Tafsir Surah an-Nur Ayat 28 – 30 (Jaga mata)

Ayat 28: Sambungan tentang adab ke rumah orang.

فَإِن لَّم تَجِدوا فيها أَحَدًا فَلا تَدخُلوها حَتّىٰ يُؤذَنَ لَكُم ۖ وَإِن قيلَ لَكُمُ ارجِعوا فَارجِعوا ۖ هُوَ أَزكىٰ لَكُم ۚ وَاللهُ بِما تَعمَلونَ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if you do not find anyone therein, do not enter them until permission has been given you. And if it is said to you, “Go back,”¹ then go back; it is purer for you. And Allāh is Knowing of what you do.

  • Or a similar expression showing that the occupants are not prepared to receive visitors (which should be respected).

(MELAYU)

Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: “Kembali (saja)lah, maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

 

فَإِن لَّم تَجِدوا فيها أَحَدًا فَلا تَدخُلوها

Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk

Dan kalau kita telah beri salam dan tidak ada orang menjawabnya, maka keluarlah atau pergilah. Jangan masuk.  Malah, jangan nak jenguk-jenguk. Perangai buruk orang kita, bila tak dengar jawapan salam, mula jenguk tingkap. Lagi teruk, sampai pergi ke belakang rumah cari. Tentu ini tidak boleh kerana kalau jenguk, entah kita ternampak benda yang tak patut kita nampak, mungkin aurat orang lain.

 

حَتّىٰ يُؤذَنَ لَكُم

sehinggalah kamu mendapat izin.

Jangan kita masuk ke dalam sesuatu rumah itu tanpa mendapat izin walaupun kita telah kenal orang di dalam rumah itu.

Dalam ayat ini disebut minta izin dahulu kemudian baru disebut tentang beri salam. Sedangkan dari segi perbuatan, kita beri salam dahulu dan kemudian barulah kita minta izin untuk masuk. Ini adalah kerana didahulukan yang lebih penting dahulu kerana minta izin itu wajib, sedangkan beri salam itu sunat sahaja.

 

وَإِن قيلَ لَكُمُ ارجِعوا فَارجِعوا

Dan jika dikatakan kepadamu: “Kembali (saja)lah, maka hendaklah kamu kembali. 

Dan ada kemungkinan orang-orang di dalam rumah itu tidak bersedia untuk menerima kita dan dia suruh kita pergi maka hendaklah kita dengan rendah hati pergi dan jangan bertanya-tanya soalan lagi. Jangan kita kata: “Eh, kurang ajarnya..”

Jangan pula kita rasa yang orang rumah itu kurang ajar kerana kenalah kita sedar bahawa ada sebabnya kenapa mereka tidak mahu kita berada di situ pada waktu itu. Kerana tuan rumah ada hak untuk tidak menerima kita jikalau keadaan tidak sesuai bagi mereka.

Jadi mungkin ada waktu yang kita dijemput ke rumahnya tetapi kita datang awal dan mungkin tuan rumah tidak bersedia lagi maka kalau dia suruh kita pergi maka hendaklah kita pergi. Jangan kita kata: “ni aku dah sampai ni, bagilah masuk…”  Jangan begitu. Hormatilah tuan rumah.

 

هُوَ أَزكىٰ لَكُم

Itu lebih bersih bagimu

Itulah yang patut kita buat kerana itulah yang diajar oleh Allah. Bila keadaan dan sesuai bolehlah datang balik. Tidak ada masalah kalau masyarakat kita tahu hukum agama.

 

وَاللهُ بِما تَعمَلونَ عَليمٌ

dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Allah pandang apa yang kita lakukan. Allah menilai segalanya.


 

Ayat 29: Ini adalah undang-undang yang seterusnya berkenaan rumah. Adakah semua tempat kita kena minta izin nak masuk?

لَّيسَ عَلَيكُم جُناحٌ أَن تَدخُلوا بُيوتًا غَيرَ مَسكونَةٍ فيها مَتٰعٌ لَّكُم ۚ وَاللهُ يَعلَمُ ما تُبدونَ وَما تَكتُمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

There is no blame upon you for entering houses not inhabited in which there is convenience¹ for you. And Allāh knows what you reveal and what you conceal.

  • Some benefit such as rest, shelter, commodities, one’s personal belongings, etc.

(MELAYU)

Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

 

لَّيسَ عَلَيكُم جُناحٌ أَن تَدخُلوا بُيوتًا غَيرَ مَسكونَةٍ فيها

Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami,

Tidak ada dosa untuk kita masuk ke bangunan-bangunan yang bukan tempat tinggal, seperti kedai, pejabat, masjid, hotel dan sebagainya, di mana kita tidak perlu hendak beri salam dan mendapatkan kebenaran untuk masuk.

