Tafsir Surah Hajj Ayat 70 – 72 (Ada yang nak terkam pendakwah)

Ayat 70: Ayat ini mengajar kita yang ilmu Allah itu sempurna.

أَلَم تَعلَم أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّماءِ وَالأَرضِ ۗ إِنَّ ذٰلِكَ في كِتٰبٍ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not know that Allāh knows what is in the heaven and earth? Indeed, that is in a Record.¹ Indeed that, for Allāh, is easy.

  • The Preserved Slate (al-Lawḥ al-Maḥfūth), which is with Allāh.

(MELAYU)

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.

 

أَلَم تَعلَم أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّماءِ وَالأَرضِ

Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?;

Pengetahuan dan ilmu Allah meliputi segala-galanya. Bayangkan betapa besarnya langit dan bumi itu yang meliputi seluruh alam ini, dan Allah tahu segala yang ada dan segala yang berlaku – kecil atau besar.

 

إِنَّ ذٰلِكَ في كِتٰبٍ

bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab 

Semua yang berlaku sudah ada tertulis di dalam ‘Kitab’. ‘Kitab’ itu boleh bermaksud Lauh Hahfuz atau Ianya bermaksud ilmu Ilahi. Ini adalah ayat mutashabihat dan kita tidak tahu dengan pasti. Yang kita pasti, Allah tahu segala-galanya. Tidak ada yang berlaku tanpa pengetahuan Allah.

Hal tersebut telah dicatat-Nya pada kitab­Nya yang terpelihara, seperti yang telah disebutkan di dalam kitab Sahih Muslim melalui Abdullah ibnu Amr yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ اللهَ قَدَّرَ مَقَادِيرَ الْخَلَائِقِ قَبْلَ خلق السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ”

Sesungguhnya Allah telah merencanakan penciptaan seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi dalam jarak masa lima puluh ribu tahun, sedangkan Arasy-Nya berada di atas air.

 

إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرٌ

Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.

Kita sikit punya susah nak dapatkan maklumat yang terjadi dalam rumah kita atau pejabat kita – itu pun kita tahu sedikit sahaja. Tapi bagi Allah mudah sahaja Allah dapatkan maklumat. Ini kerana semua adalah dalam perancanganNya. Semua yang berlaku adalah dalam rancangan Allah.

Maka jangan kita pelik dan bandingkan ilmu Allah dengan ilmu kita. Kita memang tidak akan dapat nak capai bagaimanalah Allah boleh tahu segalanya? Allah kata mudah sahaja bagiNya.

Di dalam kitab-kitab sunan telah disebutkan melalui hadis sejumlah sahabat, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أَوَّلُ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ، قَالَ لَهُ: اكْتُبْ، قَالَ: وَمَا أَكْتُبُ؟ قَالَ: اكْتُبْ مَا هُوَ كَائِنٌ. فَجَرَى الْقَلَمُ بِمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ”

Mula-mula yang diciptakan oleh Allah ialah Qalam. Allah berfirman kepadanya, “Tulislah!” Qalam berkata, “Apa yang harus hamba tulis?” Allah berfirman, “Tulislah segala sesuatu yang akan terjadi.” Maka Qalam menulis semua yang akan terjadi sampai hari kiamat.


 

Ayat 71: Walaupun hanya Allah sahaja yang tahu segala perkara, tapi masih ada juga manusia yang menyembah selain Allah. Allah kutuk mereka dalam ayat ini.

وَيَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطٰنًا وَما لَيسَ لَهُم بِهِ عِلمٌ ۗ وَما لِلظّٰلِمينَ مِن نَصيرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they worship besides Allāh that for which He has not sent down authority and that of which they have no knowledge. And there will not be for the wrongdoers any helper.

(MELAYU)

Dan mereka menyembah selain Allah, apa yang Allah tidak menurunkan keterangan tentang itu, dan apa yang mereka sendiri tiada mempunyai pengetahuan terhadapnya. Dan bagi orang-orang yang zalim sekali-kali tidak ada seorang penolongpun.

