Tafsir Surah Mukminoon Ayat 24 – 27 (Pembinaan bahtera)

Ayat 24: Setelah Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya, lihatlah apakah balasan dari kaumnya itu:

فَقالَ المَلَأُ الَّذينَ كَفَروا مِن قَومِهِ ما هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم يُريدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيكُم وَلَو شاءَ اللهُ لَأَنزَلَ مَلٰئِكَةً مّا سَمِعنا بِهٰذا في آبائِنَا الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But the eminent among those who disbelieved from his people said, “This is not but a man like yourselves who wishes to take precedence over you; and if Allāh had willed [to send a messenger], He would have sent down angels. We have not heard of this among our forefathers.

(MELAYU)

Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya menjawab: “Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu.

 

فَقالَ المَلَأُ الَّذينَ كَفَروا مِن قَومِهِ

Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya menjawab:

Mala’ asalnya bermaksud ‘memenuhi’. Digunakan untuk pemuka-pemuka kaum kerana mereka memenuhi majlis raja. Selalu ada tempat perkumpulan mereka, bukan? Maka dialog ini terjadi di tempat perhimpunan pemimpin masyarakat itu.

Ini jenis pemimpin yang kufur. Kerana ada sahaja yang tidak kufur. Mereka menentang apa yang disampaikan oleh Nabi Nuh itu.

 

ما هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم

“Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, 

Sekarang mereka mengeluarkan pendapat dan hujah mereka. Mereka kata tak payah nak ikut Nabi Nuh kerana Nabi Nuh itu  manusia biasa sahaja. Macam mana dia boleh mengaku terima wahyu sedangkan kamu tidak terima pula?

 

يُريدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيكُم

yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. 

Mereka tuduh Nabi nak lebihkan dirinya atas mereka semua sahaja. Iaitu dengan kata dia betul dan mereka sesat. Dia nak lebihkan dirinya atas umat masyarakat. Seolah-olah Nabi Nuh lebih baik dari mereka.

 

وَلَو شاءَ اللهُ لَأَنزَلَ مَلٰئِكَةً

Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus malaikat.

Mereka kata, takkan nak ikut cakap manusia pula. Kalau Allah nak sampaikan apa-apa, patutnya Allah akan turunkan malaikat.

Inilah juga hujah yang digunakan oleh Musyrikin Mekah. Mereka kata Nabi Muhammad itu manusia sahaja dan kenapa Allah tak turunkan malaikat sahaja? Maka Allah hendak memujuk hati Nabi Muhammad – bukan umat baginda sahaja yang tuduh dan berhujah begitu, tapi seawal-awal umat Nabi Nuh lagi. Kerana umat Nabi Nuh ini adalah umat yang awal. Maknanya dari awal sejarah manusia dah digunakan hujah begitu.

 

مّا سَمِعنا بِهٰذا في آبائِنَا الأَوَّلينَ

Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu.

Hujah mereka yang seterusnya adalah dengan mengatakan yang Nabi Nuh ini buat benda bidaah (benda baru). Kerana mereka dulu tidak ada pun diberitahu oleh tok nenek mereka ajaran yang sebegitu.

Maka ini membuka pemahaman kepada kita: memang manusia dari dulu lagi akan bandingkan dengan ajaran tok nenek. Mereka cuma pakai sahaja ajaran tok nenek samada benar atau tidak. Kerana itulah banyak ajaran pelik-pelik di negara kita. Bila ditanya daripada mana datangnya, mereka akan jawap sudah lama diamalkan.

Dan kalau kita bawa pula ajaran sunnah, yang mereka tidak tahu (kerana tak belajar), maka mereka akan pelik pula dan mereka kata kita pula yang bawa ajaran baru. Sebagai contoh, ada orang hairan dengan cara takbir setakat bahu sahaja. Mereka kata itu cara takbir wahabi. Padahal ianya ada dalam kitab-kitab hadis. Tapi kerana mereka tidak belajar hadis, mereka kata ianya ajaran salah pula. Kalau rakyat awam yang kata, kita faham juga. Tapi apabila yang menegur perkara ini adalah mereka yang bertanggungjawab memberikan tauliah pengajar di negeri, maka kita hairan dengan tahap ilmu mereka. Bayangkan kalau yang beri tauliah pun begitu, bagaimana pula dengan mereka yang diberi tauliah? Bagaimana pula dengan masyarakat awam yang belajar dengan mereka?


 

Ayat 25: Lagi tuduhan dari golongan penentang.

إِن هُوَ إِلّا رَجُلٌ بِهِ جِنَّةٌ فَتَرَبَّصوا بِهِ حَتّىٰ حينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He is not but a man possessed with madness, so wait concerning him for a time.”

