Tafsir Surah Hajj Ayat 39 -42 (Kebenaran untuk berperang)

Ayat 39: Inilah ayat yang penting dalam surah ini – kebenaran untuk berperang dengan musyrikin Mekah.

أُذِنَ لِلَّذينَ يُقٰتَلونَ بِأَنَّهُم ظُلِموا ۚ وَإِنَّ اللهَ عَلىٰ نَصرِهِم لَقَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Permission [to fight] has been given to those who are being fought,¹ because they were wronged. And indeed, Allāh is competent to give them victory.

  • Referring here to the Prophet’s companions.

(MELAYU)

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,

 

أُذِنَ لِلَّذينَ يُقٰتَلونَ بِأَنَّهُم ظُلِموا

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.

Inilah ayat yang memberi kebenaran kepada Muhajirin Mekah untuk berperang dengan musyrikin Mekah yang telah menghalau mereka keluar dari Mekah dan telah menindas orang-orang Muslim sewaktu mereka di Mekah dulu. Ayat ini diturunkan semasa umat Islam meninggalkan Mekah yang dicintai.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Yahya ibnu Daud Al-Wasiti, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Yusuf, dari Sufyan, dari Al-A’masy, dari Muslim Al-Batin, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa ketika Nabi Saw. keluar dari Mekah,

Kalimat izin yang digunakan di dalam ayat ini amat penting kerana sebelum itu, walaupun para sahabat telah meminta-minta untuk berperang dengan musyrikin Mekah, tetapi tidak dibenarkan oleh Allah sehingga apabila diturunkan ayat ini di mana Allah memberi keizinan kepada mereka. Jadi ini adalah ayat penting sebagai titik tolak peperangan dalam Islam.

Salah satu penyebab kejayaan di Mekah dalam berdakwah adalah kerana para sahabat tidak menggunakan kekerasan dalam berdakwah. Waktu itu walaupun para sahabat telah dikasari dan dikenakan dengan berbagai seksaan dan penindasan. tetapi mereka tidak dibenarkan untuk membalas langsung. Sedangkan apabila di Madinah nanti akan ada ayat yang memberitahu bahawa boleh mempertahankan diri. Ini kerana keadaan di Mekah dan Madinah tidak sama. Semasa di Mekah, umat Islam lemah dan kalau mereka bertindak dengan membalas kekasaran dengan kekasaran, boleh menyebabkan keadaan lebih buruk lagi.

Kerana itulah setelah penduduk Yasrib (Madinah) berbaiat kepada Rasulullah Saw. di malam ‘Aqabah, yang ketika itu jumlah mereka ada lapan puluh orang lebih, mereka berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkan kami menyerang penduduk lembah ini?” Mereka bermaksud orang-orang yang ada di Mina di malam-malam Mina. Maka Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya aku belum diperintahkan untuk melakukannya.”

Ini adalah kerana dalam berdakwah kesabaran mesti tinggi. Kerana kalau mereka balas serang, maka akan ada hujah dikalangan penentang Islam yang mengatakan: “Lihatlah pengikut-pengikut Muhammad ini, memang melakukan kekecohan dan porak peranda. Mari kita serang dan musnahkan mereka semuanya!”. Dan memang puak penentang menunggu sahaja peluang itu terjadi supaya mereka boleh musnahkan semua sekali orang mukmin waktu itu. Maka kalau itu terjadi, maka tentulah buruk.

Dalam ayat ini, Allah Taala memberi keizinan kepada orang mukmin untuk berperang dengan orang kafir kerana orang mukmin yang mula-mula sekali diperangi. Kerana itulah kalau kita kaji apa yang terjadi dalam sejarah dan dalam mana-mana zaman, kita akan melihat bagaimana peperangan yang terjadi dari dulu sampai sekarang adalah kerana dimulai oleh orang-orang kafir. Mereka yang menindas orang lain dan berlaku zalim dan mereka lah yang menyebabkan kekecohan dalam dunia ini.

