Tafsir Surah Hajj Ayat 43 – 46 (Allah beri tangguh)

Ayat 43: Ayat sebelum ini telah disebut contoh golongan yang menentang Rasul mereka dan mereka telah dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka. Disambung Takhwif Dunia dalam ayat ini.

وَقَومُ إِبرٰهيمَ وَقَومُ لوطٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the people of Abraham and the people of Lot

(MELAYU)

dan kaum Ibrahim dan kaum Luth,

 

Diingatkan kembali kisah Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim tidak asing lagi bagi Arab Mekah kerana mereka pun mengaku ikut syariat Nabi Ibrahim. Tapi agaknya mereka lupa bagaimana kaum baginda telah tolak ajakan tauhid baginda. Maka Allah ingatkan mereka. Belajarlah apa yang telah dilakukan oleh kaum baginda. Sepatutnya kalau mereka kata mereka ikut Nabi Ibrahim, kenalah ikut fahaman tauhid baginda juga.

Nabi Luth a.s. adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Jadi Arab Mekah pun kenal juga baginda. Kaum baginda juga dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka kerana tolak ajaran dan suruhan baginda.

Maka Arab Mekah kenalah ambil pengajaran dari kisah-kisah itu. Janganlah mereka pun nak tolak Rasul mereka juga. Mereka tak takutkah dikenakan dengan azab?


 

Ayat 44: Allah sambung dengan kisah umat-umat terdahulu.

وَأَصحٰبُ مَديَنَ ۖ وَكُذِّبَ موسىٰ فَأَملَيتُ لِلكٰفِرينَ ثُمَّ أَخَذتُهُم ۖ فَكَيفَ كانَ نَكيرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the inhabitants of Madyan. And Moses was denied, so I prolonged enjoyment for the disbelievers; then I seized them, and how [terrible] was My reproach.

(MELAYU)

dan penduduk Madyan, dan telah didustakan Musa, lalu Aku tangguhkan (azab-Ku) untuk orang-orang kafir, kemudian Aku azab mereka, maka (lihatlah) bagaimana besarnya kebencian-Ku (kepada mereka itu).

 

وَأَصحٰبُ مَديَنَ

dan penduduk Madyan,

Kaum Madyan juga telah menolak Rasul mereka, Nabi Syuaib a.s.

 

وَكُذِّبَ موسىٰ

dan telah didustakan Musa,

Nabi Musa pun telah ditolak oleh umar baginda. Nabi Musa adalah Nabi yang utama dalam Bani Israil. Dan waktu ini Nabi Muhammad sudah berinteraksi dengan Bani Israil di Madinah.

 

فَأَملَيتُ لِلكٰفِرينَ ثُمَّ أَخَذتُهُم

lalu Aku tangguhkan (azab-Ku) untuk orang-orang kafir, kemudian Aku azab mereka,

Ini adalah sesuatu yang menakutkan dimana Allah memberitahu yang Dia membenarkan orang-orang kafir itu untuk berbuat apa sahaja kesalahan yang mereka lakukan dan kemudian semuanya itu akan direkod dan dikenakan azab kepada mereka.

فَأَملَيتُ bermaksud Allah ‘memanjangkan tali’  seperti tuan anjing yang memanjangkan  tali anjingnya sampaikan anjing itu tidak perasan yang dia ada tali. Kerana ia boleh bergerak agak jauh. Dia sudah rasa bebas tanpa kekangan. Maka kerana itu dia akan berlari jauh kerana dia sangka dia bebas dan akhirnya apabila dah tegang tali itu, ia akan menjerut lehernya sendiri. Maka tentu kesakitan itu lebih tinggi lagi kerana dia tidak sangka ada tali dan kerana dia telah berlari jauh dan laju. Jerutan tali itu amat kuat sekali.

Maka begitu juga dengan pelaku dosa yang dibiarkan sahaja oleh Allah untuk apa yang dia hendak, dan tiba-tiba mereka akan dikenakan dengan azab dan waktu itu mereka amat terkejut sekali. Kerana mereka tak sangka. Mereka sangka mereka bebas tapi sebenarnya tidak kerana manusia tertakluk dengan syariat.

Ia juga bermaksud Allah tidak terus azab golongan musyrik itu selepas mereka mendustakan rasul-rasul mereka tetapi Allah beri tangguh kepada mereka. Kerana Allah beri kesempatan kepada mereka. Setelah sekian lama barulah Allah beri azab kepada mereka setelah mereka tetap juga dengan pendustaan mereka itu. Allah amat penyabar. Bayangkan, ulama mengatakan dari saat Firaun mengatakan dia itu tuhan, Allah hanya matikan dia selepas 40 tahun. Ianya adalah masa yang amat lama.

Maka janganlah musyrikin Mekah sangka yang mereka selamat kerana selama ini walaupun mereka buat syirik, tapi tidak kena apa-apa pun. Allah melihat sahaja buat masa itu. Jangan mereka salah sangka dengan mengatakan yang apa yang mereka lakukan itu tidak ada masalah. Kerana ada yang hujah begini: “aku buat benda-benda yang dikatakan salah dan syirik itu tapi tidak kena apa-apa pun… kalau ia salah tentu Allah tak benarkan, tentu Allah beri tanda… tapi tidak ada pun.”

 

فَكَيفَ كانَ نَكيرِ

maka (lihatlah) bagaimana besarnya kebencian-Ku

Kalimah نَكيرِ dari ن ك ر yang bermaksud benci, tidak disukai. Kalimah ini digunakan dalam ayat ini merujuk kepada balasan azab yang Allah akan kenakan kepada mereka. Digunakan kalimah نَكيرِ untuk memberitahu kepada kita bahawa azab itu memang tidak disukai dan tidak dapat diterima dan ditahan oleh orang-orang yang dikenakan dengannya iaitu mereka tidak ikut ajaran Rasul mereka. Maknanya azab itu bukan azab kecil-kecilan.


