Tafsir Surah Mukminoon Ayat 68 – 74 (Ikut nafsu binasa)

Ayat 68: Ayat zajrun. Kalau nak tolak sesuatu pun kenalah fikirkan dahulu dan dengarlah apa yang disampaikan dahulu. Kalau sesuatu itu munasabah dan boleh diterima oleh akal, takkan kita hendak terus tolak begitu sahaja? Tambahan pula Qur’an ini disampaikan oleh Rasulullah yang mereka pun kenal yang baginda itu tidak pernah menipu.

أَفَلَم يَدَّبَّرُوا القَولَ أَم جاءَهُم مّا لَم يَأتِ آباءَهُمُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then have they not reflected over the word [i.e., the Qur’ān], or has there come to them that which had not come to their forefathers?

(MELAYU)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami), atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?

 

أَفَلَم يَدَّبَّرُوا القَولَ

Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan (Kami),

Tidakkah mereka memikirkan tentang kalimah-kalimah di dalam Qur’an itu yang diberikan kepada mereka dalam bentuk القَولَ percakapan? Ini kerana Qur’an itu bukannya asal diturunkan dalam bentuk kitab tapi disampaikan melalui lisan. Dan kalau kita baca Qur’an pun, Ianya indah dalam bentuk percakapan.

Kalaulah mereka hendak tolak Qur’an itu pun sekurang-kurangnya gunakanlah akal dan hati mereka dahulu untuk memikirkan apakah yang disampaikan oleh Qur’an itu.

 

أَم جاءَهُم مّا لَم يَأتِ آباءَهُمُ الأَوَّلينَ

atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?

Atau adakah mereka tolak Qur’an itu hanya kerana ia tidak pernah diberikan kepada bapa bapa dan tok nenek mereka, sampaikan mereka rasa ianya salah? Adakah benda baru sahaja mereka terus nak tolak? Ini macam orang kita juga, bila kita sampaikan ajaran tauhid dan sunnah kepada mereka, mereka jawap: “Eh tok nenek kita tak cakap pun macam kau cakap ni…”

Tetapi sebenarnya apa yang disampaikan oleh Qur’an ini bukanlah perkara baru kerana ianya telah ada di dalam ajaran rasul-rasul yang terdahulu seperti Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail. Dan mereka juga kenal dan pernah dengar tentang kitab Taurat dan Kitab Injil.

Dan apa yang kita sampaikan kepada masyarakat sekarang pun bukannya benda baru – memang ada dalam Qur’an dan hadis pun. Tapi kerana mereka tak pernah dengar kerana tidak pernah diajar kepada mereka, benda dalam Qur’an pun mereka kata ianya ajaran baru.


 

Ayat 69: Allah tegur lagi mereka yang menolak ajaran tauhid ini.

أَم لَم يَعرِفوا رَسولَهُم فَهُم لَهُ مُنكِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or did they not know their Messenger, so they are toward him disacknowledging?

(MELAYU)

Ataukah mereka tidak mengenal rasul mereka, kerana itu mereka memungkirinya?

 

أَم لَم يَعرِفوا رَسولَهُم

Ataukah mereka tidak mengenal rasul mereka,

Adakah mereka tidak kenal Nabi Muhammad itu yang mereka membesar dengannya dan mereka kenal sifat-sifat baginda yang baik itu?

 

فَهُم لَهُ مُنكِرونَ

kerana itu mereka memungkirinya?

Adakah patut orang sebaik itu mereka tolak? Mereka kenal Nabi Muhammad itu seorang yang baik dan tidak pernah menipu tetapi apabila datang kepada mereka ayat-ayat Qur’an disampaikan oleh Nabi itu mereka sanggup menolaknya dari baginda seolah-olah baginda itu seorang penipu?

Padahal dulu mereka beri gelaran al-Amin (yang dipercayai) kepada Nabi Muhammad. Maka baginda adalah seorang tokoh Mekah di mana orang tua-tua pun hormat kepada baginda kerana baginda tidak pernah menipu. Dan mereka pun tahu bahawa Nabi Muhammad itu tidak pernah ada salah pada diri baginda. Orang macam inikah yang mereka tolak begitu sahaja? Memang tidak patut.


 

Ayat 70: Ayat syikayah.

أَم يَقولونَ بِهِ جِنَّةٌ ۚ بَل جاءَهُم بِالحَقِّ وَأَكثَرُهُم لِلحَقِّ كٰرِهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do they say, “In him is madness”? Rather, he brought them the truth, but most of them, to the truth, are averse.

(MELAYU)

Atau (apakah patut) mereka berkata: “Padanya (Muhammad) ada penyakit gila”. Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu.

 

أَم يَقولونَ بِهِ جِنَّةٌ

Atau (apakah patut) mereka berkata: “Padanya (Muhammad) ada penyakit gila”.

Dan alangkah teruknya mereka apabila mereka menuduh yang Nabi Muhammad itu disampuk oleh jin. Oleh itu mereka kata Nabi Muhammad itu telah kena penyakit gila kerana cakap tentang tauhid. Mereka tak bileh terima jadi terus tuduh sebegitu.

