Tafsir Surah Hajj Ayat 35 – 38 (Cara sembelih unta)

Ayat 35: Ayat tabshir. Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang mereka yang baik – yang lembut hatinya dan merendahkan diri mereka. Allah sambung lagi dengan sifat mereka.

الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَالصّٰبِرينَ عَلىٰ ما أَصابَهُم وَالمُقيمِي الصَّلَوٰةِ وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who, when Allāh is mentioned, their hearts are fearful, and [to] the patient over what has afflicted them, and the establishers of prayer and those who spend from what We have provided them.

(MELAYU)

(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.

 

الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَت قُلوبُهُم

(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka,

Hati mereka gentar kerana mereka terkesan dengan lafaz Allah. Ia bukanlah nama biasa bagi mereka tetapi mempunyai maksud yang tinggi. Ini adalah kerana mereka takut kepada Allah.

Mereka sentiasa melakukan zikir dan mereka sedar apa yang mereka lafazkan itu. Tidaklah mereka sebut sahaja tanpa memberi kesan kepada diri mereka.

Mereka yang boleh dapat kesan ini adalah mereka yang kenal Allah melalui Qur’an. Allh kenalkan DiriNya dalam Qur’an mereka belajar tafsir Qur’an dan kerana itu mereka kenal Allah.

 

وَالصّٰبِرينَ عَلىٰ ما أَصابَهُم

orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka,

Setiap manusia akan dikenakan dengan musibah sebagai dugaan untuk manusia. Manusia yang beriman sedar bahawa mereka tidak dapat halang dari dikenakan dengan musibah itu. Maka mereka sabar dengan musibah yang dikenakan kepada mereka.

Mereka sedar yang sebagai hamba Allah, Allah boleh berikan apa sahaja kepada mereka. Dan mereka tidak marah kepada Allah kerana dikenakan dengan musibah itu. Mereka redha dengan musibah itu.

 

وَالمُقيمِي الصَّلَوٰةِ

orang-orang yang mendirikan sembahyang 

Mereka taat kepada arahan Allah untuk mendirikan solat. Disebut solat sebagai mewakili amal ibadah yang berhubung antara manusia dan Allah. Ianya adalah ibadat yang terpenting dan kerana itu ia disebut dahulu. Tapi bukanlah dia hanya mendirikan solat sahaja kerana ibadat M-ibadat lain pun dia jaga juga.

 

وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.

Ini pula adalah tentang hubungan baik sesama makhluk. Ini dipanggil ‘adat’. Hubungan yang baik dengan makhluk pun dijaga juga dan diwakili dengan ibadah zakat kerana Ianya adalah yang terbaik. Yang wajib adalah zakat dan yang sunat adalah derma dan sedekah.


 

Ayat 36:

وَالبُدنَ جَعَلنٰها لَكُم مِّن شَعائِرِ اللهِ لَكُم فيها خَيرٌ ۖ فَاذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلَيها صَوافَّ ۖ فَإِذا وَجَبَت جُنوبُها فَكُلوا مِنها وَأَطعِمُوا القانِعَ وَالمُعتَرَّ ۚ كَذٰلِكَ سَخَّرنٰها لَكُم لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the camels and cattle We have appointed for you as among the symbols [i.e., rites] of Allāh; for you therein is good. So mention the name of Allāh upon them when lined up [for sacrifice]; and when they are [lifeless] on their sides, then eat from them and feed the needy [who does not seek aid] and the beggar. Thus have We subjected them to you that you may be grateful.

(MELAYU)

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

 

وَالبُدنَ جَعَلنٰها لَكُم مِّن شَعائِرِ اللهِ

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah,

Unta yang telah diniatkan sebagai binatang sembelihan semasa Haji dinamakan البُدنَ. Orang-orang Arab memang suka kepada unta dan mereka hidup dengan unta, maka mereka ada banyak nama-nama untuk unta. Macam kita sekarang ada berbagai-bagai jenis kereta untuk membezakan antara satu jenis kereta dengan kereta yang lain maka begitu jugalah orang Arab dengan unta mereka. Kalimah البُدنَ diambil dari kalimah yang bermaksud ‘badan’ kerana unta yang dibawa untuk disembelih di Mekah adalah unta-unta yang besar tubuh badannya.

