Tafsir Surah an-Nur Ayat 31 (Tentang aurat wanita)

Ayat 31: Sekarang ayat untuk wanita pula. Allah beritahu bukan sahaja kena tunduk pandangan tetapi kena tutup anggota dengan menjaga aurat.

وَقُل لِّلمُؤمِنٰتِ يَغضُضنَ مِن أَبصٰرِهِنَّ وَيَحفَظنَ فُروجَهُنَّ وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا ما ظَهَرَ مِنها ۖ وَليَضرِبنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلىٰ جُيوبِهِنَّ ۖ وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا لِبُعولَتِهِنَّ أَو ءآبائِهِنَّ أَو ءآباءِ بُعولَتِهِنَّ أَو أَبنائِهِنَّ أَو أَبناءِ بُعولَتِهِنَّ أَو إِخوٰنِهِنَّ أَو بَني إِخوٰنِهِنَّ أَو بَني أَخَوٰتِهِنَّ أَو نِسائِهِنَّ أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُهُنَّ أَوِ التّٰبِعينَ غَيرِ أُولِي الإِربَةِ مِنَ الرِّجالِ أَوِ الطِّفلِ الَّذينَ لَم يَظهَروا عَلىٰ عَورٰتِ النِّساءِ ۖ وَلا يَضرِبنَ بِأَرجُلِهِنَّ لِيُعلَمَ ما يُخفينَ مِن زينَتِهِنَّ ۚ وَتوبوا إِلَى اللهِ جَميعًا أَيُّهَ المُؤمِنونَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And tell the believing women to reduce [some] of their vision¹ and guard their private parts and not expose their adornment² except that which [necessarily] appears thereof³ and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment [i.e., beauty] except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands possess [i.e., slaves], or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allāh in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.

  • Looking only at what is lawful and averting their eyes from what is unlawful.
  • Both natural beauty, such as hair or body shape, and that with which a woman beautifies herself of clothing, jewelry, etc.
  • i.e., the outer garments or whatever might appear out of necessity, such as a part of the face or the hands.

(MELAYU)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

 

وَقُل لِّلمُؤمِنٰتِ يَغضُضنَ مِن أَبصٰرِهِنَّ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, 

Tambah lagi arahan kepada wanita juga untuk menundukkan pandangan mereka. Maknanya, bukan lelaki sahaja yang kena tunduk dan jaga pandangan tapi wanita pula. Janganlah mereka salahkan orang lelaki sahaja. Mereka pun ada nafsu juga apabila mereka melihat lelaki.

Oleh kerana itu wanita juga tidak boleh memandang kepada lelaki yang bukan suami mereka. Sebahagian besar dari mereka berdalilkan kepada sebuah hadis:

yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Imam Turmuzi melalui hadis Az-Zuhri dari Nabhan maula Ummu Salamah, yang menceritakan kepadanya bahawa Ummu Salamah pernah bercerita kepadanya bahawa pada suatu hari dia dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah Saw. Ummu Salamah melanjutkan kisahnya, “Ketika kami dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Ibnu Ummi Maktum. Ibnu Ummi Maktum masuk menemui Rasulullah. Kejadian ini sesudah Rasulullah Saw. memerintahkan kepada kami agar berhijab. Maka Rasulullah Saw. bersabda:

“احْتَجِبَا مِنْهُ”

‘Berhijablah kamu berdua darinya!’

Maka saya (Ummu Salamah) bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bukankah dia buta tidak dapat melihat kami dan tidak pula mengetahui kami?’ maka Rasulullah Saw. bersabda:

“أَوَ عَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا؟ أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ”

‘Apakah kamu berdua juga buta? Bukankah kamu berdua dapat melihatnya?’.” Kemudian Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih.

Ulama lainnya berpendapat bahawa kaum wanita diperbolehkan memandang lelaki lain tanpa berahi. Seperti yang disebutkan di dalam kitab sahih, bahawa Rasulullah Saw. menyaksikan orang-orang Habsyah sedang bermain dengan tombak mereka di hari raya di dalam masjid, sedangkan Aisyah Ummul Mu’minin menyaksikan pertunjukan mereka dari balik tubuh Nabi Saw., dan Nabi Saw. menutupinya dari pandangan mereka hingga Aisyah bosan, lalu pulang.

