Tafsir Surah Hajj Ayat 47 – 51 (Ada yang minta azab)

Ayat 47: Ayat Zajrun dan Takhwif Duniawi. Allah tidak terus beri azab kepada mereka walaupun mereka minta azab. Bukanlah kerana azab itu tidak ada, tetapi ada hikmah kenapa Allah tangguhkan azab itu untuk mereka.

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ وَلَن يُخلِفَ اللهُ وَعدَهُ ۚ وَإِنَّ يَومًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلفِ سَنَةٍ مِّمّا تَعُدّونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they urge you to hasten the punishment. But Allāh will never fail in His promise. And indeed, a day with your Lord is like a thousand years of those which you count.

(MELAYU)

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

 

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan,

Allah menceritakan bagaimana ada orang kafir yang meminta supaya dipercepatkan azab kepada mereka. Mereka kata kalau benar mereka akan kena azab, maka cepatkan lah! Mereka berani berkata begitu kerana mereka sangka azab itu beberapa hari sahaja padahal Allah hendak memberitahu bahawa masa pada sisi Allah adalah lama, bukan sehari dua tetapi beribu ribu tahun. Kerana sehari pada Allah adalah seribu tahun dalam kiraan kita.

Pengertian ayat ini sama dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ}

Dan (ingatlah) ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata “Ya Allah, jika betul (Al-Qur’an) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Al-Anfal:32)

 

وَلَن يُخلِفَ اللهُ وَعدَهُ

padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. 

Allah tidak pernah memungkiri janjiNya dan kerana itu apabila Allah berjanji untuk memberi azab maka mereka tetap akan dikenakan dengan azab. Maka jangan sangka Allah main-main dalam memberi ancaman. Kalau manusia beri ancaman, ada kemungkinan mereka gertak sahaja dan tak buat pun. Tapi kalau Allah yang berjanji maka memang Allah akan lakukan.

 

وَإِنَّ يَومًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلفِ سَنَةٍ مِّمّا تَعُدّونَ

Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

Janganlah pandang ringan azab yang diancam oleh Allah itu. Ianya bukan sekejap-sekejap sahaja tapi amat-amat lama. Dan amat-amat teruk sekali. Memang tak sanggup nak tahan. Jangan bila dah masuk neraka baru menyesal.

Mujahid mengatakan bahawa makna ayat ini sama dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ}

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu. (As-Sajdah: 5)


 

Ayat 48:

وَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَملَيتُ لَها وَهِيَ ظالِمَةٌ ثُمَّ أَخَذتُها وَإِلَيَّ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for how many a city did I prolong enjoyment while it was committing wrong. Then I seized it, and to Me is the [final] destination.

(MELAYU)

Dan berapa banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya (segala sesuatu).

 

وَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَملَيتُ لَها وَهِيَ ظالِمَةٌ

Dan berapa banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, 

Allah tangguhkan azab kepada mereka walaupun mereka itu telah zalim pada Allah, iaitu dengan melakukan syirik dalam hati dan amalan mereka.

 

ثُمَّ أَخَذتُها وَإِلَيَّ المَصيرُ

kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya (segala sesuatu).

Apabila telah sampai keputusan Allah untuk azab mereka barulah azab itu akan dikenakan. Maka tunggu sahaja kalau kamu berani. Jangan kamu sangka kamu terlepas kerana sekarang kamu tidak kena lagi. Kamu tak kena azab kerana Allah tangguhkan sahaja. Kena tetap kena juga nanti.


 

Ayat 49: Ayat targhib.

قُل يا أَيُّهَا النّاسُ إِنَّما أَناْ لَكُم نَذيرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “O people, I am only to you a clear warner.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu”.

 

قُل يا أَيُّهَا النّاسُ

Katakanlah: “Hai manusia,

Mesej Qur’an adalah mesej global. Maka kerana itu kadang-kadang Allah akan khitab kepada seluruh manusia.

Tapi orang bukan Islam tidak baca Qur’an, bukan? Bagaimana mereka nak tahu ayat ini? Maka kenalah kita sebagai umat Islam yang belajar Qur’an sampaikan.

 

إِنَّما أَناْ لَكُم نَذيرٌ مُّبينٌ

sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu”.

