Tafsir Surah Hajj Ayat 73 – 76 (Lalat vs. tuhan)

Ayat 73: 

يا أَيُّهَا النّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاستَمِعوا لَهُ ۚ إِنَّ الَّذينَ تَدعونَ مِن دونِ اللهِ لَن يَخلُقوا ذُبابًا وَلَوِ اجتَمَعوا لَهُ ۖ وَإِن يَسلُبهُمُ الذُّبابُ شَيئًا لّا يَستَنقِذوهُ مِنهُ ۚ ضَعُفَ الطّالِبُ وَالمَطلوبُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O people, an example is presented, so listen to it. Indeed, those you invoke besides Allāh will never create [as much as] a fly, even if they gathered together for it [i.e., that purpose]. And if the fly should steal from them a [tiny] thing, they could not recover it from him. Weak are the pursuer and pursued.¹

  • A comparison is made here to the worshipper of a false deity and that which he worships.

(MELAYU)

Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.

 

يا أَيُّهَا النّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاستَمِعوا لَهُ

Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. 

Ayat ini adalah khitab untuk sekelian manusia. Allah ajak semua manusia untuk beriman dan mengamalkan tauhid. Allah ajak hamba ikut Dia dan Allah ajak kembali melalui perantaraan Nabi Dia.

Perumpamaan tentang kepentingan tauhid telah ada diberi dalam banyak ayat-ayat dalam Qur’an ini. Allah telah jelaskan tentang DiriNya, tentang tauhid, tentang iman. Allah berikan maklumat tentang DiriNya dalam Qur’an kerana Allah nak kenalkan DiriNya. Berkali kali ayat tentang tauhid dalam Qur’an ini. Tapi malangnya ramai masih tidak mahu terima. Kalau ada kecenderungan kepada syirik, memang susah betul nak terima. Macam-macam cara mereka nak tolak ajaran tauhid itu. Kadang-kadang sebab pakaian orang yang mengajak itu pun mereka boleh jadikan alasan nak tolak (mereka nak orang yang berjubah dan berjanggut panjang sahaja, contohnya). Mereka tak tengok hujah lagi dah tapi cuma lihat penampilan diri sahaja. Ini adalah sesuatu yang amat cetek sekali.

Maka Allah ingatkan yang sudah banyak diberi perumpamaan dalam Qur’an ini, maka dengarlah dan fahamlah. Kemudian amalkanlah kerana ia bukan susah pun.

Kenapakah perumpamaan menggunakan kalimah ضُرِبَ (pukul)? Kerana hendak memberi penekanan kerana apabila ada pukulan, orang akan berikan perhatian. Ini adalah kerana perkara yang hendak disampaikan adalah penting dan berat, maka kena ada penekanan sikit.

 

إِنَّ الَّذينَ تَدعونَ مِن دونِ اللهِ لَن يَخلُقوا ذُبابًا وَلَوِ اجتَمَعوا لَهُ

Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. 

‘Selain Allah’ itu boleh jadi macam-macam. Selalunya manusia faham kalau kita sebut ‘berhala’ tapi ada juga benda yang lain seperti idea, falsafah, wang, diri dan sebagainya. Kalau kita hanya sangka syirik itu adalah berhala sahaja, maka itu adalah salah. Maka senanglah hati pengamal syirik kerana mereka sangka mereka tidak sembah berhala, tidak sembah patung. Padahal sebenarnya mereka ada mengamalkan syirik juga, tapi mereka tidak sedar. Mereka tidak tahu kerana mereka tidak belajar. Fahaman mereka tentang syirik itu amat lemah.

Ada juga yang mengaku sebagai tuhan, seperti Firaun. Begitu juga, ada yang berlagak seperti tuhan, seperti para diktator (sebagai contoh, lihat presiden Korea Utara itu).

Untuk beri faham lagi kepada manusia tentang syirik, Allah beri lagi perumpamaan dan logik dalam ayat ini. Mereka yang disembah selain Allah itu tak boleh nak cipta lalat pun. Kenapa sebut lalat? Kerana ia adalah makhluk yang kecil sahaja dan Allah boleh gunakan makhluk yang kecil pun sebagai perbandingan untuk beri kita faham.

Memang kita pun tahu yang selain Allah tidak boleh nak cipta apa-apa pun. Kalau mereka berkumpul semua sekali pun mereka tak boleh buat lalat pun, apatah lagi benda yang lebih besar. Maka satu benda nak buat pun tidak boleh. Jadi kalau sesuatu itu tidak boleh mencipta, maka ianya tidak layak dijadikan sebagai ilah, sebagai tempat sembahan. Nabi Muhammad SAW telah menyampaikan cabaran dalam hadis:

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkan hadis ini melalui jalur Imarah, dari Abu Zar’ah, dari Abu Hurairah, dari Nabi Saw. yang telah bersabda:

“وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذَهَبَ يَخْلُقُ كَخَلْقِي؟ فَلْيَخْلُقُوا ذَرَّةً، فَلْيَخْلُقُوا شُعَيْرَةً”

Allah Swt. berfirman, “Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang sengaja menciptakan (sesuatu) seperti ciptaan-Ku, maka hendaklah mereka menciptakan semut kecil (jika mampu), dan hendaklah mereka menciptakan sebiji gandum.

