Tafsir Surah Mukminoon Ayat 90 – 97 (Cara berdakwah)

Ayat 90: Ayat zajrun.

بَل أَتَينٰهُم بِالحَقِّ وَإِنَّهُم لَكٰذِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rather, We have brought them the truth, and indeed they are liars.

(MELAYU)

Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

 

بَل أَتَينٰهُم بِالحَقِّ

Sebenarnya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka,

Maka mereka telah mengaku yang mereka kenal Allah dan mereka sangka itu sudah cukup sedangkan tidak. Kerana apabila telah kenal Allah, maka hendaklah tahu apa yang Allah kehendaki kita lakukan. Dan Allah telah beritahu kepada manusia apakah kehendakNya di wahyu-wahyu yang disampaikanNya. Tetapi ramai daripada manusia yang mendustakan wahyu itu.

 

وَإِنَّهُم لَكٰذِبونَ

dan sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

Mereka berdusta sahaja apabila mereka mengatakan mereka percaya kepada Allah kerana hati mereka tidak menerimanya dengan sempurna. Kerana tanda percaya sepenuhnya dengan Allah adalah dengan taat kepada wahyu yang Allah berikan tetapi mereka itu tidak taat.

Mereka menentang dengan menggunakan hujah-hujah batil sahaja. Sebagaimana yang disebutkan dalam akhir surat ini melalui firman-Nya di hujung-hujung surah ini nanti:

{وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ}

Dan barang siapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. (Al Mu’minun: 117)

Orang-orang musyrik melakukan hal tersebut tanpa suatu dalil pun yang mendorong mereka melakukan kebohongan dan kesesatannya. Sesungguhnya mereka melakukan hal tersebut hanyalah semata-mata mengikuti jejak nenek moyang mereka dan para pendahulu yang tidak punya pegangan lagi bodoh, seperti yang disebutkan oleh firman-Nya:

{إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ}

Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka. (Az-Zukhruf: 23)


 

Ayat 91: Ayat untuk menafikan ‘naib’. Naib adalah perantara antara Allah dan manusia. Manusia sesat menggunakan ‘naib’ atau wasilah untuk menyampaikan doa mereka kepada Allah. Ini dinamakan tawasul. Allah menolak amalan sesat ini.

مَا اتَّخَذَ اللهُ مِن وَلَدٍ وَما كانَ مَعَهُ مِن إِلٰهٍ ۚ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلٰهٍ بِما خَلَقَ وَلَعَلا بَعضُهُم عَلىٰ بَعضٍ ۚ سُبحٰنَ اللهِ عَمّا يَصِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has not taken any son, nor has there ever been with Him any deity. [If there had been], then each deity would have taken what it created, and some of them would have sought to overcome others. Exalted is Allāh above what they describe [concerning Him].

(MELAYU)

Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada ilah (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,

 

مَا اتَّخَذَ اللهُ مِن وَلَدٍ

Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, 

Oleh kerana musyrik Mekah dan mereka yang akidahnya sama dengan mereka, tidak berpegang dengan wahyu, maka konsep ketuhanan yang ada pada mereka itu adalah konsep yang salah; diantaranya mereka mengatakan Allah ada anak sedangkan itu tidak benar.

Yang mereka maksudkan bukan anak sebenar tapi ‘anak angkat’. Anak angkat itu mereka angkat sebagai wakil untuk menyampaikan doa kepada Allah. Padahal Allah tidak pernah suruh pun tapi mereka sahaja.

Maka mereka mengatakan yang Allah ada wakil untuk menyampaikan doa kepadaNya. Inilah sebab terjadinya kekafiran pada manusia. Apabila mereka menjadi ‘anak angkat’, naib atau wakil kepada Allah, lama kelamaan mereka akan sembah wakil itu.

Malangnya inilah juga fahaman Muslim yang jauh dari wahyu. Ramai dari kalangan masyarakat Muslim kita sendiri menjadikan Nabi, wali dan malaikat sebagai wasilah kepada Allah.

 

وَما كانَ مَعَهُ مِن إِلٰهٍ

dan sekali-kali tidak ada ilah (yang lain) beserta-Nya,

Musyrikin Mekah juga mengatakan ada ilah-ilah lain selain Allah dan ini juga adalah salah. Ini adalah syirik. Kerana pada musyrikin Mekah, Allah memang ilah yang besar, tapi ada ilah-ilah kecil selain Allah. Dan mereka sembah dan buat ibadat kepada ilah-ilah itu. Maka kerana itu apabila Nabi Muhammad bangkit dengan mengajar kalimah tauhid la ilaaha illallah, maka mereka lawan baginda dan kata baginda yang sesat.

