Tafsir Surah an-Nur Ayat 34 – 36 (Nur ala Nur)

Ayat 34: Ayat targhib dan takhwif duniawi

وَلَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم آيٰتٍ مُّبَيِّنٰتٍ وَمَثَلًا مِّنَ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم وَمَوعِظَةً لِّلمُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have certainly sent down to you distinct verses¹ and examples from those who passed on before you and an admonition for those who fear Allāh.

  • i.e., rulings and ordinances, in particular those in this sūrah.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang jelas nyata, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan nasihat bagi orang-orang yang bertakwa.

 

وَلَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم آيٰتٍ مُّبَيِّنٰتٍ

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang jelas nyata,

Allah telah menjelaskan ayat-ayat hukum yang jelas nyata. Jelas kepada mereka yang mahu mempelajari ayat-ayat ini. Kalau tak belajar, memanglah tak faham. Kerana itu ada golongan sampai mengatakan tidak ada ayat Qur’an suruh ‘tutup kepala’. Jadi mereka kata tidak wajib pakai tudung. Jadi kita telah jelaskan tentang perkara dalam 31 sebelum ini.

 

وَمَثَلًا مِّنَ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِكُم

dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu 

Selain dari ayat-ayat hukum, Allah juga telah berikan contoh-contoh orang yang lepas. Jadi kita tahu bagaimana nak jaga amalan dan tindakan kita. Dan kita boleh tahu dan ambil pengajaran – kalau tidak dijaga, sudah ada contoh bagaimana kerosakan yang telah berlaku. Maka kenalah kita belajar sejarah dan lihat apa yang terjadi kepada masyarakat apabila hukum Allah ini tidak dijaga.

Allah juga telah ceritakan tentang umat-umat terdahulu yang menolak wahyu dan bagaimana akhir hidup mereka. Ada antara mereka yang kena azab semasa di dunia lagi.

وَمَوعِظَةً لِّلمُتَّقينَ

dan nasihat bagi orang-orang yang bertakwa.

Semua yang telah diberikan itu adalah nasihat dan ajaran bagi mereka yang mahu bertakwa. Nasihat memang telah ada tapi yang mahu menerimanya adalah mereka yang mahu bertaqwa sahaja. Kalau orang tidak kisah tentang agama, kita cakap sepuluh kali pun mereka tak kisah.


 

Ayat 35: Ayat ini agak terkenal dan sekarang kita akan bincangkan apakah yang dimaksudkan dalam ayat ini.

۞ اللهُ نورُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ مَثَلُ نورِهِ كَمِشكَوٰةٍ فيها مِصباحٌ ۖ المِصباحُ في زُجاجَةٍ ۖ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوكَبٌ دُرِّيٌّ يوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيتونَةٍ لّا شَرقِيَّةٍ وَلا غَربِيَّةٍ يَكادُ زَيتُها يُضيءُ وَلَو لَم تَمسَسهُ نارٌ ۚ نّورٌ عَلىٰ نورٍ ۗ يَهدِي اللهُ لِنورِهِ مَن يَشاءُ ۚ وَيَضرِبُ اللهُ الأَمثٰلَ لِلنّاسِ ۗ وَاللهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh is the Light¹ of the heavens and the earth. The example of His light² is like a niche within which is a lamp;³ the lamp is within glass, the glass as if it were a pearly [white] star lit from [the oil of] a blessed olive tree, neither of the east nor of the west, whose oil would almost glow even if untouched by fire. Light upon light. Allāh guides to His light whom He wills. And Allāh presents examples for the people, and Allāh is Knowing of all things.

  • i.e., the source and bestower of light and enlightenment.
  • His guidance in the heart of a believing servant.
  • Literally, “a burning wick,” which is the essence of a lamp.

(MELAYU)

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti misykat yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

اللهُ نورُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.

“Allah cahaya langit dan bumi”  membawa maksud Allah yang menerangi langit dan bumi. Dengan sebab Allah, kita boleh nampak alam ini dengan sebenarnya. Cahaya penting kerana kita perlu cahaya untuk melihat, bukan? Begitulah juga dengan penglihatan dalam kita.