 

وَإِن يَسلُبهُمُ الذُّبابُ شَيئًا لّا يَستَنقِذوهُ مِنهُ

Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu.

Dan kalau lalat itu ambil apa-apa pun daripada berhala-berhala itu, berhala itu tidak boleh buat apa-apa pun. Sekarang bayangkan limau atau epal atau susu yang diletakkan di hadapan berhala mereka. Selalu kan kita tengok agama lain letak bahan makanan depan sembahan mereka? Mereka susah payahlah letak bahan makanan itu untuk tuhan mereka, tapi ianya senang dimakan oleh lalat lalat sahaja. Lalat boleh datang dan hinggap kepada makanan itu, dan berhala itu tidak buat apa-apa pun.

Maka amat lemah sekali lalat itu, sedangkan kalau orang yang menyembah berhala itu ketika mereka sedang makan, dan ada lalat kacau makanan mereka pun, mereka akan halau juga, bukan? Maka mengapa mereka bodoh sangat sampai menyembah berhala yang tidak boleh buat apa-apa itu? Kalau mereka sedang makan dan lalat datang, mereka akan halau lalat itu, maka sepatutnya mereka teringat yang tuhan sembahan mereka tak dapat nak halau pun lalat itu. Maka mereka sendiri sebenarnya lebih hebat dan layak disembah kalau dibandingkan dengan sembahan mereka itu. Maka Allah berikan lalat sebagai satu hujah yang amat besar dan hebat. Ianya adalah perumpamaan yang memalukan dan memperbodohkan agama-agama lain yang sembah selain Allah. Kalau zaman sekarang, kita boleh lihat agama Hindu dan agama Buddha yang buat kerja bodoh ini.

Jadi pertamanya mereka tidak dapat nak halang lalat dari hinggap dan curi makanan. Dan kalau lalat telah mengambil makanan, yang disembah itu pun tidak dapat nak ambil balik pun makanan yang tadi dicuri oleh lalat itu walaupun telah diarah beribu tentera untuk menangkap lalat itu. Jadi kalau lalat curi makanan Firaun atau Presiden Korea Utara itu, tentera mereka tidak dapat nak ambil balik pun makanan itu.

 

ضَعُفَ الطّالِبُ وَالمَطلوبُ

Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.

Allah memberitahu bahawa mereka yang meminta dan tempat permintaan mereka itu samada berhala atau tuhan-tuhan palsu itu adalah lemah dari asalnya dan tidak dapat berbuat apa-apa pun sebenarnya. Yang menyembah itu lemah dan yang disembah itu pun lemah juga.

Dan ini bukan hanya berkenaan agama sahaja tetapi di dalam kehidupan seharian kita pun, kerana kita ini makhluk yang sentiasa mahukan sesuatu dan Allah memberitahu kerana kita mahukan sesuatu itu menunjukkan kita ada kelemahan dan apa yang kita mahukan itu juga adalah lemah juga. Yang tidak memerlukan apa-apa hanyalah Allah sahaja.

Sebagai contoh, kata kalau seorang lelaki mahu mengahwini seorang wanita yang didambakannya dan mungkin wanita itu telah bersetuju untuk berkahwin dengannya. Tetapi bayangkan jika dah dekat tarikh perkahwinan, wanita itu ubah fikiran ataupun wanita itu mati. Lalu bagaimana yang terjadi kepada lelaki itu? Bukankah dia akan patah hatinya? Dia tidak dapat buat apa-apa pun. Begitulah perumpamaan kelemahan manusia.

Kita makhluk yang lembah yang tidak ada daya upaya untuk menentang kehendak Allah. Sebagai contoh, kita tidak dapat menjaga keselamatan anak-anak kita pun. Bayangkan, segala usaha kita lakukan supaya anak kita selamat, tetapi kadang-kadang kita memang tidak dapat lakukan apa-apa jika Allah telah takdirkan yang anak kita itu akan cedera atau mati. Memang kita lemah dan apabila sesuatu takdir berlaku dan tidak mengikut kehendak kita, setiap kali juga kita kena mengaku yang kita lemah dari mengubah takdir.

Maka dalam ayat ini Allah menyentuh tentang psikologi manusia. Manusia yang sentiasa mahukan sesuatu. Dan kalau mereka tidak dapat atau mereka kehilangan sesuatu yang mereka perlukan, kejadian itu akan merosakkan diri mereka dan mematahkan semangat mereka.

Jadi, Allah sudah berikan perbandingan yang mudah untuk difahami. Tapi kenapa manusia ramai tidak faham? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana degil dan keras kepada sahaja.


 

Ayat 74:

ما قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدرِهِ ۗ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزيزٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They have not appraised Allāh with true appraisal.¹ Indeed, Allāh is Powerful and Exalted in Might.