Maka Allah memberi satu logik kepada mereka yang jikalau ada ilah lain selain Allah, tentulah akan porak peranda alam ini kerana masing-masing ilah itu ada kehendak mereka.

 

إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلٰهٍ بِما خَلَقَ

kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya,

Kalau satu ilah itu, mestilah dia boleh mencipta, bukan? Kerana tentulah kalau layak menjadi ilah maka mereka boleh mencipta makhluk masing-masing. Kalau tak boleh mencipta, buat apa jadi ilah?

Dan kalau mereka yang dianggap sebagai ilah itu telah cipta sesuatu, maka mungkin ilah-ilah itu akan berkelahi sesama mereka dan ada ilah-ilah itu yang mahu pergi dengan bawa benda-benda yang mereka ciptakan; sebagai contoh, mungkin ada tuhan yang buat gunung maka dia hendak pergi dengan bawa gunung itu. Maka nanti tidak adalah gunung pula, bukan? Tapi kita lihat alam ini sempurna elok sahaja, bukan? Maknanya, memang tidak ada tuhan yang lain selain Allah. Seperti Allah sebut dalam ayat yang lain:

{مَا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِنْ تَفَاوُتٍ}

Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. (Al-Mulk: 3)

 

وَلَعَلا بَعضُهُم عَلىٰ بَعضٍ

dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. 

Dan bukan ilah-ilah itu akan bawa ciptaan mereka, malah mereka mungkin akan berkelahi sesama mereka. Kerana kalau memang ada ilah-ilah yang banyak, tentulah ilah-ilah itu akan berlainan pendapat dan mungkin berperang sesama mereka untuk menjadi ilah yang paling besar. Ini pun tidak patut dan tidak terjadi pun kerana memang tidak ada ilah-ilah lain pun.

Beginilah yang kita dapat lihat di dalam filem-filem yang menceritakan tentang agama-agama lain yang mempunyai banyak tuhan; di mana tuhan-tuhan mereka itu akan berperang sesama mereka dan menyebabkan kerosakan di muka bumi. Kerana kalau seorang ilah, tentu tidak boleh kalah dengan ilah yang lain; maka tentulah mereka akan berperang dan berlawanan antara satu sama lain.

Maka kalau kita lihat dunia ini sekarang ini tidak ada hancur, maka itu menunjukkan bahawa tidak ada ilah selain Allah. Hanya Allah sahaja yang ilah. Yang lain, bukan ilah.

 

سُبحٰنَ اللهِ عَمّا يَصِفونَ

Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu,

Allah Maha Suci dari apa-apa sahaja sifat yang direka oleh orang-orang itu. ‘Suci’ itu bermaksud Allah tidak begitu, tidak seperti yang mereka sebutkan itu. Mereka itu hanya reka sahaja sifat Allah dan sifat-sifat ilah-ilah yang lain itu. Semua itu adalah dari bisikan syaitan sahaja.


 

Ayat 92: Kalau Allah bukan seperti yang dikatakan oleh mereka yang sesat itu, maka apakah sifat Allah sebenarnya?

عٰلِمِ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ فَتَعٰلىٰ عَمّا يُشرِكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[He is] Knower of the unseen and the witnessed, so high is He above what they associate [with Him].

(MELAYU)

Yang mengetahui semua yang ghaib dan semua yang nyata, maka Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka persekutukan.

 

عٰلِمِ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ

Yang mengetahui semua yang ghaib dan semua yang nyata,

Kenapa Allah memberitahu di dalam ayat ini yang Dia sahaja yang tahu ilmu-ilmu ghaib? Kerana sebelum ini telah diberitahu tentang andaian-andaian manusia tentang hal ghaib seperti Allah ada anak, Allah ada ilah-ilah lain dan sebagainya. Itu semua adalah hal-hal ghaib yang mereka tidak ada dalil pun tentangnya; melainkan yang dilakukan oleh akal-akal mereka sahaja (dan dipandu oleh syaitan).

Allah tahu yang ghaib, maka tentulah Allah tahu juga yang nyata. Tidak ada yang tersembunyi dari Allah. Maka Allah menempelak mereka dengan mengatakan yang mereka itu tidak tahu tentang hal ghaib itu kerana Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib itu. Kalau tidak ada dalil, maka jangan pandai-pandai nak reka dan buat andaian.