Korban unta itu juga dikira sebagai syiar Allah juga kerana Ianya mengingatkan kepada Allah. Kita korbankan unta itu bukan suka-suka tapi kerana taat kepada suruhan Allah.

 

لَكُم فيها خَيرٌ

kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, 

Allah memberitahu yang pada unta itu ada kebaikan untuk manusia dunia dan akhirat.  Kebaikan dunia itu adalah kerana mereka boleh dimakan dan digunakan sebagai tunggangan dan untuk akhirat pula kerana boleh disembelih sebagai tanda taat dan kerana untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Diriwayatkan dari Sulaiman ibnu Yazid Al-Ka’bi,dari Hisyam ibnu Urwah, dari ayahnya, dari Siti Aisyah, bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“مَا عَمِل ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هِرَاقه دَمٍ، وَإِنَّهُ لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ، فطِيبُوا بِهَا نَفْسًا”

Tidaklah seorang anak Adam melakukan suatu amal yang lebih disukai oleh Allah di Hari Raya Kurban selain dari mengalirkan darah (haiwan) kurban. Sesungguhnya kelak di hari kiamat haiwan kurbanku benar-benar datang dengan tanduk, kuku, dan bulunya; dan sesungguhnya darahnya itu benar-benar diterima di sisi Allah, sebelum terjatuh ke tanah. Maka berbahagialah kalian dengan kurban itu.

Allah yang telah menjadikan unta itu untuk kita dan ia dijadikan sebagai salah satu daripada Syiar Allah.

 

فَاذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلَيها صَوافَّ

maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri

Allah menyuruh kita untuk mengingat kepadaNya ketika menyembelih unta-unta itu iaitu ketika dibariskan untuk disembelih satu persatu.

Diriwayatkan dari Al-Muttalib ibnu Abdullah ibnu Hantab, dari Jabir ibnu Abdullah yang mengatakan bahawa ia pernah salat bersama Rasulullah Saw. di Hari Raya Kurban. Setelah bersalam dari salatnya, didatangkan kepada baginda seekor domba, lalu bagind menyembelihnya seraya mengucapkan:

“بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهِ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ هَذَا عَنِّي وَعَمَّنْ لَمَّ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي”.

Dengan menyebut nama Allah, Allah Mahabesar. Ya Allah, domba ini adalah kurbanku dan kurban orang-orang dari kalangan umatku yang tidak berkurban. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, dan Imam Turmuzi.

Dan unta itu bukan seperti binatang-binatang sembelihan yang lain kerana ianya tinggi maka mereka disembelih ketika berdiri dengan ditusuk tengkok mereka. Kalau dibaringkan seperti sembelih kambing, memang tak mampu nak buat, memang akan kena tendang. Kerana itu unta-unta itu kena berdiri seperti berdiri di dalam saf.

 

فَإِذا وَجَبَت جُنوبُها فَكُلوا مِنها

Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya

Dan ingatlah nama Allah ketika unta-unta  itu jatuh di sisi mereka kerana mereka telah jatuh di sebalik tubuh mereka. Kena pastikan yang unta itu telah benar-benar mati baru boleh dilapah. Di dalam sebuah hadis berpredikat marfu’ telah disebutkan:

“وَلَا تُعجِلُوا النفوسَ أَنْ تَزْهَق”

Janganlah kalian tergesa-gesa mendahului nyawa sebelum (nyata-nyata) rohnya telah dicabut.

Hendaklah kita berlaku baik terhadap binatang yang disembelih itu. Hal ini dikuatkan oleh hadis Syaddad ibnu Aus yang ada di dalam kitab Sahih Muslim, yaitu:

“إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا القِتْلة، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ ولْيُحدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَته، ولْيُرِحْ ذَبِيحته”

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik terhadap segala sesuatu. Maka apabila kalian membunuh, lakukanlah dengan cara yang baik. Dan apabila kalian menyembelih lakukanlah dengan cara yang baik dan hendaklah seseorang di antara kalian menajamkan mata pisaunya serta letakkanlah hewan sembelihannya pada posisi yang enak.