 

وَيَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ما لَم يُنَزِّل بِهِ سُلطٰنًا

Dan mereka menyembah selain Allah, apa yang Allah tidak menurunkan keterangan tentang itu,

Mereka puja juga selain Allah tanpa ada dalil pun. Dan dalil yang dimaksudkan dalam potongan ayat ini adalah dalil naqli. Mereka sahaja memandai melakukan perkara yang tidak ada dalil. Lalu dari mana mereka dapat ajaran itu? Selalunya ia datang dari ajaran tok nenek yang telah lama diamalkan dalam masyarakat. Dan asal sebenarnya adalah dari ajaran syaitan yang dibisikkan kepada manusia. Tapi kerana tidak belajar dan hanya tahu ikut sahaja apa yang diajar, maka ramai yang berbuat amalan yang salah dan sesat.

Inilah bahaya kalau tidak tahu wahyu dan tidak tahu bagaimana hendak mengambil dalil yang benar. Allah nak ajar dalam hal agama, kena ada bukti dari nas yang sahih. Amalan agama kena ada bukti. Kalau semua orang boleh buat ikut suka, maka rosaklah agama kita ini. Maka janganlah ikut sahaja. Kalau tok nenek sudah lama amalkan sesuatu ajaran, tidak semestinya ia benar. Kena tanya datang dari mana sesuatu fahaman dan amalan itu.

 

وَما لَيسَ لَهُم بِهِ عِلمٌ

dan apa yang mereka sendiri tiada mempunyai pengetahuan terhadapnya. 

Dan mereka tidak ada dalil aqli pun tentangnya. Malangnya begitulah fahaman kebanyakan dari manusia. Jadi Dalil Naqli tidak ada, Dalil Aqli pun tidak ada. Memang mereka yang menyembah selain Allah itu tidak ada dalil langsung. Yang mereka ada hanyalah hujah bathil sahaja.

 

وَما لِلظّٰلِمينَ مِن نَصيرٍ

Dan bagi orang-orang yang zalim sekali-kali tidak ada seorang penolongpun.

Mereka dikatakan zalim kerana menyembah Allah. Maksud ‘zalim’ dalam ayat ini adalah syirik. Kerana zalim yang paling besar adalah syirik kepada Allah.

Nanti mereka akan dikenakan dengan azab dan waktu itu mereka tidak akan ada sebarang penolong pun yang akan menyelamatkan mereka dari azab Allah.

Mereka yang musyrik itu menyembah dan berdoa kepada Nabi, wali dan malaikat dengan harapan dapat ditolong. Tapi Allah tegaskan yang mereka tidak akan ada penolong, termasuklah Nabi, wali atau malaikat.


 

Ayat 72: Bagaimana reaksi musyrikin atau mereka yang ada sifat musyrik di dalam hati mereka apabila dibacakan

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآيٰتُنا بَيِّنٰتٍ تَعرِفُ في وُجوهِ الَّذينَ كَفَرُوا المُنكَرَ ۖ يَكادونَ يَسطونَ بِالَّذينَ يَتلونَ عَلَيهِم ءآيٰتِنا ۗ قُل أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذٰلِكُمُ ۗ النّارُ وَعَدَهَا اللهُ الَّذينَ كَفَروا ۖ وَبِئسَ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when Our verses are recited to them as clear evidences, you recognize in the faces of those who disbelieve disapproval. They are almost on the verge of assaulting those who recite to them Our verses. Say, “Then shall I inform you of [what is] worse than that?¹ [It is] the Fire which Allāh has promised those who disbelieve, and wretched is the destination.”

  • i.e., worse than the rage you feel against those who recite Allāh’s verses or worse than your threats against them.

(MELAYU)

Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang engkar itu. Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. Katakanlah: “Apakah akan aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?” Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

 

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآيٰتُنا بَيِّنٰتٍ

Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang,

Ini adalah reaksi mereka yang ragu-ragu dengan wahyu. Apabila disebutkan ajaran-ajaran yang ada di dalam wahyu kepada mereka, kita boleh lihat bagaimana muka mereka yang tidak menerimanya berubah dan buat muka pelik. Kita dah boleh agak yang ia bermaksud mereka tidak suka dengan apa yang kita sampaikan itu. Lebih-lebih lagi kalau ayat-ayat tauhid.