Maka ini juga menjadi dalil bagi kita yang hanya Allah sahaja yang tahu perkara ghaib. Para Nabi dan malaikat pun tidak tahu perkara ghaib. Malangnya, orang yang jauh dari  wahyu dari kalangan masyarakat kita, sampai kata guru mereka tahu perkara ghaib, tahu apa terjadi di Arash, tahu apa terjadi di tempat lain, tahu apa yang ada dalam hati manusia; dan macam-macam lagi. Selalu yang buat begini adalah golongan tarekat dan sufi kerana mereka memang tak kenal wahyu.

 

فَتَعٰلىٰ عَمّا يُشرِكونَ

maka Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka persekutukan.

Allah lebih tinggi lagi dari sangkaan-sangkaan mereka itu. Mereka nak kata Allah perlukan anak? Perlukan wakil? Perlukan itu dan ini? Ini tidak patut mereka katakan… Bila mereka kata begitu, mereka sebenarnya mensyirikkan Allah. Ingatlah yang Allah tidak begitu dan tidak memerlukan semua itu.


 

Ayat 93: Ayat takhwif duniawi

قُل رَّبِّ إِمّا تُرِيَنّي ما يوعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, [O Muḥammad], “My Lord, if You should show me that which they are promised,

(MELAYU)

Katakanlah: “Ya Tuhanku, jika Engkau sungguh-sungguh hendak memperlihatkan kepadaku azab yang diancamkan kepada mereka,

 

Kalau mereka berterusan berfikiran begitu, maka mereka akan mendapat azab. Allah telah ancam azab kepada mereka tapi mereka buat tidak tahu sahaja. Mereka tidak percaya dengan azab yang dijanjikan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah.

Maka kerana mereka memang telah menentang, maka mereka akan menerima azab itu. Mungkin Nabi Muhammad dapat lihat sendiri azab yang akan dikenakan kepada mereka.

Dan memang Nabi Muhammad telah ditunjukkan dengan sedikit dari azab-azab yang dijanjikan kepada manusia yang engkar; iaitu semasa perjalanan Mikraj baginda di mana baginda ditunjukkan dengan neraka dan segala azab-azab yang dikenakan di dalamnya.


 

Ayat 94: Maka apabila Nabi dah ligat sendiri azab azab itu, maka baginda berdoa:

رَبِّ فَلا تَجعَلني فِي القَومِ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My Lord, then do not place me among the wrongdoing people.”

(MELAYU)

ya Tuhanku, maka janganlah Engkau jadikan aku berada di antara orang-orang yang zalim”.

 

Allah memberitahu yang jikalau para rasul ditunjukkan dengan azab yang dikenakan kepada penderhaka maka inilah doa kepada Rasul itu yang memohon kepada Allah supaya mereka diselamatkan dari termasuk ke dalam golongan orang-orang yang zalim. Kerana mereka dah tahu dah azab yang akan dikenakan itu amat teruk sekali. Maka mereka mohon berlindung dari dikenakan dengan azab-azab itu.

Nabi juga tidak sanggup nak melihat azab yang dikenakan kepada manusia yang menentang baginda. Ini seperti yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Turmuzi yang menilainya sahih, iaitu:

“وَإِذَا أَرَدْتَ بِقَوْمٍ فِتْنَةً فَتَوَفَّنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ”

Dan apabila Engkau hendak menimpakan fitnah kepada suatu kaum, maka wafatkanlah aku menghadap kepada-Mu dalam keadaan tidak terfitnah.


 

Ayat 95: Allah jawab yang Dia tetap boleh nak tunjukkan azab itu kepada baginda.

وَإِنّا عَلىٰ أَن نُّرِيَكَ ما نَعِدُهُم لَقٰدِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, We are Able to show you what We have promised them.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka.

 

Dan Allah memberitahu kepada Nabi bahawa Dia boleh dan berkuasa untuk menunjukkan azab-azab yang dijanjikan kepada orang-orang yang zalim itu.


 

Ayat 96: Allah ajar cara berdakwah kepada puak penentang. Iaitu cara interaksi dengan mereka. Allah Swt. memberikan petunjuk kepada Nabi Saw. tentang cara yang paling efektif dan metode yang sukses dalam ber­masyarakat, iaitu berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk terhadap dirinya agar hati mereka terpikat dan simpati, sehingga permusuhannya berganti menjadi persahabatan, dan kemarahannya berganti menjadi simpati. Untuk itu Allah Swt. berfirman:

ادفَع بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ السَّيِّئَةَ ۚ نَحنُ أَعلَمُ بِما يَصِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Repel, by [means of] what is best, [their] evil. We are most knowing of what they describe.

(MELAYU)

Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.

 

ادفَع بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ السَّيِّئَةَ

Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik.

Dan apabila ada orang yang datang berhujah dengan menggunakan hujah-hujah batil menentang agama Islam, maka Allah suruh kepada para nabi dan kita juga untuk menolak kata-kata mereka itu dengan cara yang baik dan bukan mengikut cara kurang ajar seperti mereka.