Begitu juga sekarang ini apabila ada orang orang Islam yang buat-benda bodoh seperti bom orang awam, serang sana sini, tangkap pelancong dan sebagainya, sampai menjadikan orang bukan Islam salah sangka yang agama Islam adalah agama yang keras dan teroris. Memang pelik sungguh akal mereka – mereka nak orang lain masuk agama Islam tapi mereka tunjukkan perangai yang buruk. Macam mana kepala otak mereka boleh sangka yang perbuatan mereka itu akan menyebabkan orang masuk Islam?

Jadi semasa di Mekah, umat Islam tidak dibenarkan untuk serang balas keganasan ke atas mereka. Dan apabila Nabi Muhammad dan para sahabat tidak membalas keganasan yang telah dikenakan kepada mereka, maka ianya telah memberi satu pandangan yang baik dari orang luar yang melihat bagaimana umat Islam itu sebenarnya tidak bersalah tetapi mereka telah ditindas dan kerana itu hati-hati mereka yang belum beragama Islam telah terbuka kepada Islam. Mereka akan terpanggil untuk melihat apakah benda penting sangat yang dipertahankan oleh orang-orang Islam itu sampai mereka sanggup diseksa? Mereka dizalimi tetapi mereka sanggup mempertahankannya. Maka mereka akan cari apakah maksud islam itu dan apabila mereka melihat mesej Islam itu ramai dari mereka yang masuk Islam. Inilah cara nak ajak orang luar kepada agama Islam, bukannya dengan bom orang!

 

وَإِنَّ اللهَ عَلىٰ نَصرِهِم لَقَديرٌ

Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,

Dan Allah berjanji untuk memberi pertolongan kepada umat Islam dan Allah memberitahu yang Dia mampu untuk memberi pertolongan dan kemenangan walaupun orang-orang Mekah itu lebih kuat daripada golongan Muhajirin dan Ansar yang berada di Madinah. Maka jangan kamu rasa lelah dan lemah untuk berperang dengan musyrikin Mekah itu. Bergantung kepada Allah sahaja sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada mereka.

Pasti umat Islam akan menang kalau ikut syarat-syarat yang telah digariskan dalam agama. Kerana kalau tak ikut syarat pun Allah takkan tolong. Maka kena belajarlah syarat-syarat itu sebagaimana yang telah diajar dalam Surah Tawbah.

Allah boleh sahaja beri kemenangan kepada umat Islam tanpa melalui peperangan. Tapi Allah hendak menguji mereka dan memberi kematian syahid kepada mereka. Ini seperti yang disebut dalam ayat yang lain:

{فَإِذا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ. سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ}

Apabila kalian bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang), Maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kalian telah mengalahkan mereka, maka tawanlah mereka dan sesudah itu kalian boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka, tetapi Allah hendak menguji sebagian kalian dengan sebagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam surga yang telah diperkenal-kan-Nya kepada mereka. (Muhammad: 4-6)

Dan Allah hendak beri kelebihan kepada umat Islam yang mereka sendiri akan balas kezaliman yang telah dikenakan kepada mereka. Kerana kaum sebelum itu, musuh mereka dihancurkan dengan azab, tanpa melibatkan campurtangan umat Islam. Bila dapat balas dengan tangan sendiri, itu lebih memuaskan. Ini disebut dalam ayat yang lain:

{قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ. وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ}

Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kalian terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman, dan meng­hilangkan panas hati orang-orang mukmin. Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana. (At-Taubah: 14-15)

Dan seperti yang diberitahu, ini juga adalah ujian kepada umat Islam untuk membuktikan keimanan mereka.

{أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلا رَسُولِهِ وَلا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ}

Apakah kalian mengira bahawa kalian akan dibiarkan (begitu saja), sedangkan Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kalian dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan. (At-Taubah: 16)


 

Ayat 40: Allah memberitahu bentuk kezaliman yang telah dikenakan kepada umat Islam semasa di Mekah.

