Tafsir Surah Mukminoon Ayat 112 – 118 (Seru ilah lain bersama seru Allah)

Ayat 112: Keadaan di akhirat kelak.

قٰلَ كَم لَبِثتُم فِي الأَرضِ عَدَدَ سِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] will say, “How long did you remain on earth in number of years?”

(MELAYU)

Allah bertanya: “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”

 

Allah tanya mereka: Kira berapa tahun kamu hidup di dunia?

Atau ada juga yang mengatakan mereka bertanya khabar sesama mereka. Nak tahu berapa lama mereka tinggal semasa di dunia dulu.


 

Ayat 113: Jawapan mereka.

قالوا لَبِثنا يَومًا أَو بَعضَ يَومٍ فَاسئَلِ العادّينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will say, “We remained a day or part of a day; ask those who enumerate.”

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.

 

قالوا لَبِثنا يَومًا أَو بَعضَ يَومٍ

Mereka menjawab: “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari,

Mukmin dan kafir akan jawap dengan jawapan yang sama sahaja. Mereka rasa mereka tinggal sekejap sahaja walaupun mungkin mereka hidup selama 60 tahun di dunia. Apabila mereka di akhirat nanti, jangkamasa 60 tahun itu rasa sehari atau setengah hari sahaja. Ini adalah kerana lama sangat mereka di akhirat. Kalau di Mahsyar pun dikatakan sampai 50 ribu tahun menunggu.

 

فَاسئَلِ العادّينَ

maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.

Mereka tidak pasti berapa lama mereka sebenarnya tinggal di dunia dulu. Kerana anggaran masa mereka sudah tak betul dah kerana lama sangat di akhirat. Mereka minta tanyalah kepada malaikat. Tanya kepada para malaikat kerana mereka yang  tulis dan jaga amalan.


 

Ayat 114:

قٰلَ إِن لَّبِثتُم إِلّا قَليلًا ۖ لَّو أَنَّكُم كُنتُم تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will say, “You stayed not but a little –if only you had known.

(MELAYU)

Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”

 

قٰلَ إِن لَّبِثتُم إِلّا قَليلًا

Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja,

Allah beritahu mereka yang manusia tinggal di dunia dulu sekejap sahaja. Maka tahulah kita yang kita duduk sekejap sahaja di dunia kalau dibandingkan dengan akhirat. Tak penting pun kehidupan dunia ini. Maka janganlah kita melebihkan dunia dari akhirat.

Maknanya, bukan lama pun kehidupan di dunia ini. Kalau dapat sabar menyembah Allah seperti yang sepatutnya kita lakukan, maka kita akan selamat di akhirat selama-lamanya. Kalau kita tahu kita kena tahan buat sesuatu perkara sekejap sahaja, tentulah kita tidak rasa lelah sangat, bukan? Maka Allah ingatkan, kamu kena bersabar di dunia ini sekejap sahaja. Jangan mengeluhlah.

 

لَّو أَنَّكُم كُنتُم تَعلَمونَ

kalau kamu sesungguhnya mengetahui”

Kalaulah manusia tahu bahawa tak lama pun kehidupan di dunia. Duduk di akhirat lagi lama. Persediaan untuk akhirat yang lebih penting. Kalau mereka yakin perkara ini, tentulah mereka tak jadi begini.


 

Ayat 115: Ayat zajrun. Tidakkah manusia memikirkan kenapakah mereka dihidupkan di dunia ini?

أَفَحَسِبتُم أَنَّما خَلَقنٰكُم عَبَثًا وَأَنَّكُم إِلَينا لا تُرجَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then did you think that We created you uselessly and that to Us you would not be returned?”

(MELAYU)

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

 

أَفَحَسِبتُم أَنَّما خَلَقنٰكُم عَبَثًا

Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja),

Adakah mereka sangka mereka dihidupkan tanpa ada sebab? عَبَثًا digunakan jika kita  duduk buang masa sahaja. Buat sesuatu yang tidak ada nilai. Tak serius dalam melakukan sesuatu perkara.

Adakah Allah lakukan perkara yang sia-sia? Tidak mungkin sama sekali. Allah lebih tingggi dari itu. Jadi Allah tegur fahaman manusia yang sangka mereka dijadikan sia-sia tanpa sebab dan tidak diperhitungkan.

Kerana ramai manusia yang ada fahaman sebeginilah yang menyebabkan ramai yang memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Tak tahu apakah yang mereka lakuka. Sepanjang hari selain bermain-main sahaja. Mereka bangun, main dan tidur sahaja.

 

وَأَنَّكُم إِلَينا لا تُرجَعونَ

dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Mereka macam tak sangka yang mereka akan dikembalikan untuk bertemu dengan Penciptanya iaitu Allah. Maka mereka tidak buat persediaan untuk menghadapi akhirat. Mereka gunakan masa mereka semasa di dunia untuk buat perkara keduniaan sebanyak mungkin. Iaitu sebelum mereka mati. Sampaikan ada yang buat tema: you only live once YOLO!!