Memang manusia yang menentang itu akan kurang ajar dan menggunakan bahasa yang kesat. Ini adalah kerana mereka tidak ada hujah. Lihatlah bagaimana orang kita yang jauh dari wahyu itu bahasanya kesat, bodoh dan tak masuk akal. Mereka hanya tahu nak tuduh dan kutuk sahaja. Antaranya mereka akan guna gelaran ‘wahhabi’ dan lain-lain lagi. Hujah tidak ada, tapi kutukan sahaja.

Maka kita jangan jadi bodoh dan rendah akhlak seperti mereka. Mereka memang begitu kerana mereka tidak ada hujah. Tapi kita ada hujah, maka tak perlulah nak jadi macam mereka pula. Biarlah mereka meroyan tapi kita layan dengan baik. Orang luar akan nampak mana yang benar dan mana yang buruk.

Jangan kita putuskan hubungan dengan mereka dengan menggunakan kata-kata kesat. Perumpamaannya: Ular mesti mati tapi tongkat jangan patah. Maksiat mesti hilang tapi hati jangan pecah.

Maksudnya janganlah kita dalam berdakwah itu bercakap kepada manusia sampai boleh menyebabkan mereka sakit hati. Kadang-kadang memang mereka yang didakwah itu sakit hati kerana tidak bersetuju dengan kita tetapi janganlah sakit hati mereka itu kerana kata-kata kita yang huduh dan juga dengan tindak tanduk kita yang tidak berakhlak. Kita golongan sunnah kena sabar. Kita ada wahyu di pihak kita.

Dan kalau kita berbalas dengan baik kepada mereka yang menentang, mereka pun ada kemungkinan akan berubah sikap. Hal ini sama dengan apa yang diungkapkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ. وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ}

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar. (Fushshilat: 34-35), hingga akhir ayat.

Tapi memang bukan senang nak buat. Maka Allah ajar cara rawat dalam ayat seterusnya.

 

نَحنُ أَعلَمُ بِما يَصِفونَ

Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.

Allah maha tahu apa yang mereka katakan. Kita mengadu sahaja kepada Allah kalau kita disakiti.


 

Ayat 97: Allah ajar bagaimana nak buat kalau mereka buat tidak baik kepada kita; kalau mereka bercakap kasar dan sebagainya. Inilah doa yang Allah ajar.

وَقُل رَّبِّ أَعوذُ بِكَ مِن هَمَزٰتِ الشَّيٰطينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And say, “My Lord, I seek refuge in You from the incitements of the devils,

(MELAYU)

Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.

 

Allah ajar kita untuk minta perlindungan dari bisikan syaitan yang menyebabkan kita marah tidak bertempat. Jangan kita marah tak tentu pasal. Bukan tidak boleh nak marah, tapi kalau nak marah kena ikut tempat. Kerana marah memang boleh.

Orang yang kesat kepada kita telah dibisik oleh syaitan. Mereka ikut bisikan syaitan sebenarnya. Dan syaitan juga akan bisikkan kepada kita untuk balas dengan buruk seperti mereka juga. Kalau kita termakan dengan bisikan syaitan itu, tentu kita pun nak maki juga mereka, bukan? Tapi Allah tak benarkan. Maka baginda pun ada sedih juga apabila mendengar kata-kata kaumnya itu. Ini biasa kerana baginda juga manusia.

Para nabi dipelihara daripada dipengaruhi oleh syaitan dan bisikannya. Akan tetapi ada beza jikalau dikatakan para rasul itu boleh terganggu dengan bisikan-bisikan syaitan itu. Sebagai contoh, katakanlah kita sedang solat dan ada orang di sebelah kita yang buat bunyi yang pelik-pelik, maka tentulah kita pun terganggu juga bukan? Jadi gangguan itu mungkin terasa, tapi tidaklah teruk sangat.

Dan kerana itu Allah mengajar kepada Nabi untuk berdoa bagaimana untuk mempertahankan diri mereka. Dan walaupun mereka terpelihara daripada bisikan syaitan itu, Allah tetap mengajar mereka untuk berdoa dan mereka terselamat daripada bisikan syaitan itu kerana mendapat perlindungan dari Allah juga. Maka kita pun kena amalkan doa macam ini juga.

Rasulullah Saw. sering mengucapkan doa berikut ini:

“أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، مِنْ هَمْزه ونَفْخه ونَفْثه”

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari setan yang terkutuk, yaitu dari godaan, bisikan, dan tiupannya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 023: Mukminoon. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s