 

Ayat 45:

فَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَهلَكنٰها وَهِيَ ظالِمَةٌ فَهِيَ خاوِيَةٌ عَلىٰ عُروشِها وَبِئرٍ مُّعَطَّلَةٍ وَقَصرٍ مَّشيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And how many a city did We destroy while it was committing wrong – so it is [now] fallen into ruin¹ – and [how many] an abandoned well and [how many] a lofty palace.²

  • Literally, “fallen in upon its roofs,” i.e., after the roofs of its buildings had caved in, the walls collapsed over them.
  • i.e., How many wells have been left inoperative, and how many palaces have been emptied of their occupants in the past.

(MELAYU)

Berapa banyaknya kota yang Kami telah membinasakannya, yang penduduknya dalam keadaan zalim, maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya dan (berapa banyak pula) sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi,

 

فَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَهلَكنٰها وَهِيَ ظالِمَةٌ

Berapa banyaknya kota yang Kami telah membinasakannya, yang penduduknya dalam keadaan zalim,

Bukan ‘kota’ yang dimaksudkan tapi penduduk kota itu. Banyak telah disebut kaum yang dimusnahkan kerana kedegilan dan kurang ajar mereka. Dan tentunya lagi banyak kaum-kaum yang tidak disebut dalam Qur’an. Itulah balasan yang Allah boleh kenakan kepada Musyrikin Mekah.

 

فَهِيَ خاوِيَةٌ عَلىٰ عُروشِها

maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya

Maksud dinding jatuh ke atas bumbung adalah, apabila sesuatu kaum itu telah dimatikan lama sampaikan tidak ada orang yang menjaga rumah-rumah lagi. Sampaikan yang mula jatuh adalah bumbung (kerana bumbung tidak kuat) dan lama kelamaan dinding pun jatuh juga di atas bumbung itu.

Arab Mekah membanggakan Mekah tapi Allah nak ingatkan yang tempat tinggal macam mana kuat dan hebat pun Allah boleh musnahkan.

 

وَبِئرٍ مُّعَطَّلَةٍ

dan telaga yang telah ditinggalkan

Dan berapa banyak telaga yang telah dibiarkan yang dulunya semasa ada penduduk, ia digunakan sebagai sumber air tetapi setelah dihancurkan umat itu maka telaga itu terbiar sahaja. Allah suruh bayangkan kerana pada zaman itu, kalau ada telaga mereka memang akan jaga. Tapi kalau Allah dah musnahkan penduduknya maka telaga pun sudah tidak ada orang yang kisah dah. Mereka nak jadi macam itukah? Mereka nak hilang begitu sahajakah?

 

وَقَصرٍ مَّشيدٍ

dan istana yang tinggi,

Rumah, mahligai atau istana kaum dahulu yang hebat pun telah ditinggalkan atau hancur kerana  sudah tidak ada dah yang tinggal. Yang tinggal hanyalah bangunan sahaja.

Kalau ada istana maknanya itu kaum yang hebat. Malah lebih hebat dari Arab Mekah itu kerana rumah mereka tanah liat sahaja. Allah nak beritahu, kaum yang lebih hebat dari mereka pun Allah boleh hancurkan begitu sahaja. Kerana kalau mereka duduk dalam benteng dan istana atau kubu yang kukuh pun, azab Allah tetap tidak dapat dihalang. Ini disebut dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ}

Di mana saja kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, walaupun kalian di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (An-Nisa: 78)


 

Ayat 46:

أَفَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ فَتَكونَ لَهُم قُلوبٌ يَعقِلونَ بِها أَو آذانٌ يَسمَعونَ بِها ۖ فَإِنَّها لا تَعمَى الأَبصٰرُ وَلٰكِن تَعمَى القُلوبُ الَّتي فِي الصُّدورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So have they not traveled through the earth and have hearts by which to reason and ears by which to hear? For indeed, it is not eyes that are blinded, but blinded are the hearts which are within the breasts.

(MELAYU)

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

 

أَفَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi,

Tidakkah mereka berjalan di muka bumi ini dan melihat alam ini dengan mata hati. Lihatlah kepada peninggalan kaum-kaum yang telah dihancurkan itu. Ada yang dekat sahaja dengan mereka dan mereka boleh tengok sendiri dengan mata mereka.

 

فَتَكونَ لَهُم قُلوبٌ يَعقِلونَ بِها

lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami 

Berjalanlah dan lihatlah peninggalan itu dan cubalah guna akal yang Allah telah berikan untuk ambil pengajaran.

 

أَو آذانٌ يَسمَعونَ بِها

atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? 

Gunalah telinga dan pendengaran mereka untuk ambil pengajaran. Dengar dulu apa yang hendak disampaikan oleh Rasul dan pendakwah tauhid kepada mereka. Dengarlah dulu, jangan terus tolak.

 

فَإِنَّها لا تَعمَى الأَبصٰرُ

Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,

Mata manusia yang celik memang boleh melihat. Tapi yang penting itu bukan penglihatan mata fizikal tapi mata hati. Kalau mata fizikal buta tapi mata hati hidup, itu lebih baik.

 

وَلٰكِن تَعمَى القُلوبُ الَّتي فِي الصُّدورِ

tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

Tapi kalau mata hati yang buta, memang malang. Mereka mungkin berjalan dan melihat kawasan-kawasan yang telah dihancurkan itu tetapi mereka tidak mengambil pengajaran dari penduduk penduduk itu. Ini adalah kerana mata hati mereka telah tertutup.

Maka kenalah ambil pengajaran dari apa yang Allah telah lakukan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s