Tafsir Surah Mukminoon Ayat 12 – 17 (Proses penciptaan manusia)

Ayat 12: Dalil Aqli yang pertama.

وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ مِن سُلٰلَةٍ مِّن طينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And certainly did We create man from an extract of clay.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

 

Kalimah سُلالَةٍ berasal dari katadasar yang bermaksud menarik pedang dari sarungnya. Iaitu mengambil sesuatu dari sesuatu dan juga digunakan seperti kita memerah buah-buahan. Jadi ayat ini bermaksud manusia diambil dari bahagian tanah yang baik. Ia bermaksud kejadian Nabi Adam yang diambil dari berbagai jenis tanah dari dunia.

Oleh kerana asal bapa kita dari tanah, maka sifat manusia pun ada dari sifat-sifat tanah juga. Ada yang keras dan ada yang lembut. Maka kalau ada sifat dari yang tanah keras, maka sifat manusia itu pun ada yang keras sikit.

وَقَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا عَوْف، حَدَّثَنَا قَسَامة بْنُ زُهَيْر، عَنْ أَبِي مُوسَى، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ مِنْ قَبْضَةٍ قَبَضَهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَرْضِ، فَجَاءَ بَنُو آدَمَ عَلَى قَدْر الْأَرْضِ، جَاءَ مِنْهُمُ الْأَحْمَرُ وَالْأَسْوَدُ وَالْأَبْيَضُ، وَبَيْنَ ذَلِكَ، وَالْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ، وَبَيْنَ ذَلِكَ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Sa’id, telah menceritakan kepada kami Auf, telah menceritakan kepada kami Usamah ibnu Zuhair, dari Abu Musa, dari Nabi Saw. yang telah bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari segenggam tanah yang diambil dari seluruh bumi, maka Bani Adam muncul sesuai dengan tabiat tanah; di antara mereka ada yang berkulit merah, ada yang berkulit putih, ada yang berkulit hitam, serta ada yang campuran di antara warna-warna tersebut; dan ada yang buruk ada yang baik, ada pula yang campuran di antara baik dan buruk.

Abu Daud dan Turmuzi telah meriwayatkannya melalui berbagai jalur dari Auf Al-A’rabi dengan lafaz yang semisal dan sanad yang sama. Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih.


 

Ayat 13: Nabi Adam dijadikan dari tanah, maka kita pula keturunannya dijadikan dari air mani.

ثُمَّ جَعَلنٰهُ نُطفَةً في قَرارٍ مَّكينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We placed him as a sperm-drop¹ in a firm lodging [i.e., the womb].

  • Or “as a zygote.”

(MELAYU)

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

 

Ini zuriat keturunan Nabi Adam seterusnya. Kita tidaklah dijadikan dari tanah seperti baginda tapi kita dijadikan dari air mani. Ini sama halnya dengan apa yang terdapat di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَبَدَأَ خَلْقَ الإنْسَانِ مِنْ طِينٍ * ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ}

dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). (As-Sajdah: 7-8)

Tapi kita masih ada kesan dari tanah juga. Kerana begitulah kita ikut sifat bapa dan ibu kita juga, dimana sifat mereka akan membawa kepada anak.

Sekarang Allah menceritakan bagaimana titisan air mani (iaitu sperma) itu diletakkan di dalam rahim ibu yang kukuh. Dan memang rahim ibu itu amat hebat kerana dapat menjaga pembesaran seorang manusia selama 9 bulan. Sudahlah begitu, kadang-kadang lebih dari satu anak ada di dalamnya dan berkali-kali boleh melahirkan anak. Maka kerana itu Allah beritahu yang Dia jadikan rahim ibu itu sebagai sesuatu yang kukuh dan hebat. Sama dengan yang djsebutkan oleh firman-Nya:

{أَلَمْ نَخْلُقْكُمْ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ. فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَكِينٍ}

Bukankah Kami menciptakan kalian dari air yang hina, kemudian Kami letakkan dia dalam tempat yang kukuh (rahim). (Al-Mursalat: 20-21)

Kukuh tak kukuh rahim itu, bayangkan bagaimana walaupun pada permulaan kehamilan itu seorang ibu tidak tahu yang dia telah hamil, dan dia telah bergerak ke sana dan ke sini tetapi proses di dalam rahimnya itu telah bermula dan janin itu telah kukuh di dalam rahimnya. Iaitu teguh dengan penjagaan Allah. Kalau bukan Allah yang takdirkan ia selamat, takkan ia selamat. Semua ini dalam rahmat Allah.


