya dan menyeru Allah siang dan malam di masjid rumah Allah itu?

رِجالٌ لّا تُلهيهِم تِجٰرَةٌ وَلا بَيعٌ عَن ذِكرِ اللهِ وَإِقامِ الصَّلَوٰةِ وَإيتاءِ الزَّكَوٰةِ ۙ يَخافونَ يَومًا تَتَقَلَّبُ فيهِ القُلوبُ وَالأَبصٰرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Are] men whom neither commerce nor sale distracts from the remembrance of Allāh and performance of prayer and giving of zakāh. They fear a Day in which the hearts and eyes will [fearfully] turn about –

(MELAYU)

laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.

 

رِجالٌ لّا تُلهيهِم تِجٰرَةٌ وَلا بَيعٌ عَن ذِكرِ اللهِ

laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah,

Ini adalah sifat lelaki yang benda-benar menjadi tokoh dalam agama. Lelaki sebegini boleh diikuti sebagai contoh manusia yang beriman. Ada banyak jenis manusia yang boleh dijadikan sebagai tokoh di dalam kehidupan dunia, tetapi sekarang Allah hendak mengajar kita tokoh manusia yang boleh dijadikan ikutan kepada kita yang boleh membawa kepada kebaikan di akhirat. Kerana kita kena lebihkan akhirat dari dunia.

Perniagaan mereka tidak melalaikan mereka dari agama Allah. Mereka juga menjalani kehidupan dunia, bekerja dan juga berniaga, tapi tidaklah kehidupan dunia itu melalaikan mereka dari menjalani ibadat kepada Allah.

Jual beli juga tidak melalaikan mereka. Bukan samakah perniagaan dan jual beli? Jadi kalau sama, kenapa disebut secara berasingan pula? Bukankah jual beli itu sebahagian dari perniagaan?

Allah sebut berasingan kerana perniagaan itu terdiri dari banyak perkara. Ada sibuk dengan perancangan, bayar cukai, sediakan barang jualan, kemaskan kedai dan macam-macam lagi. Itu semua termasuk dalam urusan perniagaan zaman sekarang dan malu, banyak lagi kalau dikotakan.

Tapi dalam yang paling penting adalah jual beli. Kadangkala boleh nak tinggalkan kerja perniagaan yang lain-lain, tapi kalau semasa kita nak tutup kedai itu ada pelanggan datang nak beli, memang susah nak tolak, bukan? Kerana itulah waktu ‘jual-beli’ itu. Dan jual beli itulah masa masuk duit. Maka kalau azan bunyi waktu itu, macam mana? Adakah anda sanggup untuk tetap juga tutup kedai waktu itu? Orang yang boleh dicontohi, dia tidak kisah tentang siapa yang datang pun waktu itu, dia tetap akan tutup juga kedai itu. Tapi ramai yang tidak boleh dan sebab itu kebanyakan peniaga, kalau azan pun mereka tak kisah, tetap meneruskan perniagaan.

Dalam ayat ini, disebut ‘lelaki’. Maka ayat ini memberi isyarat yang masjid itu kena dimakmurkan oleh para lelaki. Adapun mengenai kaum wanita, maka solat mereka di dalam rumahnya lebih utama bagi mereka, kerana berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibnu Mas’ud r.a., dari Nabi Saw. yang telah bersabda:

“صَلَاةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي حُجْرَتِهَا، وَصَلَاتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي بَيْتِهَا”

Solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solatnya di dalam ruangan tamunya, dan solatnya di dalam kamarnya lebih utama daripada solatnya di dalam rumahnya.

Maka memang solat wanita itu lebih baik di rumah sahaja. Sampaikan ia lebih baik lagi dari solat di Masjid Nabawi bersama Nabi!