الَّذينَ أُخرِجوا مِن دِيٰرِهِم بِغَيرِ حَقٍّ إِلّا أَن يَقولوا رَبُّنَا اللهُ ۗ وَلَولا دَفعُ اللهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ لَّهُدِّمَت صَوٰمِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوٰتٌ وَمَسٰجِدُ يُذكَرُ فيهَا اسمُ اللهِ كَثيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزيزٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[They are] those who have been evicted from their homes without right – only because they say, “Our Lord is Allāh.” And were it not that Allāh checks the people, some by means of others, there would have been demolished monasteries, churches, synagogues, and mosques in which the name of Allāh is much mentioned [i.e., praised]. And Allāh will surely support those who support Him [i.e., His cause]. Indeed, Allāh is Powerful and Exalted in Might.

(MELAYU)

(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

 

الَّذينَ أُخرِجوا مِن دِيٰرِهِم بِغَيرِ حَقٍّ

(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar,

Salah satu kezaliman yang dikenakan kepada orang-orang Islam adalah mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Dan dihalau itu pula tanpa alasan yang benar – kalau sebab mereka buat salah, memang patutlah, tapi ini tidak berlaku.

Ini bukan sahaja terjadi kepada Muslim Mekah tapi zaman berzaman. Yang jelas sekarang kita boleh lihat bagaimana umat Islam Palestin telah dihalau oleh puak Israel. Dan kalau dulu, memang sudah ada yang diganggu kerana iman mereka kepada Allah – kerana ada manusia zalim yang tidak akan puas hati.

 

إِلّا أَن يَقولوا رَبُّنَا اللهُ

kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”.

Apakah kesalahan umat Islam yang dihalau itu? Ianya hanya kerana mereka mengatakan yang Tuhan mereka adalah Allah. Ini disebut dalam firman Allah Swt. dalam kisah ashabul ukhdud, yaitu:

{وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ}

Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-Buruj: 8)

Oleh kerana itu, sebenarnya orang Islam dihalau kerana mereka menegakkan tauhid kerana mereka kata Hanya Allah sahaja yang boleh disembah dan diseru dalam doa. Marah dan benci orang kafir apabila umat Islam beraqidah begitu. Kerana mereka ada fahaman yang kalau nak doa, kena ada tawasul. Maka kalau umat Islam pun nak amal tawasul, maka mereka ada fahaman orang kafir sebenarnya.

 

وَلَولا دَفعُ اللهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ

Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain,

Akan ada sahaja manusia yang zalim dan kepala otak tidak betul macam golongan ISIS, IS dan yang sewaktu dengannya. Orang kafir pun lagi teruk. Kalau mereka dapat kuasa di dunia, berkemungkinan besar mereka akan melakukan keganasan di mukabumi kerana itulah sifat manusia. Jangan kata orang kafir, kalau orang Islam yang jauh dari wahyu pun begitu juga. Kerana dalam sejarah Islam pun ada kisah bagaimana kerajaan Islam pun ada tindas manusia juga. Kebodohan tidak kenal sesiapa. Kalau umat islam pun tidak terlepas dari sifat bodoh.

Tapi kalau mereka salah guna kuasa, tidaklah mereka berkekalan. Kerana Allah jatuhkan mereka menggunakan golongan yang lain. Kerana kalau mereka terus dibiarkan maka akan rosaklah dunia. Jadi dalam mereka sangka mereka kuat, akan ada golongan lain yang akan lebih kuat dari mereka.

 

لَّهُدِّمَت صَوٰمِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوٰتٌ وَمَسٰجِدُ يُذكَرُ فيهَا اسمُ اللهِ كَثيرًا

tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.

Allah menggunakan sebahagian daripada orang Islam untuk menghalang orang-orang kafir dan jikalau Allah tidak buat begitu maka akan hancurlah semua rumah ibadat dan tempat belajar agama. Kerana Allah nak mempertahankan agamaNya. Maka puak yang zalim akan dihancurkan. Keharmonian akan distabilkan semula.

صَوٰمِعُ adalah tempat-tempat ibadat yang kecil yang dipakai oleh para rahib. Demkianlah menurut Ibnu Abbas, Mujahid, Abul Aliyah, Ikrimah Ad-Dahhak, dan lain-lainnya.