 

Ayat 14: Allah sambung menceritakan kejadian manusia di dalam rahim ibunya.

ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظٰمًا فَكَسَونَا العِظامَ لَحمًا ثُمَّ أَنشَأنٰهُ خَلقًا آخَرَ ۚ فَتَبارَكَ اللهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We made the sperm-drop into a clinging clot, and We made the clot into a lump [of flesh], and We made [from] the lump, bones, and We covered the bones with flesh; then We developed him into another creation. So blessed is Allāh, the best of creators.¹

  • i.e., the most skillful and only true Creator.

(MELAYU)

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Berkat Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

 

ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,

عَلَقَةً adalah sesuatu yang tergantung dan begitulah yang terjadi pada zigot di dalam tubuh ibu. Kalau dulu para pentafsir sangka yang kalimah عَلَقَةً ini bermaksud gumpalan darah tetapi ini tidak tepat kerana kalimah itu bermaksud sesuatu yang tergantung, dan hanya apabila kita dapat melihat apa yang terjadi di dalam rahim ibu baru kita tahu bahawa memang ianya tergantung. Ianya seperti lintah yang melekat kepada tubuh manusia.

 

فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً

lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, 

مُضغَةً adalah sesuatu yang digigit. Kerana itu  kalau kita lihat chewing gum kita boleh lihat kesan digigit. Begitulah rupa gumpalan daging janin itu.

 

فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظٰمًا

dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,

Dan dari daging itu mula dibentuk tulang belulang dan tulang yang awal dinamakan cartilege.

 

فَكَسَونَا العِظامَ لَحمًا

lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. 

Dan kemudian tulang itu dipakaikan dengan daging-daging dan otot-otot.

 

ثُمَّ أَنشَأنٰهُ خَلقًا آخَرَ

Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.

Kalimah ثُمَّ menunjukkan masa yang lama. Dan kemudian huruf ف digunakan. Dan setiap darinya adalah 40 hari. Maknanya masa peralihan dari satu kejadian dan kejadian yang lain itu mengambil masa 40 hari.

Dan ‘makhluk yang lain’ ini bermaksud apabila roh ditiupkan, maka janin itu menjadi sesuatu yang baru. Ia sudah menjadi makhluk yang baru dan kerana itu digunakan kalimah أَنشَأناهُ kerana ia menjadi sesuatu yang lain. Ia lain kerana sekarang roh sudah dimasukkan. Apabila roh telah ditiupkan, maka ia dapat bergerak hidup dan menjadi makhluk lain yang mempunyai pendengaran, penglihatan, perasaan, gerak, dan getaran.

Kalimah أَنشَأناهُ bermaksud ‘dinaikkan’. Maknanya kedudukan yang tinggi kerana ia sudah ada roh. Ini terjadi selepas empat bulan persenyawaan di dalam rahim ibu.

Imam Ahmad mengatakan di dalam kitab musnadnya:

حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ -هُوَ ابْنُ مَسْعُودٍ-قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ: “إِنَّ أَحَدَكُمْ ليُجمع خَلقُه فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسِلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَهَلْ هُوَ شَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلَهَا، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا”.

telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah, telah menceritakan kepada kami Al-A’masy, dari Zaid ibnu Wahb, dari Abdullah ibnu Mas’ud r.a. yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda kepada kami: Sesungguhnya seseorang di antara kalian benar-benar dihimpun­kan penciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari (dalam bentuk nutfah), kemudian berupa ‘alaqah dalam masa yang sama, kemudian dalam bentuk segumpal daging dalam masa yang sama, kemudian diutus seorang malaikat kepadanya, maka malaikat itu meniupkan roh ke dalam tubuhnya dan diperintahkan untuk mencatat empat kalimat (perintah), yaitu tentang rezekinya, ajalnya, dan amal perbuatannya, serta apakah dia termasuk orang yang celaka atau orang yang bahagia. Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang di antara kalian benar-benar mengerjakan amal perbuatan ahli syurga sehingga tiada jarak antara dia dan syurga selain hanya satu hasta, tetapi suratan takdir telah mendahuluinya (bahawa dia termasuk ahli neraka), maka pada akhirnya ia mengerjakan perbuatan ahli neraka dan dimasukkanlah dia ke dalamnya. Dan sesungguhnya seseorang di antara kalian benar-benar mengerjakan amal perbuatan ahli neraka, sehingga tiada jarak antara dia dan neraka selain satu hasta, tetapi suratan takdir telah men­dahuluinya (bahawa dia termasuk ahli surga), maka pada akhirnya ia mengamalkan perbuatan ahli syurga dan dimasukkanlah dia ke dalamnya.

 

فَتَبارَكَ اللهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ

Maka Maha Berkat Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Allah sebut barakah kerana roh itu adalah berkat. Barakah bermaksud bertambah tambah kebaikan. Kerana dengan adanya roh menyebabkan ada berkat maka ia akan mengeluarkan kebaikan yang banyak.

Allah memuji diriNya sendiri dalam ayat ini. Kerana Allah hendak mengingatkan yang Dialah yang menjadikan makhluk itu, bukannya ia terjadi sendiri.

Ada kisah menarik tentang ayat ini. Semasa Nabi Muhammad membacakan ayat ini, iaitu tentang proses kejadian manusia, Saidina Umar yang mendengar ayat ini sebelum baginda habis membacakan, Umar terus sebut: فَتَبارَكَ اللهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ. Dan Rasulullah bersabda: begitulah sambungan seterusnya, wahai Umar!

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Habib, telah menceritakan kepada kami Abu Daud, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Salamah, telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Zaid, dari Anas yang mengatakan bahawa Umar ibnul Khattab pernah mengatakan, “Aku bersesuaian dengan Tuhanku dalam empat perkara. Ketika ayat ini diturunkan, yaitu firman-Nya: ‘Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah’ (Al Mu’minun: 12), hingga akhir ayat. Maka aku berkata, ‘Maka Mahasucilah Allah, Pencipta yang paling baik.’ Lalu turunlah firman selanjutnya, yaitu: ‘Maka Mahasucilah Allah, Pencipta yang paling baik’. (Al Mu’minun: 14)

Maka ini menunjukkan kehebatan Saidina Umar. Maka amat hinalah agama Syiah yang mengutuk dan mengkafirkan Saidina Umar r.a. Dan amat hinalah mereka yang masuk ke dalam agama ini dan mempertahankan mereka. Kita memang disuruh berbaik dengan semua orang, tapi tidaklah sampai kita menghalalkan apa yang mereka dakwa. Apabila mereka menghina agama, maka kita kena tentang mereka. Iaitu dengan membongkar kesalahan dan kenistaan mereka di media.


 

Ayat 15: Perjalanan hidup manusia.

ثُمَّ إِنَّكُم بَعدَ ذٰلِكَ لَمَيِّتونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed, after that you are to die.

(MELAYU)

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.

Dipendekkan kisah hidup manusia. Setelah lahir maka kita akan menjalani kehidupan yang singkat selama di dunia ini selagi belum habis ajal. Akhirnya akan mati kerana dijadikan setiap manusia pasti akan mati.

 

Maka ayat ini mengingatkan kita tentang kematian yang pasti menjelma. Kita tidak tahu bila, cuma pasti ia akan berlaku. Maka kenalah kita beringat. Kehidupan dunia tidak kekal maka kenalah kita berusaha semasa masih hidup ini untuk beramal.


 

Ayat 16: Apa akan berlaku setelah mati.

ثُمَّ إِنَّكُم يَومَ القِيٰمَةِ تُبعَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed you, on the Day of Resurrection, will be resurrected.

(MELAYU)

Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.