 

بَل جاءَهُم بِالحَقِّ

Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka,

Itu tidak benar sama sekali. Tidak patut sekali mereka menolak baginda sedangkan apa yang dibawa oleh baginda itu adalah kebenaran daripada Allah.

 

وَأَكثَرُهُم لِلحَقِّ كٰرِهونَ

dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu.

Mereka itu memang orang-orang yang tidak suka kepada kebenaran dan benci kepada kebenaran. Kadang-kadang kebenaran itu telah jelas dalam diri mereka tetapi mereka sanggup menolaknya kerana mereka tidak sanggup mengubah cara hidup mereka yang mereka telah biasa dengannya.

Atau mereka tolak kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka dalam masyarakat. Atau ia rasa akan menyebabkan mereka rugi.


 

Ayat 71:

وَلَوِ اتَّبَعَ الحَقُّ أَهواءَهُم لَفَسَدَتِ السَّمٰوٰتُ وَالأَرضُ وَمَن فيهِنَّ ۚ بَل أَتَينٰهُم بِذِكرِهِم فَهُم عَن ذِكرِهِم مُّعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if the Truth [i.e., Allāh] had followed their inclinations, the heavens and the earth and whoever is in them would have been ruined. Rather, We have brought them their message,¹ but they, from their message, are turning away.

  • Or “reminder.”

(MELAYU)

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka peringatan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.

 

وَلَوِ اتَّبَعَ الحَقُّ أَهواءَهُم

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka,

Manusia ramai yang nak ikut apa yang mereka rasa baik. Mereka bukannnya nak ikut agama. Mereka buat apa yang hati mereka kata ok sahaja. Macam ada pakar psikologis kata ikut apa hati mereka kata. Mereka kata yang penting adalah buat apa sahaja keinginan hati itu.

Ini adalah salah kerana itu adalah hawa nafsu. Keinginan manusia berbagai-bagai dan ada yang boleh menyebabkan kehancuran dunia ini. Maka hawa nafsu itu tidak boleh diikuti kehendaknya kalau ia bertentangan dengan wahyu. Maka kenalah tahu apakah kehendak wahyu itu dulu.

 

لَفَسَدَتِ السَّمٰوٰتُ وَالأَرضُ وَمَن فيهِنَّ

pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. 

Maka kalaulah nak ikut hawa nafsu, maka akan rosaklah dunia ini. Hawa nafsu bukannya boleh dijadikan sebagai sandaran.

 

بَل أَتَينٰهُم بِذِكرِهِم

Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka peringatan

Janganlah begitu. Allah tekankan yang apa yang disampaikan dalam wahyu ini adalah peringatan yang baik. Maka kalau baik, kenalah ikut.

 

فَهُم عَن ذِكرِهِم مُّعرِضونَ

mereka tetapi mereka berpaling dari peringatan itu.

Tapi apa yang diberi kepada mereka itu mereka tidak terima. Padahal pengajaran dari Qur’an itu sesuai buat mereka.

Kalimah ذِكرِهِم juga boleh ditafsirkan sebagai ‘kebanggaan mereka’ iaitu sesuatu yang dapat meninggikan dan memuliakan nama mereka. Kerana kalau mereka terima ajaran itu, maka akan terkenallah mereka dan dikenang sebagai orang yang mula-mula menerima wahyu. Sebagaimana nama-nama para sahabat dikenang sampai sekarang dengan harumnya. Tapi kerana mereka tolak, maka mereka dikenang sampai bila-bila sebagai ‘musyrikin Mekah’ dan dikutuk sampai bila-bila.


 

Ayat 72: Ayat zajrun.

أَم تَسئلُهُم خَرجًا فَخَراجُ رَبِّكَ خَيرٌ ۖ وَهُوَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do you, [O Muḥammad], ask them for payment? But the reward of your Lord is best, and He is the best of providers.

(MELAYU)

Atau kamu meminta upah kepada mereka?”, maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah Pemberi rezeki Yang Paling Baik.

 

أَم تَسئلُهُم خَرجًا

Atau kamu meminta upah kepada mereka?”,

Kalimah خَرجًا dari katadasar خ ر ج yang bermaksud ‘keluar’. Digunakan untuk ‘upah’ juga kerana upah itu dikeluarkan untuk buat bayaran.

Allah tanya Rasulullah, ada baginda minta upahkah dari mereka? Adakah baginda nak jadi kaya atas ajaran agama ini?

Tentu tidak. Baginda bagi ajaran itu percuma sahaja. Maka begitulah apabila kita mengajar, kita tidak boleh minta upah. Yang mengajar kena bagi ajaran percuma kerana kalau kena bayar upah, maka bagaimana orang miskin nak belajar?