Kalau di luar kita memerlukan cahaya untuk melihat, maka hati kita juga memerlukan ‘cahaya iman’ untuk melihat alam ini. Hanya apabila ada iman, Bari kita akan faham tentang alam ini. Baru kita boleh nampak kebenaran. Baru tahu hakikat dunia dan alam ini. Memang kita boleh nampak alam ini di hadapan kita, tapi bolehkah kita nampak yang ianya adalah tempat ujian sahaja buat kita? Nak nampak dunia ini hanya tempat ujian sahaja, maka kena lihat dengan mata hati, bukan dengan mata fizikal.

Oleh itu, dari ayat ini kita faham yang sumber cahaya yang menerangi alam ini dan hati kita datangnya daripada Allah Taala. Iaitu ‘cahaya rohani’ dan juga ‘cahaya jasmani’. Dua-dua cahaya itu diberikan oleh Allah sahaja. Cahaya jasmani diberikan dengan Allah mengadakan matahari dan bulan. Cahaya rohani diberikan apabila Allah mengurniakan dan memasukkan cahaya itu ke dalam roh manusia.

 

مَثَلُ نورِهِ كَمِشكَوٰةٍ فيها مِصباحٌ

Perumpamaan cahayaNya, adalah seperti misykat yang di dalamnya ada pelita.

Memang tak mampu kita nak bayangkan bagaimana cahaya nurani yang Allah berikan kepada manusia. Maka Allah beri analogi cahaya Allah itu. Memang tak boleh nak kenal dengan sebetulnya, tapi Allah beri analogi dalam bentuk imageri untuk cuba bagi kita faham. Dan ini adalah perumpamaan yang paling hampir sahaja, bukanlah sama kerana kalimah yang digunakan ada مَثَلُ dan ada كَ dalam كَمِشكاةٍ. Kerana itu kita jangan kata yang cahaya itu tepat seperti yang disebut dalam ayat. Hakikat cahaya itu yang sebenarnya memang akal kita tidak akan dapat memahami yang sebenarnya.

Nur itu macam ‘misykat’ iaitu lubang yang melengkung. Iaitu lubang yang diadakan pada dinding rumah. Selalunya pelita akan diletakkan di situ untuk memantulkan cahaya ke tempat lain. Selalunya ini digunakan pada zaman dahulu untuk memaksimakan cahaya pelita itu. Dengan cara itu maka cahaya dapat difokuskan dan dilantunkan ke ruang lain.

Contoh misykat

Dalam misykat itu ada مِصباحٌ (lampu). Ianya dari kalimah ص ب ح yang dari kalimah ini menjadi ‘waktu subuh’. Kerana waktu subuh datangnya cahaya pagi. Dan مِصباحٌ digunakan sebagai ‘lampu’ kerana ia seolah-olah yang cahaya terang yang datang waktu pagi. Zaman sekarang kita pakai mentol dan lampu kalimantang, tapi saman dahulu, مِصباحٌ ini adalah pelita. Iaitu ada sumbu api dan dinyalai dengan minyak.

 

المِصباحُ في زُجاجَةٍ

Pelita itu di dalam kaca

Lampu itu pula diletakkan dalam زُجاجَةٍ (kaca yang cerah). Kalau kita dapat bayangkan botol kaca. Lampu jenis lama itu selalunya dihadang dengan kaca untuk menghalangnya padam kerana ditiup angin.

 

الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوكَبٌ دُرِّيٌّ

kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara,

Dan penggunaan kaca yang sesuai juga boleh melantunkan dan menambahkan lagi cahaya pelita itu. Maka Allah terangkan pula keadaan kaca itu pula.

Kaca itu bukan kaca biasa. Ianya kaca yang bercahaya macam كَوكَبٌ (bintang). Kalimah كَوكَبٌ bermaksud bintang yang besar yang bercahaya terang. Kerana bintang di langit pun ada beberapa jenis juga.

Maknanya, kaca itu bergemerlapan merelit-relit bila cahaya kena padanya. Ini adalah kerana kaca itu amat bersih.

 

يوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيتونَةٍ

yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, (yaitu) pohon zaitun

يوقَدُ (dinyalakan) oleh minyak zaitun. Allah memberitahu yang Zaitun adalah pokok yang diberkati. Dan kerana ia memberi banyak kebaikan, kerana itu ianya berkat. Berkat itu bermaksud ‘banyak kebaikan’ kepada manusia.