(MELAYU)

la tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu”.

 

إِن هُوَ إِلّا رَجُلٌ بِهِ جِنَّةٌ

la tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, 

Mereka berhujah pula dengan hujah yang karut. Apabila mereka tidak dapat menolak hujah Nabi Nuh, maka mereka tuduh yang baginda kena sampuk jin agaknya sampai jadi gila. Gila sampai mengaku Tuhan bercakap dengannya.

Atau mereka kata baginda gila kerana sebut benda yang sama sahaja tak berhenti-henti. Kalau duduk dekat dengan baginda akan disebut benda yang sama sahaja setiap kali. Sentiasa sahaja menceritakan tentang tauhid. Macam tiada benda lain nak cakap. Kalau orang gila, kita tengok dia akan cakap benda sama berulang-ulang, bukan?

Memanglah Nabi Nuh bercakap benda yang sama sahaja iaitu ajaran dari wahyu kerana ianya adalah perkara amat penting. Macam juga dengan kita yang sudah sayang kepada ilmu tafsir Qur’an ini. Kita akan sentiasa bercakap tentangnya. Sampaikan ada yang sudah bosan dengar.

 

فَتَرَبَّصوا بِهِ حَتّىٰ حينٍ

maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu”. 

Akhirnya mereka biarkan sahaja dengan dakwah Nabi Nuh itu. Jangan layan dia – Nanti lama-lama dia akan mati. Benda ini sekejap sahaja, maka janganlah masuk Islam. Maksudnya, mereka nak kata ini adalah ajaran rekaan Nabi Nuh sahaja dan ia akan mati dengan matinya baginda. Sedangkan ini bukanlah ajaran baginda tetapi datang daripada Allah. Kalau Nabi Nuh mati sekalipun, agama ini tidak akan mati kerana Allah tidak mati-mati.


 

Ayat 26: Setelah 950 tahun berdakwah dan baginda telah diberitahu oleh Allah yang tidak akan ada lagi orang yang akan beriman, maka Nabi Nuh telah berdoa kepada Allah untuk membantu baginda.

قالَ رَبِّ انصُرني بِما كَذَّبونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Noah] said, “My Lord, support me because they have denied me.”

(MELAYU)

Nuh berdoa: “Ya Tuhanku, tolonglah aku, kerana mereka mendustakan aku”.

 

Dalam ayat yang lain disebut doa baginda ini:

{فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ}

Maka dia mengadu kepada Tuhannya, bahwasannya aku ini adalah orang yang dikalahkan. Oleh sebab itu, menangkanlah (aku). (Al-Qamar: 10)

Maka Nabi Nuh berdoa dan ini setelah baginda diserang di khalayak ramai. Maka baginda berdoa supaya umatnya itu dizabkan dengan azab yang mereka dustakan. Mereka tak percaya yang mereka boleh dikenakan dengan azab, maka baginda minta supaya mereka dikenakan dengan azab.

Maka kalau kita diserang dalam media, di khalayak ramai, maka doa sahaja kepada Allah. Dan kemudian serahkan kepada Allah bagaimana Dia nak buat.


 

Ayat 27:

فَأَوحَينا إِلَيهِ أَنِ اصنَعِ الفُلكَ بِأَعيُنِنا وَوَحيِنا فَإِذا جاءَ أَمرُنا وَفارَ التَّنّورُ ۙ فَاسلُك فيها مِن كُلٍّ زَوجَينِ اثنَينِ وَأَهلَكَ إِلّا مَن سَبَقَ عَلَيهِ القَولُ مِنهُم ۖ وَلا تُخٰطِبني فِي الَّذينَ ظَلَموا ۖ إِنَّهُم مُّغرَقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We inspired to him, “Construct the ship under Our observation and Our inspiration, and when Our command comes and the oven overflows,¹ put into it [i.e., the ship] from each [creature] two mates and your family, except those for whom the decree [of destruction] has proceeded. And do not address Me concerning those who have wronged; indeed, they are to be drowned.

(MELAYU)

Lalu Kami wahyukan kepadanya: “Buatlah bahtera di bawah penilikan dan petunjuk Kami, maka apabila perintah Kami telah datang dan tanur telah memancarkan air, maka masukkanlah ke dalam bahtera itu sepasang dari tiap-tiap (jenis), dan (juga) keluargamu, kecuali orang yang telah lebih dahulu ditetapkan (akan ditimpa azab) di antara mereka. Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim, kerana sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.