Perkara ini anda akan boleh lihat kalau ada sudah mula berdakwah. Memang ramai yang akan jadi begini. Allah dah beritahu siap-siap dah dalam ayat ini. Memang pelik tindakan mereka itu, padahal yang kita bacakan adalah ayat-ayat Qur’an sendiri. Kalau mereka tak percaya apa yang kita baca itu, mereka sendiri boleh baca.

 

تَعرِفُ في وُجوهِ الَّذينَ كَفَرُوا المُنكَرَ

niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang engkar itu. 

Muka mereka berkerut, muka yang tidak puas hati. Gelisah sahaja muka mereka kerana tak suka dengan apa yang disampaikan. Ini adalah kerana sudah ada akidah syirik dalam diri mereka. Dalaman mereka sudah tidak betul, jadi apabila datangnya haq, mereka susah nak terima. Padahal yang kita sampaikan adalah dari Qur’an sendiri. Tapi mereka rasa pelik kerana ianya berlainan dari apa yang mereka pelajari.

 

يَكادونَ يَسطونَ بِالَّذينَ يَتلونَ عَلَيهِم ءآيٰتِنا

Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami di hadapan mereka. 

Ini ada yang jenis lebih teruk. Ada yang sangat benci dan tidak setuju dengan ayat-ayat wahyu yang disampaikan itu sampaikan syaitan di dalam diri mereka hampir-hampir berjaya menggerakkan mereka untuk tangkap dan menyakiti orang yang membacakan wahyu itu kepada mereka. Nampak macam mereka nak melompat dan terkam kita sahaja.

Kadangkala mereka tidak serang dengan tangan, tapi mereka serang dengan mulut mereka. Mereka memang tidak ada dalil, jadi mereka tidak dapat berdebat dan berhujah dengan baik. Maka yang mereka ada hanyalah kata-kata nista sahaja. Memang kalau kita dengar hujah mereka, yang dibawakan adalah hujah-hujah bodoh sahaja. Tapi mungkin kerana mereka jenis garang, ramai pengikut mereka, maka bolehlah mereka nak cakap kasar sikit. Kalau dengan orang sebegini, kena sabar sahajalah. Kerana tidak layak kalau kita nak lawan balik. Jangan kita jadi bodoh seperti mereka. Kita ada hujah, maka kita berhujah dengan dalil sahaja. Jangan kita keluarkan kata-kata huduh seperti mereka.

 

قُل أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذٰلِكُمُ

Katakanlah: “Apakah akan aku khabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu,

Kepada mereka itu Allah ada pesanan: Kamu tidak suka dengan wahyu yang disampaikan ini, tetapi mahukah kamu mendengar yang lebih teruk dari itu? Kamu nak serang orang yang sampaikan ajaran tauhid dari wahyu itu, tapi kamu tahu tak apa yang lebih teruk dari serangan kamu itu?

 

النّارُ وَعَدَهَا اللهُ الَّذينَ كَفَروا

yaitu neraka?” Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. 

Yang lebih teruk dari itu adalah neraka. Iaitu kalau tidak mahu dengar dan terima, maka nerakalah tempat akhir kamu. Yang kamu marah sangat ini adalah kebenaran. Yang kamu nak lawan itu adalah orang yang nak ajar kamu untuk menyelamatkan kamu dari neraka jahannam. Jadi yang kamu marah sangat ni, kenapa?

 

وَبِئسَ المَصيرُ

Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

Kamu pun tahu yang neraka itu tempat yang amat teruk sekali. Kamu tak sanggup nak menghadapinya. Kamu pun tak mahu nak masuk neraka, bukan? Maka dengarlah ajaran dari Qur’an ini. Bukan orang yang menyampaikan itu reka sendiri ajaran ini tapi ianya datang dari Qur’an. Cuma bezanya, orang yang sampaikan itu telah belajar dahulu tafsir Qur’an dari kamu. Maka dengarlah dahulu, jangan nak terus marah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s