Ini kerana tempat-tempat itu bukan tempat tinggal kediaman manusia. Ianya adalah tempat awam dan semua yang ada di situ tentulah bersedia kalau berjumpa dengan orang lain. Mereka tidaklah buka aurat mereka di tempat sebegitu.

Maka tak perlulah nak cari Pak guard untuk minta izin masuk pasar dan masjid pula.

Kebenaran ini juga termasuk kalau rumah itu ada ruang tamu yang disediakan untuk pengunjung. Kerana mungkin ada rumah yang besar yang memang tuannya sediakan kepada pelawat untuk duduk menunggu sementara menunggu kebenaran untuk masuk. Dan ruang itu memang tidak ada orang dari ahli rumah itu yang keluar tanpa aurat pun.

مَتٰعٌ لَّكُم

yang di dalamnya ada keperluanmu, 

Kerana bangunan-bangunan itu ada مَتاعٌ iaitu ada kegunaan untuk kita kerana di situlah tempat manusia bekerja atau hendak membeli barang atau simpan barang dan sebagainya.

 

وَاللهُ يَعلَمُ ما تُبدونَ وَما تَكتُمونَ

dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

Allah tahu apa yang di dalam hati kita dan kerana itu Allah tahu sama ada kita sengaja menggunakan alasan-alasan untuk masuk ke dalam sesuatu rumah itu dengan mengatakan yang rumah itu tidak ada orang tinggal dan sebagainya. Itu alasan diberikan oleh mereka yang jahil sahaja dan tiada adab. Maka jangan bagi alasan.


 

Ayat 30: Arahan kepada orang mukmin. Ini untuk mengelak terjadinya perkara yang tidak elok.

قُل لِّلمُؤمِنينَ يَغُضّوا مِن أَبصٰرِهِم وَيَحفَظوا فُروجَهُم ۚ ذٰلِكَ أَزكىٰ لَهُم ۗ إِنَّ اللهَ خَبيرٌ بِما يَصنَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Tell the believing men to reduce [some] of their vision¹ and guard their private parts.² That is purer for them. Indeed, Allāh is Acquainted with what they do.

  • Looking only at what is lawful and averting their eyes from what is unlawful.
  • From being seen and from unlawful acts.

(MELAYU)

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

 

قُل لِّلمُؤمِنينَ يَغُضّوا مِن أَبصٰرِهِم

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya,

يَغُضّوا digunakan untuk pandangan mata dan juga suara. Oleh itu kena rendahkan pandangan mata dari melihat perkara yang tidak patut dilihat. Maka jangan tengok perkara yang haram.

Untuk itu apabila pandangan mata mereka melihat sesuatu yang diharamkan tanpa sengaja, hendaklah ia memalingkan pandangan matanya dengan segera darinya. Sekarang memang susah nak jaga dari tidak terpandang perempuan tanpa aurat. Kalau memang nak jaga dari tidak tengok perempuan tak tutup aurat, entah kita akan jalan terlanggar orang lain. Tapi kalau ternampak, janganlah terus tenung atau tengok kali yang kedua – larikanlah pandangan kamu itu. Pandangan pertama itu tidak berdosa, tapi kalau terus melihat dan tengok kali kedua yang berdosa – seperti yang disebut dalam satu hadis:

قَالَ أَبُو دَاوُدَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُوسَى الفَزَاري، حَدَّثَنَا شَريك، عَنْ أَبِي رَبِيعَةَ الْإِيَادِيِّ، عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدة، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَلِيٍّ: “يَا عَلِيُّ، لَا تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النظرةَ، فَإِنَّ لَكَ الْأُولَى وَلَيْسَ لَكَ الْآخِرَةُ”

Abu Daud mengatakan, telah menceritakan kepada kami Isma’il ibnu Musa Al-Fazzari, telah menceritakan kepada kami Syarik, dari Abu Rabi’ah Al-Ayadi, dari Abdullah ibnu Buraidah, dari ayahnya yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda kepada sahabat Ali r.a.: Hai Ali, janganlah kamu mengikutkan suatu pandangan ke pandangan berikutnya, kerana sesungguhnya engkau hanya diperbolehkan menatap pandangan yang pertama, sedangkan pandangan yang berikutnya tidak boleh lagi bagi kamu.

لِلمُؤمِنينَ untuk lelaki dan perempuan juga. Maka jangan kata lelaki sahaja kena tundukkan pandangan kerana wanita pun kena jaga mata mereka juga.