Ini adalah perkara yang amat malang sekali. Malangnya ramai yang buat begitu.  Maka janganlah begitu. Jangan buang masa. Sebaliknya jadikan dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam pahala supaya ada banyak pahala yang dibawa di akhirat.


 

Ayat 116: Ini adalah khulasah (summary) surah ini. Allah sebut perkara yang penting setelah banyak ayat-ayat disebut sebelum ini. Maka apakah pengajaran yang sepatutnya kita ambil dari surah ini secara ringkas?

فَتَعٰلَى اللهُ المَلِكُ الحَقُّ ۖ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ رَبُّ العَرشِ الكَريمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So exalted is Allāh, the Sovereign, the Truth; there is no deity except Him, Lord of the Noble Throne.

(MELAYU)

Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) ‘Arsy yang mulia.

 

فَتَعٰلَى اللهُ المَلِكُ الحَقُّ

Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya;

Allah Maha Tinggi dari segala-galanya. Kehendak Allah lah yang paling penting sekali.

Allah lah sebenar-benar Raja. Memang ada banyak raja di dunia tapi kekuasaan mereka itu diberikan oleh Raja segala raja, iaitu Allah. Allah lah sahaja yang paling berkuasa.

 

لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ

tidak ada Tuhan selain Dia,

Inilah Kalimah Tauhid pegangan kita. Tidak ada ilah selain Allah. Ilah adalah tempat pergantungan harap. Maka kepada Allah lah sahaja yang kita berharap.

Dan kepada Allah sahaja yang kita sembah dan seru dalam doa.

 

رَبُّ العَرشِ الكَريمِ

Tuhan (Yang mempunyai) ‘Arsy yang mulia.

Kehebatan Allah itu tidak ada bandingan. Tidak dapat nak dibandingkan. Allah mempunyai dan memiliki Arasy iaitu makhlukNya yang paling besar. Arasy ini PJ sudah tidak dapat dibayangkan. Mana kita nak bayangkan Arasy sedangkan langit yang tujuh lapis itu pun kita tak dapat nak bayangkan.

Dan memang tak perlu nak bayangkan pun. Akal kita memang tidak mampu nak fikirkan pun. Jadi buat apa nak pecah kepala fikirkan? Tapi ada juga yang nak buang masa dan kemudian kutuk orang lain tak sefahaman dengan mereka.


 

Ayat 117: Jangan seru selain Allah.

وَمَن يَدعُ مَعَ اللهِ إِلٰهًا ءآخَرَ لا بُرهٰنَ لَهُ بِهِ فَإِنَّما حِسابُهُ عِندَ رَبِّهِ ۚ إِنَّهُ لا يُفلِحُ الكٰفِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever invokes besides Allāh another deity for which he has no proof – then his account is only with his Lord. Indeed, the disbelievers will not succeed.

(MELAYU)

Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung.

 

وَمَن يَدعُ مَعَ اللهِ إِلٰهًا ءآخَرَ

Dan barangsiapa menyeru ilah yang lain di samping Allah,

Ini adalah larangan seru selain Allah bersama Allah. Ada manusia yang seru Allah, tapi dalam masa yang sama mereka seru ilah lain. Ilah lain itu selalunya Nabi, wali dan malaikat.

Inilah yang dilakukan oleh musyrikin Mekah. Mereka seru Allah tapi mereka seru ilah-ilah lain. Kerana mereka beriktikad Nabi, wali, malaikat dan jin juga adalah ilah juga. Tapi ilah yang paling besar pada mereka adalah Allah. Tapi ilah-ilah lain itu sebagai wasilah untuk memakbulkan doa-doa mereka.

Tapi jangan sangka ini adalah perbuatan musyrikin Mekah sahaja. Ramai yang tidak tahu apakah akidah musyrikin Mekah. Mereka sangka akidah musyrikin Mekah itu amat jauh dari kefahaman manusia lain. Mereka tidak sangka bahawa fahaman mereka pun sama sahaja dengan fahaman musyrikin Mekah itu.

Kerana tidak faham perkara inilah yang menyebabkan masyarakat Muslim kita sendiri sama sahaja akidah dengan musyrikin Mekah. Kerana itu ramai orang kita seru Nabi, wali dan malaikat dalam doa. Mereka tidaklah panggil Nabi, wali dan Lai alat itu sebagai ilah, tapi apa yang mereka lakukan terhadap Nabi, wali dan malaikat itu memang sebagai ilah. Mereka menjadikan roh-roh itu sebagai perantara dalam doa mereka. Mereka berharap kepada roh-roh itu.

Dan kerana tidak faham ayat inilah ramai yang buat syirik. Iaitu mereka seru selain Allah. Paling senang kita lihat ibu-ibu di negara ini. Apabila mereka membuai anak-anak mereka, ramai yang menyanyi begini:

la ilaaha illallah… Muhammadurr Rasulullah…..

Mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya sedang berzikir dan menyeru Allah dan dalam masa yang sama menyeru Nabi Muhammad juga! Ma sha Allah! Tapi berapa ramai yang buat begini?

 

لا بُرهٰنَ لَهُ بِهِ

padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu,

Jadi ramai yang menyeru Nabi, wali dan malaikat dalam seruan doa mereka. Mereka seru Nabi Muhammad, Nabi Zakariya, Nabi Khidr dan macam-macam Nabi lagi; ramai yang menyeru para wali seperti Syaikh Abdul Qadir Jalani dan lain-lain; dan ramai yang memberi salam dan meminta tolong kepada para malaikat seperti Malaikat Jibrail dan lain-lain lagi.

Semua perbuatan dan amalan ini tidak ada dalil pun. Tidak ada diajar oleh Nabi Muhammad dan tidak diamalkan oleh para sahabat dan salafussoleh. Ini semua adalah ajaran dari syaitan. Tapi kerana jauh dari wahyu, ramai yang tertiup dengan ajaran syaitan. Tambahan pula ajaran ini diajar oleh mereka yang kononnya ahli agama, ulama, ustaz, tok guru tarekat dan lain-lain lagi. Maka berterusanlah manusia melakukan syirik tanpa mereka sedari.

 

فَإِنَّما حِسابُهُ عِندَ رَبِّهِ

maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. 

Mereka akan kena audit nanti. Segala amalan syirik dan bidaah itu akan ditulis oleh malaikat dan akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat. Allah beritahu yang Dia akan hitung itu maksudnya Dia akan balas. Kalau perbuatan itu memang salah, maka mereka akan kena azab di akhirat kelak.

Dan amalan syirik bukannya tinggal sekejap di neraka tapi akan tinggal selama-lamanya di neraka! Tidakkah mereka takut melakukan perkara ini? Mereka memang tidak takut. Malah kalau kita tegur, kita pula yang dituduh sesat!

Tapi kita hanya boleh sampaikan sahaja. Samada mereka terima atau tidak, terpulang kepada iman mereka. Kita telah jalankan tugas kita kalau kita telah sampaikan. Jangan kita dituduh tidak sampaikan.

 

إِنَّهُ لا يُفلِحُ الكٰفِرونَ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung.

Allah beritahu dalam ayat ini yang orang Kafir tidak akan berjaya. Tapi kenapa tiba-tiba Allah sebut ‘orang kafir’ pula dalam ayat ini?

Ini adalah kerana mereka yang mengamalkan amalan salah menyeru selain Allah itu, walaupun seru dengan Allah juga, mereka itu kafir sebenarnya! Ma sha Allah! Alangkah teruknya… nama muslim, perawakan nampak macam muslim juga, tapi kufur rupanya! Maknanya mereka muslim di mata manusia, tapi kufur di mata Allah! Semoga kita dan ahli keluarga kita terselamat dari keadaan dan kejahilan ini. Aameen.


 

Ayat 118: Akhir sekali sebagai penutup surah, Allah ajar satu doa.

وَقُل رَّبِّ اغفِر وَارحَم وَأَنتَ خَيرُ الرّٰحِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And, [O Muḥammad], say, “My Lord, forgive and have mercy, and You are the best of the merciful.”

(MELAYU)

Dan katakanlah: “Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik”.

 

وَقُل رَّبِّ اغفِر

Dan katakanlah: “Ya Tuhanku berilah ampun

Allah suruh kita istighfar banyak-banyak. Kerana istighfar bukan di akhirat tapi semasa di dunia. Semasa di dunia inilah kita kena mengaku dosa kita dan meminta ampun. Jangan baru di akhirat baru sedar diri dan baru nak minta ampun. Waktu itu sudah terlambat.

 

وَارحَم وَأَنتَ خَيرُ الرّٰحِمينَ

dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik”.

Dan berharaplah dengan rahmat Allah. Rahmat itu maksudnya kasihan. Maka kita berdoa kepada Allah: Kasihanilah kami dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ada 4 perkara penting yang kita minta dalam permintaan rahmat ini:

  1. Jangan susahkan dalam kehidupan dunia ini.
  2. Beri taufik kepada kita supaya dapat taat kepada hukum Allah.
  3. Berilah keselamatan di akhirat
  4. Kurniakan kami dengan syurga. Ini penting kerana kita masuk Jannah adalah kerana rahmah Allah, bukannya kerana amalan kita. Jangan minta selamat dari neraka sahaja kerana kalau tak kena azab neraka, itu kerana Allah bersifat al-Ghafir. Tapi itu baru tak masuk neraka, sedangkan kita nak masuk syurga sekali.

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah Mukminoon yang mulia ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah an-Nur.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 023: Mukminoon. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s