Tafsir Surah Mukminoon Ayat 105 – 111 (Nak kembali ke dunia)

Ayat 105: Di akhirat nanti Allah akan tanya tentang Qur’an juga. Lihatlah pentingnya Qur’an itu.

أَلَم تَكُن ءآياتي تُتلىٰ عَلَيكُم فَكُنتُم بِها تُكَذِّبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It will be said], “Were not My verses recited to you and you used to deny them?”

(MELAYU)

Bukankah ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepadamu sekalian, tetapi kamu selalu mendustakannya?

 

أَلَم تَكُن ءآياتي تُتلىٰ عَلَيكُم

Bukankah ayat-ayat-Ku telah dibacakan kepadamu sekalian,

Mereka yang kena seksa di akhirat itu akan ditanyakan tentang Qur’an. Sambil mereka kena seksa mereka akan diejek dengan pertanyaan-pertanyaan begini. Ini adalah takzib rohani (azab emosi). Kerana memang mereka dah pernah dengar pun ayat-ayat Qur’an dan wahyu dibacakan kepada mereka.

Begitulah dikatakan ayat-ayat itu ‘dibacakan’ kepada mereka. Maksudnya bukan mereka baca sendiri tapi ada orang yang bacakan. Kalau harap mereka baca sendiri memang tidaklah. Allah tidak zalim.  Semua umat dapat kata Rasul mereka. Dan Allah takkan azab kalau mereka tidak dapat dakwah kepada mereka. Seperti Allah sebut dalam ayat:

{وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولا}

dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul. (Al-Isra: 15)

Maka itulah tugas kita sebagai orang yang kenal Qur’an. Kita dah tahu dah kelebihan dan kepentingan Qur’an ini. Maka bacakanlah dan sampaikanlah kepada kawan dan ahli keluarga kita. Memang mereka tak tanya pun, tapi kita kena cari peluang untuk sampaikan. Carilah ruang dimana kita boleh selit ayat-ayat Qur’an. Kena kreatiflah sedikit.

 

فَكُنتُم بِها تُكَذِّبونَ

tetapi kamu selalu mendustakannya?

Ditanya kepada mereka yang mendapat seksa itu: bukankah kamu dulu tak percaya dengan ayat-ayat wahyu yang disampaikan kepada kamu?

Dikatakan begini kepada mereka kerana mereka nak balik ke dunia. Allah ingatkan balik yang dulu mereka dibacakan dengan ayat-ayat wahyu tapi mereka tak percaya. Mereka kata orang yang bacakan ayat itu berdusta sahaja. Begitu juga sekarang apabila kita bacakan tafsir ayat-ayat Qur’an kepada manusia, ramai yang tidak percaya. Mereka kata kita salah tafsir pula.


 

Ayat 106: Apabila ditanya soalan di atas, mereka akan mengaku.

قالوا رَبَّنا غَلَبَت عَلَينا شِقوَتُنا وَكُنّا قَومًا ضالّينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will say, “Our Lord, our wretchedness overcame us, and we were a people astray.

(MELAYU)

Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat.

 

قالوا رَبَّنا غَلَبَت عَلَينا شِقوَتُنا

Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami,

Mereka mengaku yang memang sifat buruk mereka telah menang. Waktu dibacakan ayat-ayat wahyu itu, memang mereka dengar tapi nafsu mereka telah mengalahkan mereka. Nafsu mereka tak bagi ikut ajaran dalam wahyu-wahyu itu. Mereka mengaku yang mereka terikut-ikut dengan nafsu mereka.

 

وَكُنّا قَومًا ضالّينَ

dan adalah kami orang-orang yang sesat.

Dan kerana ikut hawa nafsu mereka, akhirnya mereka jadi sesat.

Maka kita kena kawal nafsu kita. Kalau ada mana-mana ajaran dari Qur’an yang hendak ditolak, kenang balik, memang ayat itu salah tafsir atau kita sebenarnya nak ikut nafsu kita sahaja?


 

Ayat 107: Sekali lagi disebut ahli neraka minta belas kasihan, minta dikeluarkan dari neraka.

رَبَّنا أَخرِجنا مِنها فَإِن عُدنا فَإِنّا ظٰلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Our Lord, remove us from it, and if we were to return [to evil], we would indeed be wrongdoers.”

(MELAYU)

Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim”.

 

رَبَّنا أَخرِجنا مِنها

Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya

Mereka merayu-rayu lagi dengan Allah. Mengharap sungguh supaya mereka dikeluarkan. Mereka berjanji akan jadi baik, buat amal yang soleh; tak mahu dah buat amal syirik dan amalan buruk.