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ أَيْضًا: حَدَّثَنَا هَارُونُ، أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ قَيْسٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سُوَيد الْأَنْصَارِيِّ، عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ حُمَيْدٍ -امْرَأَةِ أَبِي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيِّ -أَنَّهَا جَاءَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أُحِبُّ الصَّلَاةَ مَعَكَ قَالَ: “قَدْ عَلِمْتُ أَنَّكِ تُحِبِّينَ الصَّلَاةَ مَعِي، وَصَلَاتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ مِنْ صَلَاتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلَاتُكِ فِي حُجْرَتك خَيْرٌ مِنْ صَلَاتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلَاتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ مِنْ صَلَاتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلَاتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ مِنْ صَلَاتِكِ فِي مَسْجِدِي”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Harun, telah menceritakan kepadaku Abdullah ibnu Wahb, telah menceritakan kepada kami Daud ibnu Qais, dari Abdullah ibnu Suwaid Al-Ansari, dari bibinya (yaitu Ummu Humaid, isteri Abu Humaid As-Sa’idi), bahawa ia datang kepada Nabi Saw., lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku suka mengerjakan solat bersamamu (iaitu berjamaah di masjid Rasulullah Saw.).” Maka Rasulullah Saw. bersabda: Aku telahmengetahui bahawa engkau menyukai solat bersamaku. Solat kamu di dalam rumahmu lebih baik daripada solatmu di dalam ruangan tamumu, dan solatmu di dalam ruangan tamumu lebih baik daripada solatmu di dalam pekarangan rumahmu, dan solatmu di dalam pekarangan rumahmu lebih baik daripada solatmu di dalam masjid kaummu, dan solatmu di dalam masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di dalam masjidku.

Maka, kalaulah para jemaah wanita yang pergi mengerjakan Umrah atau Haji pun, mereka itu lebih baik solatnya di hotel sahaja. Cuma kita tidak boleh menghalang wanita untuk pergi mengerjakan solat di masjid. Kerana ada kelebihan masjid untuk menaikkan iman dan semangat mereka. Maka bolehlah sekali sekala mereka pergi berjemaah di masjid. Ini seperti yang disebutkan di dalam kitab sahih melalui Abdullah ibnu Umar, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ”

Janganlah kalian mencegah hamba-hamba wanita Allah dari masjid-masjid Allah. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Mereka boleh pergi ke masjid, tetapi dengan syarat hendaknya ia tidak mengganggu seseorang pun dari jamaah kaum laki-laki yang ada dengan menampakkan perhiasannya atau menebarkan bau wewangiannya. Kerana kalau mereka datang begitu, maka mereka sebenarnya menimbulkan fitnah sahaja. Tapi bagaimana dengan keadaan sekarang? Kita takut para wanita tidak menjaga perkara ini sampai menimbulkan masalah pula. Ingatlah apa kata Aisyah.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan pula dari Siti Aisyah r.a. yang telah mengatakan, “Seandainya Rasulullah Saw. menjumpai masa timbulnya bid’ah yang dilakukan oleh kaum wanita (sekarang), tentulah baginda melarang mereka mendatangi masjid-masjid, sebagaimana kaum wanita Bani Israil dilarang (mendatangi tempat peribadatan mereka di masa lalu).”

 

وَإِقامِ الصَّلَوٰةِ وَإيتاءِ الزَّكَوٰةِ

dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. 

Sifat kedua mereka, mereka istiqamah dalam mengerjakan ibadat kepada Allah. Dalam ayat ini disebut dua ibadat, tapi bukan ini sahaja. Tapi disebut dua ibadat ini berulang-ulang kali dalam Qur’an kerana ia mewakili semua ibadah yang lain.

Solat – mewakili ‘ibadat’ tentang hubungan hamba dan Allah.

Zakat – mewakili ‘adat’ antara hamba dan hamba.

Mereka mengetahui bahawa pahala yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih bermanfaat bagi mereka dari­pada harta benda yang ada di tangan mereka; kerana harta benda yang ada pada mereka pasti habis, sedangkan pahala yang ada di sisi Allah kekal.

 

يَخافونَ يَومًا تَتَقَلَّبُ فيهِ القُلوبُ وَالأَبصٰرُ

Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.