Malangnya kalau kita lihat cara sembelih binatang korban di negara ini, kita boleh lihat bagaimana binatang itu terseksa. Kerana diikat dengan terus sekali sampaikan kita pasti yang binatang itu dalam keadaan sakit.

Cara untuk menyembelih unta itu adalah dengan mengikat salah satu daripada kaki unta itu dan ditusuk kepada tengkuk unta itu dan unta itu akan jatuh pada sisinya. Mengikut riwayat, yang diikat adalah kaki kira depan.

Cara ikat kaki unta

 

وَأَطعِمُوا القانِعَ وَالمُعتَرَّ

dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.

Dan berilah makan dari daging sembelihan itu kepada mereka yang memerlukan tetapi mereka tidak meminta-minta. Kerana mereka tidak meminta maka kena cari mereka dan berikan kepada mereka kerana mereka sendiri tidak akan mencari-cari   Kita boleh kenal mereka dari keadaan mereka yang nampak dalam kepayahanan.

Dan bolehlah juga beri kepada mereka yang meminta.

 

كَذٰلِكَ سَخَّرنٰها لَكُم لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

Begitulah Allah telah menundukkan binatang-binatang yang besar itu untuk memudahkan manusia yang mengerjakan Haji untuk menyembelih mereka.

Bayangkan bagaimana unta itu nampak kawan-kawan yang di hadapan mereka disembelih tetapi mereka tidak lari dan mereka tetap memberikan tengkok mereka untuk disembelih. Pernah Nabi sendiri bariskan 100 unta untuk disembelih dan baginda sendiri sembelih 60 ekor sebelum diberikan kepada Saidina Ali untuk menghabiskannya.

Kalau bukan Allah yang tundukkan mereka untuk kita, tentu kita tak dapat nak sembelih mereka kerana unta itu lebih kuat dari kita.


 

Ayat 37:

لَن يَنالَ اللهَ لُحومُها وَلا دِماؤُها وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم ۚ كَذٰلِكَ سَخَّرَها لَكُم لِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلىٰ ما هَدٰكُم ۗ وَبَشِّرِ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their meat will not reach Allāh, nor will their blood, but what reaches Him is piety from you. Thus have We subjected them to you that you may glorify Allāh for that [to] which He has guided you; and give good tidings to the doers of good.

(MELAYU)

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapaiNya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

لَن يَنالَ اللهَ لُحومُها وَلا دِماؤُها

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai Allah, 

Segala penyembelihan itu bukanlah diperlukan oleh Allah kerana daging binatang yang disembelih itu dan darahnya tidak sampai pun kepada Allah. Musyrikin Mekah melakukan perkara yang karut iaitu mereka akan memercikkan darah binatang sembelihan kepada berhala mereka.

 

وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم

tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapaiNya.

Tetapi Allah memberitahu yang sampai kepadaNya adalah sifat takwa orang-orang yang mengerjakan Haji dan korban itu. Seperti yang telah disebutkan di dalam kitab sahih, melalui sabda Rasulullah Saw.:

“إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَا إِلَى أَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ”

Sesungguhnya Allah Swt. tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian.

Dan sebuah hadis yang menyatakan:

“إِنَّ الصَّدَقَةَ تَقَعُ فِي يَدِ الرَّحْمَنِ قَبْلَ أَنْ تَقَعَ فِي يَدِ السَّائِلِ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ”

Sesungguhnya sedekah itu benar-benar diterima di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah sebelum sedekah itu diterima oleh tangan pemintanya. Dan sesungguhnya darah (haiwan kurban) itu benar-benar diterima di sisi Allah sebelum darah itu menyentuh tanah.