بِيَعٌ pula adalah tempat peribadatan yang jauh lebih besar daripada yang pertama dan memuat lebih banyak orang di dalamnya; milik orang-orang Nasrani juga, sama dengan yang pertama. Demikianlah menurut pendapat Abul Aliyah, Qatadah, Ad-Dahhak, Ibnu Sakhr, Muqatil ibnu Hayyan, dan Khasif serta lain-lainnya.

Kalimah صَلَوٰتٌ dalam ayat ini adalah synagoue iaitu rumah ibadat Yahudi. Dalam Islam kemudiannya digunakan kalimah صَلَوٰتٌ juga kerana ia menunjukkan tempat di mana solat dijalankan.

Itu semua adalah tempat melakukan ibadat kepada Allah dan dulunya, memang disebut nama Allah sebelum nama Allah diselewengkan oleh mereka. Dari segi susunan, dimulai dengan tempat ibadat yang paling kecil sampailah kepada masjid, iaitu yang paling banyak disebut nama Allah.

 

وَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَن يَنصُرُهُ

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.

Allah beritahu dalam ayat ini yang Allah pasti dan pasti (ada penekanan kerana kalimah لَيَنصُرَنَّ adalah dalam bentuk mubalaghah) akan membantu sesiapa sahaja yang membantunya. Tetapi Allah tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun maka ayat ini bermaksud Allah akan membantu sesiapa sahaja yang membantu  Nabi Muhammad dan agama Allah. Maknanya, sesiapa yang membantu rasul mereka di dalam menegakkan agama Allah, maka mereka itu dikira sebagai membantu Allah.

Jadi kalau sekarang ini kita melihat Allah tidak membantu kita di dalam menentang musuh-musuh kita, maka kita perlu bertanya kepada diri kita: adakah kita sebenarnya membantu agama Allah? Kerana jikalau kita benar-benar membantu agama Allah, Allah telah berjanji yang Dia pasti akan memberi bantuanNya. Takut kita sahaja perasan kita bantu agama Islam tapi entah-entah tidak.

 

إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزيزٌ

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

Allah boleh bantu dan memenangkan sesiapa sahaja kerana Allah Maha Gagah dan boleh mengalahkan sesiapa sahaja. Maka kalau Allah nak bantu, adakah sesiap yang boleh halang Allah? Tentu tidak. Maka kenalah berharap kepada Allah. Berdoalah kepada Allah supaya bantu kita. Dan mintalah Allah perbetulkan diri kita. Kerana mungkin kita ada buat salah dan kita tidak tahu. Maka minta Allah tunjukkan apakah kesalahan kita supaya kita boleh baiki keadaan diri kita. Jangan perasan yang diri itu benar sahaja.

Kadang-kadang di dalam Qur’an apabila Allah memberitahu yang Dia menguji ataupun Allah beritahu Dia marah kepada sesuatu pihak, Allah tidak menggunakan ayat yang penuh tetapi Allah menggunakan ayat yang tergantung untuk kita isikan sendiri. Ini sebagaimana kalau guru-guru di sekolah yang marah kepada anak muridnya dia akan berkata: “tahu tak apa akan jadi kepada mereka yang tidak buat kerja rumah?” Dan kemudian guru itu senyap sahaja. Tentu anak murid akan takut kerana mereka akan bayangkan macam-macam hukuman. Sengaja sahaja guru itu tak cakap apakah hukuman yang akan dikenakan supaya pelajar fikir sendiri.

Begitu juga kita sebagai pendengar dan juga pembaca Qur’an ini sepatutnya ada sedikit intelek untuk mengisi tempat kosong itu seperti mana kita faham yang guru itu memberi ancaman dan amaran kepada sesiapa yang tidak buat kerja rumah.

Maka Allah tidak beritahu apakah balasan kepada mereka yang zalim. Yang pasti ianya tentu amat teruk sekali.


 

Ayat 41: Allah Taala hanya memberi bantuan kepada orang yang ada sifat-sifat keimanan dan bukanlah hanya kerana nama mereka Muslim. Ini juga adalah Ayat Tabshir.