Mereka sentiasa takut kepada Hari Akhirat dimana semua hati akan takut berpusing pusing, ke sana sini.

Dan mata pun tak berapa nak nampak pun lagi. Ini adalah kerana mata berkibar kerana ketakutan yang amat sangat.

Mereka sentiasa takut kepada hari akhirat nanti. Kerana mereka takut, maka mereka menjaga amalan mereka. Mereka sentiasa berhati-hati dengan apa yang mereka lakukan.


 

Ayat 38:

لِيَجزِيَهُمُ اللهُ أَحسَنَ ما عَمِلوا وَيَزيدَهُم مِّن فَضلِهِ ۗ وَاللهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That Allāh may reward them [according to] the best of what they did and increase them from His bounty. And Allāh gives provision to whom He wills without account [i.e., limit].

(MELAYU)

(Meraka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah karunia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

 

لِيَجزِيَهُمُ اللهُ أَحسَنَ ما عَمِلوا

supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan,

Apabila digunakan أَحسَنَ dalam ayat ini, ia bermaksud Allah akan balas lebih baik lagi dari amalan pelakunya. Bayangkan amalan berapa tahun sahaja tapi Allah balas dengan kekalkan pelakunya dalam syurga selama-lamanya.

Juga boleh bermaksud balas ikut markah amalan pelakunya yang paling tinggi. Dalam kita beramal seperti solat, ada amalan yang biasa-biasa sahaja dan ada amalan yang kita khusyuk lebih lagi. Jadi ada solat yang markah rendah dan ada markah yang tinggi. Allah punya rahmat yang besar, Dia akan balas segala solat kita ikut markah solat yang paling tinggi.

 

وَيَزيدَهُم مِّن فَضلِهِ

dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka.

وَيَزيدَهُم bermaksud Allah akan tambah lagi. Allah boleh bagi banyak sangat sampai kan tak boleh nak kira.

Kalimah فضل pula bermaksud pemberian yang lebih dari sepatutnya.

Sebelum ini telah disebut bagaimana ada manusia yang risaukan tentang perniagaan mereka sampaikan mengganggu amal mereka. Maka Allah beritahu yang Dia beri balasan yang amat banyak. Maka jangan berkira sangat lah. Memang balasan yang diberikan itu berbaloi.

 

وَاللهُ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

Allah akan beri balasan banyak sangat sampai tidak boleh dikira.


 

Ayat 39: Ini pula jenis orang kedua. Ini adalah jenis orang yang tidak beriman. Tidak boleh dijadikan contoh dan kena jauhi sifat ini.

وَالَّذينَ كَفَروا أَعمٰلُهُم كَسَرابٍ بِقيعَةٍ يَحسَبُهُ الظَّمئانُ ماءً حَتّىٰ إِذا جاءَهُ لَم يَجِدهُ شَيئًا وَوَجَدَ اللهَ عِندَهُ فَوَفّٰهُ حِسابَهُ ۗ وَاللهُ سَريعُ الحِسابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who disbelieved – their deeds are like a mirage in a lowland which a thirsty one thinks is water until, when he comes to it, he finds it is nothing but finds Allāh before him, and He will pay him in full his due; and Allāh is swift in account.

(MELAYU)

Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.

 

وَالَّذينَ كَفَروا أَعمٰلُهُم كَسَرابٍ بِقيعَةٍ

Dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar,

Orang kafir pun ada buat amalan baik juga. Jangan kita sangka orang Islam sahaja buat perkara baik dan mulia. Sebagai contoh, ada orang kafir yang tolong sana sini. Mereka banyak derma, buat kerja amal dan sebagainya. Malu ada antara mereka yang buat lebih lagi dari orang Islam sampai memalukan kita sendiri.

Maka memang ada orang kafir yang hatinya baik, banyak tolong orang yang susah, sampai kita terdetik dalam hati: orang baik macam ni, takkan Allah nak masukkan mereka dalam neraka dan kekal mereka di dalamnya? Malah mungkin ada yang sampai sangka, kalau begitu, macam Allah tidak adil pula.