  • They have not assessed Him with the assessment due to Him, meaning that they did not take into account His perfect attributes.

(MELAYU)

Mereka tidak menghargai Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

 

ما قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدرِهِ

Mereka tidak menghargai Allah dengan sebenar-benarnya

Mereka tidak menghargai Allah seperti yang sepatutnya kerana mereka mengajar berbagai-bagai perkara benda yang ada dalam dunia ini tetapi mereka tidak mengejar Allah. Dan mereka tidak mengejar untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Mereka letak Allah nombor berapa pun tak tahu. Ianya tidak penting kepada mereka. Sepertimana juga umat Islam yang belajar berbagai-bagai perkara tentang keduniaan tapi tidak belajar tentang agama lagi. Dan orang agama pula, kitab-kitab karangan manusia sudah banyak belajar, tapi tafsir Qur’an 30 juzuk belum habis belajar lagi.

 

إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزيزٌ

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Dalam ayat sebelum ini Allah memberitahu mereka yang mengejar sesuatu itu, mereka sebenarnya mengejar sesuatu yang lemah; tetapi kalau kita mengejar Allah yang tidak lemah, itu akan menjadikan kita kuat. Kerana harapan kita diletakkan kepada Allah dan kita waktu itu sedang mendekatkan diri kita dengan Allah.


 

Ayat 75:

اللهُ يَصطَفي مِنَ المَلٰئِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النّاسِ ۚ إِنَّ اللهَ سَميعٌ بَصيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh chooses from the angels messengers and from the people. Indeed, Allāh is Hearing and Seeing.

(KEMENTERIAN AGAMA INDONESIA)

Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

 

اللهُ يَصطَفي مِنَ المَلٰئِكَةِ رُسُلً

Allah memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat

Oleh kerana kebanyakan manusia mengejar-ngejar dan mencari perkara yang lemah, maka Allah sendiri membuat pilihan memilih dari kalangan malaikat untuk menjadi rasul dari banyak-banyak malaikat; dan Allah sendiri yang memilih tanpa ada cadangan dari mana-mana pun, siapakah dari ramai-ramai manusia itu yang dipilih menjadi rasul. Perkara ini adalah haq Allah dan tidak diletakkan pada bahu manusia.

 

وَمِنَ النّاسِ

dan dari manusia;

Rasul ada yang dari kalangan malaikat dan ada yang dari kalangan manusia juga. Allah sahaja yang layak memilih kerana ilmu Allah sempurna dan Dia sahaja tahu siapakah yang layak untuk memikul tugas Rasul yang berat itu. Jadi jangan kita persoalkan. Ini sama dengan pengertian yang terdapat di dalam firman-Nya:

{اللهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ}

Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan. (Al-An’am: 124)

 

إِنَّ اللهَ سَميعٌ بَصيرٌ

sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Allah mendengar keinginan manusia dan Allah tahu apa yang manusia perlukan; maka Allah telah memberikan wahyu kepada manusia yang disampaikan melalui RasulNya. Wahyu yang diberikan kepada kita amat diperlukan untuk kehidupan kita semasa di dunia ini kerana ia membawa seseorang itu ke syurga.


 

Ayat 76: Allah beritahu yang Dia Maha Mendengar dan Melihat. Apakah ketinggian ilmu Allah itu?

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم ۗ وَإِلَى اللَّهِ تُرجَعُ الأُمورُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He knows what is [presently] before them and what will be after them.¹ And to Allāh will be returned [all] matters.

(MELAYU)

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan.

 

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka.

Yang dimaksudkan di hadapan itu adalah Qur’an dan Nabi Muhammad yang menyampaikan ajaran agama; dan Allah tahu yang di belakang mereka itu iaitu sejarah-sejarah dan segala perbuatan-perbuatan manusia.

Juga bermaksud Allah tahu apa yang manusia sedang lakukan dan apa yang telah dilakukan oleh kita.

Perkara ini penting untuk kita ketahui dan ingat sentiasa kerana jikalau kita tidak memandang perkara ini penting, maka kita tidak takut untuk melakukan dosa kerana kita tidak sedar bahawa Allah sedang melihat kepada kita sedangkan kalau kita tahu yang segala tindakan kita sedang diperhatikan oleh CCTV tentu kita takut untuk melakukan kesalahan.

 

وَإِلَى اللَّهِ تُرجَعُ الأُمورُ

Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan.

Semua urusan di dalam tangan Allah. Allah yang menentukan apa yang akan terjadi. Allah yang menguruskan segala perkara dalam alam ini. Maka hendaklah kita berserah kepada Allah, menghambakan diri kepada Allah sahaja, sembah Allah sahaja dan berdoa kepada Allah sahaja. Inilah tauhid.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Hajj Ayat 73 – 76 (Lalat vs. tuhan)

  1. Pingback: Tafsir Surah Hajj Ayat 73 – 76 (Lalat vs. tuhan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s