Allah suruh Nabi Muhammad beritahu yang baginda hanyalah sebagai penyampai berita sahaja dan tidak ada azab pada baginda kerana azab itu ada pada Allah. Allah yang buat keputusan azab, bukannya Nabi Muhammad. Jadi kalau minta azab kepada baginda pun baginda tidak boleh berikan.

Ayat ini memberi isyarat kepada kita bahawa surah ini banyak berkenaan ancaman dan bukan berita gembira.


 

Ayat 50: Ayat tabshir.

فَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ لَهُم مَّغفِرَةٌ وَرِزقٌ كَريمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who have believed and done righteous deeds – for them is forgiveness and noble provision.

(MELAYU)

Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.

 

فَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ

Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh,

Iaitu yang beriman sempurna – tanpa ada fahaman syirik.

Dan mereka buktikan iman mereka itu dengan mengerjakan amal yang soleh – amal yang ada contoh daripada Rasulullah. Iaitu bukan amal bidaah.

 

لَهُم مَّغفِرَةٌ

bagi mereka ampunan

Mereka yang sebegitu akan dapat pengampunan yang besar dari Allah. Kita semua banyak dosa dan mengharapkan sangat ampunan dari Allah. Jadi cara untuk dapat ampunan adalah dengan iman dan amal soleh.

Cara untuk Allah beri pengampunan adalah samaada Allah campakkan keinginan dalam hati mereka untuk bertaubat dan Allah terima taubat itu; atau Allah terus ampunkan begitu sahaja tanpa mereka minta ampun pun. Ini pun boleh juga.

 

وَرِزقٌ كَريمٌ

dan rezeki yang mulia.

Rezeki yang mulia itu bermaksud cara pemberian rezeki yang baik kerana diberikan kepada mereka dalam keadaan yang mulia. Dan untuk memahaminya, bandingkan jikalau kita memberi makanan kepada haiwan di mana kita akan baling saja makanan itu; atau bayangkan seorang bos yang membayar gaji pekerjanya tetapi dengan cara yang kurang ajar. Dia letak sahaja cek itu dengan muka yang masam. Allah tidak begitu dalam beri rezeki kepada manusia. Dia beri dengan kasih sayang.

Muhammad ibnu Ka’b Al-Qurazi mengatakan, “Bilamana Anda mendengar Allah Swt. berfiman: ‘dan rezeki yang mulia. ‘ (Al-Hajj: 50) Maka artinya itu adalah surga.”


 

Ayat 51:

وَالَّذينَ سَعَوا في ءآيٰتِنا مُعٰجِزينَ أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But the ones who strove against Our verses, [seeking] to cause failure¹ – those are the companions of Hellfire.

  • i.e., trying to undermine their credibility and thereby defeat the Prophet ().

(MELAYU)

Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan (kemauan untuk beriman); mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.

 

وَالَّذينَ سَعَوا في ءآيٰتِنا مُعٰجِزينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan

Ini adalah tentang mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Qur’an. Ada antara mereka yang baca dan mereka kaji Qur’an untuk mencari kesalahan dan kesilapan, dan mereka kononnya telah jumpa kesalahan-kesalahan yang ada di dalam Qur’an itu dan mereka memberitahu kepada orang orang lain.

Mereka cuba melemahkan para nabi yang menyampaikan ayat-ayat Allah atau mereka hendak melemahkan pendakwah-pendakwah yang menyampaikan wahyu kepada manusia.

Mujahid mengatakan, makna yang dimaksudkan ialah menghalang-halangi manusia dari mengikuti Nabi Saw. Hal yang sama telah dikatakan oleh Abdullah ibnuz Zubair, yakni menghalang-halangi. Mereka kaji ayat Qur’an bukannya untuk cari kebenaran tapi nak cari keburukan. Kemudian mereka cerita kepada orang lain. Kalau zaman sekarang lagi senang nak buat dengan adanya medan internet dan sebagainya. Malangnya mereka tidak ada ilmu dan fahaman mereka cetek. Benda yang mereka sangka salah itu sebenarnya boleh dijawap. Tapi kerana kesalahan mereka itu, mereka telah menyebabkan ramai yang ragu-ragu dengan Qur’an dan agama Islam.

 

أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.

Kerana jahatnya hati dan usaha mereka itu, tempat mereka adalah di neraka dan mereka akan kekal di dalamnya. Bukan sahaja mereka yang masuk neraka, tapi ada orang lain yang masuk neraka juga kerana salah mereka. Kerana ada yang termakan dengan apa yang mereka sampaikan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s