Maka ini mengajar kita bahawa bukanlah perbuatan itu yang menyebabkan diterima segala amalan itu melainkan Allah akan melihat apa yang di dalam hati kita. Maka kalau ada orang yang zalim ataupun menggunakan wang yang haram untuk pergi mengerjakan Haji dan dia telah menyembelih 100 unta pun maka janganlah mereka sangka yang binatang-binatang itu akan sampai kepada Allah. Kalau tidak ada taqwa tidak berjuga juga.

 

كَذٰلِكَ سَخَّرَها لَكُم لِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلىٰ ما هَدٰكُم

Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. 

Begitulah Allah telah menundukkan binatang-binatang korban itu kepada kita semua. Perihalnya sama dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ}

Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka, iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya? (Yasin: 71)

Hendaklah kita membesarkan Allah semasa kita melakukannya kerana Allah yang suruh kita lakukan. Dalam Qur’an disebut dua kali tentang membesarkan Allah selepas ibadat. Iaitu membesarkan Allah  selepas Ramadhan dan selepas Haji. Kerana itu di dalam Aidilfitri dan Aidiladha kita akan banyak melakukan takbir.

Kita besarkan Allah kerana kita bersyukur di atas pemberian hidayah dariNya. Kerana hidayah Allah lah kita berpuasa dan mengerjakan Haji.

 

وَبَشِّرِ المُحسِنينَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Dan lihat bagaimana Allah suruh berikan berita gembira kepada mereka yang muhsin (dan bukan Muslim sahaja) kerana mereka yang telah mengerjakan Haji itu telah dibersihkan dari dosa-dosanya dan orang yang bersih dari dosa adalah muhsin.

Mereka juga ada tauhid dan orang yang mentauhidkan Allah adalah orang yang memiliki hati yang baik.

Ibadat korban ini amatlah dianjurkan, sampaikan ada ulama yang mengatakan ianya wajib (tapi ada yang mengatakan ianya sunat sahaja). Abu Hanifah mengatakan ianya wajib menggunakan alasan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Ibnu Majah yang semua perawinya berpredikat siqah, melalui Abu Hurairah secara marfu‘, yaitu:

“مَنْ وَجَدَ سَعَة فَلَمْ يُضَحِّ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلانا”

Barang siapa yang mempunyai kemampuan (berkurban), lalu ia tidak berkurban, maka jangan sekali-kali ia mendekati tempat salat kami.


 

Ayat 38:

۞ إِنَّ اللهَ يُدٰفِعُ عَنِ الَّذينَ آمَنوا ۗ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوّانٍ كَفورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh defends those who have believed. Indeed, Allāh does not like everyone treacherous and ungrateful.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

 

إِنَّ اللهَ يُدٰفِعُ عَنِ الَّذينَ آمَنوا

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.

Waktu ayat ini diturunkan Mekah sedang didalam penguasaan Musyrikin dan para sahabat akan berada di Madinah tetapi Allah memberitahu yang Allah akan melindungi mereka. Tetapi kenapa Allah nak lindung mereka kerana mereka selamat di Madinah? ini adalah kerana tidak lama selepas itu akan ada pertelingkahan dan peperangan di antara Muslim dan musyrikin iaitu di dalam perang Badar. Dan juga perang-perang lain. Allah hendak beri kata semangat kepada mereka.

 

إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوّانٍ كَفورٍ

Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

Allah tidak suka kepada orang orang yang sentiasa melakukan khianat seperti musyrikin Mekah itu. Ini adalah kerana kalimah خَوّانٍ itu di dalam bentuk Mubalaghah. Kerana setiap tahun mereka melakukan fitnah kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim walaupun mereka itu tidak malu mengaku yang mereka itu mengikut Nabi Ibrahim.

Mereka dikatakan sebagai kufur kerana mereka tidak menghargai nikmat keberadaan mereka di Mekah itu yang kerananya menyebabkan seluruh penduduk Arab menghormati mereka kerana mereka adalah penjaga Kaabah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Hajj Ayat 35 – 38 (Cara sembelih unta)

  1. Pingback: Tafsir Surah Hajj Ayat 35 – 38 (Cara sembelih unta)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s