Allah jawap bahawa kalau tidak ada iman, segala amal kebaikan itu akan sia-sia sahaja. Iman lah yang menentukan samada amal kebaikan itu diterima di sisi Allah atau tidak.

Mereka itu baik dan melakukan kebaikan kerana mereka ada cahaya roh. Kita telah katakan sebelum ini yang potensi roh itu amat besar. Cuma mereka belum berjumpa dengan cahaya wahyu. Maka kerana itu akidah mereka menolak ketetapan wahyu.

Allah buat perumpamaan tentang amal mereka: nampaknya macam air dari kejauhan. Dan waktu itu di padang pasir pula. Tentunya dalam kehausan dan amat memerlukan sumber air waktu itu. Tapi ianya bukan air tapi hanya kelipan  waktu panas di padang pasir. Fenomena ini dinama ‘Fatamorgana’.

Lihatlah bagaimana Allah mainkan bahasa dalam ayat ini. Kalimah سَرابٍ bukankah macam kalimah شراب yang bermaksud ‘minuman’ tapi bukan minuman. Apabila mereka nampak macam air dari kejauhan maka kelam kabut mereka pergi ke tempat itu. Tapi apabila mereka sampai mereka tengok ianya bukan air rupanya. Maka amat hampalah mereka.

Fatamorgana memang banyak di padang pasir dan kerana itu mereka kenal benar. Maka Allah gunakan perumpamaan ini supaya mereka boleh faham betapa hampanya perasaan seseorang itu apabila nampak sesuatu yang diharapkan tapi tidak ada.

 

يَحسَبُهُ الظَّمئانُ ماءً حَتّىٰ إِذا جاءَهُ لَم يَجِدهُ شَيئًا

yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.

Jadi ini adalah keadaan di akhirat kelak. Seperti kita telah sebutkan tadi, memang ada orang kafir yang telah melakukan kebaikan. Dan orang kafir yang ada amalan kebaikan itu sangka mereka nampak macam amalan baik mereka ada di akhirat. Tapi bila pergi tengok, ia adalah Fatamorgana sahaja. Maknanya perbuatan baik mereka itu tidak ada nilai.

Dia pergi ke tempat itu dengan susah payah kerana dia terlalu dahaga waktu itu. Bayangkan pula waktu itu keadaan amat panas kerana fatamorgana itu hanya keluar jika ada cuaca panas. Tapi hampa sahaja dan memang rasa tertipu.

Begitulah orang kafir berusaha untuk mencari balasan kebaikan yang dia pernah buat di dunia dahulu. Mereka memang ingat yang mereka ada buat kebaikan dan mereka cari kembali kerana nak tuntutlah pahalanya. Tetapi di akhirat nanti tidak ada balasan pahala pun untuk dirinya. Hampa dan hampa.

 

وَوَجَدَ اللهَ عِندَهُ فَوَفّٰهُ حِسابَهُ

Dan didapatinya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup

Yang ada adalah Allah. Yang dimaksudkan adalah takdir Allah yang menunggu untuk mengazabnya. Maka dia akan nampak azab yang dulu semasa di dunia, dia tak percaya adanya azab itu. Sekarang dah nampak benar-benar depan mata.

Allah balas apa yang patut untuk mereka. Kalau Allah cakap macam itu, memang maksudnya neraka lah balasan untuk mereka. Kerana mereka memang patut dapat neraka. Kerana kalau Allah balas apa yang mereka patut dapat, memang nerakalah jawapannya.

Kerana kalau dibandingkan dalam ayat sebelum ini, kepada mereka yang beriman, Allah akan beri balasan tambahan – berlebih-lebih.

 

وَاللهُ سَريعُ الحِسابِ

dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.

Dan nanti apabila Allah buka Mahkamah Pengadilan di akhirat kelak, ianya akan cepat sahaja membuat keputusan.


 

Ayat 40: Ini pula adalah jenis orang ketiga. Sudahlah mereka kafir, mereka jahat pula. Kerana ada orang bukan Islam yang tak jahat. Macam dalam ayat sebelum ini disebut tentang orang kafir yang buat kebaikan.