الَّذينَ إِن مَّكَّنّٰهُم فِي الأَرضِ أَقامُوا الصَّلوٰةَ وَآتَوُا الزَّكوٰةَ وَأَمَروا بِالمَعروفِ وَنَهَوا عَنِ المُنكَرِ ۗ وَِلِلهِ عٰقِبَةُ الأُمورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[And they are] those who, if We give them authority in the land, establish prayer and give zakāh and enjoin what is right and forbid what is wrong. And to Allāh belongs the outcome of [all] matters.

(MELAYU)

(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

 

الَّذينَ إِن مَّكَّنّٰهُم فِي الأَرضِ

(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi

Dalam ayat sebelum ini, Allah kata Dia akan bantu umat Islam. Tapi siapakah yang akan dibantu itu? Allah beritahu sifat-sifat mereka.

Mereka itu akan diberikan kemenangan akan menegakkan agama.

 

أَقامُوا الصَّلوٰةَ وَآتَوُا الزَّكوٰةَ

niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, 

Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa golongan yang baik itu jikalau mereka diberi kekuasaan di dalam dunia mereka akan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Maknanya mereka itu melakukan ibadat kepada Allah. Disebut dua ibadah itu kerana mewakili ibadah-ibadah lain.

Kemudian Allah senyap dan tidak memberitahu apakah balasan untuk mereka. Maka ini menunjukkan yang balasan yang akan diberikan kepada mereka dalam bentuk nikmat amat hebat sekali sampaikan tidak dapat dibayangkan tak dapat nak diceritakan kerana akal kita tidak akan faham.

Yang pertama sekali Allah sebut adalah mendirikan solat. Maka ini mengajar kita bahawa masjid-masjid perlu menjalankan solat berjemaah. Maka kita kena budayakan solat berjemaah di masjid iaitu kepada orang-orang lelaki. Jangan asyik solat di rumah dan pejabat sahaja. Orang sunnah kena solat di masjid. Walaupun mungkin imam itu bukan sunnah, tapi kita tetap kena pergi juga solat berjemaah.

Dan kemudian disebut tentang zakat iaitu mengajar kita yang institusi zakat perlu dikemaskan supaya dapat memudahkan orang membayar dan memudahkan pemberian kepada orang yang memerlukan. Alhamdulillah negara kita sudah ada institusi ini. Cuma pembaikan perlu dilakukan. Kita pasti yang pihak yang berkenaan telah dan sedang melakukan yang terbaik dari pihak mereka. Memang ada suara yang menegur, tapi dalam masa yang sama, kenalah kita sokong. Maka kenalah kita bayar zakat kita kepada Pusat Pungutan Zakat.

Kita juga kena ada sistem untuk memberitahu kepada umat Islam bagaimana cara mengira zakat dengan mudah dan bagaimana cara untuk mengeluarkan zakat. Kerana ramai yang tidak tahu tentang kewajipan zakat. Mereka yang berniaga dan ada harta pun tidak mengeluarkan zakat harta kerana mereka sangka yang bila mereka dah bayar zakat fitrah (lebih kurang RM 7 seorang, mereka dah dikira bayar zakat). Ini adalah kejahilan tahap tinggi!

Maka kena sampaikan maklumat kepada umat dan kena mudahkan mereka untuk menyumbang. Boleh gunakan kemajuan teknologi yang ada untuk tujuan ini. Alhamdulillah sekarang ada usaha ke arah itu kerana alat telekomunikasi amat mudah sekarang. Ramai yang boleh buat app yang hebat hebat.

 

وَأَمَروا بِالمَعروفِ وَنَهَوا عَنِ المُنكَرِ

menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar;

Satu lagi sifat mereka adalah mengajak kepada kebaikan dan menghalang keburukan. Mereka menjalankan tugas dakwah. Mereka prihatin kepada apa yang dilakukan oleh masyarakat. Mereka akan menyampaikan ajaran agama kepada manusia. Pembelajaran agama dipentingkan.

Dan mereka akan menegur kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Maknanya tidaklah mereka lihat sahaja. Macam zaman sekarang, banyak kesalahan yang dilakukan manusia dan ramai yang lihat sahaja. Kalau kita tegur, kita pula yang kena marah. Seolah-olah kena biarkan sahaja apa manusia nak buat, tak boleh tegur.