 

وَيَحفَظنَ فُروجَهُنَّ

dan menjaga kemaluannya, 

Dan mereka juga disuruh untuk jaga kemaluan mereka. Jangan murahkan kemaluan mereka itu. Kalau mereka tak jaga, maka tentu akan lebih susah lagi. Kerana lelaki ini memang senang teransang, tapi mereka susah untuk dapat wanita. Tapi kalau wanita yang terhegeh-hegeh kepada lelaki, memang senang sahaja untuk dapat. Kerana itu apabila Allah sebut hukuman kepada penzina dalam ayat 2 surah ini, Allah mulakan dengan penzina wanita, kerana merekalah yang memegang kuncinya.

 

وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, 

Salah satu cara untuk mengelak dari perzinaan terjadi, kaum wanita kena jaga penampilan mereka. Kaum wanita ini memang sudah menarik perhatian lelaki. Kalau mereka tidak buat apa-apa pun memang kaum lelaki dah tertarik dah. Maka kalau mereka tambah lagi penampilan mereka, maka tentu akan jadi lebih buruk. Kerana itulah pandangan lelaki susah nak dijaga, kerana ada wanita-wanita yang memang menghiasi penampilan mereka, supaya dinampak indah oleh manusia, terutama golongan lelaki.

Kalimah زينَتَهُنَّ (perhiasan mereka) ada tiga tafsiran:

Tafsiran yang pertama mengatakan ia merujuk kepada tubuh badan wanita itu sendiri. Oleh kerana itu di dalam syari’at, tubuh badan orang perempuan itu sendiri sudah dikira sebagai ‘aurat’. Dan kerana itu jikalau tidak ada keperluan untuk mereka keluar, maka mereka kena duduk di dalam rumah sahaja. Ini ada disebut di dalam Surah Ahzab. Kerana jikalau mereka tidak ada urusan dan keluar rumah juga, maka syaitan akan menyebabkan lelaki ajnabi melihat kepada mereka. Dan kita telah bincangkan dengan panjang lebar sebelum ini, apa masalahnya kalau mereka dilihat oleh mata liar lelaki keranjang.

Tafsiran yang kedua, kalau mereka ada keperluan untuk keluar, maka hendaklah mereka menutup aurat mereka. Kalau boleh buka pun hanyalah muka dan tapak tangan mereka sahaja. Maka yang boleh dilihat adalah pakaian yang di luar sahaja.

{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ}

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. (Al-Ahzab: 59)

Tafsiran yang ketiga, merujuk kepada kecantikan perhiasan mereka. Maksudnya mereka jangan pakai benda-benda yang boleh menarik perhatian. Jangan pakai pakaian yang ketat. Jangan pakai mekap  yang tebal-tebal.

 

إِلّا ما ظَهَرَ مِنها

kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Kecuali perkara yang tidak dapat dielak lagi. Contohnya, mereka itu orang yang tinggi maka dia tidak boleh buat apa tentang ketinggiannya itu.

Juga baju di bahagian luar mereka, memang tidak dapat dielak lagi.

وَليَضرِبنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلىٰ جُيوبِهِنَّ

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, 

Dan panjangkan ‘khimar’ mereka ke atas dada mereka. Digunakan kalimah ‘khimar’ yang bunyinya seperti ‘khamar’ (arak) kerana sifatnya yang tutup akal di kepala. Jadi ‘khimar’ dalam ayat ini adalah sesuatu yang menutup kepala mereka.

Kebiasaan orang Arab, bahagian kepala mereka sudah biasa ditutup dengan khimar. Tapi lain hujungnya dibawa ke belakang. Maknanya terbuka di bahagian dada. Maka Islam suruh kain itu dibawa ke bahagian depan menutup belahan dada.

Maka, ada hujah jahil yang mengatakan tidak ada ayat Qur’an yang suruh tutup kepala. Ini kerana mereka tidak faham apakah maksud ‘khimar’. Khimar itu sudah memberi maksud tutup kepala dah, jadi tidak disebut ‘tutup kepala’ dalam Qur’an lagi. Cuma perubahan adalah kain yang jatuh itu dibawa ke hadapan untuk tutup belahan dada sahaja.