Ayat ini pula adalah orang kafir yang jahat, busuk hatinya. Macam Firaun.

أَو كَظُلُمٰتٍ في بَحرٍ لُّجِّيٍّ يَغشٰهُ مَوجٌ مِّن فَوقِهِ مَوجٌ مِّن فَوقِهِ سَحابٌ ۚ ظُلُمٰتٌ بَعضُها فَوقَ بَعضٍ إِذا أَخرَجَ يَدَهُ لَم يَكَد يَرىٰها ۗ وَمَن لَّم يَجعَلِ اللهُ لَهُ نورًا فَما لَهُ مِن نّورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or [they are] like darknesses within an unfathomable sea which is covered by waves, upon which are waves, over which are clouds – darknesses, some of them upon others. When one puts out his hand [therein], he can hardly see it. And he to whom Allāh has not granted light – for him there is no light.

(MELAYU)

Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.

 

أَو كَظُلُمٰتٍ في بَحرٍ لُّجِّيٍّ

Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam,

Allah suruh kita bayangkan kegelapan di lautan yang luas. Lautan itu luas sampaikan tidak ada harapan untuk nampak daratan. Sudah lama dicari-cari tanah daratan tapi tak jumpa. Keadaan pula gelap di waktu itu.

Ini adalah perumpamaan orang yang tidak ada nur. Kerana dalaman mereka pun gelap. Tak sama dengan orang kafir yang kurang teruknya kerana hati mereka yang baik.

 

يَغشٰهُ مَوجٌ مِّن فَوقِهِ مَوجٌ

yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula),

Waktu itu lautan bergelora dengan datangnya ombak datang yang memukul. Bayangkan seseorang dalam lautan luas dan ombak memukulnya. Tentu dia hampir lemas.

Dan kemudian datang ombak lagi. Dia memang sudah di bawah dah. Jadi ini bukanlah laut yang biasa tetapi laut yang bergelombang. Kalau terjatuh di dalamnya, memang amat tipis harapan untuk selamat.

 

مِّن فَوقِهِ سَحابٌ

di atasnya (lagi) awan; 

Atasnya ada awan gelap pula. Gelap jadi tidak cahaya dapat cahaya bulan pun.

 

ظُلُمٰتٌ بَعضُها فَوقَ بَعضٍ

gelap gelita yang tindih-bertindih, 

Gelap atas gelap. Kalau orang mukmin, mereka mendapat ‘cahaya atas cahaya’. Tapi mereka ini terbalik pula – gelap atas gelap.

 

إِذا أَخرَجَ يَدَهُ لَم يَكَد يَرىٰها

apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, 

Allah beri perumpamaan betapa gelap ya keadaan itu. Sampai tengok tangan pun tak nampak.

Ini memberi isyarat yang apabila seseorang buat jahat, dia tak sangka pun yang ianya salah. Tengok tangan sendiri pun tak nampak. Ini adalah kerana  tidak ada nur daripada Allah maka dia pun tidak tahu sama ada amalan yang dilakukannya itu benar ataupun tidak.

 

وَمَن لَّم يَجعَلِ اللهُ لَهُ نورًا فَما لَهُ مِن نّورٍ

barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.

Kalau Allah tak bagi sesiapa cahaya, maka orang itu memang tidak akan dapat cahaya. Tidak ada manusia yang boleh berikan cahaya, hanya Allah sahaja, bukan?

Maka kalau tidak berbaik dengan Allah Ta’ala dengan merapatkan diri dengan Qur’an, maka tidak ada harapan untuk mendapat cahaya itu. Maka kena selalu berhubung dengan Qur’an kerana itulah cara untuk mendapat cahaya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 024: an-Nur. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah an-Nur Ayat 37 – 40 (Perniagaan dan jual-beli)

  1. Pingback: Tafsir Surah an-Nur Ayat 37 – 40 (Perniagaan dan jual-beli)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s