Tak bolehlah begitu. Kalau kesalahan yang berlaku, kenalah tegur. Manusia kalau tidak ditegur, memang akan semakin jauh dengan agama. Kerana syaitan buat kerja mereka untuk menyesatkan manusia, takkan kita tak buat kerja kita menegur manusia? Kita tegur sahaja, janganlah marah.

Dan itulah yang telah dilakukan oleh para sahabat yang kita perlu contohi mereka.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abur Rabi’ Az-Zahrani, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Zaid, dari Ayyub dan Hisyam, dari Muhammad yang mengatakan bahawa Usman ibnu Affan pernah mengatakan, “Ayat ini diturunkan berkenaan dengan kami (para sahabat), yaitu firman-Nya: ‘(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari perbuatan yang mungkar’ (Al-Hajj: 41) Kami telah diusir dari rumah kami tanpa alasan yang benar, melainkan hanya kerana kami beriman bahawa Allah adalah Tuhan kami. Kemudian Dia meneguhkan kedudukan kami di suatu negeri, maka kami mendirikan salat, menunaikan zakat, dan memerintahkan berbuat kebajikan serta mencegah dari perbuatan mungkar, dan kepada Allah-lah dikembalikan semua urusan. Ayat ini diturunkan berkenaan dengan aku dan sahabat-sahabatku.

 

وَِلِلهِ عٰقِبَةُ الأُمورِ

dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Segala kebaikan adalah milik Allah. Allah akan balas kebaikan kepada mereka yang layak mendapatnya.


 

Ayat 42: Ayat takhwif duniawi dan tasliah.

وَإِن يُكَذِّبوكَ فَقَد كَذَّبَت قَبلَهُم قَومُ نوحٍ وَعادٌ وَثَمودُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if they deny you, [O Muḥammad] – so, before them, did the people of Noah and ‘Aad and Thamūd deny [their prophets],

(MELAYU)

Dan jika mereka (orang-orang musyrik) mendustakan kamu, maka sesungguhnya telah mendustakan juga sebelum mereka kaum Nuh, ‘Aad dan Tsamud,

 

وَإِن يُكَذِّبوكَ

Dan jika mereka (orang-orang musyrik) mendustakan kamu,

Kalau musyrikin Mekah itu mendustakan Nabi Muhammad, Allah nak beritahu yang  itu adalah perkara biasa sahaja

 

فَقَد كَذَّبَت قَبلَهُم قَومُ نوحٍ وَعادٌ وَثَمودُ

maka sesungguhnya telah mendustakan juga sebelum mereka kaum Nuh, ‘Aad dan Tsamud,

Ianya perkara biasa kerana sebelum Nabi Muhammad itu ditolak, nabi-nabi yang lain pun juga telah didustakan. Memang begitulah manusia zaman berzaman. Ada yang akan beriman tapi yang lebih ramai akan menolak.

Allah beri contoh kaum Nabi Nuh, Aad dan Tsamud. Kaum Nabi Nuh semua sudah tahu kisah mereka termasuklah musyrikin Mekah itu. Dan Kaum Aad dan Tsamud disebut kerana Arab Mekah itu dekat sahaja dengan mereka dan selalu di kawasan peninggalan mereka – tempat mereka kena azab dunia kerana menentang Rasul mereka.

Maka janganlah bersedih sangat kalau dakwah kita pun kena tolak juga. Kalau para Nabi pun ditolak juga, apatah lagi kalau dakwah dari kita? Para Nabi yang hebat dan pandai berdakwah itu pun kena tolak, apakah pula yang baru berjinak nak berdakwah?

Manusia yang degil, tetap akan menolak. Tapi ingatlah yang bukanlah salah kita dalam berdakwah sahaja, tapi kerana memang mereka degil akan menolak. Maka janganlah salahkan diri kita kalau itu berlaku.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Hajj Ayat 39 -42 (Kebenaran untuk berperang)

  1. Pingback: Tafsir Surah Hajj Ayat 39 -42 (Kebenaran untuk berperang)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s