 

فَإِن عُدنا فَإِنّا ظٰلِمونَ

maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim”.

Mereka minta bagilah peluang untuk mereka memperbaiki amal mereka. Kerana mereka dah nampak dah mana yang benar dan mana yang salah. Dan mereka berhujah lagi: kalaulah mereka diberi peluang dan mereka buat salah lagi, memang benarlah mereka itu benar-benar zalim.


 

Ayat 108: Allah tak mahu layan.

قالَ اخسَئوا فيها وَلا تُكَلِّمونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will say, “Remain despised therein and do not speak to Me.

(MELAYU)

Allah berfirman: “Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku.

 

قالَ اخسَئوا فيها

Allah berfirman: “Tinggallah dengan hina di dalamnya,

Allah tak mahu layan dan halau mereka macam halau binatang hina sahaja. Kalimah اخسَئوا ini digunakan juga apabila menghambat halau anjing. Kena guna bahasa yang keras kerana binatang dengar suara kita tapi tak mereka faham. Dah memang perangai mereka macam binatang juga dulu, maka digunakan bahasa yang sama juga.

Allah suruh mereka diamlah dalam neraka. Duduk senyap-senyap dan jangan meminta apa-apa lagi selepas ini.

 

وَلا تُكَلِّمونِ

dan janganlah kamu berbicara dengan Aku.

Jangan cakap dengan Allah. Allah tak mahu dengar lagi. Dulu mereka tak mahu nak dengar ajaran wahyu, tak mahu nak dengar nasihat ulama dan ajakan para pendakwah. Jadi jangan harap nak dapat peluang didengari oleh Allah. Peluang mereka sudah tiada.


 

Ayat 109: Allah marah mereka kerana mereka lawan orang yang mukmin. Allah ingatkan balik apa yang mereka lakukan semasa di dunia dulu.

إِنَّهُ كانَ فَريقٌ مِّن عِبادي يَقولونَ رَبَّنا آمَنّا فَاغفِر لَنا وَارحَمنا وَأَنتَ خَيرُ الرّٰحِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, there was a party of My servants who said, ‘Our Lord, we have believed, so forgive us and have mercy upon us, and You are the best of the merciful.’

(MELAYU)

Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hamba-Ku berdoa (di dunia): “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.

 

إِنَّهُ كانَ فَريقٌ مِّن عِبادي

Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hamba-Ku

Allah ingatkan mereka dengan segolongan manusia yang benar-benar beriman. Mereka itu benar-benar menjadi hamba Allah – mereka taat kepada suruhan Allah.

 

يَقولونَ رَبَّنا آمَنّا

“Ya Tuhan kami, kami telah beriman,

Mereka mengaku mereka beriman. Mereka bukan sahaja cakap dengan mulut tapi mereka benar-benar tunjukkan keimanan mereka.

Maka Allah puji mereka yang beriman itu. Beginilah yang kena ikut. Kena cakap masa di dunia macam mereka ini.

Mereka menyatakan keimanan mereka kerana ada perkara yang mereka nak minta kepada Allah. Muqaddimah doa mereka adalah dengan pernyataan iman. Maka inilah tawasul dengan iman sendiri dan ini adalah tawasul yang dibenarkan.

 

فَاغفِر لَنا

maka ampunilah kami

Selepas mereka mengaku beriman, mereka berdoa supaya dosa mereka diampunkan. Inilah doa yang amat penting. Kerana kalau dosa kita banyak, lebih banyak dari pahala, maka ini akan menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka untuk mencuci dosanya dahulu.

Maka mereka yang bijak dan berilmu, akan memohon ampun semasa di dunia lagi supaya mereka mati tanpa dosa. Kerana amat malang kalau mati dengan dosa yang banyak.

Sebagai manusia, memang tidak sunyi dari dosa. Tidak kira samada orang itu mukmin atau tidak. Bezanya adalah samada kita minta ampun atau tidak. Ramai yang buat dosa tapi mereka tidak minta ampun dengan Allah. Mereka berterusan dalam dosa mereka. Sudahlah mereka tak ubah perangai mereka, malah mereka langsung tak minta ampun.

 

وَارحَمنا وَأَنتَ خَيرُ الرّٰحِمينَ

dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.

Ini adalah permintaan kedua mereka. Maka molek lah kalau kita dapat amalkan doa ini.

Permintaan kedua adalah minta rahmat dari Allah. Kerana Allah sahaja yang boleh beri rahmat. Jadi kita berharap sangat dengan Allah.