Dan memang minyak zaitun ini ada kelebihan yang banyak buat manusia. Ianya dipakai ssbagai ubat, sebagai makanan dan juga boleh dijadikan ssbagai minyak api. Dan minyak zaitun yang digunakan sebagai api cahaya tidak sama kalau dibandingkan dengan minyak-minyak yang lain kerana apinya tidak ada asap dan cahaya api lebih terang.

 

لّا شَرقِيَّةٍ وَلا غَربِيَّةٍ

yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya),

Sudahlah minyak dari pokok zaitun itu sudah hebat, tapi kualiti minyak zaitun pun tidak sama. Ia bergantung kepada dimanakah kedudukan pokok zaitun itu ditanam. Pokok yang dijadikan perumpamaan dalam ayat ini adalah pokok jenis baka baik. Ianya bukan timur dan barat kepada kawasan hutan.

Maknanya pokok itu bersendirian, duduk tunggal sahaja. Ini hebat sekali kerana kalau ianya tumbuh di dalam kawasan hutan tebal dan banyak pokok, tentu ada bahagian pokok zaitun itu yang tak kena cahaya matahari kerana ia mungkin dilindung dari cahaya matahari. Oleh itu bila ia berdiri sendiri, di tengah-tengah bermakna ia sentiasa dapat cahaya matahari. Ia dapat sinar mentari pagi dan juga sinar mentari petang kerana tidak terlindung.

Dan jenis pokok zaitun yang beginilah yang dapat mengeluarkan minyak zaitun yang terbaik.

 

يَكادُ زَيتُها يُضيءُ وَلَو لَم تَمسَسهُ نارٌ

yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. 

Hebat sekali minta dari hasil pokok zaitun itu sampaikan minyaknya macam nak terbakar dah. Maknanya jenis minyak senang nak terbakar. Begitulah kalau minyak yang padu, ia senang sahaja nak terbakar.

Atau memang minyak itu jenis kualiti paling baik sampaikan dia sendiri jernih bercahaya. Ia sendiri dah seolah-olah bercahaya

 

نّورٌ عَلىٰ نورٍ

Cahaya di atas cahaya

Maknanya minyak itu sendiri dah ada cahaya. Itulah maksud ‘nur di atas nur’. Minyak itu sudah bercahaya dan apabila ia dicucuh dengan api, maka bertambahlah cahaya itu. Cahaya di atas cahaya.

Mini adalah satu perumpamaan yang kita kena cuba untuk fahami. Kerana panjang lebar allah menceritakan kehebatan minyak itu. Maka apakah perumpamaan yang hendak disampaikan?

Apabila hati kita dah ada iman dan kemudian ditambah lagi dengan cahaya wahyu, maka semakin hebatlah orang itu. Dia akan memperolehi hidayah dan juga taufik dari Allah. Setiap kali dibacakan wahyu Allah, cahaya imannya semakin bertambah. Jadi Allah telah menceritakan tentang misykat, kaca, minyak zaitun dan sebagainya. Semua itu analogi untuk apa?

  • misyat – dada manusia
  • lampu – hati/jantung manusia
  • kaca – qalbu manusia yang memang suci
  • minyak zaitun – potensi yang ada pada roh. Roh yang ada dalam hati. Roh manusia itu memang sudah suci. Apabila ia memang sudah suci, jadi kalau kaca di sekelilingnya pun bersih, ia akan bercahaya. Kerana roh itu sudah ada potensi yang amat besar cuma tak keluar sahaja lagi. Memang ia menunggu masa untuk keluarkan sahaja. Tapi untuk mengeluarkan potensi itu, ia memerlukan sesuatu seperti api memerlukan minyak untuk mengeluarkan apinya.

Apakah yang roh perlukan untuk mengeluarkan potensinya yang amat besar itu? Ia memerlukan wahyu Qur’an. Kerana itu banyak ayat Qur’an yang mengatakan yang Qur’an itu adalah hidayah wahyu yang juga dikatakan ‘cahaya’. Maka ianya adalah umpama cahaya api yang membakar sumbu itu dan menggunakan potensi minyak zaitun (roh) itu. Maka sedarlah kita yang roh memerlukan makanan dan makanan itu adalah cahaya wahyu.