Pandangan mata ini amat bahaya. Dari mata boleh turun ke hati. Kalau kita tak jaga mata, maka akan ternampak lah kaum berlainan jenis yang boleh menyebabkan kita teransang. Maka mungkin timbul keinginan-keinginan pelik dalam diri kita. Maka Allah awal-awal lagi suruh jaga mata kita.

Malangnya, ada orang yang sudah jadikan profession mereka duduk di jalanan dan tengok orang lalu lalang. Ini selalunya dilakukan oleh budak-budak muda yang akal masih tidak cukup lagi. Sudahlah mereka menakutkan orang yang lalu lalang, malah mereka kacau lagi, menegur wanita dan anak dara yang lalu dan mengganggu mereka. Nabi sudah berpesan tentang perkara ini. Di dalam kitab sahih disebutkan melalui Abu Sa’id, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ”. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَا بُدَّ لَنَا مِنْ مَجَالِسِنَا، نَتَحَدَّثُ فِيهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنْ أَبَيْتُمْ، فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حقَّه”. قَالُوا: وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: “غَضُّ الْبَصَرِ، وكَفُّ الْأَذَى، وَرَدُّ السَّلَامِ، وَالْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ، وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ”

“Janganlah kalian duduk-duduk di (pinggir-pinggir) jalan.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, kami perlu tempat untuk bercakap-cakap.” Rasulullah Saw. bersabda, “Jika kalian tetap ingin duduk-duduk di jalanan, maka berikanlah jalan akan haknya.” Mereka bertanya, “Apakah hak jalan itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah Saw. bersabda, “Menahan pandangan mata, menahan diri untuk tidak mengganggu (orang yang lalu), menjawab salam, memerintahkan kepada kebajikan, dan mencegah kemungkaran.”

 

وَيَحفَظوا فُروجَهُم

dan memelihara kemaluannya; 

Dan kena jaga kemaluan daripada melakukan maksiat. Jauhkan diri dari zina. Maka hukum-hukum yang diberikan sebelum ini adalah penjagaan untuk mengelakkan perkata ini dari berlaku – berhati-hati nak masuk rumah orang, jaga pandangan mata dan lain-lain lagi.

Sebelum jadi zina dalam bentuk jimak, sudah ada zina-zina lain yang kena dijaga dari berlaku. Di dalam kitab Sahih Bukhari disebutkan sebuah hadis melalui Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظّه مِنَ الزِّنَى، أدرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ. فَزنى الْعَيْنَيْنِ: النَّظَرُ. وَزِنَى اللِّسَانِ: النطقُ. وَزِنَى الْأُذُنَيْنِ: الِاسْتِمَاعُ. وَزِنَى الْيَدَيْنِ: الْبَطْشُ. وَزِنَى الرِّجْلَيْنِ: الْخَطْيُ. وَالنَّفْسُ تمَنّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّق ذَلِكَ أَوْ يُكذبه”.

Telah ditetapkan atas anak Adam bahagian dari perbuatan zina yang pasti dialaminya: ‘zina mata’ adalah pandangan mata, ‘zina lisan’ adalah ucapan, ‘zina kedua telinga’ adalah pendengaran, ‘zina kedua tangan’ ialah memukul, dan ‘zina kedua kaki’ ialah melangkah, dan hawa nafsu yang berharap dan menginginkannya, sedangkan kemaluanlah yang membenarkannya atau mendustakannya.

Jadi sebelum zina kemaluan itu berlaku, zina-zina yang lain kena jaga dari berlaku.

 

ذٰلِكَ أَزكىٰ لَهُم

yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, 

Amat penting untuk pandangan mata kerana ada kaitan rapat antara pandangan mata dan kemaluan. Kalau tak jaga pandangan, maka akan ada masalah pada hati yang boleh membawa kepada perbuatan zina.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا عَتَّابٌ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، عَنْ عُبَيْد اللَّهِ بْنِ زَحْر، عَنْ عَلِيِّ بْنِ يَزِيدَ، عَنِ الْقَاسِمِ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَنْظُرُ إِلَى مَحَاسِنِ امْرَأَةٍ [أَوَّلَ مَرّة] ثُمَّ يَغُضّ بَصَرَهُ، إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ عِبَادَةً يَجِدُ حَلَاوَتَهَا”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Attab, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnul Mubarak, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Ayyub, dari Ubaidillah ibnu Zuhar, dari Ali ibnu Zaid, dari Al-Qasim, dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Saw. yang telah bersabda: Tiada seorang lelaki muslim pun yang melihat kecantikan seorang wanita, kemudian ia menundukkan pandangan matanya, melainkan Allah akan menggantinya dengan (pahala) suatu ibadah yang ia rasakan kemanisannya (kenikmatannya).

