Tafsir Surah Mukminoon Ayat 18 – 23 (Kelebihan Zaitun)

Ayat 18: Dalil aqli. Allah suruh kita lihat alam ini.

وَأَنزَلنا مِنَ السَّماءِ ماءً بِقَدَرٍ فَأَسكَنّٰهُ فِي الأَرضِ ۖ وَإِنّا عَلىٰ ذَهابٍ بِهِ لَقٰدِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have sent down rain from the sky in a measured amount and settled it in the earth. And indeed, We are Able to take it away.

(MELAYU)

Dan Kami turunkan air dari langit menurut ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.

 

وَأَنزَلنا مِنَ السَّماءِ ماءً بِقَدَرٍ

Dan Kami turunkan air dari langit menurut ukuran;

Allah yang menurunkan air ke bumi dengan kadar yang tertentu – iaitu Allah menentukan tanah mana mendapat banyak mana air dan semua ini Allah kira dengan tepat sekali. Allah akan beri ikut keperluan. Maka mana-mana tempat dapat banyak atau sikit air, bukan layak untuk kita mempersoalkan. Kita sahaja yang tidak nampak keperluan air di tempat itu. Allah memang sudah kita cukup dah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

Ada kaitan bahasa dalam ayat ini dengan ayat-ayat tentang kejadian manusia sebelum ini. Sebelum ini telah disebut tentang air juga iaitu air mani.  Titisan air mani menghamilkan seorang ibu dan titisan air hujan menghamilkan tanah.

 

فَأَسكَنّٰهُ فِي الأَرضِ

lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi,

Air yang dari titisan hujan itu Allah kumpul menjadi mata air, sungai dan juga laut dan tasik. Dengan dikumpulkan air itu dalam bentuk takungan, ia dapat digunakan dengan lebih banyak lagi oleh manusia. Kerana kalau air hujan tidak ditakung, maka ia akan habis begitu sahaja. Memang tanah dan tumbuhan dapat menggunakannya tapi binatang dan manusia susah pula nak minum, bukan? Maka apabila kita lihat takungan air seperti tasik dan mata air itu, maka teringatlah kita kepada ayat ini. Sedarlah kita bahawa Allah yang takdirkan air itu menakung di situ untuk kegunaan dan kemudahan kita. Kerana kalau tidak, susah kita nak korek cari air dalam tanah. Atau kita kena sentiasa tadah air hujan pula. Ini tentunya menyusahkan.

 

وَإِنّا عَلىٰ ذَهابٍ بِهِ لَقٰدِرونَ

dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.

Allah yang menurunkan ayat itu dah mengumpulkannya dan kerana itu Allah mampu untuk menghilangkan air itu. Dan kerana itu ada kawasan-kawasan di bumi yang menjadi gersang tanpa air. Ini kerana air tidak ditakung. Atau susah ada perigi, tasik dan mata air tapi ianya Allah keringkan. Ini terjadi ketika kemarau. Waktu itu terasalah susahnya hidup tanpa air. Waktu itu baru sedar nikmat air. Maka bersyukurlah kepada Allah kerana Dia kumpulkan air supaya tak masuk terus dalam tanah.

Allah buat begitu kerana nak beri manusia boleh guna. Dan ingatlah yang kalau Allah mahu, Allah boleh sahaja hilangkan air itu. Hidup kita memang tergantung kepada Allah. Maka kalau tidak ada air kerana kemarau dan sebagainya maka kenalah doa kepada Allah minta air itu. Tidaklah patut kalau berdoa kepada selain Allah kerana mereka tak mampu nak datangkan air.


 

Ayat 19: Allah bukan sahaja turunkan air tapi Allah juga yang tumbukan tanaman.

فَأَنشَأنا لَكُم بِهِ جَنّٰتٍ مِن نَّخيلٍ وَأَعنٰبٍ لَّكُم فيها فَوٰكِهُ كَثيرَةٌ وَمِنها تَأكُلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We brought forth for you thereby gardens of palm trees and grapevines in which for you are abundant fruits and from which you eat.

(MELAYU)

Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan,

 

فَأَنشَأنا لَكُم بِهِ جَنّٰتٍ مِن نَّخيلٍ وَأَعنٰبٍ لَّكُم

Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur;

Dengan air itu Allah naikkan untuk kegunaan manusia, taman taman dan kebun kebun. Allah sebut makanan yang biasa untuk bangsa Arab iaitu kurma dan anggur. Kurma adalah makanan biasa sebagai makanan ruji mereka dan anggur pula adalah makanan mewah. Kedua ini adalah contoh sahaja kerana tentunya ada banyak lagi tanaman lain yang Allah tumbuhkan.

 

فيها فَوٰكِهُ كَثيرَةٌ وَمِنها تَأكُلونَ

di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan,

Dan Allah dari kebun-kebun itu Allah menjadikan buah-buahan untuk manusia. Dan kalimah فَوٰكِهُ yang digunakan adalah dari kalimah yang bermaksud tersenyum kerana apabila manusia memakan buah-buahan itu, ianya sangat sedap sampaikan mereka tersenyum. Maka Allah ingatkan yang nikmat buahan itu adalah dari Allah.