Maka, kena pandailah pakai kain tudung ini. Kena ajar anak-anak perempuan kita dan isteri-isteri kita. Supaya kain itu benar-benar menutup dada. Jangan singkat sampaikan dada itu masih nampak lagi bentuk buah dadanya. Kerana itu masih lagi tidak menutup aurat. Memang kena gunakan kain yang panjang supaya dapat menutup keseluruhan bahagian dada.

Imam Bukhari mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Abu Na’im, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnu Nafi’, dari Al-Hasan ibnu Muslim, dari Safiyyah binti Syaibah, bahwa Aisyah r.a. pernah mengatakan bahawa ketika ayat ini diturunkan, yaitu firman-Nya: Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya ke dadanya. (Ah-Nur: 31) Maka mereka melepaskan kain sarungnya, lalu mereka robek dari pinggirnya, kemudian robekan itu mereka jadikan kain kerudung (pada saat itu juga).

 

وَلا يُبدينَ زينَتَهُنَّ إِلّا لِبُعولَتِهِنَّ

dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, 

Maka seorang wanita kenalah menjaga penampilan mereka. Tidak boleh menampakkan aurat mereka dan juga perhiasan mereka melainkan kepada yang dibenarkan sahaja. Maka Allah memberi senarai dan Allah mulakan dengan suami wanita itu sendiri. Kalau dengan suami, maka berhiaslah semolek-moleknya. Pakailah mana-mana hiasan yang disukai oleh suami. Dengan suami tidak perlu dijaga aurat kerana wanita itu halal bagi suaminya.

Kita kena ingat yang wanita itu jangan menarik perhatian lelaki lain. Janganlah kita sangka yang kalau wanita itu sudah tutup auratnya, itu sudah cukup. Kerana aurat itu lebih lagi dari sekadar pakaian sahaja. Kalau dia tutup aurat tubuh badannya, dia kena juga jaga tingkah lakunya. Kalau dia tutup aurat tapi suara manjanya kedengaran, lenggoknya mengiurkan lelaki yang melihat, senyum kepada lelaki lain tidak tentu pasal, itu tidaklah dikira sebagai ‘menutup aurat’.

 

أَو ءآبائِهِنَّ أَو ءآباءِ بُعولَتِهِنَّ

atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,

Wanita itu boleh menampakkan perhiasannya kepada bapanya sendiri dan juga bapa mertuanya.

 

أَو أَبنائِهِنَّ أَو أَبناءِ بُعولَتِهِنَّ

atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka,

Juga boleh menunjukkan perhiasan kepada anak-anak mereka dan juga anak-anak suami mereka (mungkin suaminya itu sudah ada anak dengan isteri yang lain).

 

أَو إِخوٰنِهِنَّ أَو بَني إِخوٰنِهِنَّ أَو بَني أَخَوٰتِهِنَّ

atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, 

Juga dibenarkan menunjukkan perhiasan mereka kepada adik beradik lelaki mereka. Juga kepada anak-anak saudara mereka, samada anak adik beradik lelakinya atau anak adik beradik perempuannya.

Mereka yang disebutkan di atas (dari ayahnya tadi) adalah mahram bagi wanita itu, mereka diperbolehkan memperlihatkan perhiasannya kepada orang-orang tersebut, tetapi bukan dengan cara tabarrujj (berlebihan).

Kebenaran ini tidak termasuk ipar duai. Kerana mereka itu bukan mahram. Dan mereka memang bahaya, kerana itu memang kena dijaga sungguh dengan mereka. Kadang-kadang orang kita tidak jaga perkara ini. Maka lihatlah hadis Nabi ini. Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan sebuah hadis dari Rasulullah Saw. yang telah bersabda:

“إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ”. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَرَأَيْتَ الحَمْو؟ قَالَ: “الحَمْو الْمَوْتُ”

“Janganlah kalian masuk menemui wanita.” Dikatakan, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu tentang (masuk menemui) saudara ipar?” Rasulullah Saw. menjawab, “(Masuk menemui) saudara ipar artinya maut.”

Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad sampai mengatakan mereka itu boleh dikaitkan dengan maut kerana berat sangat apa yang akan terjadi kalau kita tidak jaga aurat dari ipar duai. Ingatlah yang mereka itu bukanlah mahram dan mereka ada keinginan juga kepada ipar mereka.

 

أَو نِسائِهِنَّ

atau wanita-wanita Islam,

Yakni seorang wanita diperbolehkan menampakkan perhiasannya kepada wanita muslimat, bukan wanita kafir agar mereka tidak menceritakan keadaan kaum wanita muslimat kepada kaum laki-laki mereka. Ini kerana takut mereka akan menceritakan tentang wanita itu kepada lelaki lain.

Adapun wanita muslimah, sesungguhnya dia sepatutnya mengetahui bahwa perbuatan menceritakan perihal wanita lain (kepada lelaki) adalah haram sehingga dia menahan dirinya dari melakukan hal tersebut. Rasulullah Saw. telah bersabda:

“لَا تُبَاشِرُ المرأةَ المرأةَ، تَنْعَتُهَا لِزَوْجِهَا كَأَنَّهُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا”

Janganlah seorang wanita menceritakan (menggambarkan) keadaan wanita lain kepada suaminya, (hingga) seakan-akan suaminya memandang ke arahnya. Hadis diketengahkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahihnya masing-masing melalui Ibnu Mas’ud.

Inilah hukum yang telah diketengahkan. Mungkin ramai wanita kita tidak tahu tentang perkara ini. Maka mereka sangka yang mereka boleh buka tudung mereka di hadapan wanita yang bukan beragama Islam sedangkan perkara ini dilarang.

Sa’id ibnu Mansur telah meriwayatkan di dalam kitab sunannya, telah menceritakan kepada kami Isma’il ibnu Ayyasy, dari Hisyam ibnul Gazi, dari Ubadah ibnu Nissi, dari ayahnya, dari Al-Haris ibnu Qais, bahawa Khalifah Umar menulis surat kepada Abu Ubaidah yang isinya sebagai berikut: Amma Ba’du, sesungguhnya telah sampai berita kepadaku yang mengatakan bahawa sebahagian dari kaum wanita muslimat sering memasuki tempat mandi sauna bersama wanita-wanita musyrik, dan hal itu terjadi di daerah selenggaraanmu. Maka tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian memperlihatkan auratnya kepada wanita lain kecuali wanita yang seagama dengannya.

Perhiasan yang dimaksud ialah bahagian leher, anting-anting, bahagian yang ditutupi oleh kain tudung, dan anggota lainnya yang tidak halal dilihat kecuali hanya oleh mahramnya.

 

أَو ما مَلَكَت أَيمٰنُهُنَّ

atau hamba-hamba yang mereka miliki, 

Ibnu Jarir mengatakan, yang dimaksud adalah hamba perempuan yang musyrik. Dalam hal ini wanita muslimat diperbolehkan memperlihatkan perhiasannya kepada hamba-hamba perempuannya, sekalipun mereka musyrik, kerana mereka adalah hambanya. Demikianlah menurut pendapat yang dianut oleh Sa’id ibnul Musayyab.

Tetapi menurut kebanyakan ulama, bahkan wanita muslimat diperbolehkan memperlihatkan perhiasannya kepada hamba-hamba, baik yang laki-laki mahupun yang perempuan. Mereka mengatakan demikian dengan berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang mengatakan:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا أَبُو جُمَيْعٍ سَالِمُ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى فَاطِمَةَ بِعَبْدٍ قَدْ وَهَبَهُ لَهَا. قَالَ: وَعَلَى فَاطِمَةَ ثَوْبٌ إِذَا قَنَّعت بِهِ رَأْسَهَا لَمْ يَبْلُغْ رِجْلَيْهَا، وَإِذَا غَطَّتْ بِهِ رِجْلَيْهَا لَمْ يَبْلُغْ رَأْسَهَا، فَلَمَّا رَأَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَلْقَى قَالَ: “إِنَّهُ لَيْسَ عَلَيْكِ بَأْسٌ، إِنَّمَا هُوَ أَبُوكِ وَغُلَامُكِ”

telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Isa, telah menceritakan kepada kami Abu Jami’ Salim ibnu Dinar, dari Sabit, dari Anas, bahawa Nabi Saw. datang kepada Fatimah dengan membawa seorang hamba laki-laki yang telah diberikan kepadanya. Sedangkan ketika itu Fatimah memakai pakaian yang apabila digunakan untuk menutupi kepalanya, maka bahagian kedua kakinya tidak tertutupi semua; dan apabila digunakan untuk menutupi kedua kakinya, maka bahagian kepalanya tidak tertutupi. Ketika Nabi Saw. melihat keadaan Fatimah kebingungan, maka baginda bersabda: Sesungguhnya tidak mengapa bagimu (berpakaian seperti itu) kerana yang datang hanyalah ayahmu dan hambamu.

 

أَوِ التّٰبِعينَ غَيرِ أُولِي الإِربَةِ مِنَ الرِّجالِ

atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)

Yakni seperti orang-orang para pelayan yang digaji. Selain dari itu akal mereka kurang dan lemah, tiada keinginan terhadap wanita dan tidak pula berselera terhadap wanita. Ibnu Abbas mengatakan, yang dimaksud adalah lelaki dungu yang tidak mempunyai nafsu syahwat. Mujahid mengatakan bahwa yang dimaksud adalah lelaki yang tolol, iaitu akalnya lemah.

Sedangkan menurut Ikrimah, yang dimaksud adalah laki-laki lembut (pondan) yang kemaluannya tidak dapat berereksi. Hal yang sama dikatakan oleh bukan hanya seorang dari kalangan ulama Salaf.

Di dalam kitab sahih disebutkan melalui hadis Az-Zuhri, dari Urwah, dari Aisyah, bahawa dahulu ada seorang lelaki pondan yang biasa masuk menemui isteri Rasulullah Saw. dan mereka menganggapnya termasuk orang lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita. Pada suatu hari Nabi Saw. masuk ke dalam rumahnya, sedangkan lelaki tersebut sedang menggambarkan perihal seorang wanita. Lelaki itu mengatakan bahawa wanita tersebut apabila datang, maka melangkah dengan langkah yang lemah gemalai; dan apabila pergi, ia melangkah dengan lemah gemalai disertai dengan goyangan ponggongnya. Maka Rasulullah Saw. bersabda:

“أَلَا أَرَى هَذَا يَعْلَمُ مَا هَاهُنَا، لَا يدخلَنّ عليكُنَ”

Bukankah kulihat orang ini mengetahui apa yang ada di sini? Jangan biarkan orang ini masuk menemui kalian!

Itu adalah kerana jelas yang lelaki itu pun tahu tentang wanita dan perasan tentang wanita, jadi tidaklah dia seorang lelaki yang lembut. Jadi lelaki yang sebegitu tidak boleh diperlihatkan perhiasan kepada mereka. Tapi kalau memang mereka tidak ada keinginan kepada wanita, maka bolehlah kalau mereka melihat perhiasan wanita.

 

أَوِ الطِّفلِ الَّذينَ لَم يَظهَروا عَلىٰ عَورٰتِ النِّساءِ

atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. 

Kanak kecil belum kenal aurat lagi. Yakni anak-anak kecil yang masih belum mengerti keadaan wanita dan aurat mereka seperti perkataannya yang lemah lembut lagi merdu, lenggak-lenggoknya dalam berjalan, gerak-geri dan sikapnya. Apabila anak lelaki kecil masih belum memahami hal tersebut, maka ia boleh masuk menemui wanita. Ini kerana mereka sepatutnya tidak ada keinginan itu. Tapi zaman sekarang tak tahulah. Jadi kena pandai menilai.

 

وَلا يَضرِبنَ بِأَرجُلِهِنَّ لِيُعلَمَ ما يُخفينَ مِن زينَتِهِنَّ

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

Jangan hentak kaki sampai bunyi kaki mereka. Ini adalah perbuatan untuk menarik perhatian orang lelaki. Di masa Jahiliah bila seorang wanita berjalan di jalan, sedangkan dia memakai gelang kaki, jika tidak ada laki-laki yang melihat dirinya, ia memukul-mukul kakinya ke tanah sehingga kaum lelaki mendengar bunyi gelangnya (dengan maksud menarik perhatian mereka). Maka Allah melarang kaum wanita mukmin melakukan hal semacam itu.