Sepertimana badan fizikal kita memerlukan makanan dari tanah, roh kita memerlukan makanan dari cahaya kerana ia dijadikan dari cahaya. Dan kalau tak dapat wahyu itulah yang ramai manusia kata: dia rasa kosong, jiwa kosong, tidak tahu apa yang hendak dilakukannya – itu semua kerana rohnya laparkan wahyu. Dan orang itu tidak memberikan makanan wahyu itu kepadanya.

Maka hendaklah kita tahu yang roh adalah makhluk cahaya. Allah kata Dia pemberi cahaya. Dan banyak ayat Qur’an yang mengatakan itu hidayah itu juga cahaya. Dan apabila bercampur semua cahaya itulah yang dikatakan ‘nur ala nur’ (cahaya atas cahaya).

Seperti yang telah diberitahu, fitrah itu diberi perumpamaan sebagai kaca. Dan kalau kaca lampu, ia kena cerah supaya cahaya dari dalam dan dari luar boleh melaluinya. Kalau kaca itu dikotori, maka cahaya akan malam. Dan setiap dosa yang dilakukan akan mengotorkan kaca itu. Dan kalau dah gelap sangat, cahaya roh dari dalam tidak dapat keluar. Dan bukan itu sahaja, cahaya wahyu dari luar pun tidak dapat masuk juga. Inilah yang menyebabkan ramai yang tidak dapat hidayah walaupun ia di depan mata mereka. Kerana itu walaupun ada orang yang tahu bahasa Arab dan boleh baca Qur’an, macam musyrikin Mekah itu, mereka tidak mahu juga beriman kerana hati mereka telah gelap. Ini kerana telah melakukan banyak dosa.

Oleh kerana itu, seorang manusia itu kena ada sifat kerohanian dulu baru boleh menerima Islam. Tidaklah cukup kalau ada intelek sahaja. Kalau seseorang itu pandai dan dibacakan ayat-ayat Qur’an yang hebat kepadanya, tidak semestinya dia akan beriman kalau hatinya kotor. Maka kena ada keinginan dari dalam hati untuk menerima kebenaran.

Dan keperluan kepada rohani itu tidak pelik kerana memang kita buat keputusan dengan hati, bukan? Walaupun kita selalu kata kita buat keputusan dengan akal, tapi emosi dan perasaan juga memainkan peranan penting juga. Bayangkan ada seorang lelaki dan perempuan. Mungkin lelaki itu seorang yang berpelajaran, ada kerja dan sihat tubuh badan. Katakanlah lelaki itu berminat kepada perempuan itu, adakah pasti yang perempuan itu pun minat kepadanya? Tidak pasti lagi kerana wanita itu kerana kalau hatinya tidak berkenan, tidak berkenanlah. Ini kerana dia buat keputusan dengan hati juga, bukan?

Maka orang yang hatinya suci, barulah hatinya tersentuh dengan Qur’an yang dibaca. Mereka tersentuh kerana mereka buka hati mereka dan apabila mereka baca ayat-ayat Qur’an, mereka rasa Qur’an itu berkata tentang diri mereka. Maka hati mereka ada keinginan kepada kebaikan.

Tapi kalau orang yang hatinya keras, walau hebat sekali pun ayat-ayat dalam Qur’an itu, mereka tetap tidak mahu menerimanya. Maka kerana itu jangan terkejut kalau kita bacakan ayat Qur’an tapi ada yang tidak menerimanya – ini hanya kerana mereka degil sahaja. Bukanlah kerana hujah-hujah dalam Qur’an itu tidak mantap.

 

يَهدِي اللهُ لِنورِهِ مَن يَشاءُ

Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, 

Allah lah yang buat keputusan siapakah yang layak untuk mendapat hidayah itu. Allah beri peluang itu kepada mereka yang ada keinginan dalam hati mereka sendiri untuk mencari kebenaran. Itulah mereka yang ada inabah dalam diri mereka. Kalau hati manusia ada keinginan itu, Allah akan tarik orang itu kepada kebenaran.

Kalau kaca yang asalnya bersih pun akan sekali sekala akan jadi kotor, bukan? Dan kalau kita biarkan tanpa dibersihkan, ia akan jadi semakin kotor. Dan memang tidak dapat dielakkan lagi, lama kelamaan kaca itu akan kotor. Cepat atau lambat bergantung di manakah kita letakkan kaca itu.