Ada banyak jenis buah-buahan dalam dunia ini dan ada antaranya yang puak Arab itu dapat makan walaupun tempat mereka susah nak tumbuh tanaman. Itu pun nikmat dari Allah juga.

Ada yang binatang makan dan ada yang kita makan. Walaupun binatang yang makan tapi ia untuk kebaikan kita juga kerana kita pun akan makan sebahagian dari binatang-binatang itu.


 

Ayat 20: Allah sebut pula satu tumbuhan yang istimewa.

وَشَجَرَةً تَخرُجُ مِن طورِ سَيناءَ تَنبُتُ بِالدُّهنِ وَصِبغٍ لِّلآكِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [We brought forth] a tree issuing from Mount Sinai which produces oil and food [i.e., olives] for those who eat.

(MELAYU)

dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.

 

وَشَجَرَةً تَخرُجُ مِن طورِ سَيناءَ

dan pohon kayu keluar dari Thursina,

Ada muqaddar dalam ayat ini. Allah nak beritahu yang Dia jug la yang tumbuhkan tanaman ini. Yang Allah sebutkan dalam ayat ini adalah pokok Zaitun. Dan nanti dalam surah selepas ini (Surah Nur) akan disebut tentang kelebihan minyak zaitun. Buat masa ini Allah cuma perkenalkan dahulu.

Bukit Thursina letaknya di Palestin. Kerana itu kita tahu yang buah yang dimaksudkan adalah buah Zaitun kerana tempat itu terkenal dengan buah Zaitun.

 

تَنبُتُ بِالدُّهنِ

yang menghasilkan minyak, 

Dan pasti yang iany la adalah buah Zaitun kerana tumbuhan ini yang ada mengeluarkan minyak. Ianya adalah minyak makanan yang amat hebat. Antaranya, ia adalah minyak yang tiada kolesterol. Malah kalau nak buang kolestrol dalam badan pun, elok amalkan makan minyak Zaitun dalam perut kosong. Selain dari itu ia boleh menjadi kegunaan bermacam-macam. Sebagai contoh, ia juga boleh digunakan sebagai minyak rambut. Dan kerana kelebihan yang banyak itulah Allah sebut secara khusus. Masyarakat Arab memang menggunakan minyak Zaitun dalam kehidupan mereka maka Allah nak suruh mereka ingat nikmat besar yang telah diberikan kepada mereka.

 

وَصِبغٍ لِّلآكِلينَ

dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.

Dari kalimah صِبغٍ yang bermaksud warna.  Dan cara mewarnakan adalah dengan mencelup. Maka ia juga digunakan untuk baju yang telah diwarnakan dengan mencelupnya di dalam dye. Juga digunakan sebagai isyarat kepada roti yang dicelup ke dalam kuah. Dalam ayat ini ia memberi isyarat kepada minyak Zaitun kerana roti dicelup ke dalam minyak zaitun.  Ia menjadi nikmat yang hebat. Nabi pernah bersabda tentang Zaitun:

حَدَّثَنَا وَكِيع، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيسَى، عَنْ عَطَاءٍ الشَّامِيِّ، عَنْ أَبِي أسَيْد -وَاسْمُهُ مَالِكُ بْنُ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيُّ الْأَنْصَارِيِّ-قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ؛ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ”

telah menceritakan kepada kami Waki’, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Isa, dari Ata Asy-Syami dari Abu Usaid yang nama aslinya Malik ibnu Rabi’ah As-Sa’idi Al-Ansari r.a. yang mengatakan bahawa  Rasulullah Saw. pernah bersabda: Makanlah minyak zaitun dan jadikanlah sebagai minyak, kerana sesungguhnya buah zaitun itu berasal dari pohon yang diberkati.

Cicah roti dengan minyak zaitun


 

Ayat 21: Dalil aqli lagi. Sekarang Allah suruh lihat kepada binatang pula.

وَإِنَّ لَكُم فِي الأَنعٰمِ لَعِبرَةً ۖ نُّسقيكُم مِّمّا في بُطونِها وَلَكُم فيها مَنٰفِعُ كَثيرَةٌ وَمِنها تَأكُلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, for you in livestock is a lesson. We give you drink from that which is in their bellies, and for you in them are numerous benefits, and from them you eat.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian daripadanya kamu makan,

 

وَإِنَّ لَكُم فِي الأَنعٰمِ لَعِبرَةً

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu,

Binatang ternak menjadi pengajaran dan ancaman kepada kita. عِبرَةً bermaksud sesuatu nasihat yang menyentuh dunia sampai boleh menyebabkan menangis. Maka kita kena ambil pengajaran dari mereka.

 

نُّسقيكُم مِّمّا في بُطونِها

Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, 

Yang dimaksudkan adalah susu dari perut binatang yang mengeluarkan susu seperti lembu, kambing dan sebagainya. Macam mana boleh keluar susu putih dari celah darah dan tahi yang ada di dalam perut binatang itu? Kalau kita sembelih cari susu itu tidak akan jumpa. Hebatnya penciptaan Allah.