Dan kita nak masuk syurga, bukan? Dan kalau nak masuk syurga memerlukan rahmat Allah. Kerana kita tak dapat masuk syurga tanpa rahmat dari Allah.

Doa ini diakhiri dengan memuji Allah. Kerana memang Allah bersifat rahmah. Allah bersifat Rahman di dunia dimana Allah beri macam-macam nikmat kepada manusia. Dan Allah juga bersifat Raheem di akhirat nanti. Tapi sifat raheem itu hanya kepada orang beriman sahaja. Kita bermohon kepada Allah supaya kita mendapat kesan sifat Rahman dan juga sifat Raheem Allah juga. Dua-dua kita nak.


 

Ayat 110: Semasa di dunia memang ada yang beriman. Tapi bagaimanakah sikap orang-orang ahli neraka itu kepada orang-orang yang beriman itu? Allah ingatkan balik.

فَاتَّخَذتُموهُم سِخرِيًّا حَتّىٰ أَنسَوكُم ذِكري وَكُنتُم مِنهُم تَضحَكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But you took them in mockery to the point that they made you forget My remembrance, and you used to laugh at them.

(MELAYU)

Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga (kesibukan) kamu mengejek mereka, menjadikan kamu lupa mengingat Aku, dan adalah kamu selalu mentertawakan mereka,

 

فَاتَّخَذتُموهُم سِخرِيًّا

Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan,

Allah bercakap kepada ahli neraka. Allah mereka dulu semasa di dunia, mereka hina dan ejek orang-orang yang beriman itu.

Memang begitulah sikap para penentang. Mereka akan gunakan kata-kata kesat dan ejekan sahaja apabila mereka tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan dari wahyu. Mereka kata orang yang amalkan wahyu itu sesat, wahabi dan sebagainya. Mereka bukannya pakai hujah tapi pakai caci makian sahaja. Kita kesian kepada mereka tapi mereka tak kesian pada sisi mereka.

 

حَتّىٰ أَنسَوكُم ذِكري

menjadikan kamu lupa mengingat Aku,

Mereka sibuk nak maki dan ejek orang lain sampaikan mereka jauh dari Qur’an. Mereka lupa siapa sampaikan Qur’an itu kepada manusia.

Mereka tak tengok pun apa yang disampaikan oleh pendakwah dan orang beriman itu. Orang beriman itu sampaikan ajaran dari wahyu, maka patutnya mereka tengoklah apa wahyu itu kata. Tapi mereka yak buat begitu. Mereka nampak lain dengan fahaman mereka, terus mereka tembak sahaja.

Memang tak tolak Qur’an sepenuhnya tapi mereka mempersendakan orang yang sampaikan ajaran Qur’an itu. Maka sebenarnya tanpa mereka sedari, mereka telah tolak Qur’an. Ini amat bahaya.

 

وَكُنتُم مِنهُم تَضحَكونَ

dan adalah kamu selalu mentertawakan mereka,

Ahli neraka itu mentertawakan para pendakwah yang mukmin itu. Mereka ejek-ejek macam-macam perkara. Mereka gunakan macam-macam gelaran untuk golongan sunnah.

Yakni menertawakan perbuatan mereka dan ibadah mereka, seperti yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat yang lain:

{إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ * وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ}

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka dahulu menertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman itu lewat di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya (di antara sesama mereka). (Al-Muthaffifin: 29-30)

Maka kerana itu mereka tak perlu buka mulutlah untuk minta macam-macam. Tak perlulah nak minta kembali ke dunia. Tak perlulah sekarang baru nak mengaku salah.


 

Ayat 111: Balasan kepada penentang adalah neraka. Tapi bagaimana balasan kepada mereka yang beriman itu? Tabshir Ukhrawi.

إِنّي جَزَيتُهُمُ اليَومَ بِما صَبَروا أَنَّهُم هُمُ الفائِزونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I have rewarded them this Day for their patient endurance – that they are the attainers [of success].”

(MELAYU)

Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang”.

 

إِنّي جَزَيتُهُمُ اليَومَ بِما صَبَروا

Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka; 

Allah balas mereka kerana kesabaran mereka. Sabar kerana ditertawakan, sabar diejek. Mereka terima sahaja dan tidak balas dengan kata-kata kesat kepada para penentang. Kerana itu mereka dibalas dengan balasan yang berganda-ganda.

 

أَنَّهُم هُمُ الفائِزونَ

sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”.

Merekalah yang selamat. Kalimah الفائِزونَ bermaksud mereka selamat dari bahaya. Maksudnya mereka selamat dari masuk dalam neraka dan itulah kejayaan yang amat besar sekali.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 023: Mukminoon. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s