 

Setelah mati, manusia akan hidup di alam kubur beberapa lama. Dan apabila hari kiamat telah berlangsung maka manusia akan dihidupkan kembali. Jadi kita kena beringat. Segala perbuatan kita semasa di dunia akan dipertanggungjawabkan. Bukan mati sahaja tapi akan dihidupkan untuk menjawab segala amalan kita.


 

Ayat 17: Ayat dalil aqli yang kedua; kenapa kena taat kepada Allah? Kenapa kena sembah dan doa kepada Allah sahaja? Kalau sebelum ini tentang penciptaan manusia, sekarang tentang langit pula.

وَلَقَد خَلَقنا فَوقَكُم سَبعَ طَرائِقَ وَما كُنّا عَنِ الخَلقِ غٰفِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have created above you seven layered heavens, and never have We been of [Our] creation unaware.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit); dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).

 

وَلَقَد خَلَقنا فَوقَكُم سَبعَ طَرائِقَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan

Tujuh jalan yang dimaksudkan adalah tujuh langit. Iaitu apabila roh telah dimatikan maka ia akan melalui tujuh lapisan langit itu. Dalam ayat yang memang disebut tujuh lapis langit:

{أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا}

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? (Nuh: 15)

Disebut tentang penciptaan langit kerana penciptaan langit selalu dikaitkan dengan penciptaan manusia. Allah hendak menekankan bahawa penciptaan manusia itu lebih mudah dari penciptaan langit. Maka kerana itu Allah akan sentuh tentang penciptaan langit selepas penciptaan manusia. Dalam ayat yang Allah berfirman:

{لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ}

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia. (Al-Mu’min: 57)

Hal yang sama disebutkan pula dalam permulaan surat As-Sajdah yang dibaca oleh Rasulullah Saw. pada pagi hari Jumaat, pada permulaannya disebutkan penciptaan langit dan bumi. Kemudian dijelaskan tentang penciptaan manusia yang berasal dari saripati yang berasal dari tanah liat, sebagaimana disebutkan pula di dalam surat As-Sajdah itu tentang hari berbangkit dan masalah-masalah penting lainnya.

 

وَما كُنّا عَنِ الخَلقِ غٰفِلينَ

dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan

Setiap apa yang Allah jadikan itu Allah sentiasa memerhatikan dan memantau. Yakni Allah mengetahui segala sesuatu yang masuk ke dalam bumi dan yang keluar darinya, dan mengetahui apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke atasnya. Dia selalu bersama kalian di mana pun kalian berada, dan Allah Maha Mengetahui semua yang kalian kerjakan. Dia Yang Mahasuci, tiada terhalang dari pengetahuan-Nya tingginya langit dan tebalnya bumi, juga besarnya gunung, melainkan Dia mengetahui semua yang terdapat di dalamnya. Tiada suatu laut pun, melainkan Dia mengetahui segala sesuatu yang ada di dasarnya. Dia mengetahui semua bilangan makhluk yang ada di gunung-gunung, lereng-lereng, padang-padang pasir, lautan, hutan-hutan, dan rimba belantara.

{وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ}

dan tiada sehelai daun pun yang gugur, melainkan Dia me­ngetahuinya (pula); dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz) (Al-An’am: 59)

Maka setelah mati kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkan dengan segala amalan kita. Allah akan tanya kerana mahkamah pengadilan akan dilakukan.

Tapi sebenarnya Allah tak perlu nak tanya pun kerana Allah tahu apa yang kita lakukan. Cuma sebagai menzahirkan keadilan, mahkamah pengadilan akan diadakan. Manusia akan ada peluang untuk mempertahankan diri mereka dan berhujah. Tapi kalau dalam mahkamah dunia bolehlah kalau nak tipu dan beri alasan, tapi di mahkamah Allah tak boleh begitu, kerana Allah tahu segalanya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 023: Mukminoon. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Mukminoon Ayat 12 – 17 (Proses penciptaan manusia)

  1. Pingback: Tafsir Surah Mukminoon Ayat 12 – 17 (Proses penciptaan manusia)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s