Maka, kalau kita rasa kita tidak mendapat kemanisan dalam ibadat kita, mungkin kerana kita tidak menjaga pandangan mata kita agaknya. Maka selepas ini, berusahalah kita untuk menjaganya.

 

إِنَّ اللهَ خَبيرٌ بِما يَصنَعونَ

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Allah ingatkan yang Dia tahu apa sahaja yang kita perhatikan, walaupun kita tengok secara sembunyi-sembunyi pun. Ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam firman-Nya:

{يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ}

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. (Al-Mu’min: 19)

Allah tahu semua tentang apa yang manusia lakukan. Allah gunakan kalimah يَصنَعونَ yang bermaksudkan bina, buat, usahakan (macam usahakan perusahaan kilang dan sebagainya). Ini adalah kerana kebanyakan perbuatan manusia ini ada usaha, bukannya tak sengaja dilakukan. Macam buat kereta, ada usaha kan?

Maka Allah nak beritahu yang Dia tahu apa rancangan kita. Mula-mula tengok wanita itu (dan mula terpikat) dan kemudian mulalah buat rancangan untuk mengorat wanita itu. Kerana nak mengorat pun kena ada rancangan, bukan? Mulalah dia fikirkan dan buat rancangan sedikit demi sedikit. Mungkin mula-mulanya minta alamat FB, no telefon dan sebagainya. Kemudian mula tegur-tegur sikit demi sikit dalam WhatsApp dan sebagai. Allah kata Dia tahu segala rancangan dan perbuatan rancangan itu, jangan nak tipulah.

Kadang kadang wanita tak tahu tentang perkara ini dan kerana itu mereka senang ditipu. Wanita memang menarik perhatian lelaki dan ada jenis lelaki senang tertarik. Nampak perempuan dahi licin sahaja, mereka akan jalankan rancangan mereka. Bila dah dapat perhatian, entah apalah yang dilakukan oleh lelaki itu – bergantung kepada niatnya.

Maka Allah suruh kita kena tundukkan mata kita kerana perkara ini boleh bawa kepada perkara yang tidak elok – semuanya asal dari mata, bukan? Malangnya zaman sekarang perkara ini lagi senang nak terjadi kerana tidak perlu tengok di khalayak ramai pun kerana sudah ada FB maka senang sahaja lelaki nak tengok wanita-wanita yang banyak meletakkang gambar mereka di FB itu untuk tatapan semua orang. Tidaklah kita kata salah terus FB itu kerana ianya boleh digunakan untuk berdakwah dan menyambung silaturrahim dengan keluarga dan kenalan kita, tetapi kita kena jaga perhubungan di dalamnya dan janganlah kita meletakkan gambar-gambar yang boleh menyebabkan fitnah. Maka janganlah kita sibuk nak buang masa layari gambar-gambar wanita cantik di FB lagi. Ada satu lagi hadis dari Rasulullah SAW.

قَالَ الطَّبَرَانِيُّ: حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ زُهَيْرٍ التُّسْتُري قَالَ: قَرَأْنَا عَلَى مُحَمَّدِ بْنِ حَفْصِ بْنِ عُمَرَ الضَّرِيرِ الْمُقْرِئِ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي بُكَيْر، حَدَّثَنَا هُرَيْم بْنُ سُفْيَانَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنِ الْقَاسِمُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ النَّظَرَ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ مَسْمُومٌ، مَنْ تَرَكَهُ مَخَافَتِي، أَبْدَلْتُهُ إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ”

Imam Tabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ahmad ibnu Zuhair At-Tusturi yang mengatakan, “Kami belajar pada Muhammad ibnu Hafs ibnu Umar Ad-Darir Al-Muqri yang menceritakan bahwa telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Abu Bukair, telah menceritakan kepada kami Harim ibnu Sufyan, dari Abdur Rahman ibnu Ishaq, dari Al-Qasim ibnu Abdur Rahman, dari ayahnya, dari Abdullah ibnu Mas’ud r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya pandangan mata itu adalah sepucuk anak panah iblis yang beracun. Barang siapa yang menahannya kerana takut kepada­Ku, niscaya Aku menggantinya dengan iman yang kemanisannya ia rasakan dalam hatinya.”

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 024: an-Nur. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah an-Nur Ayat 28 – 30 (Jaga mata)

  1. Pingback: Tafsir Surah an-Nur Ayat 28 – 30 (Jaga mata)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s