 

فَأَوحَينا إِلَيهِ أَنِ اصنَعِ الفُلكَ بِأَعيُنِنا وَوَحيِنا

Lalu Kami wahyukan kepadanya: “Buatlah bahtera di bawah penilikan dan petunjuk Kami, 

Maka Allah suruh baginda hina bahtera. Tapi bukanlah baginda keseorangan kerana Allah ajar bagaimana cara nak buat kapal. Allah akan awasi pembuatan bahtera itu. Dan Allah beri ilham kepada baginda macam mana nak buat kerana baginda tentu tidak dapat buat sendiri. Memang susah kalau nak buat kapal apatah lagi kalau tak pernah tengok. Kerana sebelum itu tidak pernah ada kapal di mana-mana pun. Itu adalah kapal pertama dalam sejarah. Maka kalau Allah tak bantu dan beri ilham, maka akan tak jadi atau rosaklah kapal itu. Tambahan pula ia akan berlayar di lautan yang luas kerana bumi akan banjir.

 

فَإِذا جاءَ أَمرُنا وَفارَ التَّنّورُ

maka apabila perintah Kami telah datang dan tanur telah memancarkan air, 

Ini adalah apabila keputusan dari Allah sudah sampai untuk membanjirkan dunia. Apabila التَّنّورُ dapur telah menggelegak dan air membuak keluar. Dapur yang dimaksudkan adalah tempat buat roti (boleh lihat bagaimana Mamak buat Roti Nan). Cuma dapur umat Nabi Nuh itu dibuat dalam tanah. Dan apabila air sudah naik ke daratan, nampak dapur itu mengeluarkan air.

Dapur masak roti

Juga ianya adalah perumpamaan yang digunakan apabila seseorang marah sangat macam air yang menggelelegak. Seolah-olah kalau periuk ditutup dengan tudung pun akan keluar juga. Maka ini juga adalah isyarat yang Allah telah marah kepada kaum Nabi Nuh itu. Ini kerana sudah lama baginda dakwah mereka tapi mereka tetap menentang. Dah cukup dah masa yang diberikan kepada mereka. Jadi sekarang adalah masa untuk menghancurkan mereka.

Juga sebagai isyarat kepada masa yang baginda kena tengok. Kerana tempat tinggal mereka itu seperti dapur. Apabila air laut dah naik dan sampai air masuk ke dalam dapur, maka masa untuk naik kapal sudah sampai. Kalau tunggu lama lagi akan terlalu lambat kerana banjir sudah bermula.

 

فَاسلُك فيها مِن كُلٍّ زَوجَينِ اثنَينِ وَأَهلَكَ

maka masukkanlah ke dalam bahtera itu sepasang dari tiap-tiap (jenis), dan (juga) keluargamu, 

Maka masukkan siapa yang sepatutnya selamat ke dalamnya. Maksudnya kapal itu besar kerana tak pakai kalimah ‘atasnya’ tapi digunakan ‘dalamnya’. Maknanya ada kawasan luas di dalam kapal itu. Ada bahagian-bahagian tertentu. Ada untuk manusia dan ada untuk binatang.

Dalam riwayat ada disebut masukkan binatang dahulu.

 

إِلّا مَن سَبَقَ عَلَيهِ القَولُ مِنهُم

kecuali orang yang telah lebih dahulu ditetapkan di antara mereka. 

Tetapi ada yang tidak dibenarkan masuk. Kerana mereka telah ditetapkan akan menerima azab. Kerana mereka juga telah menentang ajaran Nabi Nuh. Antara yang tidak selamat itu adalah anak kandung Nabi Nuh sendiri.

 

وَلا تُخٰطِبني فِي الَّذينَ ظَلَموا

Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim,

Jangan nak bercakap tentang mereka yang akan dimusnahkan. Tak boleh nak tanya pun kenapa mereka tidak diselamatkan. Mereka telah ditetapkan akan dilemaskan. Tiada pintu taubat untuk mereka lagi.

Allah sebut tentang perkara ini kerana Nabi Nuh minta nak masukkan anaknya. Ini kerana apabila hujan sudah lebat, timbullah kesedihan dan kesayangan di hati Nabi Nuh terhadap anaknya itu. Tapi Allah tak benarkan orang yang kafir untuk masuk.

 

إِنَّهُم مُّغرَقونَ

kerana sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.

Telah ditetapkan yang mereka akan dilemaskan dalam banjir besar itu. Kalau Allah telah tetapkan maka ianya pasti akan berlaku.

Allahu a’lam.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 023: Mukminoon. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Mukminoon Ayat 24 – 27 (Pembinaan bahtera)

  1. Pingback: Tafsir Surah Mukminoon Ayat 24 – 27 (Pembinaan bahtera)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s