Maka begitu jugalah dengan hati kita ini. Sentiasa sahaja terbuka kepada kekotoran – sikit atau banyak sahaja. Maka kerana hati ini memang ada kemungkinan jadi kotor, maka kita kena selalu bersihkan hati kita. Ia memerlukan usaha berterusan, dan kalau tinggalkan usaha pembersihan ini, maka akan jadi terus kotor dan lama kelamaan akan jadi semakin kotor dan kotor lagi. Pembersihan itu dilakukan setiap kali kita solat, baca doa, baca Qur’an, berzikir dan lain-lain lagi. Itu semua adalah proses pembersihan jiwa kita.

Salah satu cara adalah tadabbur Qur’an – baca Qur’an dengan faham. Ianya memberi kesan mendalam kepada kita. Tapi kalau baca Qur’an tak rasa apa-apa langsung, maka itu maknanya hati dah kotor sangat. Macam kata yang dah kotor gelap sangat sampai tak masuk cahaya dah. Maka kena ada usaha dengan zikir, tinggalkan perbuatan dosa dan lain-lain. Bukannya kita suruh tolak dunia terus, tapi kena tinggalkan perbuatan dosa. Ini kerana kalau buat dosa, akan menggelapkan hati dan ada kesan buruk kepada kita.

 

وَيَضرِبُ اللهُ الأَمثٰلَ لِلنّاسِ

dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, 

Allah berikan banyak perumpamaan dalam Qur’an ini untuk beri kefahaman kepada manusia. Ini kerana Allah tahu yang manusia mudah faham kalau gunakan perumpamaan dalam pengajaran.

Dan apabila kita dah tahu tentang perumpamaan ini, maka kita akan senang teringat kepada perkara itu. Kerana Allah gunakan perkara yang digunakan dalam kehidupan manusia. Maka selepas ini kalau tengok lampu, tengok kaca, maka tentu kita akan teringat ayat ini.

 

وَاللهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Allah tahu segala sesuatu. Dan kerana itu Allah boleh tahu apa yang ada dalam hati kita. Dan Allah tahu apa yang hati kita perlukan.


 

Ayat 36: Bagaimanakah cara untuk membersihkan hati itu?

في بُيوتٍ أَذِنَ اللهُ أَن تُرفَعَ وَيُذكَرَ فيهَا اسمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فيها بِالغُدُوِّ وَالآصالِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Such niches are] in houses [i.e., mosques] which Allāh has ordered to be raised and that His name be mentioned [i.e., praised] therein; exalting Him within them in the morning and the evenings¹

  • The term used here can refer to either afternoon or evening.

(MELAYU)

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,

 

في بُيوتٍ أَذِنَ اللهُ أَن تُرفَعَ وَيُذكَرَ فيهَا اسمُهُ

di masjid-masjid yang telah diperintahkan oleh Allah untuk ditinggikan dan disebut nama-Nya di dalamnya,

بُيوتٍ (rumah-rumah) yang dimaksudkan adalah ‘masjid-masjid’, iaitu rumah-rumah Allah. Dalam ayat sebelum ini telah diberitahu bahawa cahaya akan lebih cerah apabila diletakkan pada misykat. Sekarang Allah memberitahu bahawa cahaya hebat itu akan lebih bercahaya jikalau manusia berada di rumah Allah. Di dalam kitab-kitab sunan disebutkan hadis berikut:

“بشِّر الْمَشَّائِينَ إِلَى الْمَسَاجِدِ فِي الظُّلَمِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ”

Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan kaki menuju ke masjid di kegelapan (malam) dengan nur (cahaya) yang sempurna kelak di hari kiamat.

تُرفَعَ (ditinggikan) bermaksud masjid yang didirikan hendaklah lebih besar daripada rumah-rumah manusia dan diletakkan di tempat yang senang nampak. Ia juga bermaksudnya ‘dimuliakan’. Maka kita kena muliakan masjid Allah. Amat banyak sekali pahala kalau kita terlibat dalam pembinaan masjid.

Diriwayatkan dari Amirul Mu’minin Usman ibnu Affan r.a. yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda:

“مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ، بَنَى اللَّهُ لَهُ مَثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ”.