Kalau zaman sekarang, ia boleh dilakukan dengan kasut tinggi. Kerana memang wanita zaman sekarang tidak pakai gelang kaki yang berbunyi, tapi kalau dengan kasut tinggi yang berderap-derap bunyinya, itu pun sudah boleh dikira menarik perhatian.

Demikian pula halnya bila seseorang wanita memakai perhiasan lainnya yang tidak kelihatan, bila digerakkan akan menimbulkan suara dan dapat menarik perhatian lawan jenisnya; hal ini pun termasuk ke dalam apa yang dilarang oleh Allah Swt. dalam firman-Nya: Dan janganlah mereka memukulkan kakinya. (An-Nur: 31), hingga akhir ayat.

Malangnya wanita sekarang tidak tahu tentang perkara ini. Mereka kononnya tutup aurat, tapi mereka pakai baju yang menarik perhatian. Mereka seolah-olah mahu lelaki melihat dan memerhatikan mereka. Mereka sepatutnya tidak menarik perhatian lelaki, tapi mereka pakai baju yang menarik perhatian mereka. Kalau tudung pun sepatutnya hendak menutup perhatian lelaki kepada mereka, tapi kalau dah pakai lilit sana sini, dengan warna dan corak yang menarik, bukankah itu untuk menarik perhatian lelaki?

Termasuk ke dalam apa yang dilarang ialah memakai wangian bila keluar rumah, sebab kaum laki-laki akan mencium baunya. Abu Isa At-Tirmizi mengatakan:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ القَّطَّان، عَنْ ثَابِتِ بْنِ عُمَارة الْحَنَفِيِّ، عَنْ غُنَيْم بْنِ قَيْسٍ، عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ، وَالْمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فمرَّت بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا” يَعْنِي زَانِيَةً

telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Basysyar, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Sa’id Al-Qattan, dari Sabit ibnu Imarah Al-Hanafi, dari Ganim ibnu Qais, dari Abu Musa r.a., dari Nabi Saw. yang telah bersabda: Setiap mata ada zinanya. Seorang wanita bila memakai wangian, lalu melewati suatu majlis, maka dia (akan memperoleh dosa) anu dan anu. Yakni dosa zina mata.

Maka kaum wanita, elaklah dari berhias semasa keluar rumah. Sepatutnya perhiasan itu adalah untuk suami sahaja.

وَرَوَى التِّرْمِذِيُّ أَيْضًا مِنْ حَدِيثِ مُوسَى بْنِ عُبَيدة، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ خَالِدٍ، عَنْ مَيْمُونَةَ بِنْتِ سَعْدٍ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلم قَالَ: “الرَّافِلَةُ فِي الزِّينَةِ فِي غَيْرِ أَهْلِهَا، كَمَثَلِ ظُلْمَةِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا نُورَ لَهَا”

Imam Turmuzi meriwayatkan melalui hadis Musa ibnu Ubaidah, dari Ayyub ibnu Khalid, dari Maimunah binti Sa’d, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Wanita yang berdandan bukan untuk suaminya, perihalnya sama dengan kegelapan di hari kiamat, tiada nur (cahaya) baginya.

 

وَتوبوا إِلَى اللهِ جَميعًا أَيُّهَ المُؤمِنونَ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Dan taubatlah kalau dulu kamu pernah melakukan perkara-perkara yang dilarang ini. Bertaubatlah kamu kerana banyak yang kamu dah langgar. Ikutlah saranan dari Allah ini kerana ianya untuk kebaikan kita semua. Perkara ini perlu dijaga dari rumah, dari anak-anak kita kecil lagi. Berilah mereka faham tentang perkara ini supaya tidak susah kita nak ubah mereka bila mereka sudah dewasa.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. 


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 024: an-Nur. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah an-Nur Ayat 31 (Tentang aurat wanita)

  1. Pingback: Tafsir Surah an-Nur Ayat 31 (Tentang aurat wanita)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s