Maka banyak sekali ayat-ayat dalam Qur’an yang memberi isyarat bahawa tidak boleh minta upah dalam dakwah dan mengajar agama. Seperti contohnya:

{قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى}

Katakanlah, “Aku tidak meminta kepada kalian suatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.” (Asy-Syura: 23)

Dan firman Allah Swt.:

{وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ}

Dan datanglah dari hujung kota seorang laki-laki (Habib An-Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata, “Hai kaumku, ikuti­lah utusan-utusan itu, ikutilah orang yang tiada minta balasan kepada kalian.” (Yasin: 20-21)

 

فَخَراجُ رَبِّكَ خَيرٌ

maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, 

Kita pun tahu yang Nabi Muhammad tidak pernah minta upah. Maka apakah yang Allah ‘tegur’ baginda dalam ayat ini?

Yang baginda selalu harapkan adalah supaya golongan pemuka masyarakat baginda dapat masuk ke dalam agama Islam. Kerana baginda rasa, kalau mereka dah masuk, maka akan ramailah lagi yang akan masuk Islam. Ini kerana masyarakat selalunya akan ikut perbuatan pemimpin mereka. Maka kerana itulah baginda selalu berharap dan berdoa mereka masuk Islam. Dan baginda ada tumpukan dakwah kepada mereka.

Jadi allah beritahu kepada baginda, jangan berharap orang-orang kaya akan masuk ke dalam Islam kerana sangka yang kalau mereka masuk, maka akan lebih mudah Islam ini hendak dikembangkan. Bukan tidak boleh dakwah kepada mereka, tapi jangan berharap sangat sampai nampak terkinja-kinja berharap kepada mereka. Ini ada disentuh di dalam Surah Abasa juga.

 

وَهُوَ خَيرُ الرّٰزِقينَ

dan Dia adalah Pemberi rezeki Yang Paling Baik.

Allah lah yang tahu siapakah yang patut dapat pengajaran agama ini. Rezeki itu bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk hidayah juga. Allah tahu siapakah yang layak dapat hidayah. Mungkin Rasulullah ada sangkaan siapakah yang bagus kalau dapat hidayah itu, tapi Allah kata, serahkan sahaja kepadaNya.


 

Ayat 73:

وَإِنَّكَ لَتَدعوهُم إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, you invite them to a straight path.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya kamu benar-benar menyeru mereka kepada jalan yang lurus.

 

Kamu tidak ada apa-apa lagi yang dikehendaki dari mereka seperti upah dan sebagainya melainkan hanya untuk menyampaikan ajaran ke jalan yang lurus.

Walaupun ramai yang tidak terima dakwah daripada Nabi tetapi Allah ingatkan kepada baginda bahawa baginda sebenarnya mengajar kepada kebenaran. Maka janganlah baginda risau.

Ini kerana apabila baginda ditolak dengan teruk sekali, maka risaulah hati baginda. Bahinda takut kalau ada kesilapan baginda dalam berdakwah. Maka Allah tenangkan hati baginda: jangan risau, kamu memang sudah mengajak mereka ke jalan yang lurus. Teruskan sahaja dakwah kamu. Tentang siapa masuk dan siap tidak, maka serahkan kepada Allah.


 

Ayat 74:

وَإِنَّ الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِالآخِرَةِ عَنِ الصِّرٰطِ لَنٰكِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But indeed, those who do not believe in the Hereafter are deviating from the path.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat benar-benar menyimpang dari jalan (yang lurus).

 

وَإِنَّ الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِالآخِرَةِ

Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat

Walaupun telah disampaikan ajaran wahyu yang benar, tapi memang akan ada sahaja yang menolak untuk menerimanya. Mereka yang menolak itu kerana tidak beriman dengan hari akhirat. Mereka tak takut bawa ajaran dan amalan yang salah ke akhirat nanti. Mereka sangka mereka dah selamat. Ini adalah kerana mereka tak tahu tentang akhirat dengan sebenarnya. Mereka sangka mereka dapat melepaskan diri.

عَنِ الصِّرٰطِ لَنٰكِبونَ

benar-benar menyimpang dari jalan (yang lurus).

Kalimah لَنٰكِبونَ dari kalimah ن ك ب yang bermaksud merendahkan kepala dan berlalu pergi.  Ini juga kadangkala terjadi kepada kita. Apabila kita mengajak  berbincang tentang hari akhirat, ada yang tak mahu dengar dan akan tukar topik kepada benda yang lain. Ini kerana mereka tidak memikirkan tentang akhirat dan mereka tidak mementingkan persediaan kepada akhirat itu dan kerana itu mereka malas dan tidak suka mendengar.

Mereka nak hati senang sahaja. Pada mereka, buat apa nak fikirkan tentang akhirat, kan jauh lagi? Mereka tak mahu serabut kepala mereka. Maka mereka terus dilambung oleh keduniaan.  Mereka rasa macam lama sahaja mereka akan hidup lagi. Padahal mereka tak tahu, kematian itu boleh terjadi bila-bila masa sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 023: Mukminoon. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Mukminoon Ayat 68 – 74 (Ikut nafsu binasa)

  1. Pingback: Tafsir Surah Mukminoon Ayat 68 – 74 (Ikut nafsu binasa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s