 

وَلَكُم فيها مَنٰفِعُ كَثيرَةٌ

dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, 

Ada banyak faedah lagi daripada binatang itu dan bukan susu sahaja. Kulit lembu sebagai contoh boleh dijadikan sebagai khemah. Dan banyak lagi kegunaan binatang yang berjenis-jenis itu sampaikan tak mampu kita nak menulisnya. Semuanya adalah daripada nikmat Allah kepada kita.

 

وَمِنها تَأكُلونَ

dan sebagian daripadanya kamu makan,

Ada binatang yang dimakan juga. Ada yang tidak boleh.

Daging ada sumber protein yang amat bagus. Kerana itulah penternakan binatang adalah satu pekerjaan yang amat baik kerana manusia memerlukan sumber protein ini. Dan setiap Nabi pernah menjadi gembala untuk melatih mereka ‘mengembala’ umat mereka.


 

Ayat 22:

وَعَلَيها وَعَلَى الفُلكِ تُحمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And upon them and on ships you are carried.

(MELAYU)

dan di atas punggung binatang-binatang ternak itu dan (juga) di atas perahu-perahu kamu diangkut.

 

Dan Allah menundukkan binatang-binatang itu sampai kita boleh naik atas belakangnya. Seperti kuda dan unta. Binatang itu dijadikan kenderaan untuk membolehkan manusia bergerak dan mengembara ke tempat yang jauh. Dan dengannya dapat bawa barangan yang berat yang manusia tak mampu nak angkat sendiri.  Sebagaimana Allah sebut dalam ayat lain:

{وَتَحْمِلُ أَثْقَالَكُمْ إِلَى بَلَدٍ لَمْ تَكُونُوا بَالِغِيهِ إِلا بِشِقِّ الأنْفُسِ إِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ}

Dan ia memikul beban-beban kalian ke suatu negeri yang kalian tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhan kalian benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, (An-Nahl: 7)

Dan hebatnya kenderaan yang Allah jadikan, boleh dimakan. Kalau kenderaan yang kita buat tidak boleh dimakan macam kereta tak boleh makan. Tapi alat pengangkutan yang Allah jadikan boleh dimakan.

Dan firman Allah Swt. yang mengatakan:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ. وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ. وَلَهُمْ فِيهَا مَنَافِعُ وَمَشَارِبُ أَفَلا يَشْكُرُونَ}

Dan apakah mereka tidak melihatbahawa  sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka, yaitu sebagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya? Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebagiannya mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat-manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur. (Yasin: 71-73)

Kalau kuda unta dijadikan kenderaan di daratan, Allah jadikan kenderaan di lautan iaitu bahtera dan sampan.


 

Ayat 23: Dalil Naqli  yang pertama. Selepas disentuh tentang kenderaan bahtera di lautan, Allah kenangkan kisah Nabi Nuh kepada kita pula. Kerana bahtera itu amat rapat dengan kisah baginda.

وَلَقَد أَرسَلنا نوحًا إِلىٰ قَومِهِ فَقالَ يٰقَومِ اعبُدُوا اللهَ ما لَكُم مِّن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۖ أَفَلا تَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly sent Noah to his people, and he said, “O my people, worship Allāh; you have no deity other than Him; then will you not fear Him?”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (kerana) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?”

 

وَلَقَد أَرسَلنا نوحًا إِلىٰ قَومِهِ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya,

Selepas disebut pengangkutan disebut pula tentang Nabi Nuh kerana baginda nanti akan naik kapal. Baginda diutus kepada kaumnya. Lama baginda berdakwah kepada kaumnya.

 

فَقالَ يٰقَومِ اعبُدُوا اللهَ

lalu ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah,

Nabi Nuh mengajar tentang tauhid kepada kaum baginda. Inilah perkara yang paling penting diajar oleh baginda. Memang ada banyak lagi perkara lain yang diajar baginda tapi Allah menekankan perkara yang paling penting.

Peringatan ini juga kepada kita juga. Tadi telah disebut tentang segala benda yang Allah telah buat untuk kita. Maka kalau Allah sahaja yang buat semua perkara itu, kenapa tak sembah dan seru Dia sahaja?

 

ما لَكُم مِّن إِلٰهٍ غَيرُهُ

sekali-kali tidak ada ilah bagimu selain Dia. 

Nabi Nuh mengajar sebagaimana yang diajar oleh para Nabi dan Rasul yang lain. Tidak ada ilah selain Allah.

Ilah adalah tempat sandaran hati, tempat kita berdoa dan mengharap bantuan. Ini hanya boleh diharapkan kepada Allah sahaja.

 

أَفَلا تَتَّقونَ

Maka mengapa kamu tidak bertakwa?”

Maka kenapakah tidak takut kepada Allah sahaja? Kenapa tidak berharap kepada Allah sahaja? Kenapa kamu tidak takut kepada Allah? Adakah kamu rasa selamat?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 023: Mukminoon. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Mukminoon Ayat 18 – 23 (Kelebihan Zaitun)

  1. Pingback: Tafsir Surah Mukminoon Ayat 18 – 23 (Kelebihan Zaitun)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s