Barang siapa yang membangun masjid kerana mengharapkan redha Allah, maka Allah akan membangunkan untuknya hal yang semisal di dalam syurga.

Kalimah أَذِنَ dalam ayat adalah dalam bentuk arahan. Maksudnya Allah beri arahan supaya masjid itu mestilah suci daripada perkara-perkara buruk seperti kutuk mengutuk dalam politik dan caci memaki. Atau perkara-perkara lain lagi yang buruk. Ini penting kerana masjid adalah tempat untuk mencari cahaya ilahi. Dan jikalau hati itu menjadi tempat cahaya untuk seluruh badan, maka masjid itu seperti cahaya untuk kawasan penempatan itu. Maka ia kena jadi tempat baik. Pandai-pandailah kita untuk memikirkan perkara ini kerana ianya adalah perbincangan yang amat luas sekali. Antaranya jangan buat kecoh dalam masjid untuk buat pengumuman yang tidak berkenaan. Lihatlah sabda Rasulullah ini:

Diriwayatkan melalui Buraidah, bahawa seorang lelaki mengumum­kan maklumat kehilangan di dalam masjid. Ia mengatakan, “Siapakah yang menemukan unta merah(ku)?” Maka Nabi Saw. bersabda:

“لَا وَجَدْتَ، إِنَّمَا بُنِيت الْمَسَاجِدُ لِمَا بُنِيَتْ لَهُ”.

Semoga kamu tidak menemukan (barang hilangmu). Sesungguh­nya masjid-masjid itu dibangun hanyalah untuk kegunaan yang Sesuai dengan fungsinya (tempat untuk ibadah). Hadis riwayat Imam Muslim.

Juga kesalahan yang banyak dilakukan manusia adalah berniaga di masjid. Ramai yang ambil peluang berniaga di masjid kerana ramai orang di masjid. Mereka tidak tahukah ada larangan berniaga?

Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ. وَإِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَنشُد ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ”.

Apabila kalian melihat seseorang melakukan penjualan atau pembelian di dalam masjid, maka katakanlah oleh kalian, “Semoga Allah tidak menguntungkan perdaganganmu.” Dan apabila kalian melihat seseorang mempermaklumatkan barang yang hilang di dalam masjid, maka katakanlah oleh kalian, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu.” Hadis riwayat Imam Turmuzi. Imam Turmuzi mengatakan bahwa hadis ini hasan garib.

Masjid itu juga tempat untuk diingat dan disebut-sebut nama Allah di dalamnya. Rasulullah bersabda:

“إِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا، إِنَّمَا بُنِيَتْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَالصَّلَاةِ فِيهَا”

Sesungguhnya masjid itu tidak dibangun untuk tujuan seperti itu, melainkan masjid dibangun untuk menyebut nama Allah dan melakukan solat di dalamnya.

Maka di masjid itu hanya boleh diseru nama Allah sahaja dan tidak boleh menyeru nama-nama lain. Termasuklah tidak boleh diperbesarkan nama Nabi Muhammad melebihi nama Allah sekalipun. Maka janganlah dicemarkan masjid itu dengan qasidah-qasidah yang memuja nama Rasulullah seperti lagu Ya Hanana yang dipopularkan oleh Puak Habib yang sesat itu. Amat sedih apabila perkara ini berlaku dan dibiarkan berleluasa sedangkan mereka itu telah dibongkarkan kesesatan mereka.

 

يُسَبِّحُ لَهُ فيها بِالغُدُوِّ وَالآصالِ

bertasbih kepadaNya pada waktu pagi dan waktu petang,

Dan kita dianjurkan untuk bertasbih kepada Allah sepanjang masa, bukan sahaja di masjid. Dan kalau bertasbih di malam hari, ada rumah yang bercahaya maka malaikat akan datang. Rumah itu bercahaya kerana ada orang yang mengerjakan solat. Dan malaikat pun boleh nampak cahaya keimanan itu. Maka malaikat akan datang dan doakan untuk orang itu. Kerana malaikat pun makhluk dari cahaya juga. Kerana itu ia suka kepada cahaya dan akan mendekati cahaya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 024: an-Nur. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah an-Nur Ayat 34 – 36 (Nur ala Nur)

  1. Pingback: Tafsir Surah an-Nur Ayat 34 – 36

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s